Friday, November 6, 2026

TRITICALE - APAKAH DIA (PART 1)

TRITICALE adalah sejenis tanaman bijirin hibrid (grain) hasil kacukan antara tanaman gandum (wheat) dan tanaman rai (rye). Nama 'Triticale' itu sendiri apa yang penulis blog tahu adalah satu gabungan daripada nama saintifik kedua-dua tumbuhan induknya iaitu Tanaman Gandum (Triticum spp.) dengan Tanaman Rai atau Rye (
Secale cereale). Ada ramai kalangan pembaca blog ini yang mungkin tidak pernah dengar atau dapat ujirasa akan makanan bijirin triticale ini sebab tidak mengenalinya. Apa pun dijelaskan fakta dimana Tanaman  Gandum (Triticum spp.) ialah sejenis tumbuhan rumput bijirin daripada keluarga Poaceae yang buahnya (biji gandum) diproses menjadi tepung gandum untuk dijadikan makanan ruji seperti roti, biskut dan banyak jenis mi. Dalam pada itu Tanaman Rye (Secale cereale) atau didalam bahasa Melayu dikenali sebagai 'Rai' sahaja adalah sejenis tumbuhan bijirin (grain) yang hampir serupa dengan gandum dan barli iatu ia juga berasal berasal dari keluarga Poaceae. Penulis blog paparkan beberapa jenis-jenis bijitin penting sebagai tanaman makanan penting dunia yang pertama adalah BERAS (Rice) dimana beras merupakan bijirin utama ditanam dibanyak negara beriklim tropika seperti Vietnam, India,  Indonesia, Thailand dan termasuk luas juga di Malaysia. Tanaman padi juga luas di tanam dii beberapa negara yang beriklim sederhana seperti China, USA dan sebagainya. Kedua adalah Bijirin GANDUM (Wheat) dimana ia menjadi bijirin penting di kebanyakan negara beriklim sederhana. Bijirin ketiga adalah Barli (Barley) yang banyak di tanam diseluruh dunia dan di banyak negara Barat bijian barli ia meluas ditapai menjadi minuman keras seperti bir dan wiski. Seterusnya ad jenis Bijirin Sorgum (Shorgum) iaitu sejenis bijirin yang amat penting di negara Asia dan benua Afrika dan yang ke lima adalah Bijirin RAI (Rye) sebagai jenis bijirin utama di negara beriklim sejuk serta keenam adalah TRITICALE iaitu sejenis bijirin yang dihasilkan menerusi kacukan gandum rai. Pun begitu rupanya ia lebih menyerupai rai. Tanaman Triticalu ini menggabungkan sifat Gandum yang mempunyai potensi hasil tuaian yang tinggi serta kualiti bijirin yang baik dengan sifat Rai yang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap penyakit, cuaca ekstrem (seperti kemarau/sejuk) dan boleh tumbuh di tanah yang kurang subur atau berasid. Faktaya dimana info kegunaan utama Triticale adalah sebagai Makanan Ternakan (Paling Utama) apabila kebanyakan triticale ditanam untuk dijadikan makanan atau silaj (jerami yang diawet) bagi haiwan ternakan seperti lembu dan ayam kerana kandungan unsur proteinnya yang tinggi. Kedua ia menjadi  Makanan Manusia dimana walaupun kurang popular berbanding gandum tulen untuk membuat roti (kerana kandungan glutennya yang ianya berbeza membuatkan doh kurang kenyal), ia masih diproses menjadi tepung, kepingan sereal (flakes), biskut dan sereal sarapan di kedai-kedai makanan kesihatan. Ketiga ia juga di gunakan sebagai Biobahan Api seperti ada digunakan dalam penghasilan bioetanol atau biogas. Apa pun di ;aporkan dari segi status pemakanan, ia adalah sumber tumbuhan semula jadi, kaya dengan serat serta protein dan sudah tentu ia boleh diklasifikasikan sebagai halal untuk dimakan. Artikel malam Khamis ini dlam blog "Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai Bijirin Triticale untuk bahan rujukkan semua. 


Merujuk beberapa sumber dimana di laporkan 
Triticale adalah sejenis bijirin hibrid (tanaman kacukan) hasil gabungan antara gandum (wheat) dan gandum hitam (rye). Tanaman ini dicipta untuk menggabungkan hasil tinggi serta kualiti gandum dengan sifat ketahanan penyakit serta lasak cuaca daripada gandum hitam. Mengenai harga triticale dilaporkan ia berbeza secara mendadak mengikut pasaran (sama ada pasaran komoditi pukal dunia atau pasaran runcit produk siap). Dilaporkan dimana harga pasaran pukal bagi komoditi (Dunia) atau harga di peringkat global dimana triticale kebanyakannya ia dijual secara pukal (bertan-tan) untuk kegunaan makanan ternakan (bentuk foraj atau bentuk palet) atau bentuk bioenergi. Apa pun harga pukal secara umumnya berkisar antara 150 - 320 EUR per tan (sekitar RM700 hingga RM1,500 setiap 1 tan metrik) bergantung kepada negara pengeluar di Eropah seperti Poland atau Jerman. Dalam pada itu harga Tanaman Foraj (Makanan Ternakan) di pasaran peladang barat iaitu ia a direkodkan sekitar USD 160 per bal besar (1,147 paun) untuk makanan lembu. Merujuk kepada harga pasaran runcit bagi benih di Malaysia tidak di ketahui sebab tanaman triticale bukan tanaman ruji di Malaysia dan biasanya diimport dimana harga runcit produknya dipengaruhi kos logistik dan nilai pertukaran matawang. Bagaimana pun ada bijian triticale yang diimport dijual untuk produk hobi atau kesihatan (contohnya benih triticale organik untuk masakan/tepung) iaitu harga runcit di platform e-dagang tempatan ia boleh mencecah sekitar RM171 bagi setiap pek 2 kg. Dipasaran global dimana jenis kegunaan utama Triticale sebagai Makanan Ternakan dimana ia menjadi pilihan utama peladang untuk silaj atau rumput kering lembu kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Kedua ia dijadikan Makanan Manusia iaitu ia digunakan dalam bentuk campuran bijirin untuk roti premium (contohnya dimana bahan triticale ini ia merupakan salah satu daripada 12 bijirin di dalam roti Gardenia Sommerset Cottage di Malaysia), biskut, cereal sarapan, atau dikisar sendiri menjadi tepung alternatif. 

 
Dilaporkan dimana Triticale ia dikeluarkan di seluruh dunia dengan jumlah sekitar 12 - 15 juta tan metrik setahun di mana beberapa negara di Eropah merupakan rantau pengeluar utama yang mampu menyumbang lebih daripada 80% daripada keseluruhan pengeluaran global. Berdasarkan data terkini daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) antara negara pengeluar triticale terbesar di dunia adalah negara Poland sebanyak 4.5 - 5.3 juta mt setahun dimana Polanf adalah pengeluar terbesar di dunia dengan ia menyumbang sekitar 1/3 daripada bekalan global. Kedua adalah negara Jerman sebanyak 1.9 - 2.0 juta mt dimana ia kebanyakannya digunakan secara meluas untuk industri makanan ternakan tempatan. Ketiga dimana Perancis mampu menghasilkan sebanyak 1.5 - 1.7 juta mt triticale menjadi bijirin kedua paling banyak ditanam selepas gandum. Dalam pada itu Belarus juga menghasilkan sebanyak 1.2 - 1.6 juta mt setahun dan ia mempunyai kadar pertumbuhan pengeluaran tahunan yang sangat stabil. Seterusnya kelima adalah negara Sepanyol mengeluarkan sebanyak 700,000 - 780,000 mt setahun sebagai pengeluar utama bagi kawasan bertanah kering di Mediterranean. Negara China hasilkan sebanyak 360,000 - 440,000 iaitu negara dikawasan Asia utama yang aktif menanam triticale. Seyeruanya adalah Romania dengan sebanyak 250,000 - 380,000 mt dan ia mngalami peningkatan keluaran hasil pertanian yang konsisten. Kelapan Austria yang hasilkan sebanyak 260,000 - 340,000 mt dimana mereka ada mengamalkan teknologi pertanian cekap dengan hasil per hektar yang tinggi. Bagi Rusia mampu hasilkan sebanyak 280,000 - 320,000 mt dan mengalami sedikit penurunan pengeluaran akibat perubahan cuaca ekstrim. Akhir sekali adalah negara  Hungary 270,000 - 310,000 mt setahun dimana sebahagian besar hasilnya digunakan untuk pasaran domestik Eropah Timur. Dilaporkan dimana majoriti tanaman triticale dunia tidak ditumpukan untuk makanan manusia secara langsung, sebaliknya digunakan sebagai makanan ternakan (livestock feed) berprotein tinggi bagi khinzir dan lembu.  Kelebihan Geografi dimana tanaman ini sangat popular di negara-negara Eropah Utara dan Timur kerana ia mewarisi sifat gandum yang berkualiti tinggi serta ketahanan barli hitam (rye) yang mampu hidup subur dalam tanah berasid, cuaca sejuk, dan kawasan yang kurang subur


Menyentuh tentang pasaran dunia bijian triticale ia sedang menunjukkan trend pertumbuhan yang stabil yang didorong terutamanya oleh permintaan tinggi dalam sektor makanan ternakan dan peralihan global ke arah pertanian lestari. Sebagai tanaman hibrid hasil kacukan antara gandum (wheat) dan rai (rye), triticale kini bernilai sekitar USD 677.2 juta pada tahun 2026 dan dijangka terus berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sekitar 2.9% hingga 5.8% dalam beberapa tahun akan datang. Trend utama yang sedang membentuk pasaran triticale dunia yang pertama adalah Issu Dominasi Gred Makanan Ternakan (Feed Grade) iaitu sebagai sejenis makanan ternakan utama bila segmen makanan ternakan kekal sebagai pemacu terbesar pasaran. Triticale mempunyai kandungan protein tinggi dan profil asid amino yang lebih baik berbanding gandum biasa. Ia menjadi alternatif Kos Efektif dimana kalangan pengusaha ternakan beralih kepada triticale sebagai alternatif silaj dan bijirin yang bernutrisi serta lebih murah untuk ayam dan ruminan. Kedua dimana tanaman ini mempunyai tahap ketahanan Iklim dan Ia Sesai sebagai Sistem Pertanian Lestari bila tanaman ini sangat popular kerana mampu hidup subur di kawasan yang mengalami kemarau, tanah kurang subur (berasid) dan cuaca ekstrem. Tanaman triticale digunakan secara meluas dalam sistem penggiliran tanaman (crop rotation) untuk membantu meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia berat. Ketiga ada kes  Peningkatan dalam Makanan Manusia (Food Grade) dimana walaupun pasaran utamanya adalah makanan haiwan tetapi kini jumlah permintaan terhadap tepung triticale (triticale flour) sebagai alternatif gandum untuk produk bakeri sihat kini mencatatkan pertumbuhan terpantas. Kalangan pengguna yang mencari bijirin penuh (whole grain) yang kaya dengan serat dan antioksidan mula memilih produk berasaskan triticale. Dalam trend pasaran dan geografi pengeluaran madin di kawasan eropah yang mendominasi lebih 80% pengeluaran triticale dunia tertumpu di Eropah. Negara seperti Poland (pengeluar terbesar), Jerman, dan Perancis mengetuai pasaran disebabkan oleh rantaian bekalan yang matang dan kajian genetik tanaman yang maju. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini dapat beri maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro technology semuanya. Wasallam!!!....
NAMANYA TRITICALE... JARANG DENGARNYA....

KACUK GANDUM DAN RAI....TIADA DI MALAYSIA...
MAKANAN TERNAKAN... DAN JUGA MANUSIA...
MEMBACA ARTIKEL...BARU TAHU FAKTANYA...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrjaya,
Malaysia.
(28 RabiulAwal 1449H
).
Ya Allah...berikan kesembuhan kepada Abdul Halim ...Amin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.