Wednesday, June 17, 2026

SENDUDUK DAN FAKTA MENARIK

POKOK SENDUDUK
(Melastoma malabathricum Linn) merupakan sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh liar dan ia menghasilkan bunga dan buah yang mana tumbuh di belukar dan kebun di Malaysia dari keluarga Melastomatacea. Bagi penulis blog tumbuhan ini dianggap sebagai jenis rumpai (weeds) dikalangan petani kerana ia tumbuh didalam kawasan kebun dan bersaing dengan tanaman sedia ada dari segi ruang, nutrien, cahaya matahari dan yang lebih buruhk kemungkinan menjadi perumah kepada perosak dan penyakit. Penulis blog ada menulis banyak juga artikel mengenai pokok sedduduk yang boleh dibaca dengan pautan-pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Pokok senduduk yang mana ia  berasal dari kawasan khatulistiwa dan kawasan-kawasan subtropik di mana mengandungi lebih dari 4,000 spesies di seluruh dunia dimana di Asia Tenggara sahaja telah dilaporkan ada seanyak 22 spesis manakala di Malaysia mengandungi sekurang-kurangnya 12 spesies yang telah didaftarkan dimana kajian mendapati jenis senduduk ini kebanyakkannya digunakan oleh kaum orang asli sebagai perubatan tradisional. Senduduk merupakan pokok belukar kecil lazimnya didapati di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar dan juga di tepi jalan. Pada penulis blog menjangka ramai kalangan pembaca yang kenal akan pokok seduduk berdasarkan beberapa penciriannya yang unik dan mudah dikenalpasti. Pokok Senduduk merupakan sejenis tumbuhan renek kecil dan bercabang dimana ia boleh tumbuh sehingga 3meter tinggi. Daunnya berbentuk ringkas, lanseolat dan panjangnya boleh mencapai sehingga 7 cm dimana selalunya berwarna hijau, tekstur kasar, ditutupi dengan bulu-bulu halus. Bunganya besar dan boleh mencapai 5-7 cm lebar. Penulis blog yang meneliti tumbuhan ini mendapati dimana antara tabiat ini dimana ia boleh dibiakkan dengan mudah melalui biji benih. Selepas 2 minggu lazimnya biji benih di tapak semaian akan cambah dan seterusnya anakpokok ini boleh ianya sedia dipindahkan ke lapangan selepas 6 minggu. Pokok ini dapat menyesuaikan dalam semua keadaan tanah dan memerlukan cahaya matahari. Jarak tanaman yang sesuai ialah 2mx2m selain dimana dengan penjagaan betul mka pokok senduduk dapat dilakukan penuaian dapat dilakukan dalam tempoh 6 bulan selepas tanaman. Antara bahagian pokok yang boleh digunakan adalah daripada Daun, Pucuk dan Akar terutama untuk rawatan perubatan tradisional. Daun dan pucuk senduduk secara tradisinya dimakan untuk memulihkan cirit-birit. Di Malaysia penulis blog dapat tahu dimana bahagian daun senduduk yang dibuat ubat pupuk digunakan untuk mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur atau cacar. Air rebusan akarnya digunakan untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung perut. Manakala air rebusan daun dan akar diminum untuk rawatan selepas bersalin. Air rebusan campuran daun-daun senduduk, cuka, halia bara (Zingiber officinale) dan bonglai (Zingiber cassumnar) digunakan untuk rawatan leucorrhea. Air rebusan campuran daun dan pucuk senduduk serta dicampur dengan kulit manggis atau kulit buah manggis yang dibakar menjadi arang digunakan untuk merawat cirit-birit. Serbuk daun senduduk juga digunakan untuk merawat disenteri, luka-luka dan juga digunakan sebagai tonik. Artikel pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta menarik berkaitan pokok senduduk untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Apa pun pokok senduduk ia merupakan sejenis pokok renek atau tumbuhan belukar yang lazim ditemui di kawasan semak, belukar, atau tanah terbiar. Pokok ini sangat terkenal dalam perubatan tradisional dan masyarakat Melayu sering mana ia menggunakan setiap bahagian pokok ini untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Dalam beberapa kajian di nyatakan dimana pokok senduduk ia ada dua (2) Jenis Utama yang ada di Malaysia dan di kenali ramai iaitu Jenis Senduduk Biasa dimana ia  mempunyai bunga berwarna ungu atau merah jambu dimana cirinya ia mempunyai 
kelopak bunga yang berbentuk bujur dengan warna ungu gelap hingga merah jambu.Jenis ini ia mempunyai buah yang berbentuk beri yang akan pecah mendedahkan isi berwarna biru atau warna ungu gelap dengan biji-biji kecil berwarna jingga. Dilaporkan diantara kegunaan dari bahagian daun, akar dan buahnya sering digunakan dalam perubatan tradisional Melayu seperti menurunkan suhu badan, merawat demam dan menghentikan darah keluar jika luka. Jenis esua adalah Jenis Senduduk Putih walau pun semakin sukar ianya dijumpai dan biasanya digunakan untuk penawar racun. Senduduk putih (Melastoma malabathricum atau Melastoma decemfidum) adalah tumbuhan renek yang terkenal dalam perubatan tradisional yang mana agak berbeza dengan senduduk ungu sebab bunganya berwarna putih sepenuhnya (Sila lihat foto disebelah). Nama lain bagi jenis ini adalah seperti keduduk putih, white Singapore rhododendron, atau senduduk gunung. Dilihat dimana daunnya sedikit berbeza berbanding senduduk biasa dan ia juga menghasilkan buah yang boleh dimakan. Kegunaan tradisional sednuduk ini dari bahagian pucuk, daun dan akarnya sering direbus untuk dijadikan minuman herba. Ia secara tradisinya digunakan untuk merawat masalah penghadaman, cirit-birit dan didakwa mempercepatkan penyembuhan luka. Dalam keadaan biasa di habitat liarnya dilaporkna pokok senduduk lazimnya akan ia tumbuh merimbun dengan ketinggian purata 1 -3 meter dimana daunnya berbentuk bujur, mempunyai urat daun yang jelas, dan berbulu halus. Apa pun banyak testimoni menyatakan jika air rebusan daun dan pucuk pokok senduduk dilaporkan sesuai diminum untuk merawat cirit-birit, gastrik, dan buasir. 


Pokok seduduk yang tumbuh dikawasan tebing bukit yang dipotong atau di lereng bukit dilihat ia merupakan tumbuhan yang mengawal hakisan tanah (Sila lihat foto disebelah). Pokok senduduk ini juga ia akan membiak dengan mudah secara semulajadi dikawasan tanah dan ia tahan lasak daripada cuaca hujan atau musim kering. Bagi penulis blog yang sering kekawasan sekitar Taman Saujana Putrajaya Precint 10 dimana mendapati ada banyak pokok senduduk dibiarkan tumbuh subur dilereng bukit tersebut melindungi keadaan tanah dari angkara hakisan. Ia tumbuh liar bersama lalang, sendayan dan tumbuhan renek lain yang mengukuhkan bukit tersebut yang kini merupakan antara lokasi popular untuk melakukan senaman berlari atau berjogging serta ada orang yang membuat shooting pasangan pengantin baru terutama pada setiap hari Sabtu dan Ahad saban minggu. Ini kerana ditaman ini terdapat lokasi amat menarik untuk tujuan sessi khusus penggambaran dengan pandangan bukit tinggi, bandar disekelilingnya dan pelbagai bunga cantik termasuk bunga senduduk ungu yang banyak sekali ditepi laluan jogging. Tidak kurang juga dimana pokok senduduk dijadikan background untuk mengambil foto. Bunga senduduk selalunya ia akan menjadi banyak ketika musim panas berpanjangan seperti bulan Januari hingga Mac saban tahun atau Mei sehingga Julai. Kini ditaman ini hanya ada sedikit sahaja pokok senduduk yang tinggal kerana banyak yang sudah dimusnahkan oleh pihak berkuasa Putrajaya mungkin kerana ia dianggap sebagai rumpai yang pada pendapat mereka agak mencacatkan permandangan. Tetapi pada penulis blog tumbuhan ini banyak kelebihan berbanding dengan ancaman. Bagaimana pun sudah ada banyak kawasan tanaman landskap lain dibangunkan yang menarik ditanam disepanjang trek jalankaki termasuk bunga matahari (sunflower) serta beberapa tanaman tidak berbunga atau ornamental lain. Terdapat banyak kawasan belukar yang masih ditumbuhi dengan pokok senduk, resam dan tumbuhan rumpai lain masih memberikan landskap kepada lokasi ini.


Sebenarnya pokok senduduk terutamanya  bahagian bunga dan daunnya memang telah lama diketahui penduduk kampong sebagai tanaman berguna. Antara khasiat tumbuhan senduduk ialah untuk merawat tubuh kita terutama untuk rawat luka luar dan dalaman. Ketika dikamppong dulu jika ada luka akibat kena pisau atau terjatuh, lazimnya saya akan ambil beberapa helai daun senduduk dan dikunyah dalam mulut sehingga lumat. Kemudian dikeluarkan daun tersebut dan letakkan ditempat luka berdarah dan pendarahan akan segera berhenti. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk tujuan bagi mempercepatkan proses penyembuhan rahim. Selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit. Daun muda pada pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan. Anda boleh merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia. Air rebusan itu bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari faraj. Bagi sesiapa yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut. Daun dan akarnya yang telah digiling boleh ditaburkan di atas kudis untuk bantu mengelakkan parut. Juga boleh digunakan untuk mengubati bintik-bintik pada pesakit cacar. Air rebusan akar senduduk juga boleh digunakan bagi membasuh mulut untuk bantu mengubati sakit gigi serta ia boleh melembutkan kaki atau dapat mengurangkan angin dalam badan, kadang-kadang sesuai digunakan sebagai mandian. Bagaimana pun agak kurang laporan teknikal bagaimana cara penanaman pokok senduduk ini tetapi didakkwa ia hanyalah perlu untuk patahkan dahan dan dicucuk di mana-mana kawasan yang sesuai untuk tumbu. Bagaimana pun pembiakan pokok senduduk mungkin berlaku apabila ada burung yang memakan buahnya kemudian di berakan keatas tanah dan ia bercambah sebelum tumbuh sebagai kelompok pokok senduduk. Bunga senduduk putih didakwa pengamal perubatan tradisional sejak lama dulu dimana ia dilihat mempunyai nilai perubatan dan ciri-ciri iaitu keistimewaannya yang tersendiri. Ia telah digunakan secara tradisi untuk merawat kesan parut akibat demam campak melalui kaedah mudah iaitu menggosok  kelopaknya pada bahagian yang terjejas. Ia dilaporkan memberikan rasa enak dan segar dimana bahagian kelopak bunganya turut boleh dimakan bagi tujuan awet muda dan ada pengamal yang dakwa dimana rasanya seakan buah jambu. Pada penulis blog dimana apa yang lebih menarik adalah dakwaan iaitu terdapat banyak catatan tidak rasmi yang merekodkan bahawa bunga senduduk putih turut boleh dijadikan bahan minyak pengasih!. Apa pun semuannya bergantung kepada inisiatif masing-masing untuk gunakan bahan daripada pokok senduduk putih.


Kalangan peminat tanaman herba ada yang ingin membeli anakbenih pokok atau herba senduduk biasanya harga jualan adalah ia berlegar antara RM10 - RM40 sepokok bergantung kepada jenis, saiz, dan bentuk produk. Bagaimana pun di pasaran ada di temui benih pokok senduduk seperti Anak Pokok Jenis Biasa (dalam polibeg) dijual sekitar RM10 -RM20 sepokok dan bagi bahagian Pokok Kering (Daun/Bunga) senduduk pula ada di jual sekitar RM18 - RM21 untuk satu pek. Dalam pada itu bagi Produk Serbuk Ekstrak Senduduk yang siap diproses) harganya ia boleh mencecah RM40 setinggi RM280+ bergantung pada berat dan kualiti jenama. Dalam  beberapa kajian di laporkan pokok senduduk diproses menjadi pelbagai produk kesihatan dan perubatan tradisional. Produk popular di pasaran merangkumi produk seperti Produk Jamu atau Produk Kapsul akar senduduk, produk teh senduduk putih, produk serbuk daun dan produk minyak urut. Produk ini biasanya digunakan untuk merawat masalah sendi, saraf, angin dan melancarkan perjalanan darah. Pertama adalah Produk Jamu Akar Senduduk dimana ia adalah sejenis suplemen atau produk herba tradisional yang dirumus khas untuk merawat masalah kesihatan dalaman, terutamanya berkaitan urat dan saraf. Ia dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan senduduk bersaame dengan beberapa campuran herba lain. Antara khasiat utama yang sering dikaitkan dengan jamu ini termasuklah ia mampu untuk melegakan kesakitan seperti dapat membantu untuk ia meredakan sakit urat, sendi dan saraf. JAmu ini juga ia didakwa dapat Membuang angin untuk menyingkirkan angin berlebihan di dalam badan serta akan mengurangkan kebas atau lenguh-lenguh pada anggota badan. Dipasaran harga Jamu Akar Senduduk biasanya berlegar antara RM8.80 hingga RM31.90 sepeket bergantung kepada kuantiti dan promosi semasa. Kedua ada Produk Teh Senduduk Putih ialah minuman herba yang diperbuat daripada daun atau bunga pokok senduduk putih (Melastoma sanguineum). Dalam perubatan tradisional Melayu ia terkenal sebagai penawar darah tinggi, kencing manis, pelawas untuk melangsingkan badan dan minuman kesihatan wanita dalam pantang. Selain dijadikan teh yang diminum, khasiat herba ini termasuklah ia akan membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan mengelakkan keracunan makanan. Apa pun air rebusannya juga digunakan untuk merawat cirit-birit dan melegakan sakit gigi. Harga teh senduduk putih di pasaran Malaysia biasanya berkisar antara RM10 -RM30 dan ia bergantung pada jenis (uncang teh atau bunga kering) dan kuantiti yang ditawarkan. Antara khasiat teh bunga senduduk putih yang popular termasuklah membantu mengawal paras gula dalam darah dan menurunkan risiko penyakit jantung. Paling seronok bila membeli Produk Minyak Urut Senduduk dimana ia adalah minyak tradisional yang dirumus daripada ekstrak pokok senduduk (sering menggunakan senduduk putih). Ia digunakan secara turun-temurun dalam perubatan alternatif Melayu untuk melegakan pelbagai masalah kesihatan luaran seperti mampu melegakan akan kesakitan serta membantu mengurangkan lenguh-lenguh badan, sakit sendi, dan sengal otot. Ia adalah diguna merawat masalah luaran termasuk sesuai digunakan untuk meredakan bisa gigitan serangga, kembung perut dan bengkak. Ia juga selalunya akan digabungkan dengan herba lain seperti minyak bidara atau akar kayu untuk kesan yang lebih baik diman di pasaran ia di jual dengan harga diantara RM7.00 - RM50.00 bagi satu botol bergantung kepada jenama dan isipadu botol.  Seuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK SENDUDUK... MUDAH JUMPA...
JENIS BIASA ...BUNGA UNGU WARNA...
JENIS PUTIH... BANYAK KHASIATNYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT FAHAN FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(1 Muharam 1448H).
Selamat Tahun Baru Hijrah 1448 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.