SALAD (Latuca sativa) adalah tanaman sayuran jenis berdaun dari keluarga Asteraceae yang di tanam kebanyakkanya untuk di makan sebagai makanan salad segar. Tanaman salad di Malaysia adalah untuk tujuan kegunaan domestik dan hanya sebahagian kecil untuk ekspot. Keluasan tanaman salad hijau di Malaysia sebanyak 654 hektar dengan pengeluaran sebanyak 10,482 metrik tan pada tahun 2009 yang bernilai RM 38.5 juta. Seperti biasa dengan keluasan tanaman lain, Johor merupakan pengeluar utama salad di Malaysia dengan keluasan 170 ha diikuti dengan Sabah (107 ha) dan Pahang (149 ha). Salad adalah tanaman sayuran jenis berdaun dan lazimnya ditanam untuk dimakan segar. Terdapat berbagai-bagai jenis salad di tanam diseluroh dunia dengan pengeluaran sebanyak 25-28 juta metrik tan setahun. Negara pengeluar utama salad didunia ialah China (12 juta mt/ tahun), USA (5.1 juta mt/tahun) dan Sepanyol (1.1 juta mt/ tahun). Negara-negara lain yang banyak mengeluarkan salad ialah seperti Itali, Jepun, Perancis, Mexico, Turki, Jepun dan Australia. Penanaman salad ini di pengaruhi oleh tabiat pemakanan dalam negara tersebut. Salad ditanam untuk daun hijau dan juga di ekspot oleh negara tersebut. Artikel kali ini penulis ingin berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu teknologi tanaman salad berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang pertanian.
Kultivar salad terdapat berbagai-bagai jenis di seluroh dunia daripada jenis renek hijau sehingga berbagai warna dan bentuk untuk ditanam bergantung kepada kaedah dan cara penggunaannya. Penulis membuat rujukkan kultivar salad yang jumlahnya beratus-ratus tetapi yang popular adalah terdiri dari 6 kategori dan kebanyakannya di negara suhu 4 musim (temperate climate). Salad jenis ini banyak ditanam dikawasan tanah tinggi sekitar Cameroon Highland dan kawasan tanah rendah tertama di Johor. Benih salad adalah 100% diimport dari luar negara kerana negara kita tidak mampu menghasilkan biji benih salad. Kebanyakan benih salah dikeluarkan oleh beberapa negara seperti dari China. Taowan, Jepun, USa dan beberapa negara temperate lain. Ia dibungkus dalam sistem pembungkusan yang kedap udara untuk menjamin kualitinya. Antaranya seperti Butter Head, Chinese Lettuce, Crisphead, Looseleaf, Romanine dan Summer Crisp. Ada jenis salad yang menyerupai Kubis dan ada yang berbentuk macam sawi dan sebagainya.
Salad yang berwatna ungu, merah dan berbagai warna lagi mengandungi banyak nutrien. Kajian mendapati setiap 100 gm salad mengandungi 55 Kcal tenaga, 2.2 gm Karbohiderat, 1.1 gm Serat, 0.2 gm lemak, 1.4 gm Protin, 96 gm air, 166 microgram Vitamin A dan 73 micrograms Vitamin B2. Ada juga jenis salad yang kaya dengan antioksidan dan Vitamin K serta Vitamin C. Salad juga mengandungi dan menyerap lithium yang aktif. Salad yang ditanam di Malaysia terdiri dari salad tanah tinggi dan salad tanah rendah. Salad tanah rendah adalah dari jenis daun warna hijau. Salad sesuai ditanam diatas tanah gembur berpasir yang banyak bahan organan dan mempunyai saliran sempurna. Biasanya salad ditanam diatas batas setinggi 4-6 inci dan ditanam menggunakan biiji benih yang dicampur pasir halus sebelum ditabur. Penggunaan racun pra-cambah seperti atrazine dapat mengawal rumpai perinkat awal pertumbuhan. Buat penyiram setelah dibuat sungkupan.
Penjarangan dijalankan untuk pastikan jarak tanaman lingkungan 25-30 cm x 15-20 cm jika benih ditabur terus. Penanaman salad secara Hidroponik Takung juga merupakan satu kaedah baik untuk program bumi hijau keliling rumah. Satu Takung Standard Hidroponik dapat ditanam 10-12 pokok salad. Pembajaan salad menggunakan baja 15:15:15 dan jika perlu sedikit urea. Terdapat petani yang menyembur baja semburan daun pada 2 minggu terakhir sebelum menuai untuk mendapatkan kualiti hasil terbaik.
Salad adalah sayuran berdaun yang mengandungi getah dan pahit. Ini menyebabkan tidak banyak serangga perosak yang makan daun atau batang salad kerana pahit. Serangan penyakit pada salad juga sangat kurang berbanding dengan tanaman jenis sayuran yang lain. Penanaman salad jarang2 menggunakan racun untuk disembur kerana kurangnya musuh tanaman dan saklad biasanya untuk di makan segar...jadi elakkan menggunakan racun. Salad juga sesuai dijadikan Sayuran Organik (Bebas Racun) jika ditanam secara hidroponik.
Salad akan matang dalam 28 -35 hari selepas ditanam dimana daun-daunnya telah penoh dan sesuai untuk dipetik. Cabut pokok salad dan potong menggunakan pisau tajam untuk membiang akar dan bersihkan. Masukkan kedalam bekas dan dredkan jika perlu. Biasanya petani akan membansuh salad dahulu sebelum dipasarkan. Salad dimakan sebagai salad mentah yang dipotong2 dan dicampur dengan sos salad dan bahan-bahan sayuran lain. Salad juga di makan sebagai ulaman dengan nasi ayam, rojak dan bahan dalam burger. Dinegara-negara moden mereka makan salad setiap hari sebagai makanan rutin bersama-sama dengan daging dan ikan. Semuga artikel ini memberikan sdikit maklumat kepada pembaca. Sebarang maklumat tambahan di alualukan. Swmuga artikel ini memberi info berguna kepada selua pembaca blogAni Agro Technology. Wasallam!.
MAKAN SALAD...DENGAN SOSNYA.....
SALAD HIJAU....ADA PELBAGAI RUPA...
MUDAH DITANAM...SENANG DIJAGA...
KHASIAT BAIK...ANTIOKSIDAN JUGA....
By
M Anem
Senior Agromomist
Room 108, Laverage Hotel.
Taman Mergong, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Senior Agromomist
Room 108, Laverage Hotel.
Taman Mergong, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
8 Shawal 1433)
(Kemaskini pada 19 Febuari 2015)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.