Kacang pinus ini ialah biji benih yang boleh dimakan daripada kon pokok pinus matang yang bersaiz kecil serta berbentuk memanjang, berwarna putih kekuningan dan mempunyai rasa yang berlemak, berlemak krim, serta sedikit manis (Sila lihat foto ditas). menyentuh tetang kekacang dimana sebenarnya ada terdapat banyak jenis kacang di dunia ini dimana ia terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu Jenis Kekacang Kering atau dal (beans/legumes) yang biasa dimasak dan Jenis Kekacang Keras (nuts) yang biasa ia akan dijadikan snek atau kudapan. Apa pun bagi jenis Kekacang Lembut dan Masakan (Legumes) termasuk Jenis Kacang hijau, Kacang merah, Kacang dal (Lentil), Kacang soya dan juga Kacang Panjang. Bagi jenis Kekacang Keras dan Snek (Nuts) terdiri dari Jenis Kacang tanah, Kacang Badam (Almond), Kacang Gajus, Kacang Walnut, Kacang Pistachio dan beberapa lagi. Apa pun di laporkan yang kacang pain ini ia mempunyai banyak kebaikan di antaranya adalah ia boleh menguatkan sistem imun badan, melindungi hati, meningkatkan tahap kesuburan, baik untuk kesihatan jantung serta membantu mengatasi masalah sembelit. Dilaporkan walaupun tidak ada cadangan jelas menunjukkan berapa banyak hidangan dari bahan kacang pain ini yang ppopular di kalangan pengguna. Dari beberapa sumber di laporkan ada sebanyak 20 spesies pokok pine dikenalpasti mampu menghasilkan 'biji kacang' yang dapat dimakan kerana cukup besarnya dimana negara China dan Itali di laporkan ia adalah negara pengeluar kacang pain ini yang terpenting di dunia. Disenaraikan akan spesies-spesies pokok pine yang dikenalpasti berbiji boleh dimakan adalah seperti di kawasan Eruasia adalah jenis Pinus armandii, Pinus bungeana, Pinus cembra, Pinus gerardiana, Pinus koraiensis, Pinus pinea, Pinus pumila dan Pinus sibirica. Sementera itu ienis pokok pine di benua Amerika Utara adalah Jenis Pinus albicaulis, Pinus cembroides, Pinus coulteri, Pinus culminicola, Pinus edulis, Pinus johannis, Pinus monophylla, Pinus orizabensis, Pinus quadrifolia, Pinus remota dan Pinus sabiniana. Ada juga pokok pine di Korea (Pinus koraiensis) ysng merupakan jenis utama yang sering dituai untuk pasaran di Asi tradisinya dari masyarakat peribumi sana adalah Pinus edulis, Pinus monophylla dan Pinus cembroides yang berbuah. Kegunaan kacang pain ini sebaga bahan 'Pesto' iaitu bahan utama dalam pembuatan sos pesto Itali serta dalam masakan salad yang sesuai dijadikan taburan atas salad, pasta atau pencuci mulut. Harga kacang ini adalah mahal kerana proses kutipan dan pengeluaran dari kon pain memerlukan tenaga kerja yang banyak. Penulis blog buat carian dimana harga kacang pain di Malaysia berbeza ikut jenama dan berat. Saiz kecil 100g hingga 125g berharga sekitar RM16.00 hingga RM26.00 manakala pek besar atau 1kg boleh mencecah RM180.00 - RM215.00 sekilogram iaitu di pasaran tempatan. Ada maklumat menyatakan dimana khasiat utama dalam kesihatan sebab ia ada zat lemak yang sihat dan ia kaya dengan asid lemak sihat yang baik untuk menjaga jantung. Bahan vitamin dan zat mineral yang ada didalamnya serta vitamin E, magnesium, zat besi dan bahan antioksidan menjadikan nilai nutrisinya di harga mahal. Artikel pada tengahmalam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas berkaitan sejenis kacang yang ramai belim kenal agaknya iaitu Kacang Pain (pine nuts) sebagai bahan rujukkan pembaca blog ini semua.
Pokok Pine (pinus) atau digelar 'pokok konifer' sebenarnya tidak menghasilkan buah atau bunga yang sebenar. Dari segi sains botani apa yang penulis blog faham dimana pokok pinus tergolong dalam kumpulan Gimnosperma (tumbuhan berbiji terbuka) yang bermaksud ia akan membiak melalui struktur khas yang dinamakan kon (cone atau lokal dikenali sebagai buah meranti/pina dalam bentuk kayu) dan menghasilkan biji benih. Merujuk fakta dimana 'Kon pokok pinus' atau 'kon pain' ialah organ pembiakan berkayu bagi pokok konifer dalam genus Pinus. Ia berfungsi untuk melindungi biji benih serta membantu proses pembiakan pokok tanpa menghasilkan bunga. Apa pun sebenarnya jenis Kon Pinus ada dua jenis iaitu Jenis Kon Betina yang bersaiz besar, keras, berkayu dan mempunyai sisik yang menyimpan serta melindungi biji benih. Kedua ada Jenis Kon Jantan yang selalunya ia bersaiz kecil, lembut dan menghasilkan debunga sebelum gugur selepas musim debunga. Fungsi utama kos pinua adalah untuk melindungi biji benih daripada cuaca sejuk dan haiwan. Kon ini ia akan membuka sisiknya untuk membebaskan biji benih apabila keadaan persekitaran sesuai dimana struktur pembiakan adalah apabila kos jantan pinus yang saiznya kecil akan menghasilkan debunga (pollen) untuk pendebungaan angin.
Kon Betina pla yang berbentuk kayu keras, bersisik dan akan bertukar menjadi keras apabila matang. Fakta menarik tentang Biji Pinus (Pine Nuts) merupakan biji benih pokok pinus terletak di celah-celah sisik kon betina tersebut. Sebahagian spesies pokok pinus menghasilkan biji benih yang mana ia boleh dimakan iaitu ia sering dipanggil 'kacang pinus' atau pine nuts akan tetapi ia tetap dikategorikan sebagai biji saja dan bukannya buah kerana ia tidak mempunyai dinding ovari atau bunga seperti pokok lain.
DARI KON PINE...LEMAK SEKALI RASA...
PENGELUAR UTAMA...NEGARA CHINA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(23 Safar 1448H).




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.