Thursday, August 13, 2026

UBI REBUS DAN FAKTA PENTING (PART 1)

MAKANAN UBI REBUS merupakan sejenis makanan tradisional yang telah lama diambil oleh penduduk tempatan sejak zaman dahulu. Tanaman Ubi (Manihot esculenta Crantz) merupakan sejensi tanaman umbisi yang mudah ditanam dan dijaga dimana sesuai dijadikan tanaman bahan makanan yang kini semakin sukar diperolehi. Dikelani juga sebagai 'cassava' atau 'tapioca' ia yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika dan diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam keluarga besar Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubikayu selalunya ditanam secara monokrop komersil atau pun ditanam sebagai tanaman campuran dengan buah-buahan. Bagaimana pun di kawasan pendalaman di Malaysia serperti perkampungan orang asli di Semenanjung dan pribumi di Sarawak serta Sabah amalan penanaman ubi kayu ini ditanam bersama-sama dengan padi bukit juga ditanam secara kecil-kecilan yang menjadi aktiviti penting didalam membekal makanan mereka. Kini ada usaha sektor swasta untuk menanam secara besar-besaran ubi kayu untuk tujuan pengeluaran biodisel, kanji, prosesan kerepik dan juga pelbagai produk lain. Tinjauan penulis blog ke negara jiran Thailand mendapati tanaman ubikayu dilakukan diatas tanah bris dimana ia juga merupakan tanaman komersil penting untuk dijual kepada kilang. Umum tahu dimana ubikayu boleh dijadikan sebagai makanan pada manusia serta haiwan ternakan dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi (sejenis pemanis dalam industri minuman dan mimuman yang bertin) dan pengganti separa tepung gandum. Seluas 2,554 hektar ubikayu ditanam di Malaysia pada tahun 2025 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 44,8682 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia Tahun 2020). Antara negeri yang luas menanam ubikayu di Malaysia adalah Johor (640 hektar), Sarawak (533 hektar) dan Selangor (322 hektar) dan negeri-negeri lain menanam kurang dari 100 hektar. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta penting makanan ubi rebus yang dikenali sebagai makanan tradisional untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Lazimnya diantara jenis ubi yang popular dan sedap dimakan selepas ia direbus  
di Malaysia termasuklah Jenis Ubi kayu (seperti ubi pulut yang lembut dan lemak), Jenis Ubi Keledek (isi kuning, oren atau ungu), Jenis Ubi Keladi dan Jenis Ubi Badak yang sering dimakan bersama sambal tumis, kelapa parut atau air gula untuk sarapan pagi atau minu petang santai. Penulis blog juga suka maan pisang rebus dimana pisang rebus ialah sejenis hidangan tradisional di mana pisang (biasanya pisang abu atau pisang saba yang agak muda atau separuh masak) direbus di dalam air bersama sedikit garam sehingga empuk. Apa pun ada jenis-Jenis Ubi Rebus dan yang paling popular dan di komersilkan adalah Jenis Ubi Kayu Rebus. Ini adalah ia disebabkan yang ubi kayu merupakan sejenis makanan yang paling klasik untuk direbus dimana jika kualiti ubikayu di pastikan maka akan teksturnya padat, lembut dan paling enak dicicah dengan sambal tumis, sambal ikan bilis, sambal sotong, ikan kering atau dengan kombinasi kelapa parut. APa pun paling penting adalah memilih jenis ubikayu seperti dari varieti Ubi Pulut yang sangat dicari kerana isinya yang sangat lembut dan mudah empuk dan ada juga varieti lain seperti varieti Sri Medan, Black Twig, Sri Pontian, Isi Putih dan ada beberapa lagi. Dilaporkan dimana makanan ubikayu rebus ialah sejenis makanan tradisional Melayu yang diperbuat daripada isi ubi kayu (Manihot esculenta) yang dikupas kulitnya dan kemudian ia dipotong saiz sederhana, dibasuh bersih dan kemudian boleh direbus di dalam periok yang berisi air bersama sedikit garam selama 30 sehingga 40 minit atau bila di cucuk dengan garfu ia sudah empuk, lembut dan akan merekah. DIkampong penuli blog di JOhor dahulu dimana hidangan ini kebiasaannya dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang masyarakat di Malaysia sejak zaman-berzaman dan kini di Melaka sudah ada pasar tani yang mana penjualan ubirbus di komersilkan dijual dengan sambal tumis atau sambal hijau. Dalam pada itu ada peminat yang suka makan ubikayu rebus dengan kelapa parut dengan cara menggaul bersama sedikit garam. Ada juga yang suka makan ubikayu rebus dengan di cicah gula pasir atau gula perang yang enak di makan danmengenyangkan pula. Penulis blog hanya sesekali memakan ubikayu rebus dengan dimakan bersama kelapa parut dan ubi. Paling best adalah memakan ubikayu rebus dengan cicah sambal tumis bilis atau sambal tumis sotong atau udang. Apa pun di laporkan lain negeri dan lokasi cara makan ubikayu rebus di pelbagaikan. Ada versi pedas yang sangat popular di Pantai Timur seperti Kelantan dan ramai orang JOhor suka makan ubikayu rebus dengan Sambal Hijau iaitu sejenis sambal tradisional yang dibuat menggunakan cili hijau segar, bawang merah, bawang putih, dan tomato hijau. Ia sangat terkenal dalam masakan Melayu dan Minangkabau (Padang), mempunyai rasa pedas yang lebih segar, dan tekstur yang agak kasar. Dilaporkan dimana khasat memakan ubikayu rebus sebagai Sumber Tenaga Baik sebab ia kaya dengan kandungan karbohidrat tinggi yang membekalkan tenaga pantas. Unikayu juga amat kaya dengan bahan Serat (Fiber) dimaa ia akan membantu melancarkan sistem pencernaan dan usus serta ubikayu memang ada zat vitamin dan mineral antaranya adalah vitamin C, kalsium (Ca) dan zat besi (Fe) yang baik untuk kesihatan. Apa pun perlu diingatkan agar perkara penting dimana ubikayu mentah mengandungi sebatian toksik sianida yang berbahaya. Oleh itu, ubi kayu mesti dikupas kulit dan direbus atau dimasak sehingga betul-betul empuk dan masak sempurna untuk menghilangkan racun tersebut sebelum boleh dimakan dengan selamat.


Kedua ada Jenis Ubi Keledek Rebus dimana ia adalah sejenis makanan yang semakin kurang di hidangkan kepada generasi sekarang. Tanaman Keledek (Manihot esculenta) ada luas di tanam di Malaysia dimana pada tahun 2025 dilaporkan ada seluas 3,327 hektar dengan pengeluaran 54,240 metrik tan (Sumber: Statistik Buku Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, Puutrajaya). Ada pun bagi penulis blog dimana hampir semua jenis ubikeledek yang di tanam adalah ia s
esuai untuk direbus akan tetapi dalam tinjauan penulis blog dimana Jenis Keledek Oren, Jenis Keledek Jepun (isi kuning atau putih) dan Jenis Keledek Ungu adalah yang paling sedap dimakan selepas ia direbus dimana perlu tahu fakta apabila setiap jenis ubi keledek ia akan di laporkan memang ia akan mempunyai rasa dan tekstur yang berbeza apabila siap direbus. Dalam beberapa kajian dan testimoni yang dilakukan oleh beberapa universiti dilaporkan jenis Keledek Berlainan akan menghasilkan hasil rebusan yang berbeza juga. Pertama adalah Jenis Keledek Oren (Orange potato Sweet) dimana ia mempunyai isi paling lembut, basah dan rasa manis (Sila lihat foto disebelah) dimana jenis ini juga ia sering dijadikan sebagai Makanan Pengat atau sesuai di makan begitu sahaja. Bagi penulis blog dimana Makanan Pengat (juga dikenali sebagai 'serawa' di sesetengah tempat) ialah sejenis hidangan pencuci mulut tradisional Melayu yang berkuah manis. Ia akan dibuat daripada bahan utama seperti pisang, labu, ubi keledek, atau durian yang dimasak bersama santan, gula melaka atau gula pasir, dan daun pandan sehingga dimasak sebati. Kedua yang popular adalah Jenis Ubikeledek Jepun dimana isinya selalu adalah padat, manis dan bertekstur seperti kastard atau berlemak. Bagi penulis blog sering membeli jenis keledek jepun ini digunakan saa ada di goreng atau di rebus sebab ia sangat sedap direbus atau dimakan panas. Ketiga yang popular adalah Jenis Makanan  UbiKeledek Ungu (purple sweet potato) dimana ia mempunyai jenis isi lebih firm atau pejal dan kurang manis berbanding oren, tetapi cantik dijadikan warna dalam bubur atau pengat. Keempat ada Jenis Ubikeledek Biasa sama ada ia jenis Berkulit Merah atau Jenis Isi Putih atau Kuning menjadi pilihan sebab ia bersifat lebih berair atau empuk ringan, cepat lembut apabila dicelur atau direbus. Kehebatan keledek rebus di hidangan apabila ia mempunyai pelbagai variasi warna isi seperti oren, kuning, dan ungu dimana selepas direbus, rasanya manis semula jadi dan bertekstur lembut. Kini Keledek Bakar sudah mula popular dikomerilkan di Malaysia dan ada di jual di Supermarket serta outlet lain di Malaysia. Ubi keledek rebus ialah sejenis makanan sihat dan ringkas yang dibuat dengan memasak ubi  ini ia dimasak di dalam air mendidih sehingga empuk. Ia kaya dengan serat, vitamin dan karbohidrat baik dimana ciri ini yang menjadikannya pilihan popular untuk sarapan atau minum petang. Mudaj cara merebus Ubi Keledek iaitu dengan membasuh bersih dan dicuci kulit ubi keledek daripada sebarang kotoran. Boleh juga di potong dengan saiz sederhana atau dipotong dua atau saiz lebih kecil supaya cepat empuk. Didihkan air dalam periok dan dimasak dalam air atau memasukkan air paras sederhana dan didihkan selama 20 hingga 30 minit sehingga lembut apabila dicucuk garpu. Memakan ubikeledek rebus dilaporkan ada kelebihan Kesihatan antaranya seperti Ia Memudahkan Penghadaman dan Mengawal Gila Darah sebab (gula Indeks glisemik lebih rendah berbanding cara bakar. Keledek rebus dilaporkan ia mempunyai rasa asli dimana kesemuanya rasa manis semula jadi tanpa perlu tambah banyak bahan perasa. 


Ketiga ada Jenis Ubi Keladi Keladi Rebus dimana ia agak kurang popular berbanding dengan makanan ubikayu rebus dan ubi keledek rebus. Memasak keladi rebus adalah mengikut jenis keladi tersebut sama ada jenis Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Minyak atau paling enak adalah Keladi Sarawak atau nama lainnya sebagai 'Keladi Telur'. Merebus jenis keladi besar seperti keladi mawar dimana keladi ini adalah umbisi dari pokok keladi yang berb
batang gelap atau hitam dimana isinya atau batangnya lembut dan sedap jika dimasak. Rebus keladi mawar biasanya merujuk kepada cara memasak ubi atau batang keladi mawar secara rebus kosong atau dijadikan hidangan sayur dimakan dengan nasi putih seperti resepi masakan asam rebus batang keladi yang sedap. Paling mudah cara masaknya dengan mengupas kulit keladi mawar dan di potong-potong saiz kecil dan di rebus kosong dalam periok berisi air dan sedikit garam. Ia di makan begitu sahaja atau di makan dengan cicih lain (Sila lihat foto disebelah). Apa pun tujuan keladi disiang dan dibasuh bersih sebelum direbus untuk elak rasa gatal dimana selain memasukkan sedikit garam atau asam semasa merebus untuk mengurangkan rasa gatal dan mempercepatkan ubi keladi ini cepat empuk. Ada juga penulis blog paling suka makan Pengat Keladi dengan di bubuh santan kelapa, gula melaka dan sebagainya. Bagi jenis keladi telur ini ia adalah sejenis pokok keladi unik yang juga dikenali sebagai 'keladi seratah' atau 'keladi sarawak' yang mana hasil utamanya bukan pada umbi induk akan tetapi pada umbi-umbi kecil yang keluar di sekeliling umbi induk apabila matang. Ia di masak bersama kulitnya dalam periok berisi air dan di bubuh sedikit garam dan kulitnya mudh dikupas sebelum dimakan isinya. Batang keladi telur ini ia tidak boleh dimasak sebagai sayuran seperti keladi biasa lain kerana ia mempunyai banyak getah. Selalunya isi keladi rebus akan  bertekstur agak 'fork-tender' atau berderai sedikit apabila masak dan ia sedap direbus ia akan mempunyai tekstur yang berkanji, agak lembu, dan biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama kelapa parut, gula atau sambal. Kelainan keladi rebus sebab ia tidak mania seperti keledek akan tetapi berikan rasa berlemak dan berkanji yang unik.
 

Kemungkinan kalangan pembaca blog ramai belum pernah ujirasa Makanan Rebusan Ubi Badak dimana makanan ini semakin jarang dapat dijumpai. Bagi penulis blog ada beberapa kali mekan rebus ubi badak lama dulu dimana ia didapatkan dari kawasan belukar di kampong. 
Ubi badak (Dioscorea alata) ialah sejenis tumbuhan berumbi yang hidup menjalar di dalam tanah. Selalunya ubi badak ini saiznya besar dan berat dengan mempunyai warna Isi sama ada berwarna ungu terang, putih atau kekuningan dari tabiat pokok jenis memanjat atau menjalar pada sokongan atau pokok lain. Ubinya akan di ambil dan di masak sama ada ia direbus yang boleh dimakan begitu sahaja selepas direbus bersama sedikit garam atau ada yang menjadikan sebagai Pengat atau Kuih yang sering ianya dipotong dadu dan dimasak menjadi pengat bersantan atau kuih-muih tradisional. Mempunyai rasa dan bertekstur empuk, berkanji dan sedikit manis. Cara merebus ubi badak dengan diambil ubi badak dan di bersihkan kulitnya dan dikupas kulit, dipotong dan direbus di dalam air bersama sedikit garam sehingga empuk. Ia mempunyai isi berwarna putih atau ungu, bertekstur agak lembit atau kenyal dan sering dimakan begitu saja atau dicicah. Cara hidangan tradisional dimana selepas direbus dengan garam lalu dimakan bersama kelapa parut atau dicicah gula atau ia boleh di makan bersama santan atau dibuat pengat (bubur manis) atau ia juga sesuai dimakan panas-panas ketika santai bersama kopi atau teh panas.  Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
UBI REBUS ...MAKANAN TEMPATAN...

BANYAK RESEPI...DIBUAT SARAPAN...
BANYAK KHASIAT...RAMAI YANG SUKA...
BACA ARTIKEL...DAH DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Safar 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.