Thursday, October 15, 2026

IKAN KOD - KENALI DIA (PART 1)

IKAN KOD
atau 'Code Fish' adalah sejenis ikan air masin daripada genus Gadus (keluarga Gadidae) yang hidup di perairan sejuk seperti Lautan Atlantik dan Pasifik. Bagi penulis blog sudah sejak kecil mendengar iklan poduk 'Minyak Ikan Kod' keluaran Seven Sea iaitu 
sejenis produk suplemen kesihatan dan multivitamin yang dihasilkan daripada minyak hati ikan kod (cod liver oil) di Malaysia. Dilaporkan yang kandungan utama produk ini adalah Vitamin A bagi dapat membantu memelihara kesihatan mata dan kulit dan Vitamin D bagi membantu penyerapan kalsium serta menguatkan tulang dan gigi. Produk ini didakwa ia mengandungi  Asid Lemak Omega-3 (DHA dan EPA) yang dilaporkan ia baik untuk fungsi otak, jantung dan kesihatan sendi. Bagaimana pun penulis blog belum kenal akan apakah dia jenis ikan ini yang mana sudah di promosikan iklannya sejak lama dulu. Ikan Kod adalah nama umum bagi ikan demersal dari genus Gadus yang tergolong dalam famili Gadidae dimana istilah 'kod' juga digunakan sebagai sebahagian daripada nama umum bagi sejumlah spesies ikan lain dan terdapat satu spesies yang tergolong dalam genus Gadus yang lazimnya ia tidak dipanggil kod (seperti jenis Alaska pollock dan Gadus chalcogrammus). Dilaporkan ada dua (2) spesies kod yang paling umum ialah Jenis Ikan kod Atlantik (Gadus morhua) iaitu spesis ikan yang mendiami perairan sejuk dan kawasan laut dalam di seluruh Atlantik Utara. Spesis Ikan Gadus morhua ini ia sudah dinamakan oleh Linnaeus pada 1758. (Walau bagaimanapun ada terdapat jenis G. morhua callarias iaitu suatu ras bukan migrasi yang hidup dalam saliniti (kemasinan) rendah dan terhad di sebahagian kawasan Laut Baltik). Kedua ada Jenis Ikan Kod Pasifik (Gadus macrocephalus) iaitu spesis ikan kod yang terdapat di bahagian timur dan barat Pasifik utara. Penulis blog kongsikan fakta akan ciri-ciri bagi ikan kod dimana rupanya ia mempunyai tiga sirip punggung, dua sirip anus serta satu garis putih memanjang dari bahagian insang ke ekor. Ciri tekstur dan rasa iaitu isinya berwarna putih, tebal, lembut, gebu dan tidak mempunyai bau hamis atau bau hanyir yang kuat. Hebatnya ikan kod adalah jenis ikan premium yang sangat mahal kerana harganya yang mahal dan popular dalam masakan barat serta sup.  Dalam membuat rujukkan dimana harga ikan kod (cod fish) di pasaran Malaysia biasanya dijual dalam bentuk sejuk beku (frozen) yang diimport dimana bagi produk isi hiris (steak/fillet) atau produk kepingan berbanding segar sepenuhnya dari laut tempatan kerana ia adalah ikan import dari perairan sejuk. Anggaran harga pasaran semasa mengikut jenis produk Ikan Kod Pasifik (Pacific Cod Fillet) a dijual sekitar RM15.00 bagi peket kecil (kira-kira 300g–400g) satu paket, Bagi Jenis produk Kepingan (Steak Kod Chilean atau Chilean Codfish Steak Cut) ia di jual sekitar RM65.00 - RM68.00 untuk satu keping (beratnya cuma ±220g - 250g) atau sekitar RM131.25 sehingga RM262.50 bergantung pada gred dan berat pek. Bagi jenis produk Kepingan per Kilogram pula di laporkan harga satu kilogram ikan kod boleh mencecah antara RM145.00 - RM244.50/kg mengikut jenis (seperti jenis ikan kod Chilean Cod atau Silver Cod/Toothfish). Menarik juga akan khasiat kesihatan ikan kod berbanding ikan lain dimana ia mengendungi bahan Omega-3 dan Omega-6 yang baik untuk perkembangan otak dan kesihatan jantung. Ia juga ada zat Vitamin A dan vitamin D yang membantu kesihatan mata, kulit, serta menguatkan tulang dan gigi. Memang ada zat protein tinggi dan rendah lemak dan sesuai untuk individu yang sedang berdiet atau menjaga kesihatan. Ikan Kod juga ia sebagai makanan popular di beberapa bahagian dunia. Ikan ini mempunyai rasa yang lembut serta isi putih yang padat dan berlapis. Hati kod diproses untuk menghasilkan minyak hati ikan kod, yang merupakan sumber lazim bagi vitamin A, vitamin D, vitamin E dan asid lemak omega-3 (EPA dan DHA). Scrod merujuk kepada kod Atlantik muda atau haddock. Di United Kingdom, kod Atlantik merupakan antara bahan paling lazim dalam ikan dan kentang goreng atau ada dihidangkan iaitu bersama-sama haddock dan plaice. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan untuk kenal akan ikan kod sebagai bahan rujukkan semua.


Dilaporkan dimana jumlah pengeluaran (tangkapan) ikan kod global (global cod catch) adalah sekitar 1.12 juta tan metrik (MT) setahun mengikut data rasmi industri perikanan dunia. Apa pun dilaporkan dimana 'trend' pasaran bagi ikan kod kini sedang mengalami kes penurunan ketara disebabkan oleh pengurangan kuota tangkapan demi menjaga kelestarian spesies hidupan laut ini. Apa yang berlaku dimana direkodkan yang pecahan utama pasaran bagi jenis Ikan Kod global ia hanya didominasi oleh jenis atau spesies Ikan Kod Atlantik (Atlantic Cod) yang mana ia menyumbang sekitar 954,000 tan metrik dimana kawasan tangkapan paling kritikal adalah di kawasan Laut Barents. Dilaporkan t
angkapan ikan kod di Laut Barents (sering tersalah sebut atau dieja sebagai Laut Brent) ia merujuk kepada aktiviti penangkapan ikan kod Atlantik (Gadus morhua) di salah satu kawasan perikanan kod yang terbesar dan paling penting di dunia. Laut Barents terletak di bahagian utara Norway dan Rusia adalah perairan sejuknya menjadi habitat utama bagi kelompok (stok) ikan kod terbesar yang dikenali sebagai Northeast Arctic cod. Tangkapan ini ia juga diuruskan 'Secara Bersama' oleh Norway dan Rusia iaitu walaupun situasi geopolitik dunia tegang namun Norway dan Rusia bekerjasama sejak lebih 50 tahun lalu melalui satu badan Suruhanjaya Perikanan Bersama untuk menetapkan kuota tangkapan bagi memastikan populasi ikan kod tidak pupus. Dilaporkan populasi ikan kod di Laut Barents sedang mengalami penurunan disebabkan faktor alam sekitar dan pembiakan yang lemah dalam beberapa tahun kebelakangan ini. DIlaporkan pada tahun 2026, kuota rasmi had tangkapan (Total Allowable Catch) telah dikurangkan sebanyak 16% menjadi 285,000 tan sahaja iaitu ia merupakan jumlah kuota paling rendah sejak tahun 1991. Bagi jenis Ikan Kod Pasifik (Pacific Cod) pula ia dilaporkan ia menyumbang baki pasaran dengan jumlah sekitar 330,000 tan metrik setahun. Apa pun di laporkan negara pengeluar dan pengeksport terbesar adalah negara Norway yang mendahului pengeluaran dunia dengan menguasai sekitar 31% pangsa pasar global. Selain itu juga negara Rusia turut menyumbang sekitar 29% daripada jumlah keseluruhan tangkapan dunia dan negara Iceland pula ada memegang sekitar 23% daripada bahagian pasaran global. Menurut laporan oleh ada isu semasa idustri ikan kod seperti di dakwa oleh pihak  International Council for the Exploration of the Sea (ICES) dimana agensi ini kerap menyarankan supaya ada pengurangan kuota yang ketat ekoran penurunan drastik jumlah populasi induk ikan kod dewasa di kawasan laut dalam (seperti di Laut Utara). Perkara ini menyebabkan isu jumlah tangkapan global mencatatkan penurunan sehingga 33% dalam tempoh sedekad kebelakangan ini di negara pengeluar. Penulis blog merujuk sumber rasmi dimana nilai pasaran dan jumlah tangkapan ikan kod (cod) dunia iaitu Nilai Pasaran Global dimana nilai pasaran bagi ikan kod dianggarkan bernilai sekitar USD 1.89 bilion (kira-kira RM8.2 bilion) bagi tahun 2025. Pasaran ini diunjurkan terus berkembang pesat hasil permintaan tinggi terhadap produk makanan laut premium. Apa pun di laporkan jumlah tangkapan liar global bagi spesies Ikan Kod Atlantik sahaja mencecah lebih daripada 954,000 tan metrik (mewakili sekitar 1% daripada jumlah keseluruhan tangkapan ikan liar dunia).  Negara terbesar menangkap dan bekalan ikan kod dunia sebahagian besarnya didominasi oleh tiga buah negara utama iaitu Norway (31%), Rusia (29%), dan Iceland (23%). Trend Harga semasa kini mengalami lonjakan ketara (meningkat lebih 26% berbanding tahun sebelumnya) disebabkan oleh pengurangan kuota tangkapan di kawasan pembiakan utama seperti Laut Barents bagi memastikan kelestarian spesies tersebut daripada ancaman 'overfishing'.


Belajar akan marfologi ikan kod (dari genus Gadus) penting dengan merujuk kepada sejenis ikan laut dalam berair sejuk yang terkenal dalam industri makanan dan perikanan.  Cirinya dimana ia mempunyai 
Bentuk Badan iaitu selalu ia berbentuk silinder (agak lonjong), menirus ke arah bahagian kepala dan ekor, dengan keratan rentas berbentuk bujur (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai jenis Sirip Punggung dan Anus dimana ia mempunyai tiga sirip punggung (dorsal fins) yang lembut dan dua sirip anus (anal fins) yang membulat. Ia juga mempunyai bentuk Sirip Pelvis dan Sirip Dada serta ada  Sirip pelvis bersaiz kecil dengan hujung memanjang dan ia juga terletak di bawah penutup insang. Organ Sirip dada (pectoral fins) terletak sedikit ke belakang berhampiran insang. Ikan kod ini mempunyai jenis rahang dan mMisai (Barbel) dimana rahang atasnya sedikit terjulur keluar melepasi rahang bawah dan terdapat sehelai 'misai' atau filamen berdaging yang agak panjang di bawah rahang bawahnya. Ikan kod juga ada Garis Sisi (Lateral Line) dimana garis sisi berwarna putih atau cerah yang kelihatan jelas memanjang dari bahagian insang hingga ke ekor. Ia mempunyai jenis sisik dan kulit dan badannya ia diselaputi sisik yang kecil dan licin apabila ianya disentuh. Lazimnya ia mempunyai warna badan yang agak berbeza-beza mengikut persekitaran tempat tinggalnya. Ada yang berwarna hijau zaitun, coklat atau kelabu dengan bintik-bintik gelap di bahagian atas, manakala ada di bahagian bawah perutnya berwarna putih atau perak. Selalunya ia berukuran panjang biasa antara 1.0 hingga 1.5 meter dengan berat purata 5 hingga 12 kg (boleh mencecah berat lebih besar bergantung kepada spesies seperti kod Atlantik) iaitu spesis ikan bersaiz besar.


Mengenal akan 
Kitaran Hidup ikan kod (khususnya ikan kod Atlantik atau Gadus morhua) melalui empat peringkat utama dari saat ia bertelur sehingga dewasa. Pertama adalah Peringkat Telur dan Larva (Egg and Larval) dimana ikan kod akan bertelur apabila ikan kod betina ia boleh menghasilkan berjuta-juta telur (antara 3 hingga 9 juta telur) semasa berada di sepanjang dasar laut pada musim sejuk atau musim bunga (sekitar Mac hingga April) setiap tahun. Kemudian telur ini ia akan menetas iaitu selepas kira-kira 2 hingga 4 minggu bergantung kepada suhu air (sekitar 2°C hingga 7°C). Kemudian ia akan menjadi 'Larva' iaitu selepas menetas dimana larva ikan kod akan terapung-apung mengikut arus laut. Pada mulanya ia akan memakan kantung kuning telur (yolk sac) miliknya sendiri sebelum beralih kepada zooplankton seperti copepods. Kedua ada Peringkat Fry Bebas Berenang (Free-Swimming Fry) dimana larva mula membesar menjadi fry (anak ikan) yang aktif berenang di kolum air dimana ia masih bergantung pada arus laut untuk bergerak sambil mencari sumber makanan yang lebih besar sedikit seperti plankton dan krustasea kecil. Ketiga pula ada  Peringkat Pembesaran di Kawasan Asuhan (Rearing atau  Nursery) dimana apabila meningkat usia, anak ikan kod akan turun ke kawasan dasar laut (seabed) dan masuk ke kawasan asuhan (seperti di Laut Barents atau kawasan hutan kelp). Apa pun pda fasa ini, makanannya berubah daripada zoo-plankton kepada haiwan bentik (hidupan dasar laut), krustasea dan lama-kelamaan memakan ikan-ikan kecil lain. Selalunya ia akan lebih aktif berhijrah untuk mencari persekitaran dan nutrisi yang optimum. Saintis mendapati dimana selalunya fasa Kematangan Seksual dan Ikan Dewasa (Sexual Maturation) bagi jenis ikan kod akan mencapai tahap matang seksual pada usia yang berbeza-beza dan ia biasanya akan matang diantara 2 hingga 15 tahun atau kebanyakannya adalah sekitar umur 2 - 3 tahun bagi betina). Apa pun ikan kod ini setelah dewasa, ia akan melakukan migrasi tahunan iaitu dengan merentasi jarak ratusan kilometer ke kawasan pantai atau perairan tertentu untuk mengawan dan bertelur semula. Ada laporan kajian menyatakan jika jangkahayat ikan kod ia memang boleh mencapai sehingga 25 tahun lamanya. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 iaitu sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ianya edukatif. Wasallam!!!....
IKAN KOD ....IKAN POPULAR DIDUNIA...
HARGA MAHAL...HEBAT KHASIATNYA...
MINYAK IKAN KOD...ADA DI MALAYSIA...
BACA ARTIKEL...TAHU AKAN FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tamab Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(3 JamadilAwal 1448H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.