Tuesday, May 18, 2010

CENGKERIK




CENGKERIK (Gryllus spp) merupakan sejenis serangga dari keluarga Gryllotapidae yang tradisinya hidup secara liar dihutan dan juga di kawasan kebun . Ada yang panggil cengerik sebagai 'sorok-sorok' dan juga 'mole cricket' dalam bahasa Inggeris. Cengkerik mengeluarkan bunyi nyaring terutama pada malam hari melalui sistem tersendiri . Saize badan kira-kira 2-3 cm dengan badan mempunyai warna coklat kehitaman d an mempunyai 4 pasang kaki termasuk kaki panjang dibelakang untuk melompat. Matanya bersaiz besar dan jenis serangga Omnivores . Makanan asasi cengkerik seperti larva, rumput, akar tanaman, cacing dan terkini makanan ternakan ayam. Walau cengkerik mempunyai sepasang kepak pendek ianya jarang-jarang terbang. Secara amnya cengkerik mampu hidup diseluroh kawasan didunia kecuali di kutub utara dan Kutub selatan. Serangga ini mempunyai 3 genera utama iaitu Gryllotalpa, Necurtilla dan Scaptericus. Ada cengkerik yang mengorek dalam tanah serta mempunyai sepasang kaki untuk mengorek lubang. Ada juga cengkerik dewasa yang boleh terbang. Pembiakan cengkerik adalah cepat jika mendapat makanan dan sarang yang sesuai dan kini di komersialkan. Cengkerik secara semulajadi merupakan musuh kepada petani kerana ia merosakkan anakbenih tanaman yang baru tumbuh dengan memakannya. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai ternakan cengkerik sebagai satu bidang usaha baru untk dijadikan rujukkan.


Saya ada membaca satu artikel yang berkaitan dengan satu kajian untuk menternak cengkerik bagi tujuan pembekalan sumber protin kepada ternakan sebagai satu projek baru. Artikel tersebut mengupas penternakkan cengkerik sebagai satu bidang usaha yang menguntungkan. Kita sering menjumpai penternak cengkerik hanya aktif dibeberapa premis untuk dijadikan makanan ikan khususnya ikan Arwana di kedai-kedai jual ikan hiasan. Cengekerik juga didapati amat sesuai untuk dijadikan sebagai makanan burung dalam sangkar. Kaedah menternak cengkerik juga mudah di mana diletakkan di kedai tersebut dengan meletakkan kotan yang di bubuh zink dan ditutup serta diberi makan khas (makanan ayam). Cara menternak cengkerik ini memang mudah dipelajari melalui latihan formal atau pun dengan membuat lawatan teknikal kepada premis yang telah menjual cengerik secara komersil.

Malaysia merupakan negara ke 12 didunia yang mempunyai biodiversiti mega di dunia. Kita mempunyai lebih 15,000 jenis tumbuhan berbunga, 1,500 binatang verebrata dan lebih 150,000 haiwan inveterbrate. Keperluan protin untuk makanan seperti binatang ternakan adalah penting. Pada masa ini pengilang makanan ternakan bergantung kepada produk impot kacang soya dan Fishmeal ikan dari luar negara bernilai berjuta-juta ringgit dibelanjakan dalam setahun. Penternakan cengkerik mungkin boleh membantu dalam perusahaan ini jika dimajukan untuk dijadikan sebagai sumber makanan yang murah, mudah dan oraktikal. Satu kajian awal telah djalankan oleh para penyelidik unuk mengetahui potensi penternakan cengkerik secara komersil.

Cengkerik hidup segar dalam suhu 30 celcius dengan kelembapan antara 80-90%. Kumpulan cengkerik dimasukkan dalam kotak lutsinar dengan kira2 2 cm lapisan tanah dan ditutup. Bekas perlu gelap dan 'warm' seperti habitat semulajadi ditutup dengan kadbod. Berikan makanan ayam dan air bersih setiap dua hari. Selepas 2 minggu semua cengkerik mati dan dikutip untuk dianalisa kandungan protin di makmal. Kajian mendapati kandungan protin cengkerik paling tinggi (69%) lebih tinggi daripada makanan haiwan sedia ada dipasaran. Ianyanya 23% lebih tinggi dari soyabean meal. Kajian tersebut menunjukkan cengkerik sesuai untuk dijadikan sumber protin bagi ternakan. 
Kalau anda berminat untuk menternak cengkerik.... sila teruskan!

TERNAK CENGKERIK...MENARIK...
IA MELOMPAT...BUBUH PLASTIK....
DIJUAL DIKEDAI...IKAN TERTARIK...
BACA ARTIKEL... TIDAKLAH SERIK....

Related article to read:
1. Ikan Hiasan (Klik disini)
2. Burung Walit (Klik disini)
3. Burung Pipit (Klik disini)
4. Burung Pungguk (Klik disini)
5. Fighting Fish (Klik disini)
6. Itik Muscovy (Klik disini)
7. Fruit Fly (Klik disini)
8. Tupai (Klik disini)
9. Kutu Beras (Klik disini)
10. Lastik (Klik disini)



By
M Anem

ASenior Agronomist,
Kedai Akuarium Ah Seng,
Taman Yayasan, Segamat,
Johor, Malaysia.
(Kemaskini pada 19 Mei 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.