Negara pengeluar kopi ketujuh adalah Negara India dimana ia menghasilan mencecah sekitar 404,000 tan metrik setahun (anggaran musim 2026/2027 seperti di laporkan oleh pihak Lembaga Kopi India) dan fakta ini menjadikannya India adalah salah satu pengeluar utama dunia. Hampir keseluruhan kopi di negara ini ditanam di bawah teduhan pokok semula jadi (shade-grown) dan sering diselang-seli dengan tanaman rempah seperti lada hitam serta buah pelaga. Jenis kopi di hasilkan di India mengikut jenes dimana Jenis Kopi Robusta mendominasi dengan anggaran 284,000 tan metrik (sekitar 70%) manakala jenis Kopi Arabica menyumbang sekitar 120,000 tan metrik (sekitar 30%). Dilaporkan dimana Indoa mengeksport kira-kira 70 - 80% daripada hasil kopi India ke pasaran antarabangsa terutama kebeberapa negara seperti ke Itali, Jerman, Rusia dan juga ke Sepanyol. Jenis kopi popular di India adalah Jenis Kopi Robusta (Coffea canephora) yang ditanam di kawasan tanah rendah pada ketinggian 500 -1,000 mdpl dengan iklim panas dan lembap dengan variet seperti S.274 dan CxR. Kedua adalah jenis Kopi Arabica yang ditanam di kawasan tanah tinggi iaitu di ketinggian antara1,000 -1,500 mdpl yang lebih sejuk dengan varieti popular termasuk Kent, S.795, Cauvery, dan Selection 9. Di India ujud Jenis Kopi Khas (Specialty Coffee) iaitu Jenis Monsooned Malabar dimana biji kopi yang didedahkan kepada angin monsun lembap untuk tujuan bagi mengurangkan keasidan dan menghasilkan rasa yang unik serta berkrim dijual dengan gred premium lain termasuk 'Mysore Nuggets Extra Bold' dan 'Robusta Kaapi Royale'. Apa pun penanaman koppi di India terbahagi kepada tiga zon geografi utama pertama di Negeri atau Wilayah Karnataka, Chikkamagaluru, Kodagu (Coorg), Hassan dan Baba Budangiri dengan kopi jenis robusta dan arabica. Kedua adalah di Kerala seperti di Wayanad, Travancore, Idduki dan di Nelliampathy. Kawasan lain termasuk di Tamil NAdu, Nilgiris, Pulneys, Shearoys dan Anamalais. Kawasan penanaman kopi bukan tradisional termasuk di Lembah Araku dan bberapa negeri di Timur Laut seperti di Assam, Megahalaya dan di Nagaland.
Negara Honduras pula menghasilkan kopi yang banyak iaitu dengan jumah hasil pengeluaran sebanyak kira-kira 5 juta beg kopi (seberat 60 kg setiap beg) bagi setiap musim atau tahun. Negara ini juga ia merupakan pengeksport kopi dominan di Amerika Tengah dan antara negara latin sebagai pengeluar serta pengeksport kopi terkemuka di dunia. Beberapa jenis kopi di tanam di Honduras iaitu hampir sepenuhnya jenis Arabica (dengan hanya ada sebilangan kecil ladang mengusahakan Robusta. Diantara varieti biji kopi yang popular ditanam termasuklah adalah seperti varieti Lempira, Catuai, Caturra, Bourbon, Pacas dan varieta Typica serta varieti Parainema (tahan terhadap penyakit karat daun. Kopi di Honduras ia di tanam secara meluas di 15 daripada 18 provinsi dimana ada 6 wilayah pengeluar kopi utama yang mempunyai ciri-ciri iklim dan profil rasa tersendiri iaitu di Opalaca, Montecillos, Comayagua, El Paraíso dan di Agalta. Seterunya adalah Negara Peru iaitu mampu hasilkan sebanyak 4.78 juta beg (saiz 60 kg) bagi tahun pemasaran 2026/27 (USDA). Sekitar 4.55 juta beg ia di eksport dimana ini menjadikan Peru sebagai salah sebuah negara pengeksport kopi Arabika organik terkemuka di dunia. Jenis kopi di tanam di Peru adakah hampir keseluruhan kopi yang dihasilkan di Peru ialah jenis Arabika (hampir 100%) iaitu dari varieti seperti varieti Typica, Bourbon dan Caturra. Apa pun selepas serangan penyakit karat daun kopi (coffee leaf rust) beberapa tahun lalu dilaporkan sudah banyak ladang mula menanam varieti tahan penyakit seperti Catimor serta pelbagai kacukan lain. Peru adalah negara yang terkenal dengan pengeluaran kopi organik bersertifikat. Tanaman kopi di Peru tertumpu di lereng-lereng sebelah timur Pergunungan Andes menghala ke lembah Amazon (meliputi sekitar 16 hingga 17 wilayah utama). Ia terbahagi kepada tiga zon utama iaitu di Wilayah Utara iaitu ia paling banyak pengeluaran yang mana ia menyumbang hampir separuh daripada jumlah nasional seperti di Cajamarca, Amazonas, Piura sementara di Wilayah Tengah kopi luas di tanam di Junin, Pasco, Junín Pasco, Huánuco dan di Wilayah Selatan ia di tanam di Cusco Puno dan Avacucho. AKhir sekali ke 10 adalah negara Mexico dimana Mexico merupakan salah satu pengeluar kopi utama di dunia (sekitar kedudukan ke 8 - 10 di peringkat global). Mexico menghasilkan kira-kira 4 juta beg (atau sekitar 250,000 - 300,000 tan metrik) kopi setiap tahun, dengan lebih daripada 500,000 hingga 300,000 pengusaha kecil terlibat dalam industri ini dan salah satu pemimpin dunia dalam pengeluaran kopi organik. Jenis Kopi ditanam di Mexico adalah Jenis Kopi Arabica yang merangkumi kira-kira 90 - 97% daripada jumlah pengeluaran kopi di Mexico. Varieti utama termasuk Typica, Bourbon, Caturra, Garnica dan Marsellesa dimana ia ditnam kebanyakannya ditanam secara teduh (shade-grown) dan diproses secara washed (basah). Lokasi Tanaman Kopi dalam di Mexico tertumpu di wilayah selatan dan tengah-selatan merentasi kira-feira 12 - 15 negeri seperti di Chiapas iaitu kawasan penyumbang terbesar dengan menghasilkan kira-kira 40 - 41% daripada jumlah keseluruhan nasional (terutamanya di kawasan Soconusco dan tanah tinggi berhampiran sempadan Guatemala dengan ia menghasilkan profil rasa coklat, kekacang, dan sitrus). Kawasan kedua adalah kawasan Veracruz sebagai penyumbang kedua terbesar, merangkumi kira-kira 24 - 25% daripada pengeluaran mereka. Seteruang aia di tanam di Pueblan khususnya di kawasan Sierra Norte (profil rasa vanila, sitrus, dan pala) dan juga di tanam di Oaxaca iaitu satu lagi wilayah penting dengan kaedah tradisional (profil rasa karamel, buah kuning, dan keasidan sitrus yang menyegarkan).
Di kongsikan fakta akan Jenis Biji Kopi dan fungsi atau kegunaan utamanya di seluruh dunia dimana ia mudah untuk dibahagikan berdasarkan spesies biji kopi serta bentuk produk akhir di pasaran. Lazimnya bagi Jenis Kopi Arabica (Coffea arabica) ia dilaporkan dan menyumbang sekitar 60 - 70% daripada pengeluaran dunia. Biji ini mempunyai rasa yang lebih halus, beraroma, sedikit masam manis dan mengandungi kafein yang lebih rendah iaitu sekitar 1 - 5%) dan jenis ini ia digunakan secara meluas untuk kopi premium, specialty coffee, kopi seduhan terus (pour-over, drip), dan asas espreso berkualiti tinggi. Bagi Jenis Kopi Robusta (Coffea canephora). Menyumbang sekitar 30% hingga 40% bekalan global dimana ciri bijinya iai lebih tahan lasak, berasa lebih pahit dan pekat serta mempunyai bahan kandungan kafein dua kali ganda lebih tinggi (sekitar 2 - 3%). Kegunaan utamanya adalah untuk penghasilan kopi segera (instant coffee), campuran espreso komersial (untuk ianya dapat menghasilkan lapisan crema yang tebal), dan kopi tradisional tempatan seperti kopi O. Ketiga ada Jenis Kopi Liberica dan Jenis Kopi Excelsa yang merangkumi kurang daripada 2% pasaran dunia. Biji Liberica bersaiz besar dengan aroma berasap dan kayu yang kuat dimana ciri ini juga yang menjadikannya sangat popular di Malaysia dan Filipina untuk pasaran kopi tradisional tempatan. Penjenisan kopi boleh di bezakan mengikut Jenis Minuman di Sediakan atau 'Freshly Brewed'. Biji kopi panggang (roasted beans) yang dikisar untuk sajian harian di rumah atau kafe diman antara contoh popular termasuk espreso, latte, cappuccino, americano, kopi tubruk dan kopi penapis (filter coffee). Keempat ada Produk Jenis Kopi Segera (Instant Coffee) atau Jenis Kopi Pracampur dimana kopi segera di buat dari ekstrak kopi yang dikeringkan (melalui teknik spray-drying atau freeze-drying) menjadi bentuk serbuk atau granul larut air. Ia menjadi asas kepada produk pek 3-dalam-1 yang sangat tinggi permintaannya di rantau Asia dan di hasilkan juga di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Terdapat juga Jenis Produk Minuman Sedia Diminum (Ready-to-Drink) dimana ia adalah produk kopi yang telah dibancuh dan dibotolkan atau ditinkan untuk jualan runcit segera seperti 'cold brew' dan 'kopi susu tin'. Kopi juga ia digunakan dalam banyak jenis Industri Makanan dan Industri Konfeksi iaitu selalu digunakan sebagai perisa semula jadi dalam pembuatan kek (seperti tiramisu), aiskrim, coklat, gula-gula, dan sos masakan. Kopi juga di proses untuk menjadi jenis Produk Kosmetik dan juga Produk Kesihatan iaitu apabila ekstrak kafein dan minyak biji kopi dimanfaatkan dalam penghasilan skrub badan, syampu anti-rambut gugur, krim mata, serta suplemen penambah tenaga. Hampas kopi pula sering dikitar semula sebagai baja organik dan bahan api bio yang unik.
Menarik fakta dimana dalam industri dan pasaran kopi dunia ianya masih terus menunjukkan pertumbuhan nilai yang terus ketara seluruh dunia yang didorong oleh peningkatan permintaan global, perubahan gaya hidup serta cabaran iklim. Penulis blog dapati dimana isu atau trend penting yang sistem pemasaran dan punia dimana nilai pasaran yang berkembang dimana industri kopi global dianggarkan bernilai kira-kira USD269 bilion dan diunjurkan terus berkembang mencecah USD366.5 bilion menjelang tahun 2030. Dilaporkan dimana permintaan global kopi ia terus meningkat naik didorong oleh pertumbuhan penduduk, urbanisasi serta budaya minum kopi yang semakin meluas di seluruh dunia. Dunia dianggarkan menggunakan kira-kira 10 juta tan biji kopi setiap tahun dan penulis blog sesekali akan ujirasa kopi Zuss yang popular di Malaysia dengan citarasa hebat dan harga berpatutan (Sila lihat foto disebelah). Akibat dari kesan perubahan iklim dam isu krisis bekalan jangkapanjang dimana kajian menunjukkan dan meramalkan kawasan tanah penanaman kopi tradisional (seperti di Brazil, pengeluar terbesar dunia) mungkin akan ia berkurangan dengan ketara akibat perubahan iklim dimana ia berisiko mengakibatkan kekurangan bekalan jutaan tan menjelang tahun 2050. Walaupun jumlah permintaan tinggi kopi meningkat dan ini menyebabkan tekanan harga dalam tempoh tertentu, unjuran terbaru daripada USDA memang ia menunjukkan pengeluaran global sempat meningkat sekitar 6% dimana faktur ini ia sedikit sebanyak menstabilkan harga pasaran semasa. Strategi industri kopi kini sudah menfokus pada jenis 'Kopi Premium' dan 'Specialty Coffee' dimana kalangan pengguna semakin beralih kepada segmen kopi berkualiti tinggi, kopi khas (specialty coffee) serta varieti unik seperti Liberica yang mendapat perhatian antarabangsa termasuk dari rantau Asia Tenggara dan Malaysia. Menarik bagaimana rantaian dalam industri Kopi dari peringkat penanaman dan penuaian (Peringkat Huluan) yang melibatkan petani dan ladang yang menanam pokok kopi seperti spesies Arabica, Robusta, dan Liberica. Buah kopi yang masak akan dipetik menggunakan tangan atau mesin sebelum dihantar untuk diproses. Ini diikuti dengan peringkat pemprosesan dan penggredan apabila biji kopi diekstrak daripada buahnya menggunakan kaedah basah (washed), kering (natural) atau madu (honey). Biji hijau (green beans) ini kemudiannya akan dikeringkan, diasingkan mengikut saiz serta kualiti, dan dibungkus untuk dieksport. Rantaian berterusan dengan aktiviti perdagangan dan eksport yang melibatkan kalangan pengeksport, pengimport dan broker komoditi yang membawa biji kopi hijau dari negara pengeluar seperti Brazil, Vietnam, dan Colombia ke negara pengguna di seluruh dunia. DI lapangan ada rantaian Pemanggangan (Roasting) dimana biji kopi hijau dipanggang pada suhu tertentu untuk mengeluarkan aroma dan rasa semula jadi kopi. Peringkat ini menentukan profil rasa sama ada panggang cerah (light roast), sederhana (medium roast), atau gelap (dark roast). Ia sampai kepada pengguna dalam rantaian peruncitan dan Kafe (Peringkat Hiliran): dimana biji kopi yang telah dipanggang dijual dalam bentuk biji, serbuk, kapsul atau minuman segera di pasar raya. Segmen ini juga merangkumi kedai kopi tradisional (kopitiam), kafe moden (specialty coffee), dan rangkaian jenama global. Penulis blog tertarik dengan beberapa jenis Segmen Pasaran Kopi diseluruh dunia seperti Segmen Kopi Komoditi iaitu kopi yang dihasilkan secara besar-besaran untuk pasaran umum, kopi segera (instant coffee) dan campuran kopi komersial. Kedua ada Segmen Kopi Khas (Specialty Coffee) dimana ada jenis kopi berkualiti tinggi yang dinilai dengan skor 80 mata ke atas oleh pakar penilai rasa (Q-Grader) dan selalu menekankan keaslian asal usul ladang serta kaedah cara bancuhan yang teliti. Artikel ini di tulis dalam sembilan (9) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8 dan Part 9 untuk di baca kesemua sekali. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.