RUMPAI (Weeds) merupakan spesies tumbuhan renek sama ada ia rendah atau tinggi dan sama ada ia tumbuh menegak, melata mahupun yang menjalar bebas dan muncul di tempat-tempat yang tidak dimaksudkan untuknya. Rumpai pada penulis blog bukanlah tanaman yang sengaja ditanam tetapi muncul secara sendiri atau dibawa oleh pelbagai vektor (pembawa) tanpa disedari dimana ia menganggu petani. Semasa belajar di universiti dahulu, subjek rumpai menjadi salah satuu subjek kegemaran penulis blog kerana ia melibatkan banyak aktiviti mengutip banyak jenis rumpai untuk dijadikan koleksi. Umumnya rumpai boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu RUMPAI PEROSAK, RUMPAI BERSIFAT NEUTERAL dan RUMPAI BERGUNA. Namun biasanya kualiti sifat-sifat rumpai ini akan berubah mengikut keadaan tertentu. Kesan pertumbuhan rumpai menganggu pertumbuhan tanaman kerana ia bersaing dengan tanaman dari segi sumber makanan, ruang tumbuh, persaingan cahaya matahari dan paling tidak baik kerana ia boleh menjadi perumah kepada patogen yang menyebabkan serangan perosak dan penyakit. Jenis rumput yang utama dan paling biasa di Malaysia ialah seperti Jenis Rumput Lembu (cow grass), Jenis Rumput Filipina (Philippine grass) dan Jenis Rumput Bermuda. Apa pun jenis Rumput Lembu (Cow Grass) dengan nama botaninya adalah sebagai Axonopus compressus adalah berharga paling murah, tahan lasak dan mudah dijaga dimana ia ada rumbuh dan sesuai untuk tepi jalan, lereng bukit dan padang terbuka. Kedua Jenis Rumput Filipina (Philippine Grass) dengan nama botaninya Zoysia matrella adalah jenis rumput yang berdaun halus, rapat dan cantik berbentuk seperti karpet hijau dimana jenis ini ia sesuai untuk laman rumah dan juga di kawasan landskap yang mendapat cahaya matahari penuh. Ketiga adalah Jenis Rumput Bermuda (Cynodon dactylon) iaitu jenis rumut yang tahan panas dan lasak dan ia sering digunakan di padang bola sepak dan padang golf. Keempat ada jenis rumput iaitu Jenis Lalang (Imperata cylindrica) yang ramai kenal merupakan sejenis rumput liar berdaun tajam yang dianggap sebagai rumpai di kawasan terbuka atau terbiar. Diladang kawasan tanaman kelapa sawit (Elaies guineensis) yang dikatakan lasak pun akan terencat pertumbuhannya jika banyak rumpai tumbuh disekelilingnya apa lagi kalau ada selaput tunggul yang melilitnya. Paling teruk dimana jika ada jenis rumpai yang agresif dan invasif dimana ia juga mampu menghalang pertumbuhan tanaman serta ianya sukar dikawal seperti rumput israel, rumput miang mexico dan beberapa lagi. Memang semua orang sama ada sebagai orang awam, pegawai, penduduk perumahan awam, pengusaha pertanian dan jurutera perlu mengenali dan juga mengetahui ilmu mengenai rumpai. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai jenis rumput atau rumpai yang popular di Malaysia perlu dijadikan bahan bacaan semua.
Jenis Rumput Bermuda (Cynodon dactylon) adalah sejenis rumput hiasan dan padang yang popular di Malaysia sebab ia memang jenis yang sangat tahan lasak dan selalunya ia akan subur di kawasan panas. Dilaporkan jeni rumput ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Jenis Common Bermuda dan Jenis Bermuda Hibrid. Pertama iaitu Jenis Common Bermuda ialah rumput hiasan dan padang, dicitakan oleh Cynodon dactylon, boleh dibiakkan melalui biji benih dimana ia mempunyai warna hijau muda serta tekstur daun sederhana kasar. Jenis ini ia juga dikenali juga sebagai 'Rumput minit' atau 'Rumput kawat' berdasarkan kepada penciriannya. Cara pembiakannya dimana ia mudah ditanam menggunakan biji benih (berbeza dengan jenis hibrid yang steril). Paling hebat sebab ciri ketahanan dimana ia adalah jenis sangat tahan panas, kemarau dan dari ancaman pijakan kaki yang kerap. Pertumbuhan rumput jenis ini ia membiak secara agresif melalui batangnya yang akan merayap atas tanah melalui 'stolon' dan struktur rizom yang akan menjalar didalam tanah. Ia sesuai di tanam dikawasan lapang, sisi jalan, padang amatur dan sesuai di halaman rumah. Ia juga memang jenis yang memerlukan cahaya matahari penuh dan tidak membiak dengan baik di tempat teduh. Paling perlu di lakukan adalah ia perlu kerap dipotong dan dibaja kerana sifat tumbuhannya yang cepat merebak di lokasi. Kedua adalah Jenis Rumput Hibrid Bermuda iaitu sejenis rumput tiruan atau kacukan khas yang tahan lasak, halus dan cepat pulih dimana ia sering dipakai di padang bola dan padang golf. Contoh jenis utamanya ialah Tifway 419, Tifdwarf, dan Greenlees Park. Ciri penting jenis ini sebagai jenis yang tahan lasak dan ia sesuai untuk kawasan yang kerap dipijak atau aktiviti sukan berat. Cara pembiakannya ia tidak mampu untuk menghasilkan benih subur dimana ia ditanam melalui keratan atau kepingan rumput (sod/sprigs). Mempunyai tekstur daun lebih halus dan rapat berbanding dengan jenis rumput Bermuda biasa. Antara varieti popular adalah varieti Tifway 419 sebagai salah satu pilihan utama untuk padang bola sepak dan gelanggang di Malaysia kerana cepat pulih sendiri daripada rosak. Varieti kedua adalah varieti Tifdwarf dimana dilihat yang pada permukaan sangat halus serta ia kerap digunakan di kawasan putting green padang golf. Ketiga ada Varieti Greenlees Park iaitu ia adalah kultivar popular untuk landskap dan padang di rantau ini. Kesemuanya adalah jenis yang tahan lasak dan sesuai untuk kawasan yang kerap dipijak atau padang permainan. Jenis ini memang suka cahaya matahari penuh dan tidak boleh hidup subur di tempat teduh. Ia juga memang cepat tumbuh semula jika rosak.
JENIS RUMPUT LALANG (Imperica cylindrica) ialah sejenis tumbuhan popular tumbuh liar di Malaysia iaitu daripada keluarga rumput yang mempunyai nama saintifik Imperata cylindrica, juga dikenali sebagai alang-alang atau cogongrass. Ia adalah sejenis tumbuhan yang diketegorikan sebagai Rumpai di kalangan pekebun dan pertanian. Lalang dari keluarga Poaceae mempunyai rizom yang cepat membiak dan terdapat di Asia, India, Micronesia, Australia dan Negara-negara Afrika. Lalang juga dipanggil sebagai Congograss atau Kunai Grass yang tumbuh dengan ketinggian 0.6 - 3.0 meter. Lalang mampu tumbuh di mana ada tanah, cahaya matahari dan air serta cepat membiak dan merupakan satu masalah kepada petani. Artikel ini saya tulis menceritakan perkara berkaitan tumbuhan lalang berdasarkan pengalaman penulis sebagai pegawai pertanian hampir 30 tahun. Penulis blog yang puluhan tahun terlibat sektor pertanian mendapati dimana lalang mudah membiak terutama dikawasan lapang di Malaysia dengan mudah melalui bunga lalang (Lihat foto sebelah) yang diterbangkan oleh angin. Bunga lalang yang berwarna putih serta ringan apabila matang akan gugur dari tangkainya dan diterbangkan angin beberapa kilometer sehingga jatuh ketanah. Apabila keadaan sesuai benih lalang tumbuh secara rumpun dan akarnya mempunyai rizom yang cepat membiak. Rizom atau akar lalang ini mampu membiak dalam tanah terutama dalam keadaan tanah lembut selepas hujan. Sebenarnya lalang mampu tumbuh diatas pelbagai jenis tanah di Malaysia seperti tanah Gambut, Tanah Bris, Tanah Liat apa lagi tanah mineral yang subur. Walau pun kawasan lalang telah terbakar setiap kali pada musim kemarau, namun rizom akar lalang dalam tanah akan terus tumbuh dengan lebih subur apabila tiba waktu hujan. Akar atau rizom lalang terletak dalam tanah yang sukar untuk di musnahkan. Akar lalang jika di gigit akan mengeluarkan rasa manis.
Jenis Rumput Mutiara (Pearl Grass) dengan nama botaninya sebagai Hedyotis corymbosa Lamk adalah jenis rumput yang popular di Malaysia dalam kategori rumput pilihan. Ia mempunyai bentuk daun lebih cerah, cantik dan tahan kawasan separa teduh (bawah pokok). Jenis ini ia sesuai untuk laman rumah kecil yang kemas. Ia merupakan sejenis rumput liar daripada keluarga Rubiaceae yang mudah kita jumpa dimana-mana. Rumput mutiara ini juga mempunyai persamaan dengan nama Oldenlandia corymbosa. Saya cuba mengaitkan ciri-ciri rumput ini dengan perkataan 'mutiara' atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Pearl Grass' dimana ia mungkin dari segi bentuk daunnya yang mempunyai bentuk seperti mutiara. Rumput ini mempunyai ciri tumbuh menegak atau condong dengan ketinggian sekitar 15 - 50 cm. Ia amat suka tumbuh dikawasan yang agak lembab dengan sinaran matahari yang mencukupi. Kita mudah menjumpai rumput ini ditepi jalan, ditepi pagar sekolah/pejabat, dikawasan padang dan banyak lokasi lagi. Tumbuhan ini memang mempunyai banyak cabang dengan tumbuh merimbun dikawasan tanah subur (Lihat foto sebelah). Ia lazimnya tumbuh bersendirian dengan batang sedikit dikawasan tanah kurang subur atau agak kering sedikit. Bentuk batangnya adalah bersegi dengan ruas agak pendek dan berwarna hijau kecoklatan sehingga kelabu. Daunnya bersaiz kecil sekitar 2-5 cm panjang berwarna hijau pucat dan mempunyai susunan bersilang. Jika diteliti, daun meruncing dihujung dengan adanya sehelai rambut yang pendek saiz dihujungnya. Dibahagian sepanjang tepi daun juga terdapat seakan sisik-sisik kecil dan tangkai daun adalah pendek. Bagi penulis blog dimana rumput mutiara (nama saintifik sebagai Oldenlandia corymbosa adalah sejenis rumput liar yang banyak digunakan dalam kaedah perubatan tradisional kerana sifat antioksidan, anti-radang, dan khasiat lain yang membantu melancarkan pencernaan dan dapat juga menguatkan imuniti. Tumbuhan ini tumbuh subur di kawasan tropika dan subtropika yang lembap seperti di pinggir selokan atau sungai, serta mengandungi senyawa bioaktif seperti fenol, saponin, tanin, flavonoid, dan terpenoid. Di antara beberapa ciri dan kelebihan rumput ini adalah pertama ia bersifat Antioksidan dimana ia dilaporkan mengandungi pelbagai antioksidan yang membantu melawan radikal bebas serta ia mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes dan kanser dan juga mampu melambatkan penuaan sel badan. Rumput ini khasiat kedua adalah sebagai bahan Anti-radang dengan cara membantu mengurangkan keradangan dalam badan dan menjaga kesihatan hati. Ketiga dimana ia akan meningkatkan Imuniti secara membantu menguatkan sistem imuniti badan untuk melawan jangkitan bakteria dan virus. Khasiat lain adalah termasuk dapat membantu didalam cara mengurangkan masalah pencernaan dan menyokong kesihatan otak. Kajian makmal melaporkan jika diantara zat aktif dalam jenis rumput mutiara adalah mengandungi sejenis zat unik seperti bahan iaitu Asid ursolate dan Asid oleanolate yang berpotensi mencegah dalam perkembangan sel kanser. Kegunaan Tradisional dimana rumput mutiara ini ada yang digunakan sebagai sejenis ubat tradisional di negara-negara seperti China dan India untuk merawat demam. Dijadikan juga sebagai bahan makanan iaitu pada dunnya yang kaya dengan vitamin C dan boleh dimasak bersama sayuran lain. Ciri rumput ini dimana ia boleh tumbuh dengan baik di tanah yang lembap dan boleh ditemui di pinggir tebingan sungai. Perlu awas jika penggunaan rumput mutiara perlu berhati-hati terutamanya bagi wanita hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayinya serta individu yang mengambil ubat-ubatan sebab dilaporkan memang ada kesan ke atas komplikasi ubat yang belum terbukti sepenuhnya. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang mana sebaiknya di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.