Tuesday, August 11, 2026

PEGAGA DAN FAKTA PENTING (PART 3)

TANAMAN PEGAGA (Centella asiatica Linn) merupakan satu jenis tanaman herba yang berkhasiat dan amat mudah untuk ditanam dikawasan keliling rumah atau ditanam dengan secara komersil. Pegaga amat terkenal diserata dunia dengan beberapa gelaran seperti Pennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu), Pegagan (Filipina), Buabok (Thai), Ching Chow Sui (Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India) adalah tumbuhan daripada Famili Umbelliferae. Sebagai pengenalan, saya dapati setelah membuat banyak rujukkan merupakan tanaman yang berasal atau natif dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar. Tumbuhan ini adalah sejenis herba menjalar yang biasanya dimakan sebagai ulam yang berkhasiat dimakan bersama nasi putih. Daun Pegaga ini memang ia terkenal di Malaysia dan Asia Tenggara dimana daunnya yang berwarna hijau dan selalunya ia berbentuk seakan kipas atau ginjal dilaporkan kaya dengan pelbagai khasiat perubatan tradisional termasuk membantu melancarkan peredaran darah dan menyokong kesihatan otak sesiapa yang rjun memakannya. Apa pun bagi penulis blog dimana tumbuhan ini adalah asalnya dari jenis tumbuhan yang tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan dengan air di persisiran sungai dan tali air. Kebanyakan jenis atau spesies pegaga lazimnya ia boleh tumbuh di kawasan terbuka. Namun begitu ada laporan menyatakan jika terdapat juga yang spesies pegaga yang memerlukan lindungan yang sederhana. Pegaga biasanya tumbuh menjalar di atas tanah dan selalunya akan mengeluarkan akar pada setiap ruas batang dan akan keluarkan stolon berakar da berdaun untuk membiak di kawasan sekelilingnya. Daunnya berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi daun bersifat licin atau bergerigi mengikut jenis atau varietinya. Bunganya dalam jambak 3 - 4 kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih berukuran di sekitar 3 mm dan ia akan kelihatan seperti biji cili. Harga pasaran bagi daun pegaga segar di Malaysia biasanya sekitar RM3.00 hingga RM5.00 untuk satu pek atau ikat (anggaran pek berat adalah sekitar 75g hingga 200g). Bagaimana pun untuk belian pukal di pasaran borong atau pasar raya dimana harganya sekitar RM45.00 sekilo dimana harga ulam daun egaga ini ia juga mungkin berbeza mengikut kawasan, kualiti dan premis jualan dimana kini mudah di beli secara online sahaja. Penulis membeli dari Shopee dua polibeg rumpun pegaga dengan harga RM38 untuk di tanam di rumah dan kini sudah menjadi 7 pasu yang subur. Artikel pada subuh Selasa ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting ulam pegaga untuk di baca dan dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Dilaporkan dimana ada terdapat pelbagai jenis resepi yang menggunakan pegaga terutamanya dalam masakan tradisional masyarakat Melayu di Malaysia sama ada ia di buat sendiri di rumah atau hidangan yang dikomersilkan di restoren. Belum ada angka rasmi akan anggaran jumlah resepi sebab ada puluhan variasi makanan dari ulam pegaga yang merangkumi hidangan mentah, dimasak dan minuman. Bagi penulis blog sudah banyak jenis respi atau hidangan daripada daun pegaga dan bahagian lain hidangan pegaga yang popular dan cara penyediaannya sudah pun di ujirasa dimana paling disukai adalah resepi Kerabu dan Urap Daun Pegaga (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog akan paparkan beberapa resepi dari tanaman Pegaga yang paling popular daripada pengalaman dan testimoni rakan-rakan peminat makanan ulaman untuk di kongsikan. Antaranya adalah memakan Ulam Pegaga (Makan Mentah) dimana daun dan batang pegaga dibersihkan, dicelur sekejap atau dimakan terus (mentah) bersama cicah sambal belacan, budu atau cencaluk. Ada juga resepi Kerabu Pegaga dimana daun dan batang pegaga yang dihiris halus digaulkan bersama hirisan bawang merah, cili, kerisik, jus limau nipis, sedikit garam dan gula serta ia juga boleh juga dicampur isi kerang atau ikan rebus. Ada yang penulis blog suka iaitu resepi Urap Pegaga dimana pegaga dicampur dengan kelapa parut yang telah disangai bersama bawang merah, bawang putih, cili dan ikan bilis enak di makan dengan nasi putih dan lauk lain. Paling win pula adalah resepi Minumann Jus Pegaga dimana daun dan batang pegaga dikisar bersama sedikit air dan ia kemudian ditapis. Minuman jus ini ia boleh dicampur dengan sedikit madu, gula, atau hirisan epal hijau untuk mengurangkan rasa 'hijau' atau pahit. Kemudian tidak kurang juga keenakan akan  Resepi Masak Lemak Pegaga dimana sama dengan cara masak seperti sayur lemak lain iaitu ia menggunakan santan kelapa, kunyit hidup, serai dan ikan bilis atau udang yang dimakan dengan nasoi putih dan laun pauk lain. Ada juga makanan terbaru yang penulis blog suka iaitu Resepi Kerepek Daun Pegaga yang memang enak dan dijadikan snek makanan ringan yang enak.


Cara memakan Ulaman Pegaga 
dimana daun dan batang pegaga dibersihkan atau boleh dicelur sekejap atau dimakan terus (mentah) bersama cicah sambal belacan, budu atau cencaluk. Apa pun penting agar ulam pegaga mentah dibersihkan dulu dengan cara mencucinya bersih dan paling popular ia di hidangkan atau mencicahnya bersama sambal belacan dimanan dengan nasi putih. Selalunya cara untuk makan mentah perlu memilih daun pegaga yang berwarna hijau cerah atau pekat, segar, rangup dan tidak berlubang. Perlu mengelakkan daun yang kekuningan, layu atau lembik atau sudah di petik lama dan disimpan. Pegaga yang elok mempunyai rasa yang sedikit berangin, segar dan berbau herba serta ada rasa semulajadi yang dirasakan. Antara ciri-ciri fizikal dan organoleptik pegaga mentah dimana daunnya berbentuk seakan kipas, tapak tangan atau buah pinggang serta pada bahagian tepi daunnya beralun atau bergerigi. Ia mempunyai daun berwarna hijau terang, licin dan sedikit berkilat dimana teksturnya rangup apabila dikunyah segar. Ciri pada batangnya halus, lembut, menjalar di atas tanah dan mempunyai tangkai daun yang panjang serta selalu mempunyai rasa herba yang agak pahit tetapi beraroma segar. Cara memilih dan menyediakan ulan daun pegaga mentah denga memilih daun yang bersaiz sederhana atau pegaga jenis besar (Pegaga Cina atau jenis Australia) dan jangan ambil daun yang terlalu tua kerana rasanya mungkin lebih pahit. Cara membasuhnya dengan merendam pegaga di dalam air yang dilarutkan sedikit garam atau cuka selama 10 minit. Kemudian perlu di bilas dengan air bersih untuk membuang kotoran atau sisa tanah yang ada. Bagi penulis blog memakan daun pegaga cicah sambal belacan adalah hidangan ulam tradisional Melayu yang sangat popular sebab rasa kelat atau pahit pegaga yang digabungkan dengan pedas dan masin sambal belacan sangat akan dapat membangkitkan selera. Cara buat sambal belacan yang ringkas menggunakan bahan 3 biji cili merah, 10 biji cili padi (mengikut tahap kepedasan), 1 inci belacan (dibakar sedikit), garam kasar dan sedikit gula serta 1-2 biji perahan limau kasturi untuk rasa masam yang segar. Perlu ditumbuk bahan kesemuanya di dalam lesung batu sehingga lumat, kemudian perahkan limau kasturi dan siap dinikmati dengan nasi putih.
 

Resepi Urap Pegaga adalah sejenis hidangan tradisional yang menyegarkan dimana kuliner ini ia bagi penulis blog ia berjaya menggabungkan daun pegaga segar dengan kelapa parut dan rempah-rempah yang ditumbuk. Rasanya iaitu ada rasa berlemak, pedas dan masin dimana rasa ini ianya sangat sesuai dijadikan ulam. Penulis blog selalu ada membuatnya sendiri dirumah dan ada pernah membelinya di pasar malam atau bazaar ramadan untuk di nikmati. Bagi membuat urap pegaga di rumah perlu disediakan bahan iaitu 200 gram pegaga, 1 cawan kelapa parut putih, 1 genggam ikan bilis, garam dan gula secukup rasa (kuantiti boleh di sesuaikan untuk hidangan berapa ramai). Bagi bahan untu bahan tumbuk disediakan 5 biji bawang merah kecil, 1 ulas bawang putih, 2 inci isi cekur, 3 hirisan nipis kunyit hidup, 1/2 inci belacan yang perlu dibakar, 1 biji cili merah yang dibuang biji, 1 camca besar udang kering dan ia di rendam dalam air panas sekejap dan toskan sebelum dii gaulkan. Cara membuatnya dengan daun dan batang pegaga dicuci bersih dan toskan sampai kering. Kemudian diasingkan akarnya dan pegaga dipotong pendek. Ikan bilis dibersihkan dan ia kemudian di rendam 5 minit dalam air dan kemudian ditoskan dan perah hingga kering. Kemudian goreng ikan bilis ini digoreng sehingga garing, angkat dan ia perlu kuga di toskan serta di ketepikan. Seterusnya adalah menggaulkan kesemua bahan-bahan tumbuk halus dengan kelapa parut hingga rata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan ia kemudian boleh dimasukkan daun pegaga yang telah dipotong kecil. Gaul rata dan kemudian dimasukkan ke dalam kuali untuk digoreng tanpa minyak selama 1 - 2 minit sahaja dan boleh dimatikan api. Setelah itu i di alihkan kedalam bekas hidangan yang sesuai dan ditabur dengan ikan bilis goreng sebelum dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan. Enak di makan dengan nasi putih dan lauk pauk lain terutama uuntuk makan tengahari. Dalam membuat tinjauan dimana a
nggaran harga Urap Pegaga yang dijual sebagai hidangan siap dimakan di gera atau direstoran adalah sekitar RM2 hingga RM5 sebekas bergantung kepada saiz hidangan dan lokasi. Artikel ini ditulis didalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!...
TANAM PEGAGA ... MUDAH SAHAJA...
ULAM BERKHASIAT...MURAH PULA...
BEBERAPA JENIS...PILIH YANG MANA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 Muharam 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.