Morfologi pokok kopi ia merangkumi struktur fizikal luarannya iaitu daripada bahagian akar, batang, dahan, daun, bunga sehinggalah kepada buah (ceri kopi). Pertama Bahagian Akar (Roots) dimana pokok kopi ia mempunyai jenis Akar Tunjang dimana ia tumbuh jauh ke dalam tanah untuk menyokong kestabilan pokok dan menyerap air serta nutrien (boleh mencapai kedalaman antara 0.5 - 4.0 meter bergantung kepada jenis kopi termasuk jenis Kopi Liberica. Bagi penuli blog yang banyak kelokasi kebun kopi dapati dimana akar pokok kopi mempunyai sistem perakaran tunjang dan akar sisi (lateral) yang berfungsi menyokong kestabilan pokok serta menyerap air dan nutrien dari dalam tanah. Bagi jenis Akar Tunjang ia tumbuh lurus ke dalam tanah teruatam ia ada oleh pokok kopi yang ditanam daripada biji benih (semai) dan tiada pada pokok kopi dari keratan batang. Kedalamannya berbeza mengikut jenis dan bagi jenis Robusta biasanya lebih pendek dan kurang daripada 0.5 meter sahaja. Bagi Jenis Akar Sisi (Lateral root) ia selalunya keluar daripada akar tunjang (biasanya berjumlah 4 hingga 8 batang) dan tumbuh secara mendatar ke arah sisi dan panjangnya boleh mencapai 2 hingga 3 meter (seperti pada jenis Liberica) untuk membantu mengukuhkan cengkaman pokok. Bagi jenis Akar Rerambut dan Bulu Akar ia sangat halus yang keluar daripada akar sisi. Berfungsi utama untuk mengisap air dan unsur hara (makanan) daripada lapisan atas tanah (biasanya dalam lingkungan 0.3 meter dari permukaan tanah bagi Robusta). Apa pun sistem akar kopi sangat peka terhadap keadaan fizikal tanah, kelembapan, kandungan bahan organik serta persaingan rumpai sebab jika akar kekurangan air atau udara (pengudaraan tanah kurang baik) maka pertumbuhan pokok akan menjadi kerdil. Kedudukan akar sisi ia tersebar secara melintang di lapisan atas tanah untuk penyerapan makanan yang lebih luas. Pokok Kopi mempunyai Batang dan Dahan yang standard dimana Jenis Batang Utama (Orthotropic) ia selalu tumbuh menegak ke atas, memberikan struktur asas kepada pokok yang boleh membesar antara 2.5 - 15 meter tinggi mengikut spesies (Sila lihat rajah sebelah). Kedua bagi Jenis Dahan Melintang (Plagiotropic) selalaunya ia akan tumbuh secara mendatar atau bersudut dari batang utama. Dahan jenis inilah tempat keluarnya ranting-ranting kecil yang menghasilkan bunga dan buah bergantung kepada jenis sama ada ia rapat atau jauh. Marfologi Daun Kopi ia dilihat tumbuh secara berpasangan (bertentangan). Pada dahan menegak, susunannya berselang-seli, manakala pada dahan mendatar ia tersusun pada paras yang sama. Daun kopi ia berbentuk bujur atau sedikit tirus dengan bahagian tepi yang kadang-kala bergelombang, berwarna hijau gelap serta licin berkilat. Bagi penulis blog dimana daun kopi mempunyai beberapa ciri utama berdasarkan jenis spesis pokoknya (seperti Arabica, Robusta, dan Liberica) dimana warnanya hijau gelap hingga hijau terang dan kelihatan berkilat (licin) pada bahagian atasnya. Kebanyakannya berbentuk bujur (elliptic) atau bujur telur dan tirus di bahagian hujung (mengecil ke arah pucuk). dengan susunan dimana daun tumbuh secara berpasangan dan berselang-seli (bertentangan) pada dahan. Saiz dan dan tekstur daun kopi mengikut jenis dimana JenisKopi Arabica dilihat daunnya lebih kecil, hijau gelap, berkilat dengan saiz lazimnya sekitar 12 - 15 cm panjang dan lebar kira-kira 6 cm. BAgi jenis Kopi Robusta dimana daunnya lebih lembut dan nipis berbanding Liberica sementara bagi Jenis Kopi Liberica ia mempunyai daun yang paling besar, lebar, berkilat dan tirus di bahagian hujung berbanding spesis lain. Marfologi Bunga Kopi dimana ia selelu berwarna putih bersih dan mempunyai harum yang manis dan akan keluar secara berkelompok atau ia berderet di celah-celah ketiak daun pada dahan mendatar. Bagi penulis bog suka lihat bunga kopi sebab ia ada warna putih bersih atau putih kekuningan dengan ada baunya yang Mengeluarkan bau harum yang kuat (seperti bau bunga melur atau jasmin) yang menarik perhatian serangga pendebunga. Ia bersaiz agak kecil, tumbuh secara berkelompok atau secara berkumpulan pada bahagian ketiak daun atau buku dahan pokok. Strukturnya ia terdiri daripada kelopak bunga yang kecil dan ramping, serta mula muncul apabila pokok mencapai umur sekitar 2 - 3 tahun (bergantung kepada spesies seperti Arabica, Robusta, atau Liberica). Apa pun selepas proses pendebungaan berlaku maka bunga ini akan gugur dan ia perlahan-lahan kemudian membentuk bakal buah kopi (putik).
Marfologi Buah Kopi atau 'Ceri Kopi' ) dimana buahnya dikenali sebagai ceri kopi yang mengandungi perikarp (kulit luar, isi/pulpa manis, dan lapisan perkamen keras) serta dua biji kopi di bahagian dalamnya. Buah yang masih muda ia berwarna hijau, bertukar kepada kuning atau oren dan menjadi merah terang apabila ranum apabilamasak sepenuhnya. Buah kopi (sering dipanggil ceri kopi) dan bijinya memiliki struktur anatomi dan morfologi berlapis dari luar ke dalam dimana ia adalah jenis buah batu (drupa) yang berbentuk bulat hingga bujur. Saat muda berwarna hijau dan berubah menjadi merah, kuning atau jingga ketika masak. DIlihat dari luar ke dalam dimana buah kopi terdiri dari beberapa lapisan iaitu lapisan Eksokarp (Kulit Luar) sebagai jenis lapisan kulit paling luar yang keras dan licin dan lapisan Mesokarp (isi atau daging Buah atau Pulpa sebagai satu lapisan tengah berupa daging buah yang tebal dan manis. Ada lapisan Lendir (Mucilage atau Pektin) sebagai satu lapisan tipis yang sangat lengket berada di antara daging buah dan kulit perkamen. Ada Lapisan Endokarp (Perkamen) sebagai satu lapisan seperti kulit kayu tipis atau cangkang keras yang melindungi biji di dalamnya. (Catatan: Gabungan dari kulit, pulpa, lendir, dan perkamen ini sering disebut sebagai perikarp atau sekam). Apa pun dalam setiap buah kopi umumnya terdapat dua biji yang saling berhadapan pada sisi yang rata dimana jika hanya ada satu biji berbentuk bulat utuh di dalam satu buah ia tetap disebut peaberry atau 'biji tunggal'. Apa pun beberapa bahagian dalam buah kopi ia meliputi Jenis Kulit Perak (Silver Skin atau Epidermis) iaitu satu lapisan kulit ari tipis yang melekat terus pada permukaan biji dan Lapisan Endosperm adalah bahagian utama dan terbesar dari biji kopi yang keras, berwarna hijau (atau kelabu kehijauan) sebagai tempat menyimpan makanan serta zat yang membentuk rasa dan aroma kopi. Bahagian Embryo pula ia adalah akan menjadi tunas baru semasa proses percambahan berlaku yang berukuran sangat kecil terletak di dalam endosperma. Apa pun umumnya dimana saiz biji kopi berkisar diantara 8.5 - 12.7 mm dan lebar sekitar 6 mm dan ini bergantung pada jenisnya (misalnya dimana Kopi Arabica cenderung lebih kecil dan lonjong sementara Kopi Robusta atau Liberika memiliki bentuk dan ukuran yang berbeda).
Dalam membuat rujukkan dimana berdasarkan rujukan daripada tulisan blog Anim Agro Technology, berikut adalah cara-cara menanam dan menguruskan tanaman kopi (khususnya Kopi Robusta dan Liberica). Pertama adalah Aktiviti Penyediaan Biji Benih dan Semaian dimanaproses penyediaan biji benih dipilih dari buah kopi terbaik dan ia dipecahkan kulitnya menggunakan tangan dan bijinya perlu direndam dalam air. Ia di semai dalam kotak semaian dengan jarak 3 cm antara baris dan 2 cm dalam baris dan ia kemudian ditutup dengan pasir halus. Pastikan bahagian berlekuk biji berada di bawah. Kotak semaian diletakkan di bawah lindungan 50% dan disiram 2 hingga 3 kali sehari. Biji benih biasanya bercambah dalam masa 6 hingga 10 minggu. Kerja meminindahkan ke polibeg dimana anak pokok yang sudah mempunyai 2 daun (butterfly stage) dipindah tanam ke dalam polibeg (saiz 6" x 8") menggunakan campuran tanah, bahan organik, dan pasir (nisbah 3:2:1). Anak pokok diletakkan di bawah naungan 50 - 70% dan dijaga sehingga mencapai umur 4 hingga 6 bulan (atau 6 - 8 bulan jika untuk cantuman kerja penanti sebelum dibawa ke ladang. Kerja penyediaan kebun dan lokasi penanaman membuang tunggul kayu dan akar semak dibersihkan dan dilonggok dan dibakar bagi dapat masaalah dan mengelakkan penyakit akar. Pembajakan pertama dibuat iaitu menggunakan bajak piring untuk memecah dan menggembur tanah dan pembajakan kedua menggunakan bajak putar untuk menghancurkan tanah serta mengawal rumpai. Jarak tanaman (Secara segi tiga) bagi kopi jenis Liberica: 3m x 3m (lebih kurang 1,280 pokok/hektar) sementara bagi Kopi Robusta adalah 2.75m x 2.5m (lebih kurang 1,450 pokok/hektar). Apa pun masa penanaman adalah ia terbaik menanam ke ladang ialah pada permulaan musim hujan, menggunakan anak benih yang berumur 6 hingga 8 bulan atau mempunyai sekurang-kurangnya 3 pasang daun. Kopi juga boleh ditanam secara integrasi di bawah naungan pokok seperti kelapa atau buah-buahan terpilih, pokok kelapa atau di bawah naungan pokok Gliricidia. Amalan agronomi tanaman kopi melibatkan kerja dan beberapa langkah pengurusan penting dari peringkat awal semaian hingga ke peringkat penuaian dan selepas tuai. Apa pun bagi kopi jenis Robusta, ia sesuai ditanam di kawasan beraltitud kurang daripada 1,000 meter dari paras laut dengan taburan hujan yang sekata (kira-kira 2,000 mm setahun). Penanaman dan Jarak Tanam:Mengekalkan jarak tanaman yang optimum mengikut kesesuaian varieti (contohnya varieti Liberica seperti MKL 3, MKL 4, atau MKL 7 yang popular di Malaysia). Cantasan perlu dilakukan secara berkala untuk membentuk struktur pokok yang seimbang dan memudahkan kerja-kerja penjagaan serta pengutipan buah. Pemangkasan batang berganda di peringkat ladang biasanya dilakukan pada ketinggian kira-kira 180 cm selepas 4 hingga 6 bulan ditanam. Aktiviti kawalan rumpai, perosak, dan penyakit dibuat dengan secara berkala. Perlu pastikan sistem pengairan mencukupi ketika pembungaan serta mempunyai saliran air yang baik bagi mengelakkan takungan air di pangkal pokok. AKhir sekali blia berbuah dan matang ia di petik buah kopi pada tahap kematangan yang betul diman proses selepas tuai melibatkan pemprosesan biji kopi, pengeringan dan penggredan kualiti sebelum dipasarkan. Artikel ini di tulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 untuk di baca kesemua sekali. Semugatulisa ini memberi info berguna kepada semua para pembaca bog anim agro technology kali ini. Wasallam!!
!...




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.