PAUS (Whale) atau ikan paus adalah sekelompok mamalia laut berplasenta yang bernafas menggunakan paru-paru, berdarah panas, dan menyusukan anak, bukannya ikan. Ia tergolong dalam ordo Cetacea dan hidup sepenuhnya di dalam air. Paus adalah antara haiwan terbesar di dunia iaitu dengan sesetengah spesies boleh membesar sehingga 18 meter panjang, Ia sejenis mamalia dan ia bukan ikan bila paus bernafas melalui lubang hembus, melahirkan anak dan juga ia mempunyai jantung empat ruang. Paus tinggal di laut dan sering bermigrasi dari kawasan sejuk ke perairan hangat untuk membiak dimana selalunya paus betina menyusukan anak dengan susu yang pekat dan berlemak tinggi. Ada banyak paun di seluruh dunia tetapi yang selalu di kenali adalah seperti Jenis Paus Biru, Paus Bongkok dan Paus Orca dimana ia berstatus haiwan yang dilindungi daripada aktiviti termasuk cara penangkapan komersial. Perlu di ingkatkan sekali lagi dimana paus bukan ikan dimana ia sebaliknya ia adalah sejenis mamalia laut yang bernafas menggunakan paru-paru (bukan insang), berdarah panas dan menyusukan anaknya. Ia tergolong dalam ordo Setasea (Cetacea) dan berkembang biak dengan cara melahirkan anak iaitu ia berbeza dengan ikan yang bertelur. Cara pernafasan paun akan menggunakan paru-paru dan perlu naik ke permukaan air untuk bernafas melalui lubang hembus. Cara pembiakan sebagai mamalia ia akan melahirkan anak dan menyusukan anak dengan susu yang pekat. Ia juga berdarah panas serta dapat mengekalkan suhu badan yang stabil. Ada dilaporkan paus juga mempunyai sedikit bulu terutama pada paus dewasa. Dilaporkan dimana paus asalnya berevolusi daripada haiwan darat yang kemudian ia berpindah ke lautan berjuta tahun dahulu dan masih hidup sehingga sekarang. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas segalanya tentang paun untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.
Sistem Pernafasan Paus adalah sesuatu yang menakjubkan dikalangan haiwan mamalia sebab sebagai sebagai mamalia yang hidup sepenuhnya di air, paus telah mempunyai cara bernafas yang sangat efisien. Pertama perlu di ketahui jika ada Organ Lubang Sembur (Blowhole) untuk paus bernafas melalui lubang semburan yang terletak di bahagian atas kepalanya. Jenis Paus Baleen memiliki dua lubang sembur sementara jenis paus bergigi hanya memiliki satu lubang sahaja. Dilaporkan dimana lubang sembur terhubung langsung ke paru-paru dimana ia bukan ke sistem pencernaan seperti hidung pada mamalia darat. Apa pun Kaedah Mekanisme Pernafasan Paus berlaku semasa ia timbuk dan ia menghembuskan udara dengan kekuatan kuat dilihat ia menciptakan semburan air yang jelas terlihat (Sila lihat foto disebeah). Setelah menghembuskan nafasnya kemudian paus dengan cepat menghirup udara segar sebelum kembali menyelam kedalam air. Proses ini berlangsung sangat cepat dimana ia biasanya berlaku hanya dalam beberapa saat sahaja. Paus mempunyai Kapasiti Paru-paru yang besar iaitu ia relatif besar sesuai dengan saiz ukuran badannya. Jika mengambil spesis paus biru dimana ia akan dapat menyedut sehingga 5,000 liter udara dalam satu tarikan nafas dimana kecekapan pertukaran oksigen di paru-paru paus sangat tinggi dimana cara ini ia memungkinkan paus dapat mengekstrak lebih banyak oksigen dari setiap bernafas. Kehebatan paus yang boleh Menyelam Lama dan menahan nafasnya adalah unik dimana ada beberapa jenis paus menyelam sehingga lebih dari satu jam dalam air. Paus dilaporkan ia mempunyai kepekatan mioglobin yang tinggi dalam otot dimana ini akan membolehkan berlaku penyimpanan oksigen lebih banyak. Sistem pengedaran oksijan dilakukan dengan mengalihkan aliran darah dari organ-organ yang kurang penting selama paus menyelam untuk menjimatkan oksigen. Paus mempunya cara atau Sistem Mengawal Pernafasan Sadar iaitu ia tidakk sama dengan manusia secara tidak sadar. Ini bermakna paus akan mengawal sepenohnya bila ia perlu bernafas dan berapa lama ia perlu menyelam semula. Psua juga mempunyai sistem Penyesuaian Tekanan dimana mekanisma ini adalah ia mampu untuk dapat mengatasi perubahan tekanan semasa menyelam dan naik semula ke permukaan air. Tekanan diatas air dengan didalam air adalah berlainan dimana lebih dalam maka tekanannya lebih tinggi. Paru-paru paus akan mengawal semasa ia menyelam dan timbuk di permukaan bagi dapat mencegah nitrogen terlarut dalam darah yang dapat menyebabkan penyakit 'decompression'. Paus mempunyai cara Menjimatkan Kecekapan Tenaga melalui sistem pernafasan dimana ia akan dapat mengekstrak hingga 90% oksigen dari udara yang disedut jika dibandingkan dengan sekitar cuma 20% pada manusia. Penyesesuaian Organ Trakea Paus adalah ia sangat fleksibel yang mana ia membolehkan pergerakan lubang semburan tanpa ianya akan mengganggu pengaliran udara. Paus memiliki otot kuat di sekitar lubang sembur untuk mencegah air masuk semasa ia mula menyelam. Jenis paus orca dilaporkan mampu untuk menahan nafas selama 15 minit sementara paus sperma dapat menyelam selama lebih dari satu jam tanpa bernafas. Dalam pada itu paus baleen umumnya memiliki waktu menyelam yang lebih pendek dibandingkan paus bergigi. Apa pun ada ancaman pencemaran bunyi didalam laut yang kemudian ia akan menganggu pola pernafasan paus dan ini akan menyebabkan paus akan sering timbul untuk bernafas. Keberadaan jaring ikan dan sampah juga akan menghalang pergerakan paus kepermukaan air untuk bernafas dimana isu ini akan menyebabkan kematian akibat paus akan tenggelam. Penulis blog faham bagaimana sistem pernafasan unik paus tidak hanya memungkinkan mereka bertahan hidup dalam air atau di akuatik tetapi juga mempengaruhi semua aspek kehidupannya termasuk perilaku menyelam, pola migrasi dan strategi mencari makan.
Banyak ancaman terhadap populasi paus dimana kini ia menghadapi berbagai ancaman serius yang sebahagian besar disebabkan oleh aktiviti manusia. Ancaman-ancaman seperti ini telah menyebabkan penurunan populasi yang signifikan pada banyak spesies paus. Pertama adalah Ancaman Perburuan Paus dimana walau pun perburuan paus komersial telah dilarang secara internasional sejak 1986 tetapi masi ada beberapa negara masih melakukan perburuan dengan alasan kajian saintifik' atau tradisi budaya seperti Jepun. Perburuan ilegal masih terjadi di beberapa bahsgian dunia dimana aktiviti ini menyebabkan banyak populasi pausn terancam. Kedua adalah ancaman sebagai Tangkapan Sampingan apabila paus sering terjerat dalam peralatan penangkapan ikan seperti jaring dan tali pancing. Ini akan menyebabkan paus akan dapat cedera serius atau kematian dan popilasi terancam. Ancaman Berlanggar Dengan Kapal semakin meningkat sebab paus berengang di permukaan air dikawasan lalu lintas kapal di habitat paus meningkatkan risiko kemalangan yang boleh menyebabkan cedera fatal atau kematian langsung pada paus. Selalunya paus yang besar ia bergerak lambat seperti paus biru dan paus sirip sangat mudah berlanggar dengan kapal besar. Isu gangguan Pencemaran Bunyi seperti bunyi dari kapal, sonar ketenteraan dan eksplorasi minyak (O&G) dapat mengganggu komunikasi dan navigasi paus. Gangguan bunyi dalam air laut ini menyebabkan paus stres, perubahan perilaku dan bahkan kematian pada kes yang ekstrem. Gangguan bunyi ini juga dapat mempengaruhi kemampuan paus untuk mencari makan, mebiak dan proses bermigrasi. Gangguan Pencemaran Kimia juga dilihat mengancam populasi paus seperti pencemaran dari bahan plastik, logam berat dan bahan kimia industri terakumulasi dalam tubuh paus melalui rantai makanan. Ia akan dapat mempengaruhi sistem kekebalan, reproduksi dan fungsi neurologis paus dimana paus yang berada di habitat tercemar akan menganggua rantaian makanan yang tinggi racun. Penurunan Kualiti Habitat akibat pembangunan seperti pembangunan pesisir, penyedutan pasir dan aktiviti industri lainnya dapat merosakkan habitat penting paus dimana ia akan mempengaruhi ketersediaan sumber makanan dan loksi sesuai untuk pembiakan paus. Pencemaran yang terjadi di habitat oleh limbah industri dan pertanian juga menjadi satu ancaman serius. Paus dapat terperangkap dalam sampah laut seperti jaring yang ditinggalkan atau tali plastik dimana plastik yang termakan akan menyebabkan masalah pencernaan dan kelaparan pada paus dan akhirnya ia mati (Sila lihat foto disebelah). Sampah laut juga dapat mencemari habitat paus dan mempengaruhi ketersediaan sumber makanan mereka. Apa pun aktiviti penangkapan ikan sebagai sumber makanan paun berlebihan dapat mengurangkan ketersediaan makanan bagi paus. Eksplorasi danmengerudi minyak dan gas di laut dapat mengganggu habitat paus dan meningkatkan risiko tumpahan minyak. Ancaman oleh Penyakit dan Parasit berlaku sebab berlaku pencemaran kualiti air akan juga ianya meningkatkan kerentanan paus terhadap penyakit. Ada dilapor beberapa populasi paus telah terkena penyakit virus dan sakit. Ancaman peningkatan suhu laut dapat memperluas jangkauan beberapa parasit yang mempengaruhi paus.
Ada banyak mitos dan fakta sebenar paus yang terus bermain dalam pemikiran semua termasuk pembaca blog. Paus telah lama menjadi subjek dari berbagai mitos dan kesalahpahaman dimana banyak penjelasan di perlukan. Pertama adalah mitos berkaitan Paus Adalah Ikan Besar dimana faktanya paus adalah mamalia laut dan ia bukan ikan sebab pasu akan bernafas udara, melahirkan anak yang hidup, menyusui anak-anak mereka dan berdarah panas. Berbeza dengan ikan dimana paus tidak memiliki insang dan harus naik keatas permukaan untuk bernafas. Kedua adlah mitos dimana semua paus menyemburkan air dari lubang semburnya tetapi fakta saintifik menyatakan semburan yang terlihat dari lubang sembur paus sebenarnya adalah campuran uap air yang terkondensasi dari napas paus dan tetesan air laut. Ini bukan 'air yang disemprotkan' seperti yang sering digambarkan. Ketiga adalah mitos dimana Paus sering menyerang manusia tetapi faktanya serangan paus terhadap manusia sangat jarang terjadi. Sebahagian besar spesies paus tidak menganggap manusia sebagai makanan dan cenderung menghindari kontak langsung dengan manusia. Kes di mana paus menyerang kapal atau perenang biasanya merupakan kesalahan identifikasi atau respons defensif. Keempat adalah mitos Paus Pembunuh (orca) adalah paus yang paling berbahaya sebaliknya fakta menunjukkan walau pun ia digelar sebagai 'paus pembunuh, orca sebenarnya adalah anggota keluarga lumba-lumba diman adlam alam liar, tidak ada lagi catatan serangan fatal orca terhadap manusia. Mereka sangat cerdas dan sosial dimana sebahagian besar interaksi mereka dengan manusia di alam liar bersifat damai dan aman sahaja. Kelima adalah mitos yang Paus tidak boleh tenggelam akan tetapi faktanya paus dapat dan memang tenggelam. Mereka aktif mengontrol kedalaman mereka di air dan dapat tenggelam ke kedalaman yang sangat dalam diman aada beberapa spesies seperti paus sperma mampu menyelam mencapai kedalaman lebih dari 2.000 meter. Keenam adalah mitos berkaitan Paus Ambergris iaitu sebagai bahan berharga yang digunakan dalam parfum adalah kotoran paus akan tetapu faktanya dimana Ambergris memang berasal dari paus sperma akan tetapi bukan kotoran. Ini adalah bahan yang dikeluarkan dalam sistem pencernaan paus untuk tujuan melindungi ususnya dari paruh csotong yang tajam sebagai sejenis makanan utamanya. Ambergris dikeluarkan melalui mulut atau anus paus. Ketujuh adalah mitos bagaiman Paus tidur dengan setengah otak mereka tetapi faktanya ia adalah benar untuk beberapa spesies paus bergigi seperti paus lumba-lumba yang dapat 'tidur' dengan satu belahan otak tetap terjaga untuk mengontrol pernapasan dan menjaga kewaspadaan terhadap predator walau pun pola tidur paus baleen masih kurang dipahami dan mungkin berbeda. Yang ke lapan adalah mitos dimana Semua paus bermigrasi ke perairan hangat untuk melahirkan anak tetapi faktanya dimana ada banyak spesies paus memang bermigrasi ke perairan yang lebih hangat untuk melahirkan tetapi ia tidak berlaku untuk semua spesies. Beberapa jenis paus seperti paus beluga akan tetap di perairan artik yang sejuk sepanjang tahun dan melahirkan di sana. Seterusnya ke sembilan adalah mitos dimana Paus tidak memiliki predator semulajadi tetapi sebaliknya fakta menunjukkan meskipun paus dewasa dari spesies besar memang memiliki sedikit predator alami tetapi ia tidak berlaku untuk semua paus. Orca dikenal memangsa beberapa spesies paus lain yang lebih kecil dan bahkan anak paus dari spesies yang lebih besar. Ikan Yu Bersaiz besar juga kadang-kadang menyerang anak paus atau spesies yang lebih kecil. Ke sepuuh adakah kepercayaan bahawa Paus dapat hidup di air tawar faktanya dimana ada sebahagian besar spesies paus adalah haiwan laut yang sepenuhnya bergantung pada keadaan air asin. Namun, ada beberapa pengecualian seperti lumba-lumba sungai Amazon dan Gangga yang telah beradaptasi untuk hidup di air tawar. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang di syor untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.