Monday, November 2, 2026

FAKTA RACUN RUMPAI BERKESAN (Part 2)

RACUN RUMPAI atau 'Herbicide' atau 'weedicide' ialah jenis campuran bahan kimia yang digunakan khusus untuk tujuan mengawal, membantutkan, atau memusnahkan pertumbuhan rumpai dan tumbuhan yang tidak dikehendaki. Dalam dunia pertanian dan perkebunan, racun ini sangat penting untuk mengelakkan rumput liar daripada ianya bersaing dengan tanaman utama untuk mendapatkan baja, air, dan cahaya matahari serta menjadi perumah perosak serta penyakit. Bagi penulis blog mendapati secara ringkasnya iaitu racun rumpai dibahagikan kepada beberapa kategori utama mengikut cara tindakan dan sifatnya yeng pertama Ia Selalu Mengikut Cara Tindakan (Bagaimana Ia Membunuh) dengan ujudnya Jenis Racun Sentuh (Contact) dimana ia hanya membunuh bahagian tumbuhan yang terkena semburan secara langsung (seperti daun dan batang). Akarnya tidak mati, jadi rumput boleh tumbuh semula dengan cepat. Kesannya sangat pantas (layu dalam beberapa jam).Contoh bahan aktif/jenama: Paraquat (Gramoxone), Glufosinate-ammonium (Farmsola, Troy 15). Kedua adalah Jenis Racun Sistemik atau Racun Serap dimana racun ini diserap melalui daun atau batang dan dibawa ke seluruh sistem tumbuhan termasuk sehingga ke akar. Sifatnya membunuh secara menyeluruh. Kesannya agak lambat (mengambil masa 1 hingga 3 minggu), tetapi rumput mati tempoh lama.Contoh bahan aktif/jenama: Glyphosate (Roundup, Ecomax), Triclopyr (Garlon, Tri-Ester). Keiga adalah Jenis Racun Pra-Cambah (Pre-emergence) yang disembur pada permukaan tanah selepas pembersihan untuk menghalang biji benih rumput daripada bercambah dan contohnya seperti Diuron dan Jenis Atrazine. Racun di kelaskan juga Mengikut Sifat Pemilihan (Tumbuhan Apa Yang Mati) dimana ada Jenis Racun Rumpai Selektif (Memilih) dimana ia hanya membunuh spesies rumpai tertentu sahaja tanpa merosakkan tanaman utama. Contohnya terdapat jenis racun yang hanya mampu bagi membunuh rumput berdaun lebar tetapi tidak membunuh atau ia selamat untuk jenis tanaman daun tirus seperti  padi. Jenis racun ini contohnya Racun 2,4-D Amine dan Racun Ally (Metsulfuron-methyl). Kedua ada Jenis Racun Tidak Selektif (Tidak Memilih) yang akan membunuh sebarang tumbuhan atau hijau-hijauan yang terkena semburannya secara terus dimana ia perlu digunakan dengan berhati-hati supaya tidak terkena pokok tanaman yang ada di kebun dimana antara racun jenis ini adalah Racun Glyphosate dan Paraquat. Setiap jenis pembungkusan dan pembotolan racun akan di sertakan label yang menjelaskan secara teknikal dan langkah-langkah keselamatan dan maklumat lain. Artikel pada tengahari Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira kupas mengenai fakta penting racun rumpai untuk bahan rujukkan pembaca blog semua. 



Perlu difahami akan c
ara bertindak Racun Rumpai dimana selain daripada bentuk fizikalnya (formulasi) dilaporkan yang  racun rumpai di pasaran juga dikategorikan mengikut cara ia bertindak membunuh rumput atau tumbuhan yang tidak dikehendakki di kebun (noxious plants). Dalam mempelajari akan racun rumpai dimana penting bagaimana cara tindakan atau cara berfungsi setiap jenis racun rumpai yang perlu di gunakan lebih awal. Ini kerana terdapat beberapa jenis Racun Rumpai iaitu Jenis Racun Sistemik, Jenis Racun Sentuh dan Jenis Racun Pra-Cambah. Pertama adalah Jenis Racun Sistemik atau Racun Serap dimana cara tindakannya adalah racun jenis ini diserap melalui daun dan dibawa ke seluruh bahagian tumbuhan dan termasuk akar dan rizom. Ia mengambil masa sekitar 2 hingga 3 minggu untuk melihat kesan sepenuhnya akan tetapi rumput mati sepenuhnya hingga ke akar dan lambat tumbuh semula. Perlu tahu dimana diantara jenis bahan aktif popular yang ada di pasaran Malaysia adalah Jenis Glyphosate (Contoh yang ada dan jenamanya termasuk Ken Up, Roundup, Ecomax dan Touchdown) dimana jenis racun ini ia sangat berkesan untuk mematikan rumput keras seperti lalang, rumput sambau dan rumput kerbau di kawasan terbuka. Bagi jenama Racun Ken Up ia adalah sejenis racun rumpai (herbicide) sistemik lepas cambah yang dikeluarkan oleh syarikat Kenso. Ia bertindak secara serapan untuk membunuh pelbagai jenis rumpai dan lalang hingga ke peringkat akar. Ia ada bahan perawis aktif iaitu Glyphosate-isopropylammonium 41.0% w/w. Fungsinya adalah sama seperti racun jenama terkenal lain seperti jenis Roundup atau Ecomax dimana apabila disembur pada daun rumpai yang sedang tumbuh dan racun ini akan diserap dan bergerak ke seluruh bahagian tumbuhan termasuk ke akar dan umbi. Rumput akan mati sepenuhnya dalam tempoh 2 hingga 3 minggu. Ia bukan Jenis Selektif dan akan membunuh hampir semua jenis tumbuhan hijau yang terkena semburan serta perli elakkan daripada terkena tanaman utama. Ia sangat berkesan untuk mengawal lalang, rumput kerbau, rumput pait, ceroma, rumput metebong dan jenis pokok kapal terbang. Apa pun anggaran harga racun Ken Up berbeza mengikut saiz pek botol atau tong dan juga platform jualan dimana bagi pek saiz pek 500 ml (harga RM 15.00 - RM 20.00), Pek 1 Liter (RM 22.00 - RM 32.00), Pek 4 Liter (RM 70.00 - RM 80.00) dan Pek 20 Liter (Tong Besar) berharga sekitar RM 235.00 - RM 315.00. Bagi jenis bahan aktif dari jenis Triclopyr + Picloram (Contoh jenama dipasaran adalah Grazon dan Garlon) yang sangat berkesan untuk mematikan rumpai berkayu, pokok renek dan rumpai berdaun lebar. Bagi jenis bahan aktif jenis  Metsulfuron-methyl (Contohnya jenama Ally) dimana ia juga berkesan untuk mengawal rumpai berdaun lebar dan jenis ini sesuai bagi kawasan lapang yang mahukan kawalan jangka panjang, pembersihan awal kebun atau lalang dewasa.  


Kedua ada Jenis Tindakan Racun Rumpai Jenis Racun Kontak atau Jenis Racun Sentuh. Racun ini hanya membunuh bahagian tumbuhan yang terkena semburan sahaja (seperti daun dan batang yang basah). Bahagian yang tidak terkena atau bahagian akar di dalam tanah tetap akan hidup lagi. Kesannya sangat cepat dimana daun akan kelihatan melecur atau kering dalam masa beberapa jam atau hari sahaja. Di pasaran apa yang penulis blog faham dilaporkan iaitu jenis Bahan aktif yang popular addalah jenis Glufosinate-ammonium (Contoh jenama adalah Basta termasuk jenis Basta 15). Racun jenis ini ia selamat digunakan untuk meracun jenis rumpai yang lembut di sekeliling kanopi pokok buah-buahan kerana ia tidak akan merosakkan akar pokok utama. Racun rumpai jenama 
Basta 15 ialah sejenis racun rumpai (herbisida) bukan selektif iaitu daripada pengeluar utama seperti BASF atau Bayer yang mana ia sangat popular di Malaysia untuk mengawal rumput liar. Ciri-ciri utama dan anggaran harga pasaran semasa bagi Basta 15 yang ada bahan aktif mengandungi Glufosinate-ammonium 13.5% iaitu ia termasuk dalam kumpulan asid phosphinic yang berfungsi menghalang sintesis glutamine dalam tumbuhan. Cara bertindak sebagai jenis racun sentuh (knockdown herbicide) iaitu dengan cepat membunuh pada bahagian hijau rumpai yang terkena semburan dan ia juga bukannya racun serap sistemik penuh hingga ke akar tunjang. Apa pun jenis rumpai yang dikawal dan berkesan membunuh pelbagai rumput biasa dan rumpai berdaun lebar seperti jenis Rumput Kerbau, Rumput Pait, Rumput Sambau, Rumput Parit, Akar Ruas-ruas (Asystasia), Ceroma dan pokok Senduduk. Ia selamat digunakan di celah-celah barisan tanaman matang atau kawasan kebun seperti kelapa sawit, getah, koko, teh, kopi serta kebun buah-buahan (seperti durian, pisang dan juga pokok mangga) serta beberapa jenis sayuran (kobis, cili dan tomato) mengikut sukatan yang betul. Anggaran harga Racun Basta 15 berbeza-beza mengikut saiz pembungkusan (liter) dimana bagi Pek 1 Liter dijual sekitar RM 65.00 - RM 75.00, bagi Pek 5 Liter (Harga RM 200.00 - RM 285.00) dan bagi Pek 20 Liter (RM 560.00 - RM 730.00) di pasaran Malaysia. Kedua dalam kategori racun sentuh ada jenis bahan aktif racun sentuh iaitu Paraquat dikenali sebagai jenis racun sentuh tradisional yang sangat popular tetapi dikawal ketat kerana bahaya ketoksikannya yang tinggi jika terkena kulit atau dihidu. Ia seseuai di kawasan di bawah kanopi pokok tanaman (seperti durian atau sawit dan digunakan meluas 
di kebun nanas) agar racun tidak merosakkan akar pokok utama dimana membubuh rumpai muda yang masih lembut. Seterusnya ada Jenis Racun Pra-Cambah (Pre-Emergent) dimana racun jenis ini disembur pada permukaan tanah untuk menghalang biji benih rumpai daripada terus ia bercambah dan tumbuh. Ia bertindak sebagai lapisan pelindung di atas tanah. Bahan Aktif Popular dalam jenis ini adalah seperti bahan Diuron, Pendimethalin dan Atrazine. Ia sesuai disembur sejurus selepas kerja penyediaan batas atau tanah selesai iaitu  sebelum tanaman utama ditanam bagi mengelakkan rumput baru tumbuh meliar. Tips Penting Penggunaan dimana jangan Campur Racun Sentuh dan Sistemik seperti amalan oleh sesetengah petani mencampurkan Basta (sentuh) dan Roundup (sistemik) untuk kesan cepat. Ini adalah salah besar sebab racun sentuh akan mematikan tisu daun dengan cepat dan kesannya ia sekaligus menghalang racun sistemik yang di sembur daripada diserap masuk ke dalam akar. Sentiasa agar mengamalkan menggunakan kepekatan racun serap yang terlalu tinggi juga boleh merosakkan sel daun terlalu awal dan cara ini ia boleh menyebabkan racun rumpai ini gagal mengalir ke bahagian akar rumpai


Penting di kongsikan fakta akan risiko dan ancaman racun rumpai (herbisida) terutamanya jika merujuk kepada bahaya pendedahan bahan kimia toksik terhadap kesihatan manusia, haiwan peliharaan dan kelestarian alam sekitar. Walaupun racun rumpai seperti glyphosate dan jenis paraquat sangat berkesan untuk mengawal tumbuhan liar akan tetapi didakwa penggunaan yang tidak terkawal atau tanpa perlindungan boleh membawa kesan buruk yang serius kepada mnusia, tumbuhan dan haiwan serta persekitaranya. Pertama ada risiko 
Kesan Bahaya kepada Kesihatan Manusia sebab jenis racun rumpai boleh meresap ke dalam badan manusia melalui tiga saluran utama iaitu pada kulit serta sistem pernafasan (hidu) dan kes jika termakan (ingesti). Dilaporkan ada Jenis Kesan Jangka Pendek (Akut) seperti kes iritasi teruk pada kulit (ruam, gatal, melecur) dan mata dan juga kes sesak nafas, batuk dan sakit dada. Kes, risiko kepada organ termasuk kes pening kepala, loya, muntah dan cirit-birit. Kedua ada Jenis Kesan Jangka Panjang (Kronik) seperti berlakunya kes gangguan sistem saraf iaitu tandanya berlaku keresahan, kemurungan dan juga gangguan fungsi otak. Ia juga boleh menyebabkan kes Kerosakan Organ dan Hormon seperti boleh menjejaskan fungsi hati, buah pinggang, serta sistem endokrin (gangguan hormon). Ada juga risiko Kanser dan Kerosakan DNA apabila berlaku kes serius pendedahan berpanjangan (terutama racun haram atau glyphosate) ia memang dikaitkan dengan risiko kerosakan struktur DNA dan pembentukan tumor atau kanser. Paling mengerikan juga adalah mungkus berlaku 'Masalah Kesuburan' sebab racun boleh mengganggu sistem reproduktif dan menurunkan tahap kesuburan. Kategori kedua adalah Kesan Buruk kepada Alam Sekitar dan Rantai Makanan seperti yang pertama dikenalpasti isu 'Ancaman Kepada Pencemaran Tanah dan Air' dimana sisa racun boleh meresap ke dalam air bawah tanah atau mengalir ke sungai, meracuni hidupan akuatik seperti ikan. Berlaku kes seperti 'Kematian Organisma Baik' dimana racun rumpai boleh membunuh mikrorganisma tanah yang membantu kesuburan tanah. Ia juga mengancam serangga pendebunga seperti lebah dan rama-rama. Ketiga ada 'Isu Sisa Toksik dalam Makanan' sebab dengan penggunaan berlebihan pada tanaman makanan boleh meninggalkan sisa racun (pesticide residue) pada sayur dan buah yang akhirnya dimakan oleh manusia. 


Bagi petani atau pekerja sebaiknya lakukan L
angkah-langkah Keselamatan Semasa Mengendalikan Racun Rumpai dimana mereka yang terlibat perlu menggunakan racun rumput di rumah atau ladang, pastikan anda mengamalkan langkah pencegahan. Pertama adalah dengan Menggunakan PPE Lengkap dan sentiasa pakai pelitup muka (respirator), cermin mata keselamatan, sarung tangan getah tebal, baju lengan panjang, dan seluar panjang (Sila lihat foto disebelah). Sebelum menyembur perlu 'Semak Cuaca' dnan jangan menyembur racun ketika angin kencang (risiko racun ditiup ke arah anda atau tanaman lain) atau ketika hari hujan (racun akan dihanyutkan). Perlu sangat jaga 'Kebersihan Diri' iaitu dengan membasuh tangan dan mandi dengan sabun serta tukar pakaian dengan segera selepas selesai kerja-kerja menyembur racun sebelum makan, minum, atau mendekati keluarga. Amalkan cara 'Penyimpanan Selamat' iaitu dengan cara menyimpan botol racun di tempat yang berkunci, jauh daripada capaian kanak-kanak, haiwan peliharaan dan juga vagi bekalan makanan. Jabatan Pertanian Malaysia ada terus menerus jalankan Kempen Bagaimana Cara atau Prosedur Menyinpan dan Melupuskan botol racun dan sisa botol (packaging) di kawasan premis yang selamat. Setiap botol racun seperti jenis racun rumpai di pasang dengan labek yang menjelaskan akan penerangan cara terbaik menggunakan, menyimpan dan sebagaimya.


Penulis blog kongsikan akan beberapa kepercayaan atau 
Mitos utama yang berkaitan dengan produk racun rumpai (herbicide) seperti ujud anggapan bahawa semua rumpai perlu dihapuskan sepenuhnya sedangkan membiarkan rumpai hidup pada paras terkawal sebenarnya membantu memegang nutrien makro dan mikro daripada hanyut dibawa air hujan (leaching). Mitos pertama adalah Mitos Rumpai Musuh Mutlak yang merugikan tanah dan faktanya adalah rumpai pada tahap terkawal membantu mencegah hakisan tanah dan menyimpan nutrien penting supaya tidak terus hilang ke dalam aliran air. Kedua ada Mitos Cuka Dapur atau bahan semula jadi sentiasa lebih selamat daripada racun kimia dan faktanya dimana cuka atau asid asetik pekat boleh bersifat toksik kepada kulit dan tanah, malah ia hanya membunuh bahagian daun yang terkena tanpa mematikan akar rumpai secara menyeluruh. Ketiga ada Mitos Racun Sentuh Boleh Membunuh Keseluruhan pokok hingga ke akar adalah faktanya dimana jenis racun sentuh (seperti berasaskan paraquat) hanya membunuh bahagian tumbuhan yang terkena semburan secara langsung atau bahagian akar yang terlindung boleh tumbuh semula. Mitos keempat adalah Mitos Jenis Racun Haram atau tidak berdaftar berkesan tanpa kesan sampingan dan faktanya adalah racun tidak berdaftar merosakkan biodiversiti, membunuh serangga pendebunga, mencemarkan sumber air, dan meningkatkan risiko kesihatan serius kepada pengguna. Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca keduanyauntuk rujukkan semua pembaca setia blog ini. Semuga rujukkan ini ia menjadi maklumat berguna dan bermanafaat. Wasallam!!!....
RACUN RUMPAI... BANYAK JENISNYA...
JENIS SENTUH...SISTEMIK PUN ADA...
BENYAK FORMULASI...BANYAK JENAMA...
BACA ARTIKEL.... AMAT BERGUNA FAKTA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.