Thursday, November 12, 2026

SENGKUANG DAN FAKTA PENTING (PART 1)

SENGKUANG
(Pachyrhizus erosus) adalah sejenis umbisi di dapatkan dari pokok sengkuang yang tumbuh secara menjalar dimana ia menghasilkan ubi akar (atau rizom) yang boleh dimakan. Penulis blog mengenali tanaman sengkuang dan umbi sengkuang setelah membuat lawatan teknologi iaitu kebeberapa petani yang menanamnya secara komersil di Perak dan Johor semasa bertugas dahulu. DIlaporkan dimana nama lain bagi sengkuang termasuklah gelaran Bengkuang, Ubi sengkuang, Singkuang, Jicama (nama dalam bahasa Inggeris), Mexican turnip (lobak putih Mexico) atau Yam bean (kacang keladi). Bagi penulis blog suka panggilnya sebagai 'Sengkuang Cina' atau di kenali juga sebagai 'water chestnut' yang mempunyai bentuk dan tekstur berbeza juga. Kenal akan ciri-ciri dan kegunaan utama sengkuang dimana ia mempunyai jenis kulit luarnya berwarna kuning atau keperangan yang agak nipis, manakala isinya berwarna putih krim. Isinya ia berekstur rangup (crunchy) iaitu seperti isi buah pir mentah (pear) atau isi kentang (potato) iaitu ia mempunyai rasa yang sedikit manis serta berair.  Selalunya bahagian tumbuhan ini yang boleh dimakan hanya umbinya (akarnya) sahaja dimana ia memang selamat dimakan. Bahagian lain seperti daun, batang dan bijinya mengandungi toksin rotenon yang beracun dan tidak seesuai di makan. Sengkuang ini digunakan teruat untuk masakkan atau ia sesuai di makan mentah sahaja seperti dalam rojak atau di cicah dengan sos atau cicah asam (seperti dalam hidangan sengkuang calit). Ada juga yang suka menjadikan bahan dalam rojak, popiah, kerabu, kuah lodeh dan acar yang menambaj rasnya lebih enak. 
Dimasak dalam hidangan tumisan, sup, atau dicampur ke dalam inti dumpling dan cucur. Sengkuang ada lah jenis umbisi yang kaya dan tinggi dengan kandungan air dan serat (termasuk inulin) serta ia rendah kalori dan kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan pencernaan dan tubuh badan. Di Malaysia dimana sengkuang ia banyak digunakan dalam pemakanan harian dan kesihatan kerana sifatnya yang rangup, rendah kalori, serta kaya dengan air dan nutrien. Memakan sengkuang ini didakwa membantu penurunan berat badan sebab ia sangat rendah kalori dan tinggi serat, membuatkan anda kenyang lebih lama. Ia juga akan melancarkan pencernaan dan ia kaya dengan serat prebiotik (inulin) yang menyuburkan bakteria baik dalam usus serta mengawal tekanan darah dan jantung sebab ia dilaporkan mengandungi kalium dan nitrat yang membantu melancarkan aliran darah. Makan sengkuang didakwa ia akan menstabilkan gula dalam darah walaupun isinya terasa manis akan tetapi kandungan inulinnya tidak menaikkan paras gula secara mendadak. Dalam dunia kecantikan kulit bahan ini ia sering dijadikan 'produk masker muka' atau bahan dalam bedak sejuk tradisional untuk menyegar, melembapkan serta mencerahkan kulit. Penulis blog dapati hanya bahagian ubi akarnya sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia, tanaman sengkuang banyak diusahakan di kawasan tanah mineral dan bekas lombong dengan tumpuan utama di tanam dalam negeri Perak, Johor dan Sabah walau pun ia boleh hidup dengan baik di kebanyakan tempat di Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah kerana tidak cerewet tentang jenis tanah, asalkan kawasan tersebut mempunyai saliran yang baik dan tidak banjir. Walau bagaimanapun perlu memilih kawasan penanaman komersial tertumpu di negeri Perak dimana ia merupakan di antara pengeluar utama sengkuang di Malaysia dan tanaman ini banyak diusahakan oleh petani di kawasan tanah bekas lombong yang sangat sesuai untuk pertumbuhan ubi yang besar dan rangup. Penulis blog ada embuat lawatan di JOhor terutama di Jemaluang, Mersing, Johor dan di Tangkak, Johor yang ada menanam sengkuang secara komersil di Johor. Penulis blog merujuk laporan Keluasan Tanaman Makaan di Jabatan Pertanin Malaysia dimana jumlah keluasan bertanam sengkuang di Malaysia direkodkan sebanyak 608.3 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 22,993.1 tan metrik bagi tahun 2024. Penulis blog pernah buat kajian akan potensi hasil pengeluaran ubi sengkuang dalam Malaysia adalah sangat tinggi iaitu sekitar 25 - 35 tan per hektar pada tahun 2019 untuk pasaran domestik. Tempoh matang tanaman ini juga agak pendek iaitu sekitar 4 - 6 bulan sahaja untuk sedia dituai dimana menjadikannya antara tanaman kontan pilihan petani kerana memberikan pulangan modal yang cepat. Aspek harga sengkuang di Malaysia biasanya berkisar antara RM1.20 - RM7.00 sekilogram iaitu ia adalah bergantung kepada tempat pembelian dan jenis pasaran. Dalam kajian di laporkan bagi harga peringkat Ladang dan harga pemborong adalah sekitar RM1.20 - RM2.00 sekilogram (kadang-kala turun ke RM0.60 - RM0.80 sekilo di pasar borong). Kajian harga sengkuang di pasaraya dan pasar biasa adalah sekitar RM5.00 - RM7.00 sekilogram. Artikel subuh yang sepi pada jam 2.30 pagi saya aman menulis dalam blog "Anim Agro Technology" banyak fakta menarik mengenai sengkuang untuk bahan rujukkan semua.


Penulis blog banyak membuat rujukkan mengenai keluasan dan pengeluaran sengkuang dimana masih tidak ada rekod statistik rasmi bagi jumlah pengeluaran sengkuang dunia kerana organisasi antarabangsa seperti dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) sebabnya mereka tidak mengasingkan data tanaman ini daripada kategori umum sayur-sayuran berubi. Walau bagaimanapun ada negara seperti Mexico merupakan negara pengeluar dan pengeksport komersial utama sengkuang di dunia walau pun ia kurang popular dimana ia diikuti rapat oleh beberapa negara di Asia Timur dan Asia Tenggara. 
Jumlah pengeluaran sengkuang (jícama) di Mexico adalah sekitar 187,916 - 250,000 tan setahun dan jumlah ini menjadikannya pengeluar sengkuang (Jicama) yang terbesar di dunia (Sila lihat foto disebelah). Sengkuang Mexico (Pachyrhizus erosus) atau 'Jicama' adalah ubi sengkuang biasa yang sering kita makan dalam rojak, popia dan produk sengkuang calit di Malaysia. Apa yang penulis blog tahu dimana ia dipanggil 'Sengkuang Mexico' atau 'Mexican turnip' kerana tanaman ini ia menjalar didakwa ia berasal dari Mexico dan Amerika Tengah sebelum dibawa masuk ke Asia Tenggara oleh para pedagang dan penjajah Sepanyol pada abad ke-17. Apa pun cirinya ia berupa umbisi yang kulit luarnya nipis dan berwarna perang muda dengan bentuk bulat agak leper. Isinya pula berwarna putih bersih, sangat rangup dan berair (juicy) seakan-akan buah pir atau epal. Ia mempunyai rasa manis yang lembut dan menyegarkan, menjadikannya sedap dimakan mentah atau dijadikan bahan campuran masakan. Ia juga berkhasiat dimana ubi ini mengandungi kira-kira 86 - 90% air, rendah kalori, kaya dengan serat prebiotik (inulin), serta merupakan sumber vitamin C yang baik. Dilaporkan fakta akan perbezaan dengan 'Jenis Sengkuang Cina' dimana ada ramai orang sering keliru antara sengkuang Mexico dengan sengkuang Cina (Water chestnut atau Eleocharis dulcis) dan sebenrya kedua-duanya berbeza sama sekali. Bagi Jenis Sengkuang Mexico (Jicama) dimana saiznya besar (sebesar bola lisut atau lebih), berkulit perang muda dan berasal dari keluarga kekacang (Fabaceae) sedangan bagi jenis Sengkuang Cina pula saiznya kecil (sebesar buah berangan atau duit syiling 50 sen) serta ia berkulit gelap kehitaman dan tumbuh di kawasan berpaya atau berair. Perlu dingatkan jika sengkuang ini hanya ubinya boleh dimakan dan pada bahagian lain pokok sengkuang Mexico seperti daun, batang, bunga dan buah kacangnya sangat beracun kerana didakwa ia mengandungi toksin semula jadi yang dipanggil 'Rotenone'. Apa pun dipastikan kulitnya dikupas bersih sebelum dimakan. Pengeluaran sengkuang dari Mexico dan Amerika Tengah dimana negara Mexico merupakan negara asal sengkuang dan kekal sebagai pengeluar komersial terbesar untuk tujuan pasaran eksport antarabangsa terutamanya bagi dapat beri dan membekalkan permintaan di Amerika Syarikat dan Kanada. Di China pula di mana sengkuang ditanam secara meluas di bahagian selatan Sungai Yangtze seperti di wilayah Guizhou, Sichuan, Hunan, Guangdong dan Guangxi dimana dilaporkan sengkuang China kebanyakannya menampung permintaan pasaran domestik yang tinggi. Selain itu di Asia Tenggara seperti di Indonesia, Filipina, Thailand dan Malaysia merupakan pengeluar serantau ASEAN yang aktif menanam sengkuang secara komersial dan sara diri untuk kegunaan masakan tempatan seperti rojak, popia dan hidangan segar. Dalam pada itu di USA ia di tanam berskala kecil) dan ada penanaman komersil di beberapa negeri beriklim panas seperti Hawaii, California, Texas, Florida dan Puerto Rico bagi menampung keperluan tempatan sahaja.  


Fakta lain dimana didalam pangkalan data pertanian dunia iaitu hasil tuaian tanaman sengkuang biasanya digabungkan di bawah kategori 'Umbi-umbian dan akar lain' atau 'Other roots and tubers' yang ia dikumpulkan bersama bersama tanaman minoriti yang lain. Di kebanyakan beberapa negara Asia dimana sengkuang ditanam oleh pekebun kecil untuk jualan segar untuk pasaran tempatan. Ketiadaan rantaian eksport berskala besar di rantau ini menyebabkan rekod pengeluaran sengkuang ini ia jarang didokumentasikan secara terperinci di peringkat antarabangsa. Dalam pada itu pasaran sengkuang (jicama atau yam bean) dunia menunjukkan pertumbuhan yang pesat dengan jumlah anggaran nilai pasaran sekitar USD 7.3 bilion (dan diunjurkan mencecah USD 13.6 bilion menjelang 2032). Ada juga di laporkan jika ada sesetengah laporan khusus bagi segmen komoditi eksport segar menilainya sekitar USD 269 - USD 500 juta sengkuang dengan kadar pertumbuhan tahunan akan terkumpul (CAGR) industri ini dianggarkan berada pada tahap 7.5 - 8.5%. Dilaporkan ada perbezaan anggaran nilai pasaran global bergantung pada skop kajian sama ada ia merangkumi produk segar sahaja atau keseluruhan rantaian makanan diproses. Dalam kes pasaran borong dan runcit dimana menurut analisis pasaran oleh USD Analytics dimana pasaran sengkuang global bernilai USD 7.3 bilion pada 2024 dan dijangka meningkat pada kadar 8.1% CAGR menjelang 2032. Laporan Technavio pula mengunjurkan pertambahan nilai pasaran sebanyak USD 3.76 bilion antara 2025 - 2029 (CAGR 8.5%). Bagi dagangan eksport bahan mentah khusus, nilai pasaran dianggarkan sekitar USD 269 juta dengan unjuran mencecah USD 554 juta menjelang 2035. Berdasarkan data dagangan global di Tridge dimana harga eksport dan import sengkuang segar ianya berlegar antara USD 0.47 - USD 2.00 sekilogram. Di peringkat borong Amerika Syarikat seperti yang direkodkan oleh IndexMundi dimana bekalan dari Mexico diniagakan sekitar USD 24 - USD 32 bagi setiap kotak pada nilai berat 38 - 40 paun. Apa pun trend permintaan peringkat antarabangsa terhadap sengkuang tidak lagi terhad kepada masakan tradisional Asia dan Amerika Latin dan ia sebaliknya didorong oleh beberapa trend pengguna moden. Ia berkait dengan kesedaran diet berasaskan tmbuhan yang rendah Kalori serta peningkatan populasi vegan dan pengguna yang mementingkan kesihatan menjadikan sengkuang pilihan utama sebagai snek rendah kalori dan pengganti karbohidrat tinggi. Sengkuang yang kaya dengan serat makanan serta inulin semula jadi yang menyokong kesihatan usus dimana fakta ini menjadikannya bahan popular dalam industri makanan berfungsi (functional foods). Kenaikan permintaan Produk Organik dalam segmen sengkuang organik kini ia sudah mencatatkan kadar pertumbuhan paling pantas kerana pengguna di pasaran maju seperti Amerika Utara dan Eropah sanggup membayar lebih untuk hasil tanaman bebas racun perosak. Disebabkan ujud inovasi Makanan Sedia Dimakan (Ready-to-Eat) maka ujud syarikat pemprosesan makanan kini memasarkan sengkuang dalam bentuk potongan sedia dimakan (jicama sticks), kerepek rangup, pengganti kulit taco (jicama wraps), dan tepung bebas gluten. Aktiviti seperti usaha peningkatan Teknologi Rantaian Sejuk dan logistik eksport membolehkan sengkuang mengekalkan kerangupannya untuk tempoh lebih lama semasa penghantaran rentas benua. Apa pun sehingga artikel ini di tulis dimana negara Mexico kekal sebagai pembekal utama dunia khususnya ke pasaran Amerika Utara manakala negara Asia Tenggara seperti Vietnam dan Indonesia aktif membekalkan sengkuang ke pasaran serantau serta Asia Timur seperti Korea Selatan dan Jepun. Dalam pada itu Amerika Syarikat merupakan pasaran pengguna terbesar di luar rantau asal tanaman ini dan ia diikuti oleh negara-negara Eropah (Jerman, United Kingdom, Perancis) dan Asia Timur (China, Jepun, Korea Selatan) yang semakin menggemari bahan masakan eksotik dan sihat.  


Menarik lebih fokus dimana sengkuang secara umumnya terbahagi kepada dua kategori utama yang sering dikelirukan iaitu Jenis Sengkuang Biasa (Jicama) dan Jenis Sengkuang Cina (Water Chestnut). Pertama di kongsikan akan fakta Jenis Sengkuang Biasa (Pachyrhizus erosus atau Jicama) yang cirinya ia mempunyai ubi yang besar, kulit luar berwarna kuning kecoklatan seperti kertas, manakala isi dalamnya berwarna putih krim dengan tekstur yang rangup dan berair (menyerupai pir atau kentang mentah). Jenis ini dilaporkan yang ia selalu dimakan segar atau dicelup dengan serbuk asam atau cili, rojak dan yusheng. Ia juga dijadikan bahan dalam salad, popia segar atau dimasak dalam pelbagai jenis masakan tumis. Bagaimana pun masih ada peringatan atau amaran iaitu hanya bahagian ubi akarnya sahaja yang boleh dimakan; bahagian lain seperti biji dan daunnya mengandungi racun rotenon. Jenis kedua adalah Jenis Sengkuang Cina (Eleocharis dulcis atau Water Chestnut) dimana jenis ini ia merupakan sejenis sayuran air dari keluarga keladi atau keluarga akar paya yang berkulit perang gelap atau warna coklat dan bersaiz lebih kecil (Sila lihat foto disebelah). Isinya sangat pejal, manis, dan kekal rangup walaupun dimasak lama. Jenis ini selalu di gunakan bagi dimasukkan ke dalam sup, inti popia, bebola daging atau masakan Cina bergoreng atau ia dijadikan produk kerepek (seperti buah ngaku atau arrowhead yang seakan-akan). Ia juga ada digunakan dalam perubatan tradisional untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan panas badan. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan agar di baca kesemuanya. Semuga usaha penulisan saya yang ke 9,935 ini memberikan ilmu yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
NAMANYA SEGKUANG...ADA DI MALAYSIA...
DITANAM 4 BULAN... DI TUAI IKUT USIANYA...
BANYAK KHASIAT...DIMANAN BANYAK CARA...
MEMBACA ARTIKEL INI...ILMU DI TERIMA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 JamadilAkhir 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.