Saturday, March 14, 2026

SEGALANYA TENTANG SEMUT (PART 3)


SEMUT (Ants)
 
ada ialah serangga bersosial daripada keluarga Formicidae dimana ia juga dikenali dengan sepasang sesungut atau antena serta mempunyai pinggang langsing. Terdapat lebih 22,000 spesies diseluruh dunia diman selalunya berada didalam koloninya atau kelompoknya dengan sistem masyarakat yang teratur daripada ratu, pekerja dan askarnya. Semut boleh di jumpai di seluruh dunia akan tetapi tidak ada di kawasan yang sangat sejuk seperti di Antartika. Semut hidup dalam keadaan komuniti berstruktur dalam sarangnya dimana ia membentuk 15-25% biojisim haiwan darat dan saintis sering menganggap semut ini sebagai haiwan super-organisma. Bagi penulis blog mendapati semut merupakan sejenis serangga yang hidup berkoloni atau bersosial dari keluarga Formicidae iaitu satu kumpulan serangga Hymenoptera. Rasanya semua orang pernah lihat dan kenal akan semut kerana haiwan ini mudah dijumpai di merata tempat sama ada didalam rumah, dikebun, dibangunan tinggi, dikawasan gurun,di kawasan lembah dan sebagainya. Laporan saintis di Wikipedia menyatakan yang mana dakwanya terdapat 22,000 spesis semut yang terdapat diseluruh dunia tetapi hanya sebanyak 12,500 spesis sahaja yang telah di klasifikasikan didalam data mengenai hidupan semut. Semut juga merupakan sejenis serangga paling tua ujud didunia semenjak pra-sejarah dahulu iaitu melebihi 130 juta tahun berbanding dengan hidupan lain. Kita di Malaysia sering menjumpai semut dengan beberapa jenis yang popular seperti Jenis Kerengga, Semut Api, Semut Gatal, Lebah Madu, Tabuan, Semut Gula, Semut Hitam dan banyak lagi. Ada jenis semut yang berbisa gigitannya dan ada yang tidak mengigit langsung. Semut lazimnya mempunyai sepasang sesungut dan 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen. Artikel subuh bulan ramadan ini saya menulis mengenai segalanya fakta semut dalam ''Anim Agro Technology'' untuk bahan rujukkan pembaca blog semua.


Kajian saintis melaporkan dimana semut mempunyai peranan penting dalam ekosistem seperti membantu proses pendebungaan tanaman, menyuburkan tanah dengan membuat lubang pengudaraan dalam tanah dan paling hebat semut juga merupakan agen penguraian atau pengkomposan sisa organik yang cekap. Penulis blog sering kekebun dan melihat s
emut bertindak sebagai ejen pengurai dan baik untuk ekosistem yang penting dengan proses iaitu ia mempercepatkan lagi proses penguraian bahan organik (sisa tumbuhan atau bangkai haiwan), meningkatkan nutrien tanah, dan memperbaiki struktur tanah melalui terowong yang digali. Aktiviti mereka didalam menyuburkan tanah akan membantu sistem pengudaraan dalam tanah yang baik untuk akar dan membantu kesihatan ekosistem keseluruhan. Semut juga aakan dapat meningkatkan tekstur dan struktur tanah dimana aktiviti menggali lubang dan terowong dalam tanah ianya akan meningkatkan pengudaraan tanah dan seterusnya ia akan mempermudahkan lagi proses peresapan air. Selalaunya kajian mendapati jika ia akan menyuburkan tanah disekitar koloni semut didapati lebih kaya dengan nutrien dan tumbuhan menjadii lebih subur. Paling hebat dimana semut akan memangsa dan memakan segala musuh tumbuhan di sekelilingnya sama ada serangga perosak dewasa, larva atau dewasa dan ini mengurangkan ancaman kerosakan tanaman dari serangga perosak. Semut adalah jenis Pemangsa Semulajadi dengan membantu mengawal populasi serangga perosak kecil di dalam tanah. Perlu tahu jika ada sesetengah semut mungkin mengancam tanaman sebab ia membawa  kutu daun atau aphid yang sering berlaku kepada tanaman cili iaitu penyebab kepada masaalah Penyakit Kerinting Daun. Semut akan memakan kutu aphid dimana didalam perutnya sudah ada virus Tristeza spp yang menjadi puncaa serangan daun cili kerinting. Selain itu semut juga akan keluarkan bahan kimia (asid formik) dalam bisa semut tertentu dimana ia memang mempunyai sifat antibakteria. Sarang semut juga dalam sesetangah budaya ada ia digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan tahap sarang semut (epifit) diketahui mempunyai potensi sebagai ubat antibakteria, anti-radang, dan meningkatkan imuniti. Asasnya habitat semut menggali terowong yang membolehkan air, oksigen dan mineral mencapai akar tanaman dengan lebih baik. Ada keadaan dimana semut berperanan sebagai agen kepada Penyebaran Benih tanaman di kawasant tertentu,  Semut membantu menyebarkan benih tanaman. Dalam cara perubatan tradisional semut di jadikan doktoe untuk Jahitan Luka oleh beberapa jenis tertentu (semut tentera) dilaporkan sesuai untuk digunakan di Afrika Timur untuk menjahit luka kerana sifat antibakteria dimana rahang semut besar boleh ia digunakan sebagai 'stapler' semula jadi untuk merapatkan luka pembedahan atau kecederaan. 


Kehebatan semut menurut kajian saintis yang mengkaji sistem komunikasi (feromon) dan organisasi koloni semut untuk membangunkan algoritma komputer dan memahami adaptasi hidupan terhadap perubahan iklim. Sifat semut yang gigih, bekerjasama dan tidak berputus asa sering dijadikan teladan dalam aspek pengurusan diri dan kehidupan manusia dengan kehebatan mereka setiap masa berkomunikasi melalui kaedah khusus. Semut berkomunikasi terutamanya melalui isyarat kimia yang dipanggil feromon  yang selalu ia dilepaskan untuk meninggalkan jejak aroma bagi makanan, bahaya atau laluan rumah. Semut juga dilihat ia akan menggunakan antena untuk sentuhan, menghasilkan getaran dan melakukan trofalaksis (berkongsi makanan mulut ke mulut) untuk menyampaikan maklumat dalam koloni (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya semut meninggalkan jejak bau yang boleh dikesan oleh semut lain menggunakan antena mereka untuk mencari sumber makanan atau kembali ke sarang. Perbuatan sentuhan antena selalu di lakukan apabila semut berjumpa dan ia sering menyentuh antena dimana cara ini ia berfungsi untuk mengenali sama ada semut tersebut daripada koloni yang sama atau berbeza. Ada juga apa yang di katakan 'bahasa tubuh' apabila semut menggunakan cara pergerakan badan seperti mengangkat perut atau menekan kepala semut lain isyarat untuk memperkuat mesej kimia yang dihantar. Ada sesetengah semut menghasilkan getaran bunyi dengan menggesekkan bahagian badan untuk memberi isyarat kecemasan atau cara ia meminta tolong. Ada istilah iaiti 'Trofalaksis' iaitu proses bertukar makanan dari mulut ke mulut ini bukan sahaja untuk memberi makan akan tetapi juga untuk memindahkan maklumat dan bau koloni. Bagi penuis blog memang sistem komunikasi semut yang kompleks ini membolehkan semut bekerja secara berorganisasi dan efektif dalam koloni besar. Penulis blog paling suka melihat dimana apabila mereka bertemu dilihat mereka akan 'bersalaman' atau menyentuh antena untuk berkongsi maklumat dan mengenali rakan sekoloni. Kajian dapati ada sesetengah spesies semut menghasilkan bunyi halus dengan menggeselkan bahagian badan mereka (seperti biola) dimana bunyi ini biasanya ia akan digunakan dalam situasi kecemasan untuk meminta bantuan jika mereka terperangkap


Ancaman serangga semut merangkumi risiko kesihatan, kerosakan harta benda dan gangguan pada tanaman. Semut juga mampu untuk membawa bakteria berbahaya seperti jenis Salmonella, E. coli, Listeria kepada makanan yang ia datang, merosakkan struktur rumah dan struktur perabot kayu dan menjadi agen pembawa patogen penyakit seperti aphid yang memusnahkan tanaman seperti cili. Ia juga boleh menggigit atau menyengat manusia yang boleh menyebabkan kesakitan, kegatalan dan keradangan. Pertama a
ncaman semut terhadap Kesihatan Makanan dan Kesan Jangkitan apabila semut merayap di kawasan kotor sebelum mengerumuni makanan, membawa bakteria yang menyebabkan keracunan makanan. Kedua ancaman kepada Kerosakan Harta Benda sebab ada sesetengah spesies semut seperti Anai-anai yang mana ia boleh merosakkan kayu, penebat kabel dan struktur utama kerangka rumah kayu yang serius. Dilaporkan Jenis Semut Tukang Kayu (Carpenter ants) merosakkan kayu dengan mengorek dan membuat sarang di dalam struktur kayu terutamanya yang lembap atau reput, bukannya memakannya. Tanda-tanda serangan termasuk tumpukan serpihan kayu (frass), bunyi berdesir di dalam dinding dan kehadiran semut bersayap atau berbaris pada waktu malam. Kerosakan ini boleh melemahkan rasuk lantai dan struktur rumah jika dibiarkan. Kerosakan kayu oleh semut ini memang ia tiada tanda kerosakan (frass) dimana semun ini akan meninggalkan serpihan seperti serbuk gergaji (frass) di bawah lubang kecil. Ia menyasarkan jenis kayu yang lembap, kayu reput atau berhampiran kebocoran air atau dekat dengan tanah seperti bingkai tingkap dan rasuk lantai. Jika kerosakan teruk oleh semut ini ia mungkin memerlukan pembaikan struktur dan penggantian kayu yang rosak. Antara ancaman semut termasuk dalam kes Ancaman Tanaman sebab semut bertindak sebagai 'pembawa virus' kepada kutu daun (aphids) yang menghisap nutrien tumbuhan yang berpenyakit dan akan memindahkannya kepokok yang sihat menyebabkan pokok akan terjejas pertumbuhan terbantut atau kematian tanaman. Paling ramai takut adalah Gangguan Fizikal kepada manusia melalui gigitan atau sengatan semut (seperti semut api) boleh menyebabkan sakit, bengkak dan alahan pada manusia. Apa pun aktiviti pemusnahan semut adalah dibenarkan jika ia membawa mudarat dan ancaman kepada kehidupan seharian. Daalam kes semut Api dimana ada sengatan yang sangat menyakitkan dan ia boleh menyebabkan bintil bernanah dan dalam kes serius serta akan mencetuskan kejutan anafilaksis. Ada sejenis semut di namakan 'Semut Charlie; yanag mana ia sebenarnya sejenis kumbang yang sering dianggap semut dimana ia keluarkan cecair hemolimfanya (pederin) yang boleh menyebabkan keradangan kulit yang teruk (dermatitis). Bagi jenis 'Semut Bulldog' yang ditemui terutamanya di Australia, sengatannya sangat kuat dan berpotensi membawa maut kepada individu yang mempunyai alahan teruk.  


Dilaporkan memang ada banyak cara untuk menghalau semut secara semula jadi boleh di lakukan dimana dalam sesetengah kes beberapa penyelesaian semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia atau toksin mungkin berkesan untuk membantu isu ini. Cara pertama adalah menggunakan Serbuk lada hitam atau lada merah sebab lada hitam atau lada merah (cayenne) adalah penghalang semut semula jadi kerana baunya yang menjengkelkan. Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk menaburkan serbuk lada ini pada tempat keluar masuk semut. Kedua adalah dengan gunakan Daun pudina sebab daun pudina adalah jenis daun yang jadi penghalau serangga semula jadi yang berkesan. ampurkan 10 - 20 titis minyak pati (essential oil) pudina dengan 2 cawan air dalam botol semburan plastik bersih dan kemudian boleh ia disemburkan campuran pada tingkap dan bahagian dinding laluan semut dan dibiarkan semburan mengering dan ulangi mengikut keperluan. Seperti kebanyakan minyak pati, jauhkan minyak pati pudina daripada haiwan peliharaan khususnya kucing. Ketiga adalah dengan gunakan
Cuka sebagai petua murah dan berkesan untuk menghalau semut. Ia juga merupakan agen pembersih semula jadi. Semut boleh menghidu bau cuka selepas ia kering dan amat membencinya. Caranya mencampurkan cuka dan air dengan nisbah 1:1 untuk membersihkan permukaan keras, termasuk lantai, atas meja dan di mana sahaja laluan semut. Keempat dengan gunakan Serbuk kopi yang mana ia amat berkesan dalam menghalau semut dengan memercikkan air kopi pada permukaan kertas dan biarkan di kawasan semut berkumpul seperti mangkuk makanan haiwan peliharaan. Cara lain yang boleh dilakukan dengan menaburkan serbuk kopi pada tempat laluan semut. Kelima dengan gunakan Lemon dengan cara menyembur atau mengelap jus lemon untuk dapat juga mengurangkan daya tarikan semut dengan membuang jejak feromon dan menutup bau makanan. Cara menghalau semut di dapur atau bilik air, tukar kepada pembersih wangian lemon atau sitrus. Boleh juga gunakan Kulit buah Citrus (jenis limau) dimana selain daripada jusnya boleh menggunakan kulit lemon, atau sebarang buah-buahan sitrus lain. Caranya adalah dengan meletakkan kupasan kulit sitrus pada laluan aktif semut atau di dalam kabinet di dapur. Penggunaan Kayu manis secara semula jadi ini juga amat bagus dalam menghalau semut caranya dengan menabur serbuk kayu manis pada laluan semut atau sekitar sarangnya atau campurkan beberapa titis minyak pati kayu manis dengan air dan semburkan pada laluan semut, sekeliling pintu, tingkap dan retakan dinding dan menitiskan minyak pati kayu manis pada bebola kapas dan kemudian lekatkan ia pada kawasan bermasalah sebab semut benci akan bau kayu manis. Maka ini merupakan cara terbaik untuk menghalau serangga ini selagi bau itu kekal. Seterusnya boleh gunakan Kapur Tulis iaitu dnegan melukiskan garisan menggunakan kapur pada laluan semut masuk ke rumah dimana ia akan bertindak sebagai penghalang buat serangga ini dan pastikan untuk melukis semula garisan secara berkala. Boleh juga gunakan Bedak Bayi caranya sama seperti kapur iaitu buatkan garisan kecil serbuk untuk membentuk penghalang semut daripada memasuki rumah. Boleh juga gunakan Cengkih dengan cara menaburkan cengkih dikawasan ada dilihat koloni semut dan terutamanya pada bahagian pintu masuk atau boleh guna minyak pati cengkih. Ia berkesan kerana semut tidak menyukai bau bunga cengkih yang kuat. Ia tidak akan membunuh semut tetapi cukup untuk menghalau serangga kecil ini daripada rumah. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang disyorkan di baka kesemuanya. Semuga tulisan artikel di Bulan Ramadan 1447 Hijrah ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agri technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN SEMUT... SEJENIS SERANGGA...
BANYAK JENISNYA..AMAT BERGUNA...
PERLU AWAS...ADA YANG BAHAYA...
BACA ARTIKEL..ILMUNYA DI TERIMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(20 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.