Wednesday, August 26, 2026

MEE UDANG DAN FAKTANYA

MEE UDANG (Prawn Mee)
a
dalah sejenis hidangan makanan berasaskan mee yang popular di Malaysia dimana ia akan menampilkan mi kuning dalam kuah pekat berasa udang yang manis dan sedikit pedas selalunya ia akan dihidangkan bersama jenis udang segar. Mee Udang dimasak dalam pelbagai resepi tetapi asasnya ia mempunyai Kuah yang pekat, berwarna kemerahan dan dimasak menggunakan kisaran cili kering, bawang serta isi atau kepala udang segar untuk memberikan rasa manis semula jadi. Lazimnya bahan utama makanan unik ini adalah mee kuning yang dicelur, tauhu goreng, taugeh, sawi dan jenis udang segar air masin atau aiau air payau atau jennis udang galah yang bersaiz besar dan segar. Kemudian ia di hidangkan dengan dihias bersama taburan daun sup, bawang goreng dan dihidangkan bersama limau kasturi (pilihan). Apa pun beberapa cerita tentang asalusul mee udang ini kurang jelas sebab ia sudah di popularkan sejak lama dulu di Malaysia dimana diantara tempat yang sangat terkenal dengan Mee Udang sedap di Malaysia ialah Kuala Sepetang di Perak dan Pulau Pinang (seperti di Balik Pulau atau Sungai Dua) dan banyak kampong nelayan lain di seluruh Malaysia. Apa pun mee udang adalah hidangan mi kuning basah dengan kuah pekat berasa manis dan manis udang, dihidangkan bersama udang segar. Ada kisah dimana asalusul makanan ini resipi asasnya bermula daripada pengaruh masakan kaum Cina di Tanah Melayu iaitu khususnya daripada tradisi mee gaya Hokkien yang mana ia menggunakan kepala dan kulit udang untuk membuat stok sup. Ia pernah berkembang sejak tahun 1970-an dan 1980-an di Perak dimana hidangan ini menjadi sangat terkenal dan terus berkembang. Kemudian kalangan penduduk tempatan  menyesuaikan resipi asal dengan menggabungkan hasil tangkapan udang laut atau udang sungai segar serta ramuan rempah ratus Melayu untuk menghasilkan kuah yang pekat, pedas-pedas sedikit dan hiasan yang memikat. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengeni Mee Udang sebagai bahan bacaan dan rujukkan semua.


Dalam beberapa rujukkan dilaporkan dimama Jenis Mee Udang di Malaysia terbahagi kepada beberapa jenis utama mengikut cara masakan, asal usul tempatan dan jenis udang yang akan digunakan. Bagaimana pun asasnya mee ini memang ia disediakan dan dimasak sebelum dihidangkan kepada pelanggan yang menunggu terutama di premis mee udang yang viral. Penulis blog paparkan beberapa jenis Mee Udang Utama di Malaysia. Pertama adalah Jenis Mee Udang Kuah Tomato atau ia adalah gaya Mee Udang Melayu atau Resepi Mee Udang Pantai Barat dimana cirinya ia jenis paling popular di kawasan seperti Kuala Sepetang (Perak), Pulau Pinang dan juga di Selangor. Masakan ini menggunakan kuah yang ia berwarna kemerahan dan pekat dimana ia dihasilkan daripada stok kepala udang yang dicampur puri tomato, sos tomato, dan cili. Rasanya masam-masam manis dan pedas sedikit serta enak di makan sebaik sahaja di masak (kalau sudah sejuk kurang sedap). Kedua ada Jenis Mee Udang  Penang Hokkien Mee atau di kenali juga sebagai 'Mee Udang Utara' atau jenis 'Mee Udang Gaya Cina' dimana cirinya ia adalah mempunyai jenis kuah iaitu sup rebusan tulang babi *tidak halal) atau ayam bersama kulit dan kepala udang yang akan dihidangkan bersama sambal tumis berasingan. Selalu ia ada warnanya lebih jernih kemerahan dan rasanya sangat umami. Ketiga ada Jenis Mee Udang Sang Har Mee atau Jenis Mee Udang Galah Cantonese dimana ia lebih popular di Kuala Lumpur dan juga disekitar Lembah Klang. Jenis ini ia mempunyai jenis kuah yang menggunakan udang galah besar. Henis Mee ia biasanya yee mee atau mee kuning yang akan digoreng garing sebelum disiram dengan kuah berkanji (pekat) telur yang beraroma halia dan lemak manis. Keempat adalah kegemaran penulis blog iaitu Jenis Mee Udang Galah atau ada yang masih gunakan jenis Udang Laut Istimewa. Cirinya dimana ia adajan varian moden atau viral di gerai tepi jalan diseluruh Malaysia tetapi lebih viral di Sarawak, Perak, Selangor dan Johor dengan mana jenis ini ia dinaik taraf hidangan dengan menonjolkan saiz udang galah atau udang laut segar bersaiz besar dalam satu mangkuk yang enak dimakan semasa panas-panas lagi.


Resepi membuat Mee Udang ada banyak pilihan dimana ada jenis hidangan dari mee berkuah merah yang manis dengan rasa udang asli, dimakan bersama mi kuning dan udang segar. Kalau hendak masak endiri dirumah di sediakan bahan-bahan utama tersiri daripada Mee Kuning (dicelur), Udang segar, Ubi keledek (direbus dan dilenyek atau dikisar untuk memekatkan kuah), cili kisar, bawang merah dan bawang putih, sos cili dan sos tiram sementara disediakan bahan hiasan terdiri dari taugeh, sawi, daun sup, bawang goreng dan limau kasturi. Cara memasak dengan mengisar bahan ramuan seperti bawang, cili kering, dan sedikit isi atau kepala udang perlu dikisar halus. Kisar juga ubi keledek yang telah direbus. Dalam kuali dipanaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. Untuk membuat kuah dimasukkan air rebusan kepala udang bersama bahan kisar tadi dan barulah di masukkan keledek kisar untuk pekatkan kuah. Bagi menambahkan perasa kena tambah sos cili, sos tiram, garam, dan gula secukup rasa dan di masak sehingga ia mendidih. Kemudian dimasukkan udang segar dan masak seketika supaya udang tidak terlalu liat. Matikan apu dan untuk menghidang diletakkan mee kuning dalam mangkuk dan kemudian di tuang kuah panas dan dihisakan dengan  tabur bahan hiasan sehingga lengkap. Bagaimana pun bagi jenis Mee Bandung Udang Galah ia dimasak dengan ramuan bahan rempah mee bandung dan di gunakan jenis udang galah saiz Jumbo untuk di nikmati juga dengan harga premium. 


Ramai para peminat akan makan mee udang yang khasiatnya ia membekalkan sumber protein yang tinggi, pelbagai vitamin, dan mineral penting daripada udang, tetapi ia juga perlu diambil secara sederhana kerana kuahnya mungkin tinggi kandungan garam atau minyak. Khasiat penting Udang dalam Mee Udang adalau ia menjadi sumber Protein Berkualiti yang akan membantu membina, membaiki dan menjaga kesihatan otot. Udang sangat kaya dengan Selenium yang boleh bertindak sebagai antioksidan yang mengurangkan masaalah keradangan dan menjaga kesihatan sel serta ada vitamin B-12 dan Niasin yang akan membantu tubuh menghasilkan tenaga dan sel darah merah yang sihat. Apa pun kandungan Asid Lemak Omega-3 akan menyokong kesihatan jantung dan fungsi otak. Apa pun ada beberapa perkara yang perlu diingati iaitu ada potensi kandungan Garam (Natrium) dalam kuah mee udang selalunya masin dan tinggi natrium diman aboleh di elakkan daripada menghirup terlalu banyak kuah jika ingin menjaga tekanan darah. Dalam pada itu ancaman kolesterol dari udang perlu di awasi sebab udang tinggi kolesterol dan juga bahan rendah lemak tepu, namun pengambilan secara berlebihan tetap tidak dianjurkan bagi individu yang mana ada mempunyai masalah kesihatan tertentu. Ancaman utama makan mee udang biasanya sekadar gurauan kerana ia sangat sedap akan tetapi terdapat juga risiko kesihatan dan kebersihan yang perlu anda ambil tahu. Selalunya ada kiasan 'Makan Tak Cukup Sepinggan' disbeabkan rasa yang sedap sehingga menambah pesanan. Perlu juga awas dengan ancaman isu k
ebersihan premis terutama jik makan di kawasan tepi laut atau di gerai yang ada dan perlu memilih gerai yang bersih untuk mengelakkan risiko makanan tercemar atau kotor.  Ada juga ancaman dari memakan Udang Yang Busuk dimana ini akan mengancam seperti sakit perut dan keracunan pula. 


Menarik juga menbuat analisa akan harga sepinggan mee udang biasanya bermula dari RM6.00 hingga RM25.00 sepinggan dimana ia akan ditentukan mengikut saiz udang, porsi, jenis udang (udang galah jumbo ia lebih mahal) dan lokasi kedai. Apa pun penulis bog sudah banyak kali ujirasa makanan mee udang dari Perlis sehingga Ke Sabah dimana mereka ada menyediakan jenis mee udang yang berlainan rasa dan harga. Beberapa kali ke Kuala Sepetang, Perak dan Ke Miri di Sarawak dan di Tawau, Sabah untuk ijirasa makanan mee udang dengan beza yang unik. Ada beberpap kedai makan yang menjual sekitar harga Mee Udang Basa jika makan di Gerai Mampu Milik iaitu sekitar harga RM6.00 - RM10.00 sepinggan. Ada pula ia ikut kualiti dan jenis udang di gunakan dimana bagi Mee Udang Standard (Udang Sederhana/Besar) ia di jual dengan harga sekitar RM12.00 - RM15.00 sepinggan. Selain itu ada pula jenis Mee Udang Premium dengan gunakan jenis Udang Galah Besar atau Udang Istimewa yang dijual dengan harga premisum sekitar RM20.00 - RM25.00 ke atas sepinggan. Asasnya adalah dimana Mee Udang viral di Malaysia ialah hidangan mi kuning dengan udang segar atau udang galah bersaiz besar yang dihidangkan dalam kuah pekat berempah yang manis, masam dan pedas. Selalunya bagi Mee Udang dengan gunakan Udang Segar sama ada dari jenis udang laut atau udang galah saiz besar yang banyak dan segar akan menentukan harga sebenar. Aspek jenis kuah juga akan menentukan kualiti dan rasa dimana jika kuah pekat ia akan dilihat berwarna kemerahan berasaskan pes udang, cili dan rempah ratus. Dalam pada itu jika 'Aada Rasa Unik' iaitu jika ada gabungan rasa manis semula jadi daripada udang dan rasa pedas yang membangkitkan selera. Penulis blog dapati di Malaysia lokasi Mee Udany yang popular dan viral adalah seperti Mee Udang Kuala Sepetang (Perak) dimana disini ia adalah lokasi asal yang sangat terkenal dengan jenama khas iaitu 'Mee Udang Mak Jah'. Di Pulau Pinang pula ada lokasi seperti jenama Pak Tam Mee Udang dan gerai di sekitar Batu Kawan sementara di Selangor pula ada jenis Mee Udang Banjir di Tanjung Karang, Kuala Selangor (Sila lihat foto paling bawah sekali). 
Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!.
MAKAN MEE UDANG...ADA DI MANA SAHAJA...
ADA UDANG LAUT...UDANG GALAH JUGA...
UDANG SEGAR..  ADALAH SYARATNYA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.