Wednesday, July 1, 2026

TEMPURUNG KELAPA DAN KISAHNYA

TEMPURUNG KELAPA
(Coconut Shell) merupakan salah satu bahan yang terhasil daripada Buah Kelapa (Cocos nucifera) dimana ia berada didalam buah kelapa. Tempurung kelapa berfungsi sebagai lapisan kulit yang keras dikelilingi sabut kelapa yang menjadikan isi kelapa tidak terkeluar semasa jatuh gugur ketanah apabila sudah cukup tua. Bagi penulis blog t
empurung kelapa ialah lapisan keras semula jadi yang terletak di bahagian dalam sabut dan di luar isi kelapa. Ia berfungsi sebagai pelindung kepada isi dan embrio kelapa. Ia juga sangat versatil dan sering dimanfaatkan dalam pelbagai bidang dimana dalam bidang Kraf Tangan dan Hiasan: ia akan digunakan untuk membuat barangan dapur (seperti sudu dan mangkuk), cenderamata, dan perhiasan rumah. Dalam industri penghasilan arang (charchoal) pula dilaporkan yang arang tempurung kelapa adalah bahan bakar berkualiti tinggi yang tahan panas dan digunakan secara meluas dalam masakan. Paling penulis blog faham dimana dala sektor pertanian iaitu tempurung yang dihancurkan boleh dijadikan bahan medium tanaman organik atau pasu.  Semua maklum dimana tanaman kelapa merupakan 'tree of life' dimana memnag kesemua bahagian pokok kelapa berguna kepada manusia kecuali kemungkinannya bahagian akarnya sahaja. Pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun dimana ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Tanaman kelapa di Malaysia bagaimana pun semakin menurun diatas pelbagai sebab sehingga dilaporkan cuma tinggal seluas 86,442 hektar dengan penghasilan sebanyak 1,176,882 metrik tan pada tahun 2025 (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Sabah mempunyai keluasan terbesar tanaman kelapa dengan seluas 18,475 ha diikuti dengan Johor (13,158 ha) dan Sarawak seluas 11,999 ha. Buah kelapa yang peling utama dihasilkan memang mengandungi banyak kegunaan daripada isi santannya sehinggalah kepada airnya. Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parut yang boleh diperah menjadi santan digunakan dalam pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih. Santan apabila dimasak dalam tempoh yang mencukupi boleh dipecahkan menjadi minyak yang tidak sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah juga sebagai bahan api pelita dan bahan mentah membuat barangan seperti sabun. Sisa-sisa yang ditinggalkan dari pemerolehan isi buah ini juga tidak terbazir. Sabut kelapa tua boleh dibuat tali mahupun sebagai alas penanaman tumbuhan tertentu seperti anggerik. Tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk apabila dibakar dan barangan seperti kraftangan. Serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian. Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan, urat daunnya yang keras boleh dijadikan lidi batang penyapu atau sate. Bahagian bunga atau tandan atau mayang bunga kelapa yang masih muda dipakai orang untuk hiasan dalam upacara perkahwinan dengan simbol tertentu. Bunga betina atau buah mudanya dapat dimakan. Malah, bahan mayang ini turut dipakai dalam pembuatan sejenis hidangan gudeg dalam kalangan orang Jawa disebut gudeg manggar. Nektar manis yang keluar dari tangkai bunga yakni nira dapat diminum segar mahupun ditapaikan lanjut sebagai minuman keras iaitu tuak atau diproses menjadi gula. Saya ada menulis lebih dari 300 artikel mengenai kelapa dalam blog ini untuk idjadikan bahan rujukkan. Artikel subuh Hari Raya Haji ke 2 ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan fakta menarik yanag se,ua perlu tahu mengenai tempurung kelapa ianya untuk dijadikan salah satu bahan rujukkan semua.


Apa yang penulis blog tahu dimana jenis tempurung kelapa biasanya dikategorikan mengikut peringkat kematangan dan jenis atau varieti pokok yang hasilkan buah kelapa sama ada dari Jenis Kelapa Tonggi, Jenis Kelapa Rendah atau Jenis Kelapa Hibrid. Selain itu, lazimnya dimana tempurung kelapa ia juga dibahagikan berdasarkan hasil produk hiliran yang diproses daripadanya. Penulis blog dapati dimana pecahan jenis tempurung kelapa yang paling utama pertama ia Berdasarkan Peringkat Kematangan sama ada ia di ambil daripada Jenis Tempurung Kelapa Tua yang cirinya ia sangat Keras dan memang ia tahan lasak. Apa pun jenis ini adalah tempurung kelapa yang paling popular yang mana elalunya berwarna perang gelap atau hitam, sangat tebal dan keras. Jenis tempurung kelapa ini ia a sangat ideal untuk dijadikan arang, bahan bakar dan bahan asas membuat kraf tangan kerana strukturnya yang tidak mudah retak. Jenis kedua adalah Jenis Tempurung Kelapa Muda yang selalunya ia adalah lembut dan kulitnya nipis. Apa pun jenis tempurung ini berwarna lebih cerah (kehijauan atau kekuningan) dan nipis dimana ia biasanya dibuang atau terurai bersama sabut dan jarang digunakan untuk produk kraf berat. mengenali jenis tempurung kelapa ia juga boleh Berdasarkan Spesies Pokok Kelapa dimana bagi tempurung dari Pokok Kelap Tinggi (varieti Malayan Tall) dimana ia mempunyai jenis tempurung yang lebih tebal dan sangat tahan lasak dimna selalunyaia dijadikan pilihan utama bagi pengusaha kraf tangan di Malaysia. Bagi tempurung daripada Jenis Kelapa Pandan (Kelapa Wangi) dimana ia mempunyai jenis struktur tempurungnya lebih sesuai untuk membuat ukiran yang bersaiz lebih rumit, halus, dan terperinci (seperti replika atau pasu kecil). Dalam pada itu tempurung kelapa juga boleh di kelaskan Berdasarkan Produk Pemprosesan (Hasil Hiliran) sama ada Produk Arang Tempurung Kelapa apabila prosesnya tempurung dibakar tanpa oksigen untuk menghasilkan arang. Digunakan secara meluas untuk membakar makanan (sate, ikan/ayam bakar) atau hookah. Bagi menghasikan produk iaitu Produk Arang Teraktif (Activated Carbon) dimana arang tempurung yang diproses khas pada suhu tinggi untuk merawat air, menyerap bau, dan digunakan dalam industri penapisan. Seterusnya bagi Produk Briket Tempurung Kelapa dimana arang yang dihancurkan menjadi serbuk dan kemudian ia dimampatkan menjadi bentuk kiub atau briket. Ia sangat mesra alam, kurang asap, dan memberikan haba yang konsisten. [Keempat adalah Produk Kraf Tangan dan juga produk Barangan Dapur dimana bahan tempurung dipotong, dilicinkan dan digilap untuk dijadikan mangkuk, sudip, butang baju, atau perhiasan. Apa pun penulis blog membua tinjauan akan harga tempurung kelapa di pasaran Malaysia biasanya bergantung pada kuantiti dan bentuk produk tersebut. Apa pun secara purata harga semasa tahun 2026 adalah ia dijual dengan Secara Borong (pukal/tan) harganta sekitar antara RM250 - RM300 satu tan tan metrik untuk tempurung kering tanpa sabut. Kalau hendak membeli secara Runcit pula ia di jual dengan harga sekitar RM1.00 -  RM4.00 sekilogram iaitu ia  bergantung kepada keadaan tempurung sama ada siap dibelah atau kosong. Bagaimana pun berlainan dengan harga produk Kraf daripada tempurung yang telah diproses menjadi kraf tangan (seperti gayung atau sudu) boleh mencecah harga antara RM10 - RM30 ke atas setiap satu unit produk tersebut.



Dalam sekrtor pertanian dimana aktiviti mengolah barang terbuang menjadi sesuatu yang indah bukan kerja mudah dan ia juga akan bertambah rumit jika diminta untuk menghasilkan produk seni menggunakan 'sampah sarap' dan sisa pertanian untuk dapat mendapatkan keuntungan atau dijadikan sumber pendapatan, pasti ramai yang akan menyerah kalah. Kalangan pengusaha  barang terbuang yang akan mengolah dengan kreativiti berbekalkan semangat yang tinggi pasti menjanjikan pulangan berlipat ganda. Syarikat House of Coconut Shell sudah jelas memberikan bayangan kepada peminat produk kraf dan aksesori berkonsepkan kontemporari mengenai barangan yang dihasilkan usahawan Syalily dan Azmi. Media laporkan diantara aksesori yang dihasilkan ialah rantai, gelang, loket rantai, sepit rambut, anting-anting, pengikat rambut, kepala tali pinggang, dan tali pinggang diperbuat daripada tempurung kelapa. Mereka dapat mengeluarkan rangkaian produk perhiasan rumah seperti bidai, lampu dan tabung syiling dan juga jenama tempatan ini juga turut membekalkan bekas sabun daripada tempurung kelapa ke hotel. Medium yang digunakan seratus peratus berasaskan kulit tempurung sememangnya jelas menonjolkan keunikan dan kelainan khususnya di dalam pembuatan aksesori wanita malah produk diperbuat daripada tempurung juga berkualiti dan tahan lama walaupun selepas bertahun dimiliki dimana proses menghasilkan produk kraf dan aksesori tempurung kelapa. Produk kraf berasaskan tempurung kelapa dijual peniaga kraf tempatan berasal dari negara jiran seperti Thailand dan Indonesia dimana ia memang berbeza dengan produk buatan tempatan dimana produk buatan House of Coconut Shell mula dipasarkan di Amerika Syarikat dan Liverpool melalui hebahan rakan dan saudara mara. Syalily memberitahu semua tugas dilakukan sendiri bermula dengan mengutip tempurung kelapa tua dan membersihkan sabut pada tempurung sehingga licin. Suaminya akan memotong tempurung menggunakan mesin acuan mengikut bentuk yang diinginkan, dilicinkan menggunakan mesin pengilat sebelum menyerahkan tugas melukis kepada saya. Mereka akan buat kerja melukis akan bermula antara jam 4 hingga 8 pagi kerana hanya waktu itu idea datang. Tapi sekarang disebabkan terlalu banyak tempahan yang diterima dan akan mengupah pelajar seni dari universiti tempatan untuk menyiapkan lukisan berupa motif kecil dan mudah (Sila lihat foto disebelah). Mereka lebih selesa melukis dan mewarna menggunakan warna air (water color) dan untuk menampakkan kelainan diggunakan arkilik dan bahan lain seperti batik dan manik sebagai hiasan tambahan. Diantara motif biasa dilakar pada aksesori buatan House of Coconut Shell adalah corak flora dan fauna yang beridentitikan tempatan seperti kerbau, tapir, kura-kura serta bunga raya, lukisan abstrak dan kartun dari siri TV popular. Kini bagi memenuhi kehendak pasaran yang terdiri daripada pelancong asing dan tempatan dia terpaksa bekerja keras mengerah idea bagi memastikan setiap produk dan rekaan yang dijual memenuhi kehendak pasaran. Produknya banyak terdapat di Karyaneka, premis di KLIA dan kedai kraf yang menjadi tumpuan pelancong asing. Jadi ciri khusus seperti pemilihan warna kusam dan lakaran motif bercirikan tempahan perlu dikekalkan. Mereka berbangga kerana aksesori House of Coconut Shell mempunyai pengikutnya sendiri dimana produk jualan bukan hanya dibuat bagi memenuhi dan menampung sara hidupnya sekeluarga selepas suami terbabit kemalangan jalan raya. Awalnya syarikat yang beroperasi sejak lima tahun lalu di Kuala Lumpur kini berpindah ke bengkel milik sendiri terletak di Kemaman, Terengganu. Di lokasi baru ini ada banyak bahan mentah boleh dipungut dari ladang milik sendiri dan ladang kelapa pandan milik Jabatan Pertanian yang terletak tidak jauh dari bengkel mereka. 


Tanaman kelapa yang banyak kegunaan ini dimana bukan setakat buah, malah segala yang ada pada kelapa iaitu daripada pokok sehingga daunnya serta daripada akar sehingga pelepahnya tiada satu pun tidak berguna melainkan semuanya boleh dimanfaatkan oleh peniaga kelapa. Bagi seorang usahawan muda Mohd Izswan Anuar (31) dia yang mengusahakan penjualan kelapa milik bapanya mempunyai pendekatan tersendiri dengan mempelbagaikan hasil perniagaan keluarga hampir 20 tahun itu menerusi pembuatan arang daripada tempurung kelapa. Kini meskipun pendapatan daripada penjualan arang itu tidak mencecah puluhan ribu ringgit tetapi sekurang-kurangnya pendekatan itu dapat mengurangkan margin kerugian daripada penjualan kelapa. 
Tempurung kelapa diperoleh melalui pelanggan tetap yang membeli kelapa daripadanya yang selalunya kami beli 50 sen bagi satu guni dari pelanggan dan ada juga yang berikan secara percuma. Daripada terbuang begitu sahaja dia akan mengambil pendekatan menjadikan tempurung kelapa ini sebagai arang. Dia kini menjual arang ini kepada pembekal kelapa di Rengit, Johor iaitu sebulan sekali dimana secara kasarnya penjualan enam hingga tujuh tan arang boleh dapat sekitar RM4,000 hingga RM5,000 bergantung kepada tempurung kelapa yang diperoleh yang man dia beroperasi di Kampung Sawah, Lukut dan dia sudah dibantu oleh seorang pekerja. Proses bermula dengan tempurung perlu dibakar dalam tong secara tertutup selama tiga jam sebelum dijemur serta dikeringkan dan selepas itu, tempurung kelapa dipecah dan dibungkus. Anak sulung daripada tujuh beradik itu berkata selain menjual kelapa dan arang, mereka turut menjual kelapa kering dan kerisik yang diusahakan adik perempuannya. Dia akan mendapatkan bekalan kira-kira 9,000 biji kelapa kampung di Bagan Datuk, Perak serta enam tan kelapa Indonesia di Batu Pahat, Johor daripada pembekal setiap minggu dimana sudah menjadi lumrah berniaga kelapa dimana tidak semua bekalan diterima daripada pembekal itu elok dan pasti ada buah yang rosak. Daripada terbuang begitu sahaja, kelapa kering yang rosak itu kami kitar semula dan dijual semula kepada pembekal. Perniagaan yang diusahakan kedua ibu bapanya sejak 20 tahun lepas semakin berkembang hasil pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dimana ibu bapanya menekankan disiplin tinggi serta sering mengingatkan anak-anak agar menjadi peniaga yang amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Lazimnya pada setiap Isnin mereka buat penghantaran stok kelapa ke Temerloh, Pahang; kemudian Selasa (pelanggan di Seremban); Rabu (Port Dickson); Khamis (mengambil stok kelapa di Rengit, Johor); Jumaat (penghantaran ke Seremban); Sabtu (ambil stok di Bagan Datuk, Perak) dan Ahad menghantar bekalan kepada pelanggan di Port Dickson. Baginya tiada istilah penat kerana semasa kecil lagi ayahnya mengajar untuk menguruskan perniagaan ini dengan pelbagai cabaran seperti kerosakan lori ketika dalam perjalanan untuk penghantaran namun tidak pernah saya lihat ayah mengeluh. Dia sebagai anak sulung memastikan perniagaan keluarga ini diteruskan dan sentiasa lakukan proses mengambil dan menghantar sendiri bekalan kepada pelanggan.
Dalam portal bernama di laporkan '
Kraf tangan unik tempurung kelapa' yang sesuai di kongsikan daripada kawasan utama kemala iaitu di Bangan Datuk, Perak. Bagi seorang bekas pekerja swasta ingin memanfaatkan daerah tempat tinggalnya di Bagan Datuk yang merupakan antara hab penanaman kelapa terbesar negara, dengan mengubah tempurung dan batang tanaman itu menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi. Pengusaha bernama Mad Saril (63) nyatakan idea mencipta barangan dan barang perhiasan serta cenderamata itu tercetus ketika dia yang bekerja di ibu negara mengambil keputusan untuk pulang ke kampung isterinya di Kampung Sungai Betul di sini pada 2011. Dia melihat di sini (kampung isteri) memang ada banyak dilihat penanaman kelapa, penjual santan pula bakar tempurung yang tidak digunakan, dari situ saya borong (tempurung). Pada mulanya, saya bentukkan tempurung menjadi produk cenderamata kecil seperti rantai kunci sebagai pemilik Syarikat  Saril Kraftani. Dia mula menghasilkan barangan bersaiz lebih besar seperti replika pokok kelapa dan produk jambangan bunga malah turut mengubah tempurung menjadi peralatan dapur seperti mangkuk dan sudip. Dia juga membuat lampu meja dan barang perhiasan daripada batang kelapa yang boleh mencecah harga hingga RM150 satu unit. Tempahan yang paling banyak diterima adalah daripada pemilik kedai makan yang mahu saya hasilkan mangkuk untuk meletakkan makanan seperti laksa, mi kari dan cendol. Dia juga terima tempahan dari seluruh negara termasuk Kedah, Johor dan Terengganu dan bagi cenderamata pula dia ada banyak terima tempahan daripada agensi kerajaan, korporat dan swasta. Apa pun kebanyakan kraf tangan dan barangan dihasilkan menggunakan tempurung dan batang kelapa jenis Malayan Tall yang tahan lebih lama. Mengenai proses pembuatan dimana bahan tempurung kelapa perlu dilicinkan terlebih dahulu sebelum dibentuk menggunakan mesin pemotong dan dicantumkan menggunakan gam khas yang dicampur serbuk kayu untuk mengukuhkannya dan proses akhir akan disudahi dengan semburan clear spray untuk mengilatkannya sebelum dijemur. Bagaimanapun bagi membuat barangan dapur seperti sudu, sudip atau mangkuk tidak perlu disembur kerana ianya sudah mempunyai bahan kimia. Setakat ini saya boleh meraih pendapatan hingga empat angka sebulan walaupun melalui tempahan awal sahaja dan ada merancang untuk membuka galeri sendiri pada masa depan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEMPURUNG KELAPA...BANYAK GUNA...
DIJADIKAN BAHAN BAKAR...IA BIASA...
PROSES JADI ARANG... UNTUNGNYA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU DI JANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Zulhijjah 1447H).