Tuesday, October 13, 2026

POKOK BAKAU DAN FAKTANYA (PART 2)

POKOK BAKAU (Mangrove Tree) adalah sejenis tumbuhan pesisir pantai yang tumbuh di kawasan berlumpur dan berair masin terutama di kawasan tropika. Bagi penulis blog faham jika istilah 'Pokok Bakau' atau 'Mangrove tree' ia sebenarnya merujuk kepada pelbagai spesies tumbuhan yang hidup di kawasan paya laut dan muara sungai dimana jenis pokok bakau yang paling utama (bakau tulen) tergolong dalam genus Rhizophora dan daripada famili Rhizophoracea. Tahu akan cirinya dimana tumbuhan ini ia mempunyai akar udara  untuk ia bernafas iaitu mendapatkan oksigen dari dalam lumpur. Ia juga jenis pokok yang tahan masin dimana ia mampu hidup di kawasan bersaliniti tinggi antara darat dan laut. Apa pun faktanya dimana jenis pokok bakau yang lazim tumbuh di negara Malaysia termasuklah Jenis  Bakau Minyak, Jenis Bakau Kurap dan Jenis Bakau Api-api. Tumbuhan ini ianya penting sebab menjadi 'Benteng Pantai' bagi melindungi isu hakisan pantau dan pesisir daripada hakisan ombak dan angin kencang. Peranan penting adalah selain ia membekalkan iksojen penting dunia ia juga menjadi tempat perlindungan bagi ikan, ketam dan udang. Terkini ia di pastikan sebagai Zon Penyerapan Karbon dimana ia akan menyerap gas karbon dioksida (CO2) dengan cekap untuk mengurangkan kesan perubahan iklim. Habitatnya ia sejenis tumbuhan malar hijau yang hidup di kawasan berlumpur di muara sungai, pesisir pantai, dan kawasan air pasang surut yang menyaksikan pertemuan air tawar dan air masin. Spesies Popular di Malaysia ia termasuklah Jenis Bakau Minyak (Rhizophora apiculata) dan Jenis Bakau Kurap (Rhizophora mucronata). Peranan hutan pokok bakau sebagai 'Penyerap Karbon' sebab ia berupaya menyerap gas karbon dioksida dari atmosfera dengan berkesan dan ia juga adalah habitat bagi banyak hidupan Marin serta menjadi tempat perlindungan dan lokasi pembiakan pelbagai spesies ikan, udang serta ketam. Ia hasilkan produk 'Kayu Bakau' yang mana ia mempunyai ciri-ciri fizikal yang sangat keras, tumpat, kuat dan tahan lasak terutamanya apabila terendam di dalam air atau kawasan berlumpur. Ciri kayu pokok bakau ia berketahanan tinggi dan ia tidak mudah reput atau rosak walaupun terendam lama dalam air masin atau lumpur tanpa memerlukan rawatan kimia. Ia jenis kayu keras dan kuat yang mempunyai struktur ira padat serta sukar ditembusi serangga perosak atau kulat. Pokoknya ia ada sistem akar unik (akar tunjang) yang besar dan kuat untuk menegakkan pokok di atas tanah lumpur yang tidak stabil. Ia paling kerap dijadikan sebagai Kayu Cerucuk penahan asas bangunan, dijadikan kayu api dan pengeluaran arang berkualiti tinggi. Apa yang penulis blog tinjau dimana harga kayu bakau di Malaysia biasanya bersekitar antara RM11 - RM25 sebatang dimana ia bergantung pada saiz, panjang dan kuantiti pembelian. Artikel pada pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas tentang fakta penting pasal kayu bakau untuk bahan rujukkan semua. 


Menarik tahu akan fakta dimana ada terdapat lebih daripada 60 spesies pokok bakau di seluruh dunia yang sudah pun ia dikelompokkan di bawah beberapa genus utama. Di laporkan ada empat genus Utama Pokok Bakau di Dunia iaitu pertama Genus Rhizophora (Jenis Bakau Betul atau Jenis Bakau Kurap) yang umumnya ia mempunyai akar udara atau akar tunjang yang kuat dan dalam genus ini ada Jenis Pokok Bakau Minyak (Rhizophora apiculata) dan Jenis Pokok Bakau Kurap (Rhizophora mucronata). Selain itu kedua ada pula Genus  Avicennia (Api-api) dimana jenis ini ia mempunyai akar pensel atau akar udara yang keluar dari lumpur diantaranya adalah Jenis Avicennia alba dan juga Jenis Avicennia officinalis. Ketiga ada Jenis Bakau Berus atau Bakau Lenggadai dimana ia mempunyai akar lutut dimana dalam genus ini dilaporkan ada terdapat jenis Bakau Berus Bruguiera gymnorrhiza dan Jenis Bakau Putih atau Bakau Tumu atau (Bruguiera cylindrica). Keempat ada Genus Sonneratia iaitu jenis pokok Bakau Perepat dan Pokok Berembang) dimana genus ini ia mempunyai akar napas yang runcing dimana antaranya Jenis Pokok Perepat (Sonneratia alba). Dari semua genus di atas dimana diantara jenis utama pokok bakau di Malaysia termasuklah Bakau Minyak, Bakau Kurap, Api-api dan Berembang. Mengenali akan Jenis Pokok Bakau Minyak (Rhizophora apiculata) dimana ia memang mempunyai akar jangkang yang kuat dan kulit kayu berwarna gelap kemerahan. Penulis blog dapati ia adalah spesies pokok paya laut yang paling meluas di Malaysia dan terkenal sebagai bahan utama pembuatan arang kayu berkualiti tinggi. Tumbuhan ini didakwa ia mempunyai beberapa ciri fizikal (morfologi) dan ciri kayu yang sangat unik untuk beradaptasi dengan persekitaran pantai yang berlumpur. Pokok Bakau Minyak mempunyai jenis akar tunjang atau dipanggil sebagai 'Akar Jangkang' dimana ia ada sistem akar tunjang yang besar, kuat dan ia juga selalu akan bercabang keluar dari bahagian bawah batang bawah untuk mencengkam tanah lumpur yang lembut supaya pokok tidak tumbang. Akar ini juga berfungsi menyerap oksigen ketika air pasang dimana kulit batangnya berwarna kelabu tua atau coklat gelap dengan tekstur yang lebih licin jika hendak ia dibandingkan dengan spesies Bakau Kurap yang menggerutu. Pokok ini boleh membesar sehingga ketinggian 20 - 30 meter. Ia mempunyai jenis daun yang berbentuk lonjong atau eliptik, tebal, liat dan berwarna hijau gelap berkilat. Ciri khasnya adalah mempunyai warna kemerahan pada tangkai daun serta bintik-bintik hitam kecil di permukaan bawah daun. Bunganya tumbuh berpasangan (biasanya dua kuntum) di ketiak daun dan berwarna kekuningan dan juga buahnya berbentuk seperti buah pir berwarna coklat. Bagi jenis Anak Benih (Vivipar) dimana saintis melaporkan yang benihnya bercambah semasa masih melekat pada pokok induk (vivipariti). Ia mempunyai hipokotil (anak benih berbentuk seperti pensel) dimana ia akan jadi struktur yang panjangnya sekitar 18 - 38 cm dengan leher berwarna merah apabila matang. Penting di kongsikan akan ciri-ciri agi jenis Kayu Bakau Minyak yang mana ia mempynyai ketumpatan Tinggi dan Sangat Berat sebab jenis kayu bakau minyak mempunyai struktur fiber yang sangat padat, keras, dan berat. Di laporkan ia adalah sejenis Bahan Bakar Terbaik disebabkan oleh ciri kepadatannya dimana kayu ini menghasilkan kalori haba yang tinggi dan sekata apabila dibakar. Ciri ini menjadikannya pilihan nombor satu untuk industri pembuatan arang kayu di Malaysia (seperti di Kuala Sepetang, Perak) dan sebagai kayu api. Hebatnya ia Tahan Reput Dalam Air sebab kayunya mempunyai ketahanan semula jadi yang sangat tinggi terhadap serangan kulat dan bakteria pereput apabila terendam di dalam air atau tertanam di dalam tanah basah. Jenis bakau ini Di Gunakan Dalam Pembinaan berpunca dari sifatnya yang tidak mudah reput di kawasan lembap serta jenis kayu bakau minyak memang ia sangat popular digunakan sebagai kayu cerucuk (bakau piling) untuk mengukuhkan asas tapak bangunan atau struktur binaan tradisional di kawasan tanah lembut. Kayu ini sudah dilaporkan ia ada kandungan Tanin Tinggi yang terdapat pada bahagian kulit kayunya kaya dengan sebatian tanin yang sering diekstrak untuk digunakan sebagai bahan pewarna semula jadi jala atau kain, serta digunakan dalam perubatan tradisional


Dilaporkan jenis kedua ada Jenis Pokok Bakau Kurap (Rhizophora mucronata) dimana jenis ini ia mempunyai daun yang besar serta akar jangkang atau akar tunjang yang tinggi melengkung untuk menyokong pokok di kawasan lumpur (Sila lihat foto disebelah). Ia ada
lah sejenis tumbuhan dalam Famili Rhizophoraceae yang hidup di kawasan paya bakau dan muara sungai.  Bagi mengenali akan ciri-ciri Pokok Bakau Kurap selalunya ia ada ketinggian sekitar 20 - 30 meter yang bersaiz sederhana hingga besar dimana pada batang dan kulit batang berwarna hampir kehitaman serta ia kasar, beretak-retak (menggerutu) dan berkedut. Unik sebab akarnya ia mempunyai jenis akar tunjang yang besar, melengkung dan kuat untuk mengukuhkan dirian pokok serta menyerap oksigen. Daunnya pula ia berbentuk bujur atau agak lonjong, berwarna hijau gelap berkilat serta mempunyai bintik-bintik perang atau ketuat gabus di bahagian belakang daun. Ia boleh berbunga dan berbuah dimana ia bersifat vivipar (benih bercambah semasa masih melekat pada pokok) dengan anak benih atau propagul yang panjang seperti pensel yang mana ia boleh mencapai saiz 40 - 60 cm. Dilaporkan ciri kayu pokok bakau kurap ini ia mempunyai tahap kekerasan dan juga tahap ketahanan sebab kayunya sangat keras, padat, berat dan ia juga jenis tahan lasak terutamanya apabila terendam di dalam air atau lumpur. Kegunaan penting kayu bakau kurap ini juga di jadikan 'Kayu Cerucuk Pembinaan' iaitu secara meluas sebagai cerucuk asas dalam tanah untuk tujuan pembinaan bangunan, jambatan atau kelong kerana tidak mudah reput. Ia juga popular di jadikan produk 'Kayu Api dan Arang' dan ia menjadi sumber bahan api yang sangat baik dengan cirinya yang menghasilkan arang berkualiti tinggi. Selain itu selalu juga kayu bakau kurap ini di gunakan sebagai Bahan Binaan Struktur dimana kalangan penduduk pesisir pantai untuk membina tiang bot, rasuk atau dijadikan struktur dalam membuat perangkap ikan. Agak unik sebab bahagian Kulit Kay dilaporkan ia amat kaya dengan bahan tanin yang digunakan dalam perubatan tradisional, pewarna jala atau pewarna kain serta menyamak kulit haiwan. Bagi Pokok Bakau Api-api (Avicennia spp.) selalunya ia akan digunakan akar ceracak atau 'pneumatofor' yang keluar dari permukaan lumpur untuk menyerap oksigen. Apa yang penuli blog tahu dimana jenis pokok bakau api-api ialah sejenis Avicennia tumbuhan paya laut yang menjadi perintis awal di kawasan pesisir pantai berlumpur. Istilah 'Api-api' ini sebenarnya ia berasal daripada perangai Serangga 'kunang-kunang' atau 'kelip-kelip' yang kerap berkumpul di atas dahan pokok ini pada waktu malam dimana ia akan menghasilkan cahaya seperti api yang berkelipa-kelip. Kunang-kunang memang suka tinggal pada pokok berembang. Cirinya ia mempunyai Jenis Akar Ceracak atau jenis akar udara berbentuk pensil (pneumatofor) yang tumbuh menegak ke atas dari dalam lumpur untuk menyerap oksigen. Ia ada 'Kelenjar Garam' pada bahagian daunnya yang dilengkapi kelenjar khas untuk membuang kelebihan garam terus ke permukaan daun. Ia merupakan barisan hadapan pokok bakau yang paling tahan lasak dan awal tumbuh di kawasan berlumpur lembut atau tepi laut yang berdepan ombak. Terdapat Jenis Pokok Api-api Putih (Avicennia alba) sebab dilihat pada bahagian bawah daunnya berwarna kelabu keputihan. Kedua ada Jenis Pokok Api-api Jambu atau Pokok APi-api Merah (Avicennia marina) dimana jenis ini ia sering ditemui di kawasan pesisir dan menjadi habitat penting. Ketiga ada dilaporkan Jenis Pokok Api-api Bulu (Avicennia lanata) dimana ia lebih dikenali melalui buah dan bahagian bawah daun yang berbulu. Keempat ada Jenis Pokok Api-api Ludat (Avicennia officinalis) iaitu sejenis pokok bakau daripada genus Avicennia yang tumbuh di kawasan paya bakau dan pesisir pantai berlumpur. Ia mempunyai bunga berwarna kuning oren yang besar tetapi mengeluarkan bau yang agak tengik. Bentuk daunnya bujur dengan bahagian bawah daun berwarna hijau kekuningan. Ia mempunyai akar udara (pneumatofor) yang tumbuh menegak keluar dari permukaan lumpur untuk menyerap oksigen. Fungsinya ia menjaga ekologi dengan membantu menstabilkan kawasan pesisir pantai, mengurangkan kesan hakisan, dan menjadi tempat perlindungan serta pembiakan hidupan akuatik seperti ketam dan anak ikan.
 

Seterusnya ada pula Jenis Pokok  Berembang atau Pokok Perepat (Sonneratia spp.) dimana pokok ini ia sering ditemui di kawasan tepi sungai menghadap laut dengan akar bentuk lutut. Pokok berembang ialah sejenis pokok bakau yang biasa tumbuh liar di kawasan tebing sungai, muara dan pesisir air payau. Ciri fizikal pokoknya ia tumbuh menegak dengan ketinggian antara 5 -  25 meter serta mempunyai banyak akar pernafasan (akar udara) yang keluar dari permukaan lumpur. Paling pemancing suka sebab pokok ini ia akan berbuah dimana bentuknya adalah bulat leper seakan ia menyerupai gasing kecil dengan kelopak seperti bintang di bahagian pangkalnya (Sila lihat foto disebelah). Buahnya yang masak mempunyai rasa masam dan sering dijadikan sebagai salah satu penambah perisa dalam masakan tradisional atau dicicah bersama garam dan sambal belacan. 
Buah berembang ialah buah daripada pokok berembang yang berbentuk bulat dan leper seperti gasing dengan kelopak bunga yang selalu akan mengembang di bahagian bawah. Ia ada rasa masam, sedikit kelat atau masam-masam lemak dan selalu akan ia di makan mentah dengan dicicah garam, belacan atau kicap pedas serta dijadikan perisa atau bahan dalam masakan tradisional. Penulis blog tahu jika buah berembang sangat digemari oleh Spesis Ikan Patin Sungai dan Ikan Patin Muara dimana di kalangan pemancing ia di jadikan umpan. Pembaca blog anim agro technology perlu tahu kenapa Ikan Patin suka makan buah berembang disebebkan ada rasa masam dimana memang ikan patin menyukai buah-buahan yang mempunyai rasa masam dan masam-masam manis. Ia juga ada bau kuat harum dan masam terutama buah berembang yang sudah ranum atau mengkal (separuh masak) mengeluarkan bau masam yang kuat dan merangsang selera makan ikan di dalam air. Pokok berembang dan kelip-kelip mempunyai hubungan istimewa kerana ini ialah habitat utama dan rumah kepada kelip-kelip di kawasan paya bakau. okok Berembang adalah lokasi dan tempat berkumpul bagi Kelip-kelip dewasa berkumpul di dahan pokok berembang pada waktu malam untuk mempamerkan kilauan cahaya secara serentak bagi menarik pasangan.  Kelip-kelip ialah sejenis serangga bersayap daripada keluarga kumbang (Lampyridae) yang mampu mengeluarkan cahaya berkelip-kelip pada waktu malam. Kelip-Kelip ada organ 'Bioluminesens' iaitu satu jenis cahaya pada badan kelip-kelip terhasil melalui tindak balas kimia semula jadi yang sejuk dan tanpa haba (Sila lihat foto paling bawah sekali). Tujuan cahaya ini adalah ia digunakan untuk mencari pasangan dan satu cara berkomunikasi dan sebagai pertahanan diri daripada musuh. APa pun habitatnya ia suka kawasan lembap seperti paya bakau dan tepian sungai. Bunga pokok berembang mampu menghasilkan manisan (nectar) yang menjadi sumber makanan kepada kelip-kelip. Terakhir ada Jenis Pokok Bakau Berus atau Bakau  Tumu (Bruguiera spp.) dimana ia mempunyai sistem akar banir atau akar lutut serta buah bercambah panjang. Apa pun jenis pokok bakau berus (biasanya merujuk kepada spesies (Bruguiera cylindrica) diman ia lebih dikenali sebagai Jenis Bakau Putih iaitu sejenis tumbuhan paya bakau daripada famili Rhizophoraceae yang mempunyai sistem akar lutut yang timbul di atas tanah. Ciri akarnya ia mempunyai akar lutut (knee roots) yang berceracak keluar dari lumpur untuk membantu penyerapan oksigen. Ia tumbuh dengan ketinggian ia boleh membesar sehingga 20 meter dengan ia berderdaun hijau berkilat dan mempunyai buah atau anak benih (propagum) berbentuk silinder panjang. Dalam aspek kegunaan ia menjadi sebagai sejenis makanan tradisional dimana bahagian buah atau anak benih mudanya (setelah melalui proses rebusan atau awetan tertentu) pernah dijadikan bahan untuk menghasilkan kuih atau juadah tradisional. Dalam ekosistem pokok ini ia berfungsi melindungi pesisir pantai daripada hakisan serta menjadi tempat perlindungan hidupan marin dan kayunya pernah digunakan sebagai kayu api atau bahan asas membuat arang kayu bakau. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebagai bahan rujukkan semua. Semuga artikel kali ini memang mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!....
POKOK BAKAU .....ADA BANYAK JENISNYA...

HUTAN POKOK BAKAU... IA PENTING DIJAGA...
BERNILAI TINGGI... SEMAKIN PUPUS PULA...
BACA ARTIKEL...MEMANG HEBAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tamab Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(23 RabiulAkhir 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.