Sunday, July 26, 2026

JENIS-JENIS RUMPUT POPULAR SI MALAYSIA (PART !)

RUMPAI (Weeds)
merupakan spesies tumbuhan renek sama ada ia rendah atau tinggi dan sama ada ia tumbuh menegak, melata mahupun yang menjalar bebas dan muncul di tempat-tempat yang tidak dimaksudkan untuknya. Rumpai pada penulis blog bukanlah tanaman yang sengaja ditanam tetapi muncul secara sendiri atau dibawa oleh pelbagai vektor (pembawa) tanpa disedari dimana ia menganggu petani. Semasa belajar di universiti dahulu, subjek rumpai menjadi salah satuu subjek kegemaran penulis blog kerana ia melibatkan banyak aktiviti mengutip banyak jenis rumpai untuk dijadikan koleksi. Umumnya rumpai boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu RUMPAI PEROSAK, RUMPAI BERSIFAT NEUTERAL dan RUMPAI BERGUNA. Namun biasanya kualiti sifat-sifat rumpai ini akan berubah mengikut keadaan tertentu. Kesan pertumbuhan rumpai menganggu pertumbuhan tanaman kerana ia bersaing dengan tanaman dari segi sumber makanan, ruang tumbuh, persaingan cahaya matahari dan paling tidak baik kerana ia boleh menjadi perumah kepada patogen yang menyebabkan serangan perosak dan penyakit.  Jenis rumput yang utama dan paling biasa di Malaysia ialah seperti Jenis Rumput Lembu (cow grass), Jenis Rumput Filipina (Philippine grass) dan Jenis Rumput Bermuda. Apa pun jenis Rumput Lembu (Cow Grass) dengan nama botaninya adalah Axonopus compressus adalah berharga paling murah, tahan lasak dan mudah dijaga dimana ia ada rumbuh dan sesuai untuk tepi jalan, lereng bukit dan padang terbuka. Kedua Jenis Rumput Filipina (Philippine Grass) dengan nama botaninya Zoysia matrella adalah jenis rumput yang berdaun halus, rapat dan cantik berbentuk seperti karpet hijau dimana jenis ini ia sesuai untuk laman rumah dan juga di kawasan landskap yang mendapat cahaya matahari penuh. Ketiga adalah Jenis Rumput Bermuda (Cynodon dactylon) iaitu jenis rumut yang tahan panas dan lasak dan ia sering digunakan di padang bola sepak dan padang golf. Keempat ada jenis rumput iaitu Jenis Lalang (Imperata cylindrica) yang ramai kenal merupakan sejenis rumput liar berdaun tajam yang dianggap sebagai rumpai di kawasan terbuka atau terbiar. Diladang kawasan tanaman kelapa sawit (Elaies guineensis) yang dikatakan lasak pun akan terencat pertumbuhannya jika banyak rumpai tumbuh disekelilingnya apa lagi kalau ada selaput tunggul yang melilitnya. Paling teruk dimana jika ada jenis rumpai yang agresif dan invasif dimana ia juga mampu menghalang pertumbuhan tanaman serta ianya sukar dikawal seperti rumput israel, rumput miang mexico dan beberapa lagi. Memang semua orang sama ada sebagai orang awam, pegawai, penduduk perumahan awam, pengusaha pertanian dan jurutera perlu mengenali dan juga mengetahui ilmu mengenai rumpai. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai jenis rumput atau rumpai yang popular di Malaysia perlu dijadikan bahan bacaan semua.


Dalam dunia rumput ada gelaran bagi seorang pakar rumpai iaitu sebagai 'Ahli Sains Rumpai' atau 'Weed scientist' dan ia juga tergolong dengan gelaran akademik dan profesional yang biasa digunakan termasuklah 'Pakar agronomi' atau boleh di grlar sebagai 'Saintis Pertanian. Apa pun bidang tugas sebagai Pakar Rumpai termasuk mengkaji jenis dan sifat tumbuhan tidak diingini. menguruskan kawalan perosak dan rumpai tanaman sert melakukan aktiviti penyelidikan kesan dan ancaman dalam persaingan nutrien pada tanaman seperti jenis makanan makanan. Apa pun secara umumnya dimana J
enis Rumpai Perosak Utama terbahagi kepada tiga kategori iaitu Jenis Rumpai Daun Tirus (seperti rumput sambau), Jenis Rumpai Rusiga (berbatang tiga segi) dan Jenis Rumpai Daun Lebar (seperti keladi agas). Kesemua jenis rumpai ini akan merosakkan tanaman kerana ia mencuri baja, air dan cahaya matahari dengan tanaman di kebun. Apa pun Jenis Rumpai Perosak Daun Tirus (Rumput) ia selalunya berbentuk daun panjang dan sempit contohnya rumput padi burung dan juga rumput sambau. Bagi Jrnis Rumpai Rusiga selalu ciri batang biasanya keras atau bentuk segitiga contohnya rumput purun dan rumput telur ikan. Jenis Rumpai Daun Lebar selalu ia mempunyai bentuk daun lebih luas dan besar contohnya jenis keladi agas, paku rawan dan rumput telinga tikus. Paling nyata dimana rumpai ini akan memberi kesan dengan cara seperti Mengurangkan Hasil Tanaman apabila tanaman makanan petania akan jadi bantut kerana nutrien dicuri rumpai. Rumpai juga akan menjadi perumah kepada patogrn perosak dan penyakit tanaman (plant host) yang mana ia akan menyerang tanaman makanan milik petani. Petani terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli racun dan mengawa rumpai yang ada di kebun dan upah kerja merumpai. Berlainan dengan Jenis Rumpai Neutral yang merupakan sejenis lagi tumbuhan liar yang tidak memberi kesan buruk yang ketara kepada tanaman utama akan tetapi sifatnya boleh berubah menjadi berguna atau hanya akan merosakkan tanaman milik petani mengikut keadaan persekitaran. Antara ciri-ciri Rumpai Neutral dimana jenis ini ia tidak bersaing kuat atau ia tidak merampas banyak nutrien atau cahaya daripada tanaman utama. Jenis ini ia bersifat boleh berubah iaitu dalam satu situasi ia boleh jadi baik atau buruk bergantung pada tempat dan cara ia tumbuh. Ia berguna buat sementara atau akan membantu mengurangkan hakisan tanah di lereng bukit atau menjadi makanan haiwan ternakan. Jenis ketiga adalah Jenis Rumpai Berguna iaitu sejenis tumbuhan liar yang selalu ia dianggap pengganggu di kebun akan tetapi ia sebenarnya mempunyai nilai seperti pegaga, rumput sambau dan gelang pasir (purslane). Tumbuhan ini membantu menyuburkan  tanah, menjadi ubat tradisional atau  sesuai dijadikan sebagai sumber makanan seperti di jadikan Ulaman dan Sayuran. Antara jenis kegunaan rumpai termasuk dalam cara perubatan tradisional untuk mengurangkan sakit, merawat luka atau jadi herba lepas bersalin. Ada rumpai yang menjadi sumber nutrien tanah dan menjadi penutup bumi semula jadi dan seterunya ia akan membekalkan baja hijau. Paling win dimana ada rumpai tertentu yang sesuai di jadikan makanan manusia atau haiwan ternakan dimakan mentah atau dicelur sebagai ulaman. 


Jenis rumut popular di Malaysia yang pertama adalah Jenis Rumput Lembu (Axonopus compresus) atau dipanggil sebagai 'Cowgrass' sahaja. Rumput lembu  juga boleh membawa maksud rumput makanan ternakan utama seperti Rumput Napier (rumput gajah) dan Rumput Minyak (Brachiaria) yang ditanam khusus untuk pemakanan harian lembu. Haiwan Ruminan seerti Lembu dan Kambing akan me
makan rumput kerana sistem pencernaan khas mereka membolehkan mereka menukar serat Tumbuhan kepada tenaga, naluri semula jadi, dan keperluan nutrien asas. Haiwan jenis ini mempunyai sistem Perut Berbilang Ruang dimana ada 'Rumen' iaitu ruang terbesar untuk menapai rumput menggunakan bakteria baik. Rumput ini ia akan dikunyah semula dimana lembu keluarkan balik makanan untuk dikunyah kali kedua bagi menghadamkannya dengan lebih senang. Haiwan ini perlukan organ biologi dengan adanya gigi khas terdiri dari rahang lembu ujud untuk meragut rumput dengan pad yang keras di bahagian atas. Rumpai ini juga akan mejadi sumber tenaga dimana terdapat beberapa jenis mikrobs dalam perut lembu menukar dinding sel rumput kepada tenaga yang digunakan haiwan ruminan tersebut. Kenal akan ciri Rumput Lembu Laman (Cow Grass) dimana antara kegunaan yang paling popular adalah dijadikan jenis rumput penutup bumi di halaman rumah, padang bola dan tepi jalan. Rumput lembu adalah sejenis rumput yang sangat popular di Malaysia sebagai tanaman penutup bumi dan hiasan laman. Ia berdaun lebar dimana helai daunnya agak lebar, berwarna hijau cerah dan tumbuh dengan rapat. Ia juga adalah jenis rumpai yang tahan lasak dan ia mampu hidup di kawasan tanah lembap, kurang subur atau kawasan teduhan. Jenis rumput cowgrass ini memang ada ciri pembiakan cepat serta ia memang sangat cepat menutup permukaan tanah kosong secara melata. Kelebihan rumput ini mampu Halang hakisan disebabkan sistem akarnya yang kuat mengikat tanah pada lereng atau kawasan rata daripada dihanyutkan air. Apa pun penulis blog lihat jenis rumput ini amat sesuai ditanam di kawasan lereng bukit atau tebing kerana ia mempunyai akar yang kuat untuk mengikat tanah serta mencegah hakisan. Dilapangan harga bekalan rumput ini murah dan mudah dijaga berbanding jenis rumput karpet yang lain dan ia juga ada ciri sebagai kegunaan meluas yang juga ia sesuai ditanam dilokasi halaman rumah, padang, tepi jalan dan kawasan pasture bagi makanan ternakan. Rumput lembu ini ia sangat tinggi sifat ketahanan iaitu  ia sangat lasak, mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan atau baja yang rumit. Paling hebat sebab jenis rumput ini dijasikan sejenis Rumput Makanan Lembu (Fodder) seperti Jenis Rumput Napier atau Rumput Gajah yang berbatang tinggi, sumber protein dan serat yang sangat baik untuk lembu pedaging dan tenusu. Bagi jenis Rumput Minyak (Brachiaria) ia juga jenis yang tahan lasak dan mempunyai kadar nutrien serta protein seimbang untuk ternakan ruminan. Apa pun penulis blog tinjau akan harga rumput lembu bergantung kepada sama ada membelinya sebagai rumput hiasan landskap (cow grass) atau sebagai rumput makanan ternakan (seperti rumput Napier atau benih).Bagi Jenis Landskap ia dijual dalam bentuk kepingan atau helaian (Karpet) dengan harga bermula dari RM0.90 - RM2.50 sekaki persegi (sqft) mengikut kuantiti dan kualiti. Harga bagi biji benih rumput lembu adalah sekitar RM4.00 - RM15.00 sepeket kecil mengikut jenama dan berat.Dalam pada itu ditinjau dimana bagi Jenis Makanan Ternakan (Rumput Segar atau Benih) dimana rumput Napier Segar dijual dengan harga sekitar RM0.25 - RM0.32 sekilogram (kg) dan harga benih Rumput kekacang atau untuk ternakan ianya di jual dengan harga sekitar RM15.00 bagi 100 gram.


Jenis Rumput Filipina atau nama saintifiknya Zoysia matrella ialah sejenis rumput yang popular di Malaysia dan di antaranya adalah varieti Philippine Grass sebegai rumput hiasan berbentuk karpet yang mempunyai ciri-ciri fizikal berdaun halus, lembut dan berwarna hijau terang. Dilaporkan yang r
umput Filipina selalu ia digunakan sebagai penutup bumi hiasan untuk halaman rumah, taman mini dan landskap landskap eksklusif. Apa pun kegunaan utamanya sebagai Jenis Hiasan Laman apabila ia memberikan rupa hijau yang kemas, padat dan mewah pada halaman kediaman. Ia di tanam di kawasan riadah: yang amat sesuai untuk kawasan rehat kerana teksturnya yang halus dan selesa dipijak. Apa pun kelebihannya adalah ia mampu untuk menghalang isu pertumbuhan rumput lain sebab kadar pPertumbuhannya yang rapat bertindak sebagai halangan semula jadi kepada lalang. Ia juga ada kelebihan yang Tahan Panas dimana ini sesuai dengan cuaca panas di Malaysia dan tahan ketika musim kering. Memang cirinya ia lambat Panjang dimana ia akan tumbuh secara perlahan jadi anda tidak perlu kerap sesiapa memotongnya dimana ia di lihat sebagai rumput yang cantik dan kemas sebab daunnya halus serta berwarna hijau terang.  Helaian daunnya lebih kecil, pendek dan rapat berbanding rumput biasa seperti rumput lembu dan ini memberikan rupa landskap yang mewah. Keperluan amalan penjagaannya mudah dan pastikan ia dapat cahaya matahari penuh (sekurang-kurang 6 jam sehari) dan tidak sesuai ditanam di kawasan teduh atau malap. Ia perlu disiram dengan secukupnya terutamanya pada peringkat awal penanaman bagi menggalakkan cengkaman akar yang kuat. Cara pembiakan rumput Filipina adalah melalui proses menanam dan membiakkan rumput karpet berdaun halus ini melalui pecahan rumpun (stolion atau rizom) atau taburan kepingan turf. Ia memerlukan penjagaan asas seperti cahaya matahari penuh dan siraman konsisten pada fasa awal.  Caranya perlu memisahkanan anak benih rumput yang mempunyai akar dan tanam secara rapat di atas tanah gembur. Kemudian kepingan Rumput (Turf) kemudian ia perlu di hamparkan kepingan rumput padat di atas permukaan tanah yang telah diratakan dan dibersihkan daripada rumpai. Siram dua kali sehari pada bulan pertama untuk memastikan akar melekat kuat pada tanah baru. Pastikan kawasan tanaman mendapat cahaya matahari penuh sepanjang hari supaya rumput tumbuh subur dan tidak meninggi secara tidak sekata. Amalan pembajaan di tabur baja nitrogen atau urea secara berkala setiap bulan untuk mengekalkan warna hijau terang. AKtiviti memotong rumput mesti dilakukan setiap 2 minggu atau mengikut keperluan supaya ia tidak terlalu panjang dan meninggalkan kesan kuning di pangkal. Sebaiknya dicabut rumput liar dengan kerap agar tidak merosakkan kawasan pembiakan. Penulis blog buat tinjauan di mana harga rumput Filipina (Philippine grass) di Malaysia adalah sekitar RM0.90 - RM3.80 sekaki persegi (kps) yang bergantung kepada kuantiti pembelian dan sama ada anda membelinya secara borong atau runcit di tapak semaian (nursery). Ukuran biasa bagi satu keping rumput karpet ini ialah 1 kaki × 2 kaki. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sebaiknya di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..
BANYAK JENIS...RUMPAI DI MALAYSIA...

CEPAT MEMBIAK...ADA YANG BERGUNA...
JENIS POPULAR...ADA LIMA SEMUANYA...
BACA ARTIKEL...BARU DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Safar 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.