Thursday, October 29, 2026

KARBON TERAKTIF DAN FAKTANYA (PART 2)

KARBON TERAKTIF (Activated Carbon)
atau juga ia sudah dikenali sebagai 'arang aktif' ialah sejenis karbon yang diproses khas supaya mempunyai struktur yang sangat berliang dan luas permukaan yang sangat besar. Karbon Teraktif (KT) adalah sejenis bahan karbon dimana ia biasanya didapatkan daripada arang batu, kayu atau tempurung kelapa) yang diproses khas melalui haba atau gas pada suhu tinggi untuk mempunyai liang-liang halus (porous). Kenal akan bahanini dimana fungsi utama ia adalah bahan yang boleh bertindak seperti span mikro yang sangat berkesan untuk menjerat, menyerap dan menapis kekotoran, hilangkan bau kurang menyenangkan, serap bahan bahan kimia atau bahan toksin daripada air, udara dan proses industri. Penting di fahami dimana karbon teraktif ini melakukan Kerja Jerapan (Adsorption) iaitu caranya dengan cara memerangkap molekul gas, kotoran atau bahan kimia pada permukaan zarah karbon melalui proses fizikal atau proses kimia (caranya ia bukan menyerap ke dalam seperti span). Fakta teknikal dimana ia ada 'Keluasan Permukaan Tinggi' dimana semasa proses pemanasan pada suhu tinggi ianya akan menghasilkan rangkaian liang mikroskopik yang luas sehingga menjadikan 1 gram karbon teraktif mempunyai keluasan pada permukaan sehingga ratusan atau ribuan meter persegi. Apa pun secara teknikalnya dimana Karbon teraktif mempunyai ciri-ciri utama seperti luas permukaan yang sangat tinggi, struktur liang yang kompleks dan keupayaan penjerapan (adsorption) yang kuat. Maksud 'Luas Permukaan Tinggi' adalah ia mempunyai luas permukaan melebihi 1,000 m²gram (malah ada yang jenis yang boleh mencecah 3,000 m²gram) dimana ciri ini yang akan membolehkannya memerangkap banyak molekul pada ruang yang kecil. Produk ini ada jenis 'Struktur Berliang' atau 'Pore Structure' yang terbahagi kepada tiga jenis liang utama di kenali sebagai Liang Mikropori, Liang Mesopori dan Liang Makropori yang bertindak seperti span molekul untuk ia dapat menyasarkan saiz bahan pencemar yang berbeza. Sifatnya  yang ada 'Keupayaan Penjerapan (Adsorption)' ia adalah berbeza dengan penyerapan biasa (absorption), bahan pencemar atau toksin melekat pada permukaan zarah karbon melalui daya tarikan seperti van der Waals dan ianya bukan meresap ke dalam jisimnya. Ciri 'Kekerasan dan Ketahanan Lelasan' bahan ini ia mempunyai kekuatan zarah dan ciri ketahanan yang baik terhadap geseran (terutamanya jenis dari tempurung kelapa), menjadikannya tahan lama semasa aliran cecair atau gas berlalu. Karbon Teraktif ini ia mempunyai 'Bentuk Fizikal yang Pelbagai' yang tersedia dalam beberapa bentuk komersial seperti Bentuk Serbuk (PAC), Bentuk Berbutir (GAC), Bentuk Bergentian (ACF) atau Bentuk Sfera (BAC). Kegunaan utama KT ini adalah untuk Penapisan Air iaitu dengan cara menyingkirkan klorin, sisa racun serangga, bahan kimia organik serta memperbaiki rasa dan bau air minuman. Meluas digunakan sebagai Pembersihan Udara iaitu sebagai penapis udara atau penyaman udara untuk menyerap bau kurang enak, asap, dan sebatian organik meruap (VOC). Kegunaannya dalam dunia Perubatan dan Kesihatan sering ia digunakan dalam dos kecemasan di hospital untuk mengikat toksin atau racun dalam saluran pencernaan supaya tidak diserap oleh badan. Dalam Kegunaan Industri ia akan membantu dalam proses penulenan gas, pemprosesan petroleum dan pemerolehan emas. Penulis blog dapati harga karbon teraktif (activated carbon) di Malaysia bergantung kepada jenis, bentuk dan kegunaannya dimana harga runcit bagi harga Pukal Perindustrian (Pasaran Global) dijual pada harga sekitar USD 0.50 -  USD 3.50 setiap kilogram (RM2.04 - RM14.32/kg) bergantung kepada kualiti dan aplikasi). Produk Karbon Berasaskan Arang Batu (Coal-based GAC) berharga sekitar USD 1,100 - USD 1,600 setiap tan metrik (RM4,495 - 6,539.52/mt. Produk Karbon Tempurung Kelapa (Coconut Shell GAC) dijual sekitar USD 1,600 - USD 3,200 setiap tan. Artikel pada petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai Karbon Teraktif (activated carbon) dan faktanya sebagai bahan rujukkan semua.  


Produk Karbon Teraktif (activated carbon) digunakan secara meluas di seluruh dunia kerana keupayaannya yang luar biasa untuk menjerat (adsorb) bahan kimia, kekotoran, dan toksin. Secara ringkasnya dilaporkan ia berfungsi seperti 'magnet' yang menarik dan mengikat sisa tercemar pada permukaannya yang mempunyai berjuta-juta liang seni (pori). Kegunaan utama karbon teraktif di peringkat global yang dibahagikan mengikut industri dan yang pertama dalam Industri Pembersihan Alam Sekitar dan Pembersihan Air dimana paling utama adalah Sebagai Bahan Penapisan Air Minum dimana ia digunakan dalam penapis air rumah dan loji rawatan air awam untuk membuang klorin, rasa tidak enak, bau dan bahan kimia organik. 
Karbon teraktif (atau arang teraktif) berfungsi menapis air melalui proses jerapan (adsorption), iaitu bahan pencemar dan kotoran melekat pada permukaan luas mikroskopik zarah karbon dan bukannya diserap ke dalam bahan tersebut. Cara ia berfungsi dimana luas permukaan yang sangat besar bila satu gram karbon teraktif mempunyai luas permukaan melebihi 1,500 hingga 3,000 meter persegi akibat struktur liang-liang halus yang banyak. Ia akan menyingkirkan klorin dan bahan kimia dimana air yang mengalir melaluinya akan menarik keluar klorin, sebatian organik meruap (VOC), serta bahan kimia lain. Ia memperbaiki bau dan rasa: Ia berkesan menghilangkan bau kurang menyenangkan, warna dan rasa logam pada air paip.  KT juga mampu mengekalkan mineral sihat: Karbon teraktif tidak menapis keluar mineral yang baik dan penting untuk kesihatan daripada air. Ada Had Penapisan Karbon teraktif tidak dapat menapis bakteria, virus, atau garam berat tertentu secara menyeluruh, jadi air mungkin akan ia memerlukan rawatan tambahan (seperti didih atau penapis UV/RO) untuk selamat diminum. Ia mempunyai kapasiti terhad dan perlu diganti setiap 3 hingga 12 bulan bergantung pada kualiti air dan kadar penggunaan. Kedua ia di gunakan dalam Perawatan Air Sisa sebab ia mampu untuk membersihkan sisa toksik daripada air buangan industri sebelum dilepaskan ke sungai. KT ini akan menyingkirkan bahan organik dan ia berkesan merawat sebatian organik terlarut, sisa minyak, gris, racun perosak, dan residu farmaseutikal. Ia juga selalunya akan mengurangkan COD dan BOD: Membantu menurunkan nilai Chemical Oxygen Demand (COD) dan Biological Oxygen Demand dalam air kumbahan atau efluen industri (seperti kilang kelapa sawit atau tekstil).  Ia akan menghilangkan Warna, Bau dan Rasa dengan menangkap molekul pigmen dan sebatian penyebab bau busuk daripada air buangan. Selalunya jenis Karbon Teraktif yang Digunakan dari Karbon Teraktif Berbutir (GAC - Granular Activated Carbon): Digunakan dalam sistem katil tetap (fixed-bed) untuk aliran air sisa yang berterusan dan boleh dijana semula melalui proses haba.  Sering gunkan Jenis Karbon Teraktif Serbuk (PAC - Powdered Activated Carbon) yang akan dicampurkan terus ke dalam air kumbahan untuk rawatan pantas bagi menangani lonjakan pencemaran mendadak. 


Kegunaan yang ketiga adalah sebagai 
Pembersihan Udara dimana ia perlu diletakkan dalam penapis udara (seperti penapis HEPA) dan topeng muka untuk menyerap gas beracun, bau busuk, asap dan sebatian organik meruap (VOC).  Karbon teraktif merawat udara dengan cara menjerap (bukan menapis secara fizikal) molekul gas berbahaya, sebatian organik meruap (VOC), bau kurang menyenangkan, dan bahan kimia melalui jaringan liang-liang mikroskopik yang sangat luas. Cara ia berfungsi adalah dengan Cara Proses Penjerapan (Adsorption) dimana molekul gas dalam udara melekat pada permukaan karbon teraktif melalui daya fizikal (daya van der Waals) atau ikatan kimia. Satu gram karbon teraktif mempunyai luas permukaan ratusan meter persegi hingga beribu-ribu kaki persegi dimana ini membolehkannya memerangkap banyak pencemar. Ia biasanya dihasilkan daripada tempurung kelapa, kayu, arang batu atau bahan sisa pertanian seperti sekam padi. Dilaporkan dimana jenis bahan Pencemar yang Boleh Dirawat diudara termasuk Sebatian Organik Meruap (VOC) seperti bahan daripada cat, perabot baharu dan pelarut. Ia hilangkan bau yang Tidak Diingini seperti jenis bau asap rokok, bau masakan dan bau haiwan peliharaan. Penting sebab ia hilangkan jenis Gas Berbahaya dan Gas Toksik seperti jenis Formaldehid, hidrogen sulfida (H₂S), ammonia (NH₃) dan gas ekzos industri ( ia mesti di lakukan dengan penambahan bahan kimia khas atau impregnated carbon). Mengenai had dan penggunaannya diman bagi Bukan Penapis Debu lazimnya karbon teraktif tidak berkesan untuk menapis debunga, habuk kasar atau bakteria bersaiz besar. Jika ia di gigabung dengan HEPA dimana ia hampir selalu dipasang bersama penapis mekanikal seperti penapis HEPA dalam sistem penulen udara (air purifier) atau topeng muka supaya habuk ditapis oleh HEPA dan gas atau bau diserap oleh karbon. Ia perlu diganti iaitu apabila liang-liang karbon sudah tepu (penuh dengan molekul yang dijerap), ia tidak lagi berkesan dan perlu ditukar baharu. Dalam Industri Perubatan dan Kesihatan ia di gunakan dalam  Cara Rawatan Keracunan (Overdos) dimana ia digunakan di hospital sebagai penawar kecemasan untuk mengikat racun atau ubat berlebihan di dalam perut sebelum ia diserap ke dalam aliran darah. Ia juga sebagai bahan Suplemen Kesihatan yang diambil dalam bentuk pil atau serbuk untuk mengurangkan gas perut (kembung) dan cirit-birit. Dalam melihat fakta dan kegunaan Isirumah dankegunaan Kosmetik ia nebjadu Produk Penjagaan Diri iaitu KT dicampur dalam ubat gigi (untuk memutihkan gigi), pencuci muka, dan topeng kecantikan (untuk menarik keluar kotoran dan minyak daripada liang pori kulit). Ia juga sebagai  Penghilang Bau yang mana ia diletakkan di dalam peti sejuk, kasut, atau almari untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan. Dalam sektor  Industri dan Pembuatan termasuk dalam Proses Penulenan Makanan dan Minuman dimana ia digunakan untuk tujuan menghilangkan warna atau bau yang tidak dikehendaki dalam pembuatan gula putih, jus buah-buahan, minyak masak, dan minuman beralkohol. Dalam sektor perlombongan emas (gold mining) ia digunakan untuk memulihkan dan mengasingkan emas daripada bijihnya semasa proses pengekstrakan. Dalam sektor Industri Automotif ia dipasang dalam sistem kawalan pelepasan kenderaan untuk menangkap wap bahan api bagi mengurangkan pencemaran.


Di laporkan dimana 
Karbon Teraktif (activated charcoal carbon) mempunyai keupayaan luar biasa untuk memerangkap toksin, tetapi popularitinya dalam dunia kesihatan dan kecantikan telah mencetuskan banyak salah faham. Bagaimana pun penulis blog daati masih ada mitos paling popular tentang karbon teraktif beserta fakta sebenarnya. Pertama ada Mitos Di mana Karbon Teraktid Boleh Detoks badan dan boleh membuang racun daripada makanan harian. Faktanya dimana karbon teraktif hanya berfungsi di dalam saluran pencernaan sebelum bahan tersebut diserap ke dalam darah. Ia tidak boleh menyerap atau 'menarik' toksin yang sudah lama berada di dalam sel badan, hati, atau buah pinggang pengguna. Apa pun cara penggunaannya dalam dunia perubatan adalah khusus untuk kes kecemasan seperti keracunan akut atau dos ubat berlebihan. Kedua ada Mitos DImana Ubat Gigi Karbon Teraktif mampu untuk memutihkan dan selamat untuk gigi dan faktanya karbon teraktif bersifat kasar (abrasive). Walaupun ia boleh menanggalkan kesan kotoran luaran (seperti kesan kopi), penggunaan jangka panjang secara kerap boleh mengikis lapisan enamel (pelindung gigi). Apabila enamel nipis, lapisan dalam gigi (dentin) yang berwarna kuning akan kelihatan, malah membuatkan gigi menjadi lebih sensitif. Ketiga ada Mitos Dimana Penapis Krbon Teraktif boleh menapis semua jenis kuman dan bahan kimia dan faktanya adalah penapis air karbon teraktif sangat cemerlang dalam menapis klorin, sebatian organik tidak menentu (VOC), bau, dan rasa kurang enak. Bagaimanapun, ia tidak direka untuk membunuh atau menapis bakteria, virus, mahupun mineral terlarut seperti kalsium dan fluorida. Keempat ada juga Mitos Yang Karbon teraktif berbeza dengan 'Activated Charcoal dimana faktanya kedua-dua istilah ini merujuk kepada bahan yang sama. Bahan 'Activated carbon' ia biasanya digunakan dalam industri penapisan air dan udara, manakala 'activated charcoal' lebih kerap digunakan dalam istilah perubatan, makanan, dan produk kecantikan. Kelima ada Mitos Karbon Teraktif Ia Selamat dimakan atau diminum pada bila-bila masa dan faktanya yang ia bersifat 'buta' apabila menyerap bahan di dalam perut. Jika anda mengambilnya bersama makanan atau suplemen, ia juga akan memerangkap khasiat, vitamin, dan ubat-ubatan penting (seperti ubat darah tinggi atau perancang kehamilan) lalu menghalang badan daripada menyerapnya. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan untuk di baca dan di fahami kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim ngro technology kali ini. Wasallam.....
KARBON TERAKTIF... BANYAK JENISNYA....
ACTIVATED CARBON...BANYAK GUNANYA...
NEGARA MANA... BANYAK HASILKANNYA...
BACA ARTIKEL ... MENDAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Jamadilawal 1448H).
Ya Allah... Sembuhkan Abdul Halim
Yang Jalani Rawatan di hospital...
Amin...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.