Sunday, March 8, 2026

SEGALANYA TENTANG PAUS (Part 1)


PAUS (Whale)
atau 
ikan paus adalah sekelompok mamalia laut berplasenta yang bernafas menggunakan paru-paru, berdarah panas, dan menyusukan anak, bukannya ikan. Ia tergolong dalam ordo Cetacea dan hidup sepenuhnya di dalam air. Paus adalah antara haiwan terbesar di dunia iaitu dengan sesetengah spesies boleh membesar sehingga 18 meter panjang, Ia sejenis mamalia dan ia bukan ikan bila paus bernafas melalui lubang hembus, melahirkan anak dan juga ia mempunyai jantung empat ruang. Paus tinggal di laut dan sering bermigrasi dari kawasan sejuk ke perairan hangat untuk membiak dimana selalunya paus betina menyusukan anak dengan susu yang pekat dan berlemak tinggi. Ada banyak paun di seluruh dunia tetapi yang selalu di kenali adalah seperti Jenis Paus Biru, Paus Bongkok dan Paus Orca dimana ia berstatus haiwan yang dilindungi daripada aktiviti termasuk cara penangkapan komersial. Perlu di ingkatkan sekali lagi dimana paus bukan ikan dimana ia sebaliknya ia adalah sejenis mamalia laut yang bernafas menggunakan paru-paru (bukan insang), berdarah panas dan menyusukan anaknya. Ia tergolong dalam ordo Setasea (Cetacea) dan berkembang biak dengan cara melahirkan anak iaitu ia berbeza dengan ikan yang bertelur. Cara pernafasan paun akan menggunakan paru-paru dan perlu naik ke permukaan air untuk bernafas melalui lubang hembus. Cara pembiakan sebagai mamalia ia akan melahirkan anak dan menyusukan anak dengan susu yang pekat. Ia juga berdarah panas serta dapat mengekalkan suhu badan yang stabil. Ada dilaporkan paus juga mempunyai sedikit bulu terutama pada paus dewasa. Dilaporkan dimana paus asalnya berevolusi daripada haiwan darat yang kemudian ia berpindah ke lautan berjuta tahun dahulu dan masih hidup sehingga sekarang. Paus merupakan salah satu makhluk paling menakjubkan yang menghuni lautan. Meski sering disebut 'ikan paus' tetapi haiwan raksasa ini ia adalah sebenarnya adalah mamalia laut. Paus memiliki sejumlah ciri khas yang membedakannya dari ikan dan menjadikannya unik di antara penghuni samudra. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas segalanya tentang paun untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.


Paus adalah kelompok mamalia laut yang termasuk dalam ordo Cetacea dimana paun telah berevolusi dari nenek moyang darat sekitar 50 juta tahun yang lalu dan beradaptasi sepenuhnya dengan cara kehidupan akuatik. Meski hidup di air dimana paus tetap mempertahankan ciri-ciri utama mamalia seperti bernafas dengan paru-paru, melahirkan anak, menyusui anaknya dan berdarah panas. Apa pun s
ecara taksonomi, paus terbahagi menjadi dua subordo utama iaitu Sub-Ordo Mysticeti (paus baleen) dimana kelompok ini adalah ia mencakupi jenis paus biru, paus sirip, paus bongkok dan spesies besar lainnya. Mereka tidak mempunyai gigi akan tetapi mempunyai struktur menyerupai sikat yang disebut 'baleen' untuk menyaring makanan dari air yang di telannya. Kedua adalah Sub-Ordo Odontoceti atau jenis paus bergigi dimana ia termasuk paus sperma, paus pembunuh (orca), lumba-lumba dan porpoise. Kelompok ini mempunyai gigi dan umumnya berukuran lebih kecil dari kumpulam paus baleen. Walau pun ia disebut 'ikan pausi tetapi haiwan ini sangat berbeza dari ikan sejati antaranya adalah ia bernafas dengan paru-paru sementara ikan menggunakan insangnya. Kedua adalah paus berdarah panas sedangkan ikan berdarah sejuk  dan ketiga adalah paus melahirkan anak tetapi kebanyakan jenis ikan hanya bertelur. Seterusnya dimana paus menyusui anaknya tetapi jenis ikan tidak meyusukan anaknya dan akhir sekali paus mempunyai cara bergerak vertikal sedangkan ekor ikan bergerak horizontal. Paus memiliki sejumlah adaptasi anatominya yang memungkinkan paus hidup sepenuhnya di lingkungan akuatik. Antara ciri fizikal utama yang membezakan paus dengan ikan adalah Saiz Ukuran Tubuh Besar dimana paus adalah ia sebagai haiwan terbesar di dunia. Jenis Paus biru dapat mencapai panjang hingga 30 meter dan berat 200 tan dan ini menjadikannya makhluk terberat yang pernah hidup di bumi. Bahkan ada spesies paus yang lebih kecil seperti paus pembunuh (orca) masih jauh lebih besar dari kebanyakan jenis ikan dengan panjang mencapai 9 meter. Perbezaan seterusnya adalah Paus ada Bentuk Tubuh Streamlined atau paus berbentuk 'torpedo' yang mana bentuk ini memungkinkan mereka berenang dengan lebih cekap dan selalunya kulit paus halus dan elastik. Kulitnya mempunyai satu lapisan lemak tebal di bawahnya yang berfungsi sebagai penebat haba dan te,pat simpanan tenaganya.


Seterusnya perbezaan paun dengan ikan adalah dalam aspek Bahagian 
Sirip dan Ekor dimana paus memiliki sepasang sirip dada (flipper) yang digunakan untuk mengemudi dan menjaga keseimbangan. Sirip belakangnya pada ada beberapa spesies membantu kestabilan semasaa paus berenang. Ekor paus (flukes) sebenarnya ia bergerak naik-turun untuk menolaj badan paus kehadapan dimana ini berbeza dengan gerakan ekor ikan yang bergerak ke kiri dan kekanan untuk membolehkan ikan bergerak kehadapan. Paling lain membezakan dimana Paus mempunyai Lubang Sembur (Blowhole) semasa aktiviti pernafasannya dimana akan bermula dari mulutnya menyedut udara dan di keluarkan bersama air melalui lubang sembur di bahagian atas kepala yang terhubung langsung ke paru-paru (Sila lihat foto disebelah). Jenis Paus Baleen memiliki dua lubang sembur sementara jenis paus bergigi hanya memiliki satu lubang sembur sahaja. Perbezaan Sistem Pendengaran pula dimana paus memiliki pendengaran yang sangat bagus untuk mereka berkomunikasi dan ekolokasi. Walau pun paun ia tidak memiliki telinga eksternal tetapi ia menggunakan tulang rahang bawah untuk menangkap getaran suara di air sebagai cara berkumunikasi. Seterusnya perbezaan Organ Mata di mana mata paus relatif kecil dibandingkan ukuran tubuhnya namun ia dilaporkan mempunyai adaptasi khusus untuk melihat aapa yang berada di bawah air dimana mata paun ini juga ia dilindungi oleh lapisan minyak tebal yang membantu melindungi dari gangguan kemasinan air garam. Ciri Baleen atau Gigi dimana paus baleen memiliki ratusan lempeng keratin yang menggantung dari rahang atas yang mana ia berfungsi menyaring plankton dan ikan kecil dari air. Paus bergigi memiliki gigi tajam untuk menangkap mangsa yang lebih besar. Penyesuaian anatomi paun ini menjadikan ia pergi jauh bagi menjelajahi lautan dengan cekap, mencari makan dan mampu untuk bertahan hidup di lingkungan persekitaran yang tidak menantu. Pemahaman tentang struktur tubuh paus juga penting dalam upaya bagaimana dapat konservasi dan penelitian ilmiah tentang mamalia laut ini.


Kelakuan atau tabiat paun adalah sangat kompleks
 yang mencerminkan kecerdasan dan adaptasi mereka terhadap kehidupan laut sebagai mamalia berbanding dengan semua jenis ikan. Pertama dimana Paus Mempunyai Pola Migrasi yang unik sebab selalu kebanyakan spesies paus melakukan migrasi jarak jauh secara bermusim mengikut jadual khas. Mereka biasanya bergerak antara kawasan banyak makanandaripada di perairan sejuk yang banyak makanan menghala kekawasan bersuhu panas. Sebagai contoh kajian mendapati paus kelabu mampu bergerak dengan jarak sehingga 20.000 km dalam satu kali perjalanan migrasi tahunan mereka dengan berkumpulan. Dalam aspek bersosial dimana paus umumnya Hidup Dalam Kelompok Sosial yang disebut sebagai 'pod' iaitu ukuran dan struktur pod bervariasi antar spesies. Paus pembunuh (orca) hidup dalam sebuah kumpulan yang bergabung dengan keluarga yang sangat erat sepanjang kehidupannnya sementara jenis paus bongkok pula ebih cenderung membentuk gabungan agak longgar. Paling unik adalah Cara Berkomunikasi Paus dimana paus akan  menggunakan berbagai suara untuk cara berkomunikasi dimana caranya adalah seperti bentuk bunyi klik, siulan dan seakan sebuah nyanian yang kompleks. Dilaporkan dimana nyanyian paus bongkok jantan boleh berlangsung sehingga 20 minit dan akan diulang selama berjam-jam dimana ia adalah salah satu contoh paling terkenal dari komunikasi paus yang direkodkan saintis. Keunikan paus adalah bagaimana Teknik Berburu Makanan dengan cara yang unik dan canggih. Salah satu teknik adalah di namakan sebagai 'bubble net feeding' yang di lakukan oleh jenis Paus Bongkok di mana sekelompok paus bekerja sama membuat lingkaran gelembung untuk mengurung dan menangkap ikan. Paus pembunuh (Orca) pula memburu makanannya dengan strategi berburu kooperatif dan bersama dengan lebih kompleks. Selain itu tabiat paus mempunyai suatu Perilaku Bermain dimana saintis dapati jika  ia bermain tanpa apa-apa tujuan tetapi menunjukkan akan tahap kesenangan tersendiri. Antara permaianan yang sering di lihat adalah bagaimana paus akan 'melompat keluar' dari air atau 'breaching', memukul-mukul permukaan air dengan sirip atau ekor (lobtailing) dan melakukan 'spyhopping' di mana mereka mengangkat kepala vertikal di atas permukaan air. Seterusnya keunikan paun adalah Pola Tidur dimana ia memang memunyai cara pola tidur unik sebab paus harus tetap sadar untuk terus bernafas. Beberapa spesies paun yang akan tidur dalam posisi vertikal dengan kepala di dekat permukaan. Paus bergigi seperti lumba-lumba akan dapat tidur dengan setengah otak mereka tetap aktif dimana ini akan menjdikan paus ini untuk terus berenang dan naik keatas dipermukaan untuk bernafas. Perkara penting seterusnya bagaimana paus Melakukan Penjagaan Anak dimana paus memang haiwan yang sangat protektif terhadap anak-anak mereka dimana jangkamasa menjaganya boleh berlaku untuk selama beberapa tahun dimana ia akan mengajar anaknya berdikari dan berketerampilan termasuk teknik berburu dan laluan penghijrahan. Paus mempunyai Ekolokasi Khas dimana ada jenis paus bergigi menggunakan ekolokasi untuk tujuan bernavigasi dan usaha mencari mangsa. Saintis dapati dimana paus akan mengeluarkan suara 'klik' yang memantul dari objek di sekitarnya kemudian ini memberikan maklumat berkaitan persekitaran dan keberadaan potensi jumlah makanannya. Apa pun tabiay paus perlu terus di lakukan kajian agar mudah untuk konservasi paus agar tidak pupus. Saintis merekodkan pola migrasi paus untuk menentukan kawasan ini tidak di ganggu secara berkesan. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang di syor untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PAUS DI LAUTAN... BESAR SAIZNYA...
BANYAK SPESIS... MAKANAN SAMA...
SEJENIS MAMALIA... BERANAK DIA...
SEMAKIN PUPUS... ANCAMAN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1514, Opero Hotel,
No 2, Jalan Southkey, Kota Southkey,
Jojor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(17 Ramadan 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.