dimana pokok jenis ubi badak merupakan jenis pokok menjalar dan memerlukan kayu atau sokongan untuk ianya memanjat. Dalam keadaan mayang ia mempnyai saiz ubi di dalam tanah agak besar dan berat dan ada juga buah kecil (kentang udara) yang tumbuh di atas batang pokok akan tetapi ia tidak boleh dimakan dan hanya guna untuk benih sahaja. Di Malaysia ada laporan di mana ubi badak ini ia di gunakan dalam masakan sama ada ia sedap direbus dan dimakan begitu sahaja dengan kelapa parut atau di jadikan makanan resepi lain seperti di masak sebagai Makanan Pengat atau Kuih Tradisional iaitu dari ubi badak yang berwarna ungu. Berlainan pula dengan jenis ubi badak berwarna isi putih sedap dimasak lemak atau dibuat pengat yang lembut dan lemak. Bagi penulis blog dimana walau pun kurang popular sebenarnya ia merupakan jenis tanaman umbisi yang kurang dikomersilkan dibeberapa negara lain sebagai sumber makanan. Di laporkan iaitu jenis tanaman ubi badak dikenali secara komersil di peringkat antarabangsa sebagai 'Purple yam' atau 'Greater yam' atau 'Water Yam'. Dalam pada itu taburan dan ada pengeluaran komersil jenis ubi ini di Afrika Barat dan ia dikenali sebagai pusat pengeluaran ubi terbesar dunia bagi jenis 'Belt Yam' merangkumi negara Nigeria, Ghana dan Benin yang mana mereka menghasilkan jutaan tan metrik setahun sebagai makanan ruji penduduknya. Di Filipina pula dilaporkan iaitu ia ditanam varieti ubi badak ungu (ube) secara meluas untuk pasaran industri makanan global sebagai bahan pencuci mulut, aiskrim dan pastri. Sementara itu di Kawasan seperti Caribbean dan di Kepulauan Pasifik dimana ubi badak ini ia menjadi komoditi pertanian penting bagi pasaran tempatan dan eksport serantau. Dilaporkan dimana kegunaannya daam Industri Moden ia adalah sebagai bahan utama pembuatan pes manis ube halaya, ais krim, kek, dan minuman latte. Diproses menjadi tepung ubi dan kerepek bagi kepelbagaian produk kanji industri.
Artikel petang Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting Ubi Badak untuk bahan bacaan pembaca blog semua.
Menang tidak banyak makluma mengenai teknologi penanaman dan varieti tentang Ubi Badak atau 'Ubi Uwi' yang dapat di ketahui di Malaysia malahan Jabatan Pertanian Malaysia pun agak kekurangan bahan rujukan tumbuhan ini. Bagaimana pun di Malaysia ada terdapat Ubi Badak (Dioscorea alata) dimana ia secara umumnya dibahagikan kepada dua jenis utama berdasarkan warna isi umbinya di dalam tanah iaitu Jenis Ubi Badak Isi Putih atau dikenali sebagai 'Badak Nasi' dan Jenis Ubi Badak Isi Ungu atau nama lainnya sebagai 'Keluduk' dikalangan masyarakat tempatan. Bagi penulis blog sudah melihat dan ujirasa kedua-dua jenis ubi badak ini semasa bertugas lebih 38 tahun di Jabatan Pertanian Malaysia sebagai agronomist. Pertama adalah Jenis Ubi Badak Putih (Badak Nasi) dimana dilihat yang isi umbi berwarna cerah, warna putih atau warna putih kekuningan. Apa pun ia juga dikenali sebagai 'Ubi badak nasi' di sesetengah tempat dan mempunyai bentuk saiz yang besar serta rasa yang agak manis. Melihat akan kulitnya ia kasar dan isi dalam berwarna putih cerah dan bila di masak rasanya sedap, berlemak dan sedikit manis. Apa pun selalunya cara masak ubi jenis ini ia amat sesuai direbus begitu sahaja atau boleh dibuat pengat atau dimasak lemak dimasukkan kedalam gulai. Dalam buat tinjauan di laporkan yang harga ubi badak putih ia berkisar antara RM2.50 - RM6.00 sekilogram bergantung pada pasaran tempatan dan sama ada ia dijual mentah di pasar tani atau secara online. Kedua adalah Jenis Ubi Badak Ungu atau di panggil juga sebagai 'Keluduk' atau 'Purple Yam' atau 'Ube' yang mana ia isinya berwarna ungu terang atau ungu leylac (Sila lihat foto paling bawah sekali). Jenis ini di laporkan ia lebih manis, berlemak dan sangat popular dijadikan bahan kuih tradisional (seperti kuih koleh), kerepek, pengat, kek, serta perisa aiskrim. Dilaporkan di Malaysia dimana harga ubi badak ungu atau ubi uwi ungu lazimnya jika ada dijual segar di pasaran harganya sekitar RM5.50 - RM8.00 sekilogram (kg) dimana ia akan bergantung kepada lokasi pasar dan jenis gred umbi tersebut iaitu lebih mahal dari jenis ubi badak putih. Bagi harga anakbenih ubi badak ungu ada dijual dengan harga RM9.00 - RM15.00 seunit untuk menanamnya sendiri. Penulis blog kongsikan perbezaan Ubi Badak Ungu dan Keledek Ungu dimana ubi badak ungi isinya lebih padat, bertepung serta ia beraroma harum dan selalu ia dijadikan bahan kuih-muih tradisional atau ube halaya. Harganya sedikit lebih tinggi kerana agak sukar ditemui di pasar biasa. Bagi jenis Keledek Ungu dimana teksturnya lebih lembut dan berair dan ia biasa dijual meluas di pasar raya dan gerai sayur. Dilaporkan di negara jiran Indonesia ada beberapa jenis ubi badak atau ubi uwi yang di tanam dan di makan. Di antara jenis-jenis ubi uwi yang biasa dikenali termasuklah Jenis Uwi Wulung (yang mana isinya berwarna ungu pekat dan sering dijadikan bahan perisa atau kuih tempatan), Jenis Ubi Kelapa (yang kulit luar berakar kasar, isi berwarna putih, krem atau sedikit ungu cerah), Jenis Ubi Uwi Beras (isinya berwarna putih bersih dan kulitnya berwarna coklat), Jenis Ubi Uwi Ulo (ada bentuk umbi panjang dan melingkar seperti ular) dan Jenis Ubi Uwi Bangkulit (yang manaa ia mempunyai kulit kemerahan dengan isi umbi berwarna putih).
Penanaman ubi badak atau 'ubi uwi' mudah ditanam dengan menggunakan keratan ubi atau umbi kecil yang mana ia mempunyai mata tunas. Benih uwi ditanam sedalam 5 - 10 cm di dalam tanah gembur atau di atas batas berderet dengan jarak 1 meter antara lubang dipastikan ia dipasang memerlukan kayu sokongan atau jenis kayu junjung kerana sifat pokoknya yang memanjat (Sia lihat foto didebelah). langkah pertama kalu hendak menanam ubi badak adalah begaimana cara penyediaan anakbenih dan kerja penyediaan tanah. Penting dapatksn anakbenih ubi yang sihat drngsn mrnggunakan keratan umbi badak atau ubi uwi bersaiz kecil yang mempunyai mata tunas yang aktif dan bebas daripada ancaman penyakit. Di kebun dimana tanah mesti digemburkan dahulu atau boleh disediakan batas atau lubang tanaman dengan tanah yang gembur, kaya dengan bahan organik dan mempunyai saliran air yang baik supaya air tidak bertakung. Cara penanaman dengan gunakan anakbenih ubi yang dimasukkan benihnya ke dalam lubang sedalam 5 -10 cm dengan bahagian mata tunas menghadap ke atas. Periksa dan pastikan jarak tanaman sekitar 1 meter antara pokok agar laluan akar dan sulur tidak terlalu sesak. kemudian di pasang kayu junjung untuk tumbuhan ini memanjat keranaia adalah sejenis pokok menjalar (climber). Siram seleas menanam dan disiram berkala tetapi pastikan tanah tidak terlalu basah bagi mengelakkan ancaman kes umbi rosak atau busuk. Kerja merumput di buat kerap dengan membuang rumput atau rumpai di sekeliling pangkal secara berhati-hati supaya tidak merosakkan akar umbi yang sedang membesar. Tempoh matang bagi tanaman ubi badak atau ubi uwi ini ia biasanya boleh dituai selepas 6 - 9 bulan selepas di tanam iaitu apabila bahagian batang dan daun mula menguning serta kering. Ciri ubi ini matang bila dilihat pokoknya berbatang melilit dan mempunyai daun berbentuk hati dan kulit umbi berwarna perang atau coklat serta isi umbi ia mempunyai pelbagai variasi warna mengikut jenis dan cara simpan ubi uwi yang betul penting untuk pastikan ia tahan lama tidak bertunas dan tidak rosak. iaitu menyimpan Ubi Badak ini di tempat yang kering, sejuk dan gelap dengan mengalas bahagian bawah ubi dengan kotak kertas atau kadbod untuk elak cepat bertunas. Jauhkan daripada tempat yang basah atau lembap supaya tidak mudah busuk. Awas agar jangan simpan di dalam peti sejuk (kecuali jika telah dikupas dan dipotong untuk tujuan dibekukan). Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..

Di laporkan dimana penanaman dan pengeluaran Ubi Badak atau Ubi Uwi atau 'Greater Yam' atau (Dioscorea spp) yang terbesar di dunia didominasi oleh negara-negara di benua Afrika (menyumbang kira-kira 96% pengeluaran global) iaitu dengan Nigeria sebagai pengeluar nombor satu dunia serta ia diikuti oleh Ghana dan Ivory Coast (Sila lihat foto disebelah). FAOStat melaporkan dimana mengikut tTaburan pengeluar utama direkodkan bagi ubi badal atau greater yam adalah Negara Nigeria iaitu berkemampuan mengeluarkan melebihi 60 juta tan setahun dan ini ianya menyumbang hampir 70% jumlah keseluruhan dunia. Kedua ia di tanam meluas di negara Ghana sebagai negara kedua terbesar di dunia dalam pengeluaran ubi uwi (greater yam) dan ketiga yang luas menanamnya adlah negara Ivory Coast (Côte d'Ivoire) dan ia mengeksport dan pengeluar utama ubi ini yang ketiga terbesar dunia. Berlainan pula dengan kawasan Asia Tenggara dimana walaupun rantau ini (termasuk negara Indonesia dan Malaysia) adalah tempat asal usul botani ubi badak atau ubi uwi ini akan tetapi jumlah pengeluarannya kini lebih kepada skala kecil dilakukan oleh kalangan pekebun kecil tempatan berbanding dengan ia merupakan jenis pokok tanaman separa liar berbanding Afrika yang menjadikannya makanan ruji utama disana. Apa pun ubi uwi (atau ubi badak) ialah sejenis umbi berkanji yang pernah menjadi sumber makanan ruji atau makanan pokok masyarakat Nusantara dan Orang Asli pada zaman dahulu sebelum makanan nasi sudah menjadi pilihan utama. Ia adalah jenis tanaman memanjat berubi di dalam tanah yang mempunyai pelbagai varieti drprti bab diatas. Ia kaya dengan zat karbohidrat kompleks, serat, serta kanji rintang yang baik untuk kesihatan perut. Pokoknya sangat tahan lasak, mudah hidup di kawasan ekstrem atau kering, dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Kalau hendak di jadikan makanan dimana isinya boleh dimakan selepas direbus, dikukus, dibakar atau digoreng dan dimakan dengan begitu sahaja atau dengan lauk lain. Ada dilaporkan dimana di sesetengah tempat, ia juga dijadikan pes atau di lecek sebagai pengganti sumber tenaga utama ketika berlaku kekurangan bekalan makanan tempatan.
Penanaman ubi badak atau 'ubi uwi' mudah ditanam dengan menggunakan keratan ubi atau umbi kecil yang mana ia mempunyai mata tunas. Benih uwi ditanam sedalam 5 - 10 cm di dalam tanah gembur atau di atas batas berderet dengan jarak 1 meter antara lubang dipastikan ia dipasang memerlukan kayu sokongan atau jenis kayu junjung kerana sifat pokoknya yang memanjat (Sia lihat foto didebelah). langkah pertama kalu hendak menanam ubi badak adalah begaimana cara penyediaan anakbenih dan kerja penyediaan tanah. Penting dapatksn anakbenih ubi yang sihat drngsn mrnggunakan keratan umbi badak atau ubi uwi bersaiz kecil yang mempunyai mata tunas yang aktif dan bebas daripada ancaman penyakit. Di kebun dimana tanah mesti digemburkan dahulu atau boleh disediakan batas atau lubang tanaman dengan tanah yang gembur, kaya dengan bahan organik dan mempunyai saliran air yang baik supaya air tidak bertakung. Cara penanaman dengan gunakan anakbenih ubi yang dimasukkan benihnya ke dalam lubang sedalam 5 -10 cm dengan bahagian mata tunas menghadap ke atas. Periksa dan pastikan jarak tanaman sekitar 1 meter antara pokok agar laluan akar dan sulur tidak terlalu sesak. kemudian di pasang kayu junjung untuk tumbuhan ini memanjat keranaia adalah sejenis pokok menjalar (climber). Siram seleas menanam dan disiram berkala tetapi pastikan tanah tidak terlalu basah bagi mengelakkan ancaman kes umbi rosak atau busuk. Kerja merumput di buat kerap dengan membuang rumput atau rumpai di sekeliling pangkal secara berhati-hati supaya tidak merosakkan akar umbi yang sedang membesar. Tempoh matang bagi tanaman ubi badak atau ubi uwi ini ia biasanya boleh dituai selepas 6 - 9 bulan selepas di tanam iaitu apabila bahagian batang dan daun mula menguning serta kering. Ciri ubi ini matang bila dilihat pokoknya berbatang melilit dan mempunyai daun berbentuk hati dan kulit umbi berwarna perang atau coklat serta isi umbi ia mempunyai pelbagai variasi warna mengikut jenis dan cara simpan ubi uwi yang betul penting untuk pastikan ia tahan lama tidak bertunas dan tidak rosak. iaitu menyimpan Ubi Badak ini di tempat yang kering, sejuk dan gelap dengan mengalas bahagian bawah ubi dengan kotak kertas atau kadbod untuk elak cepat bertunas. Jauhkan daripada tempat yang basah atau lembap supaya tidak mudah busuk. Awas agar jangan simpan di dalam peti sejuk (kecuali jika telah dikupas dan dipotong untuk tujuan dibekukan). Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.