Di Malaysia dilaporkan masih ada spesies gajah yang ditemui secara semula jadi iaitu dari jenis Gajah Asia (termasuk jenis gajah di Semenanjung dan Borneo). Ciri-ciri penting bagi gajah adalah ia haiwan besar dan berat dimana bagi Jenis Gajah Afrika Jantan dilaporkan ia boleh mencapai tinggi hingga 4 meter dan berat sehingga 7,000 kg sedangkan Gajah Asia pula ia pula lazimnya lebih kecil dengan berat 5,000 kg dan ketinggian sekitar 3 - 4 meter seperti Gajah Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai jenis kulit berwarna kelabu, tebal dan berkedut untuk melindungi badan daripada panas dan serangga. Setiap kaki mempunyai empat jari dengan tapak yang kuat untuk menampung berat badan serta mencengkam permukaan. Gajah mempunyai tingkah laku sosial dan ada daya ingatan kuat sebagai haiwan herbivor ini hidup secara berkumpulan (lazimnya diketuai betina utama) serta selalunya ia mempunyai daya ingatan yang kuat dan mampu didalam berkomunikasi pada jarak jauh termasuk melalui bunyi frekuensi rendah. Gajah ada Organ Belalai iaitu ianya berotot tanpa tulang yang panjang di bahagian muka. Hujung belalai pada gajah asia ia mempunyai satu unjuran seperti jari, manakala bagi jenis Gajah Afrika ia mempunyai dua. Belalai gajah ia berfungsi untuk bernafas, menghidu, menyedut air, mengambil makanan atau objek serta dapat membantu ketika berenang. Seperti tajuk artikel ini dimana ciri bagi telinga ia ada bentuk seperti 'Daun' dengan saiz telinga yang lebar dimana selalunya telinga gajah Afrika lebih besar, sedangkan telinga bagi jenis gajah asia ia lebih kecil dan melengkung. Fungsi telinga gajah sebenarnya adalah untuk dapat membantu mengawal dan membebaskan haba badan. Apa pun seekor gajah juga ada 'Gading' iaitu sejenis gigi kacip atau gigi seri yang ia memanjang (lebih ketara pada jantan) dan tumbuh sepanjang hayat. Gading akan digunakan untuk menggali tanah atau air, mengupas kulit kayu, memindahkan objek, dan mempertahankan diri. Gajah sebenarnya adalah sejenis haiwan herbivor besar dan ia membantu menyebarkan biji benih tumbuhan dan membuka laluan atau ruang di dalam hutan. Gajah ialah haiwan herbivor yang memakan tumbuhan seperti rumput, daun, buah, kulit pokok dan akar, manakala pembiakannya bermula pada usia matang dengan tempoh bunting antara 18 hingga 22 bulan. Makanan Gajah terdiri dari banyak jenis rumput, daun, ranting, akar, kulit pokok, rebung buluh, rotan, buah-buahan serta tumbuhan air. Gajah Asia memerlukan kira-kira 4 - 8% daripada berat badan sehari atau sekitar 300 - 400 kg untuk jantan dewasa dan 200 - 300 kg untuk betina dewasa. Anak gajah lahir dengan usus yang steril dan memerlukan bakteria daripada tinja ibunya untuk dapat membantu mencerna tumbuhan. Cara Pembiakan Gajah dimana pada umur matang membiak bagi gajah Asia biasanya mula membiak pada umur 8 - 12 tahun. Gajah mempunyai kadar tempoh bunting selama 18 hingga 22 bulan dimana ia lazimnya melahirkan seekor anak pada satu masa. Gajah betina hidup berkumpulan yang diketuai gajah betina tua dan semua betina dalam kumpulan membantu menjaga anak gajah (allo-mothering). Gajah jantan matang akan keluar daripada kumpulan untuk hidup menyendiri atau bersama jantan lain dan hanya mendekati betina apabila tiba musim mengawan.
Jenis Pokok Telinga Gajah Hiasan (Anthurium) atau ia di namakan sebagai 'Pokok Keladi Telinga Gajah' ia dilihat mempunyai jenis daun besar, tebal dan lebar menyerupai telinga gajah (sering hijau tua dengan urat daun yang jelas atau berbelang). Sesetengah spesies pokok ini ia mempunyai bunga bertongkol dengan seludang berwarna. Dilaporkan dimana kegunaan utamanya adalah sebagai tanaman hiasan laman dan dalam rumah. Ada bahaya atau ancaman pokok jenis ini dimana 'Getah' pada tumbuhan Anthurium ini ia mengandungi bahan kristal kalsium oksalat yang boleh merengsakan kulit dan mata jika disentuh atau termakan. Dilaporkan pada pokok Keladi Telinga Gajah atau Pokok Kuping Gajah sebagai sejenis tanaman hiasan ia ada sejenis getah dan hablur kalsium oksalat mana ia tidak larut berbentuk jarum halus. Ancamannya ia boleh jika terkena akan menyebabkan ruam, gatal dan iritasi pada kulit apabila terkena getah. Jika tertelan oleh manusia atau haiwan peliharaan dimana ia boleh mengakibatkan rasa terbakar, iritasi mulut, lidah dan tekak, sakit perut, bengkak tekak serta sukar bernafas. Apa pun dari pemerhatian penulis blog dimana nama 'telinga gajah' ia merujuk kepada bentuk daun pokok tersebut yang besar, lebar dan menyerupai telinga gajah dan bagi jenis 'pokok keladi telinga gajah' pula ia merujuk kepada tumbuhan daripada keluarga keladi-keladian (Araceae) yang memiliki ciri daun sedemikian rupa menyamai bentuk telinga gajah sebenar. Di Malaysia, gelaran yang sama sering akan digunakan secara bertukar-tukar untuk beberapa jenis tanaman berdaun besar yang serupa dia antaranya dari jenis daun Pokok Keladi Gergasi (Leucocasia gigantea) iaitu sejensi pokok keladi bersaiz besar yang sering dipanggil 'keladi telinga gajah' atau 'elephant ear'. Pokok keladi telinga gergasi (juga dikenali sebagai keladi telinga gajah, giant taro, atau nama saintifiknya Leucocasia gigantea atau Alocasia macrorrhizos adalah sejenis tumbuhan tropika berdaun lebar yang terkenal dengan saiznya yang sangat besar. Pokok ini ia ada ciri fizikan iaitu daunnya bersaiz gergasi dimana jika dilihat iaitu daunnya berbentuk seakan-akan hati atau telinga gajah yang lebar, tebal, dan boleh membesar sehingga 1 meter lebar dan panjang. Selalunya tahap ketinggian pokok yang berada pada tanah yang subur dan lembap ia tumbuh subur yang boleh mencapai ketinggian melebihi 2 meter. Warna dan urat daun kebanyakannya berwarna hijau pekat atau warna hijau kekuningan dengan urat daun yang jelas menonjol serta permukaan yang sedikit berlilin (kalis air). Ia mempunyai tangkai daun yang panjang, tegak dan berisi air. Di bahagian bawah tanah dilaporkan ia mempunyai umbisi (ubi) yang menyimpan nutrien dan boleh menghasilkan anak pokok baharu. Habitatnya ia suka tumbuh ditempat redup dan lembap dan biasanya pokok ini tumbuh subur di kawasan teduh, lembap, atau berhampiran sumber air seperti tepi paya dan sungai. Cahaya matahari terik secara langsung boleh menyebabkan daunnya melecur dan uniknya ia jarang berbunga serta selalunya ia akan ditanam sebagai pokok hiasan di kawasan rumah, ia jarang mengeluarkan bunga (Sila lihat foto paling atas sekali). Bagaimana pun umumperlu tahu akan amaran keselamatan pokok ini sebab ia 'Beracun' jika dimakan mentah. Kebanyakan spesies keladi gajah ia memang ada mengandungi kristal kalsium oksalat yang menyebabkan kegatalan, rasa pedih dan bengkak pada mulut atau kulit jika disentuh getahnya atau dimakan tanpa kaedah pemprosesan yang betul.
ialah sejenis tumbuhan tropika daripada keluarga Moraceae yang terkenal dengan daunnya yang besar seperti telinga gajah serta buahnya yang tumbuh melekat pada batang utama. Di Malaysia dimana pokok ini juga dikenali sebagai 'Ara Mekah' atau 'Kelebuk' manakala dalam bahasa Inggeris ia dipanggil 'Roxburgh fig' atau 'Elephant ear fig'. Ciri-ciri utama bagi pokok ini dimana daunnya ia berukuran besar, lebar dan berbentuk seperti telinga gajah (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini menghasilkan buah dimana buahnya akan tumbuh secara berkelompok terus pada batang dan dahan besar (bukan di hujung ranting), dan boleh berbuah sepanjang tahun. Buah yang masak berubah menjadi kemerah-merahan dan menjadi makanan haiwan. Ia boleh tumbuh dengan ketinggian iitu diantara 5 - 10 meter dengan bentuk pokok yang agak rendang. Daun pokok ini ia bersaiz sangat besar dan lebar dimana ia boleh mencapai sekitar 15 - 55 cm panjang dan 10 - 45 cm lebar. Berbentuk sangat lebar, bulat atau bujur telur (ovate atau cordate) dengan pangkal berlekuk seperti hati atau 'bentuk telinga. Warna daun di bahagian pucuk pada daun muda berwarna kemerahan atau keperangan dan ia kemudian bertukar menjadi hijau apabila matang. Pada permukaan dan bawah berbulu halus serta mempunyai urat daun yang jelas menonjol. Ia mempunyai tangkai daun agak panjang dan tumbuh berselang-seli pada batang atau dahan. Apa pun kegunaan makanan dimana buah muda adakalanya dimasak sebagai sayur, manakala buah masak boleh dimakan terus atau dibuat jem dan bahagian pucuk dan daun muda juga digunakan dalam masakan tertentu. Kalangan peminat di laporkan ia di tanam sebagai tanaman hiasan landskap dan ia sesuai di tanam di taman atau kawasan lapang kerana bentuk daunnya yang unik dan rendang. Ada dilaporkan dimana ia ada di jadikan dalam Rawatan Perubatan Tradisional iaitu pada bahagian pokok seperti daun dan buah digunakan dalam amalan tradisional untuk masalah pencernaan, kulit, tekanan darah tinggi dan kencing manis, namun ia bukan pengganti rawatan perubatan moden. Ia sebagai sejenis pokok tropika setinggi sekitar 5 - 10 meter dengan daun sangat besar berbentuk telinga gajah dan batang berkulit licin kelabu kecokelatan. Buah ara tumbuh berkelompok terus pada batang utama atau dahan besar, dan bertukar kemerahan apabila masak. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Jenis Pokok Telinga Gajah Hiasan (Anthurium) atau ia di namakan sebagai 'Pokok Keladi Telinga Gajah' ia dilihat mempunyai jenis daun besar, tebal dan lebar menyerupai telinga gajah (sering hijau tua dengan urat daun yang jelas atau berbelang). Sesetengah spesies pokok ini ia mempunyai bunga bertongkol dengan seludang berwarna. Dilaporkan dimana kegunaan utamanya adalah sebagai tanaman hiasan laman dan dalam rumah. Ada bahaya atau ancaman pokok jenis ini dimana 'Getah' pada tumbuhan Anthurium ini ia mengandungi bahan kristal kalsium oksalat yang boleh merengsakan kulit dan mata jika disentuh atau termakan. Dilaporkan pada pokok Keladi Telinga Gajah atau Pokok Kuping Gajah sebagai sejenis tanaman hiasan ia ada sejenis getah dan hablur kalsium oksalat mana ia tidak larut berbentuk jarum halus. Ancamannya ia boleh jika terkena akan menyebabkan ruam, gatal dan iritasi pada kulit apabila terkena getah. Jika tertelan oleh manusia atau haiwan peliharaan dimana ia boleh mengakibatkan rasa terbakar, iritasi mulut, lidah dan tekak, sakit perut, bengkak tekak serta sukar bernafas. Apa pun dari pemerhatian penulis blog dimana nama 'telinga gajah' ia merujuk kepada bentuk daun pokok tersebut yang besar, lebar dan menyerupai telinga gajah dan bagi jenis 'pokok keladi telinga gajah' pula ia merujuk kepada tumbuhan daripada keluarga keladi-keladian (Araceae) yang memiliki ciri daun sedemikian rupa menyamai bentuk telinga gajah sebenar. Di Malaysia, gelaran yang sama sering akan digunakan secara bertukar-tukar untuk beberapa jenis tanaman berdaun besar yang serupa dia antaranya dari jenis daun Pokok Keladi Gergasi (Leucocasia gigantea) iaitu sejensi pokok keladi bersaiz besar yang sering dipanggil 'keladi telinga gajah' atau 'elephant ear'. Pokok keladi telinga gergasi (juga dikenali sebagai keladi telinga gajah, giant taro, atau nama saintifiknya Leucocasia gigantea atau Alocasia macrorrhizos adalah sejenis tumbuhan tropika berdaun lebar yang terkenal dengan saiznya yang sangat besar. Pokok ini ia ada ciri fizikan iaitu daunnya bersaiz gergasi dimana jika dilihat iaitu daunnya berbentuk seakan-akan hati atau telinga gajah yang lebar, tebal, dan boleh membesar sehingga 1 meter lebar dan panjang. Selalunya tahap ketinggian pokok yang berada pada tanah yang subur dan lembap ia tumbuh subur yang boleh mencapai ketinggian melebihi 2 meter. Warna dan urat daun kebanyakannya berwarna hijau pekat atau warna hijau kekuningan dengan urat daun yang jelas menonjol serta permukaan yang sedikit berlilin (kalis air). Ia mempunyai tangkai daun yang panjang, tegak dan berisi air. Di bahagian bawah tanah dilaporkan ia mempunyai umbisi (ubi) yang menyimpan nutrien dan boleh menghasilkan anak pokok baharu. Habitatnya ia suka tumbuh ditempat redup dan lembap dan biasanya pokok ini tumbuh subur di kawasan teduh, lembap, atau berhampiran sumber air seperti tepi paya dan sungai. Cahaya matahari terik secara langsung boleh menyebabkan daunnya melecur dan uniknya ia jarang berbunga serta selalunya ia akan ditanam sebagai pokok hiasan di kawasan rumah, ia jarang mengeluarkan bunga (Sila lihat foto paling atas sekali). Bagaimana pun umumperlu tahu akan amaran keselamatan pokok ini sebab ia 'Beracun' jika dimakan mentah. Kebanyakan spesies keladi gajah ia memang ada mengandungi kristal kalsium oksalat yang menyebabkan kegatalan, rasa pedih dan bengkak pada mulut atau kulit jika disentuh getahnya atau dimakan tanpa kaedah pemprosesan yang betul.





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.