Monday, April 20, 2026

BUNGA KESIDANG - APA DIA?

POKOK BUNGA KESIDANG
(Vallaris glabra) ialah sejenis tumbuhan dari keluarga Apocynaceae atau tanaman hiasan yang menjalar atau renek yang popular dengan bunga berwarna putih kecil, berbau wangi seperti daun pandan atau nasi. Selalunya pokok ini akan ditanam sebagai hiasan hiasan di halaman rumah atau ada yang menjadikannya sebagai 'pintu gerbang' atau atau pergola yang cantik sebab ia mudah di lentur. Penulis blog ada menanam 5 pokok bunga kesidang di rumah dan memberikan aroma harum dan mencantikkan halaman rumah. Apa pin ia juga dikenali sebagai 'Pokok Bunga Kerak Nasi', 'Pokok Tikar Seladang' dan juga 'Bread flower tree'. Pokok bunga ini dilihat ia mempunyai jenis pokok berbatang keras dan berdaun hijau bujur seperti sirih dimana ia akan mengeluarkan getah putih apabila di bengkokkan dahan atau di cederakan. Bunganya adalah bersaiz kecil yang berwarna putih bersih dimana pokok di depan rumpah penulis blog memang ia berbunga sepanjang tahun. Paling seronok adalah memetik bunga kesidang yang sedang mekr dimana ia memberikan aroma atau bau yang sangat wangi terutama pada waktu malam dimana ia sering digunakan untuk rawatan aromaterapi. Bunga ini dari segi kegunaan tradisional memang ia ada digunakan dalam aktiviti seperti salah satu komponen dalam pembuatan bunga rampai, hiasan sanggul dan hiasan untuk tepak sirih dalam adat Melayu lama. Bunga ini juga menjadi simbolik dimana ia adalah bunga yang melambangkan kesucian, kelembutan dan tanda hormat serta merupakan bunga rasmi bagi Negeri Melaka. Penulis blog dapati tanaman bunga kesidang paling mudab di jaga dan ditanam iaitu dengan melalui keratan batang atau biji dan sesuai dijadikan tanaman pagola yang hendak di bina. Pokoknya juga merupakan sejenis tanaman memanjat tropika yang sangat popular di Malaysia kerana keharumannya yang unik. Ia merupakan tumbuhan jenis memanjat (climbing plant) yang sering dijadikan hiasan pada pagar atau pergola di halaman rumah atau di taman-taman rekreasi terutama di Melaka. Selain sebagai tanaman hiasan dan aromaterapi, air rebusan daun dan akarnya juga dikatakan mempunyai khasiat tradisional seperti membantu melawaskan kencing dan melegakan gatal-gatal kulit. Artikel pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis apakah dia fakta bunga kesidang untuk di jadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.



Apa pun disebabkan oleh baunya yang harum semerbak menjadikan yang bunga kesidang putih digunakan sebagai bahan ramuan untuk membuat bunga rampai dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti daun pandan dan bunga-bunga wangi. Masyarakat Melayu tradisional juga menjadikan bunga kesidang sebagai hiasan rambut anak-anak gadis dan wanita serta hiasan alat-alat istiadat seperti tepak sirih. Bunga kesidang dilaporkan ia memang melambangkan kehormatan, kesopanan dan sikap lemah lembut orang Melayu. Bunga ini telah dijadikan bunga rasmi negeri Melaka yang terkenal dengan ketinggian adat istiadat dan budaya. Pokok hiasan ini sering ianya ditanam di perkarangan rumah selaku tanaman penyerlah dimana lazimnya pokok dan bunga kesidang ini menarik perhatian rerama untuk mecium akan bungaanya. Perlu di ketahui jika kebanyakan tumbuhan pemanjat sering dibiakkan melalui kaedah aseksual sungguhpun sesetengahnya mudah tumbuh melalui keratan batang dan percambahan biji benih. Bagi penulis blog paling mudah adalah menggunaka kaedah keratan batang yang di pilih dari pokok induk yang subur dan umur dahan yang hendak di jadikan benih. Satu kaedah lagi yang digunakan ialah dengan melenturkan batangnya hingga menyentuh ke tanah iaitu dengan cara menindihkan batang pokok kesidang dengan benda berat contohnya batu-bata dan membiarkan hingga akarnya tumbuh sendiri setelah beberapa minggu. Kemudian bahagian yang telah ditumbuhi akar ini memang sudah boleh dipotong dan ditanam di dapam polibeg untuk dijadikan stok benih atau terus di tanam di tempat lain. Bagi penulis blog dapati jenis pokok kesidang putih tergolong dalam kategori tumbuhan yang mudah dijaga dan memang ia tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit. Ia memang memerlukan cahaya yang lebih kurang 50% untuk dapat pengeluaran bunga yang optimum namun tidak boleh terlalu terdedah lantaran daunnya akan menjadi kemerah-merahan dan kemudian akan gugur sendiri. Pokok ini memerlukan air yang mencukupi iaitu perlu disiram dua kali sehari pada hari-hari yang panas terik atau kemarau dengan gunakan medium penanaman yang memberikan bersaliran baik. Penulis blog lazimnya akan membaja dua minggu sekali dengan jenis baja foliar dan baja butiran untuk ia memastikannya mendapat segala keperluan untuk pembentukan bunga. Bahagian bunga yang layu harus dipangkas untuk memastikan tunas baru keluar dengan cepat. Sokongan pula akan diberikan dalam bentuk kayu sokongan atau kayu junjung atau di jakarja kepada struktur pergola untuk memudahkan pokok memanjat. Perlu diingat sebab pokok yang selalu dipangkas pula akan menjadi kecil, rendang dan rimbun dimana cantasan ini ia perlu disesuaikan dengan konsep penanaman.


Pokok Kesidang merupakan sejenis pokok renek yang memanjat, berasal dari pulau Jawa. Daunnya bujur berwarna hijau muda serta mempunyai urat-urat yang jelas dan bunganya adalah kecil berwarna putih, berjambak dan terbit pada pucuk dahan atau ketiak daun. Setiap jambak terdapat 10 - 20 kuntum bunga. Bunga kesidang kembang di waktu pagi dan berbau wangi tetapi selalunya pada waktu malam bunganya akan lebih wangi mengharumi persekitaran. Batangnya keras dan padat berwarna kuning keputihan serta mengeluarkan getah putih yang amat lekit. Lekitnya tidak hilang jika tidak dicuci dengan sabun. Ada yang menanam pokok bunga kesidang di dalam pasu namun ia sebaiknya sesuai ditanam diatas tanah dalam kawasan sesuai di halaman rumah. Apa pun dengan habitatnya yang memanjat dan menjalar elok disediakan para yang kukuh untuk ia dapat tumbuh dengan baik yang perlu pemiliknya mengatur hala tuju pucuknya (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini sesuai dijadikan penutup pada struktur gazibo untuk tujuan struktur pintu gerbang (pergola) atau untuk tujuan menjadi struktur redupan di taman-taman rekreasi dan taman bunga. Ekstrak bunga kesidang amat sesuai dijadikan wangian kerana aromanya yang lembut dan menyegarkan. Ia sesuai ditanam di kawasan separa teduhan dan memerlukan tanah yang senantiasa lembap tapi tidak bertakung dan ramai di MAlaysia yang suka menanam dalam pasu dan mudah dibiakkan melalui keratan batang. Perlu sentiasa lalukan cantasan atau ia sentiasa dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun. Kulit batang dan daun kesidang mempunyai getah yang berwarna putih dimana selalunya ia mempunyai perdu setinggi sekitar 3 meter bergantung kepada umur dan cara amalan agronomi di lakukan. Ia akan tumbuh tegak dengan daun majmuk yang berbentuk payung berpasangan. Dalam aspek dunia perubatan di laporkan bunga kesidang mampu untuk merawat bisa tulang ( bukan disebabkan kanser), ia didakwa merangsang pengeluaran peluh, melegakan reumatisme dan juga ia akan melawaskan kencing. Caranya adalah dengan memasak daunnya sehingga mendidih dan tapiskan. Amalkan minum air rebusan tersebut dalam keadaan suam setiap hari. Khasiatnya juga berkait dengan kebolehannya iaitu untuk membersihkan usus dimana caranya dengan mengambil segenggam buah kesidang dan rebus bersama 3 gelas air sehingga tersisa 1 gelas dan di tapiskan dan minum dalam suam. Ia juga akan dapat menghilangkan kegatalan pada kulit bayi yang pernah di buat penelitian. Caranya adalah dengan mengambil segenggamm bunganya yang masih segar dan direbus dan dibiarkan air rebusan suam ketika dan sesuai untuk dijadikan sebagai bahan mandian.


Paling menarik dakwaan fakta akan kegunnaa pokok kesidang dalam dunia kesihatan. Apa pun daun kesidang atau daun serta akar bunga kerak nasi boleh direbus bersama. Air rebusan ini dikatakan boleh diminum untuk meredakan rasa sakit dan merawatkan pelbagai masalah berkaitan dengan tulang. Jika daun kesidang ini di rendam ke dalam air mendidih pula air rebusan ini boleh diminum untuk merawat isu seperti sakit rheumatisme, kes demam panas yang berpanjangan, busung , air yang bertakung dalam ginjal, mengeluarkan kekotoran selepas bersalin dan sebagai tonik untuk mengatasi keletihan dan kelesuan. Air rendaman ini dikatakan boleh diminum dan mampu merangsang peluh dan juga melawaskan pembuangan air kecil. Bunganya mampu memberi bau yang mampu memberi ketenangan. Selain itu ia juga boleh di gunakan sebagai pengharum rumah dimana dulua kebanyakan orang kampung meletakkan bunga tersebut di atas katil bagi mengharumkan tempat tidur. Jika daun ini ditumbuk halus dimana ia dikatakan boleh ditampal pada tempat kecederaan patah tulang, penyakit kulit, salah urat, terseliuh dan rheumatisme. Apa pun daunnya ia dikatakan boleh direbus dan kemudiannya air rebusan ini diminum untuk merangsang peluh, mempercepatkan tulang yang patah agar mampu bersambung semula, memulihkan pelbagai jenis kecederaan dan rheumatisme. Buahnya boleh direbus dan air rebusan ini dikatakan mampu melawaskan pembuangan air besar dan membersihkan usus dan perut, digunakan sebagai air mandian untuk merawat pelbagai penyakit kulit, sakit , bengkak, lebam dan luka yang bengkak. Dalam pada itu bahan estrak bunga kesidang amat sesuai dijadikan wangian kerana aromanya yang lembut dan menyegarkan. Bagi tujuan melawaskan kencing boleh nnerebuskan daun bersama dengan akarnya sehingga mendidih dan tapiskan. Amalkan minum air rebusan tersebut dalam keadaanvsuam setiap hari. Ia mampu memberihkan usus dengan mengambil segenggam buah kesidang dan rebus bersama 3 gelas air sehingga tersisa 1 gelas serta di tapiskan dan minum dalam suam. Ia dilaporkan mampu untuk menghilangkan kegatalan kulit bayi iaitu dengan mengambil segenggamm bunganya yang masih segar dan direbus.Biarkan ar rebusan suam ketikandan jadikan sebagai mandian.


Menarik laporan media lokal bertajuk '
Bunga Kesidang Antara Sembilan Jenis Bunga Dalam Istiadat Siram Tabal' yang di lakukan di Istana Kedah. Bunga kesidang yang juga dikenali sebagai bunga kerak nasi manakala di kawasan pantai timur Malaysia dikenali dengan nama bunga tikam seladang yang merupakan bunga yang berwarna putih dan berbau wangi seakan-akan bau daun pandan. Baunya yang juga seakan-akan bau nasi, menjadikan namanya dikenali juga sebagai bunga kerak nasi. Warnanya yang putih dan jambak bunganya seperti kerak nasi menjadikan bunga ini dijadikan salah satu ramuan dalam bunga rampai. Bunga kesidang yang turut dikenali sebagai bunga kerak nasi dan bunga tikam seladang digunakan dalam Istiadat Siram Tabal Sultan Kedah. Apa pun bunga kesidang turut digunakan bersama sembilan jenis bunga lagi iaitu bunga cempaka kuning, bunga melur, bunga melati, bunga kenanga, bunga lili, bunga mawar kuning, bunga kekwa dan bunga harum malam di dalam Majlis Istiadat Siram Tabal Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff. Istiadat ini diadakan bersempena Pertabalan Sultan Kedah ke-29 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober ini di Istana Anak Bukit. Datuk Jaya Budiman bersama-sama Mufti Negeri Kedah telah memulakan istiadat dengan perarakan masuk air mata air dan air zamzam dimana pegawai Daerah yang membawa 12 batil perak berisi sumber air daripada 12 mata air yang terdapat di kawasan tanah tinggi di daerah masing-masing. Air mata air itu terdiri daripada air mata air dari Gunung Keriang (Alor Setar), Air Terjun Tupah (Kuala Muda), Ulu Riau Sedim (Kulim), Bukit Perangin (Kubang Pasu), Gunung Inas (Baling), Hutan Simpan Rimba Teloi (Sik), Air Terjun Seraya (Padang Terap), Telaga Tujuh, Padang Matsirat (Langkawi), Puteri Mandi Gunung Jerai (Yan), Bukit Ulu Jawi Relau (Bandar Baharu), Sungai Rambai Bukit Perak (Pendang) dan dari sebuah telaga di Kampung Budi, Mukim Lesong (Pokok Sena).
Kesemua air mata air serta air zam zam itu telah dikumpulkan ke dalam tiga buah tempayan di atas Pancapersada iaitu tempayan yang digelar Air Siram Taubat, Air Siram Selamat dan Air Siram Syukur dan istiadat diteruskan dengan 10 Pegawai Tadbir Negeri Wanita berarak masuk dengan sembilan daripadanya membawa batil berisi sembilan jenis bunga setiap satu untuk dimasukkan ke dalam tempayan di Pancapersada bagi digaul sebati. Tunku Bendahara Kedah telah berkenan menabur bunga rampai dan merenjis air mawar kepada baginda berdua sebagai tanda bermulanya istiadat tersebut, manakala Syeikh Roslan telah membacakan doa sebelum Istiadat Siram Tabal itu dijalankan. Semasa istiadat siram tabal berlangsung, Nobat turutdipalu dengan lagu ‘Gendang Anak’. Majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat ini jarang sekali dapat disaksikan kerana hanya akan dilakukan apabila bermula istiadat pertabalan sultan/raja-raja Melayu sahaja. Di negeri Kedah, istiadat siram tabal ini merupakan peristiwa bersejarah memandangkan kali terakhir diadakan 59 tahun lalu iaitu ketika Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.. 
BUNGA KENANGA...HEBAT AROMANYA...
MUDAH DI TANAM... KERATAN DAHANNYA...
BANYAK KHASIAT... FAHAMKAN SEMUA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(27 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.