Ramai kalangan peminat bunga mawar akan menanam sendiri sebagai hobi dan sebahagiannya di jadikan perniagaan. Apa pun hobi menanam bunga mawar atau bunga ros memerlukan perhatian pada lokasi, tanah dan penjagaan rutin agar ia dapat hidup subur dan berbunga lebat. Beberapa perkara asas dalam menanan bunga mawar perlu di ikuti pertama sekali adalah pemilihan lokasi sesuai yang dapat banyak cahaya matahari sebab pokok bunga mawar memerlukan sekurang-kurangnya 6 - 8 jam cahaya matahari berterusan setiap hari. Cahaya pagi adalah yang terbaik untuk mengeringkan embun pada daun dimana ini akan dapat mengelakkan serangan penyakit kulat. Sebaiknya kawasan penanaman bung amawar mendapat sistem pengaliran udara yang baik tetapi tidak terlalu terdedah kepada angin kencang yang boleh merosakkan dahan yang lembut. Bagaimana pun kalau mennam dalam padu boleh di sesuaikan lokasi menempatkan pokok tersebut. Kerja-kerja bagi penyediaan tanah atau penyedia media taaman dalam pasu di lakukan awal. Sebaiknya menggunakan tanah yang mempunyai saliran yang baik (well-drained). Campuran tanah yang ideal biasanya mengandungi tanah bakar, kompos dan sedikit pasir untuk memastikan air tidak bertakung dimana air yang bertakung boleh menyebabkan masaalah akar reput. Apa pun saiz pasu adalah sesuai dimana periksa pasu mempunyai lubang saliran yang cukup di bahagian bawah untuk ia dapat mengelakkan reput akar. Jika ingin menanam dengan benih gunakan Keratan Batang (cutting method) maka pilih batang yang sihat (tidak terlalu tua atau muda) dimana ia di potong secara menyerong dan perlu di rendam dalam hormon penggalak akar sebelum dicucuk ke dalam media di tapak semaian. Apabila anakbenih sudah cukup umur dan saiz maka ia boleh di pindahkan ke tanah atau kedalam pasu. Panduan untuk gunakan benih dengan membeli benih pokok dari nurseri (dalam polibag) selalu boleh terus ditanam dengan menggali lubang yang dua kali ganda lebih lebar daripada akar pokok tersebut. Masukkan pokok dan timbus semula dengan tanah campuran dan ia kemudian tekan perlahan-lahan.
Aktiviti amalan agronomi taaman bunga mawar melibatkan beberapa aspek seperti perlu buat penyiraman, cantasan, pembajaan, kawala perosak dan penyakit serta memetik bunga. Menyiram pokok bunga mawar perlu dilakukan di bahagian pangkal atau akar dan seeloknya bukan siram air pada daun yang tujuannya adalah bagi mengelakkan jangkitan patogen perosak seperti serangan kulat. Ia dilakukan penyiraman setiap pagi atau petang kecuali pada hari hujan. Seterusnya di berikan baja bunga dengan komposisi Baja NPK 12:12:17:2 untuk galakkan pembungaan setiap dua minggu sekali dan di tambah dengan baja organik. Aktiviti pemangkasan (Pruning) dilakukan sejak awal untuk membuat cantasan pembentukan dan kemudian di lakukan cantasan penyelenggaraan. Buang dahan yang mati, sakit atau jika ada terdapat kuntum bunga yang telah layu (deadheading) untuk menggalakkan pertumbuhan tunas baru yang lebih kuat. Pokok bunga mawar adalah tumbuhan yang menarik dan menyebabkan ada serangan serangga seperti serangga jenia Aphid atau diserang Penyakit Bintik Hitam pada daun dan ia boleh di kawa dengan menggunakan cara semburan racun organik atau gunakan semburan air sabun nipis jika perlu. Perlu diketahui jika pokok mawar merupakan tanaman yang amat mudah diserang penyakit dimana antaranya adalah serangan ia boleh membunuh pokok mawar seperti serangan oleh Kutu Thrip halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda serangan adalah seperti terlihat kecacatan (kerinting) pada pucuk dan bunga, pucuknya yang terbantut, daun seakan 'terbakar' dan seterusnya pokok mawar jika tidak di kawal boleh mati. Antara langkah kawalan yang selamat digunakan ialah menggunakan semburan racun perosak berasaskan air (water base pesticide) yang disembur seminggu sekali sehingga simptom penyakit berkurangan. Sekiranya tidak berkesan juga sebaiknya pokok mawar sudah berada pada peringkat sangat teruk ia sebaiknya ditogelkan daun, bunga dan dahannya, dipangkas lalu dibakar atau dibungkus dengan plastik dan kemudian dibuang jauh dari pokok lain sebab ia boleh berjangkit. Kesan seperti bintik hitam adlah jenis penyakit berleku terutama di musim hujan yang lebih bahaya di bawa oleh kutu thrips dimana ia biasanya apabila dmenyerang maka potensi daya ketahanan pokok mawar hanya sekitar 50-50 untuk pokok terus hidup atau mati. Serangan jenis penyakit seperti Penyekit Kuapuk disebabkan oleh kulat dimana spora kulat boleh bercambah apabila daun atau batang dalam keadaan lembab atau basah. Pencegahan pentingnya termasuklah seperti menyiram air hanya pada akar.
Bagi penulis blog fahan dimana bunga mawar bukan sekadar hiasan akan tetai ia kaya dengan khasiat kesihatan dan kecantikan. Antara manfaat utamanya ialah merawat masalah kulit (masaalah jerawat, keradangan), melembapkan kulit, bantu melegakan stres, melancarkan pencernaan, meredakan nyeri haid, dan kaya bahan antioksidan. Ia juga boleh digunakan sebagai air mawar, teh atau minyak esensial. Kategori pertama adalah khasiatnya untuk Kesihatan dan KecantikanKdimana bagi kesihatan kulit muka maka air mawar didakwa akan dapat membantu menyegarkan, membersihkan pori-pori serta ia mengurangkan minyak berlebih dan dapat merawat jerawat. Ia juga akan membantu untuk melembapkan kulit muka dimana sering di jadikan sebagai pelembap semula jadi amat sesuai untuk kulit kering dan iritasi. Bunga mawar dilaporkan penggunannya akan dapat Melegakan Tekanan dan Kes Kecemasan sebab aroma bunga mawar bertindak sebagai bahan terapi untuk menenangkan minda dan mengurangkan stres. Seterusnya khasiatnya adalah ia bantu dalam Kesihatan Pencernaan dimana kelopak bunga mawar membantu melancarkan pembuangan air besar dan meredakan sembelit. Ada dakwaan dimana bunga ini mampu Meredakan Masaalah Sengugut dimana dengan meminum teh bunga mawar membantu wanita untuk mengurangkan krem perut dan kembung semasa datang bulan. Ia mengandungi unsur Antioksidan Tinggi dan juga ia kaya dengan polyphenol dan gallic acid yang boleh membantu melindungi tubuh daripada kerosakan sel, kanser dan isu diabetes. Khasiat lain dimana bunga mawar akan Melegakan Sakit Kepala dimana wap dari air mawar atau minyaknya dipercayai dapat mengurangkan migrain. Apa pun dilaporkan dimana kelopak mawar boleh diolah menjadi teh, manakala air rebusannya digunakan sebagai pembersih wajah (toner) atau bahan campuran dalam mandian bunga mawar bukan sekadar hiasan sebab ia berikan Kesihatan Mental (Aromaterapi) sebab bau harum mawar mempunyai kesan menenangkan yang boleh membantu mengurangkan stres, meningkatkan mood dan menstabilkan tekanan darah apabila dihidu sebagai minyak pati. Ia berkhasiat sebagai bahan Antiseptik SemulaJadi dimana kelopak mawar mengandungi bahan yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membantu menyembuhkan luka kecil dan mencegah jangkitan. Ada di laporkan bunga mawar adalah bahan makanan dan masakan yang popular seperti kelopak mawar digunakan sebagai bahan dalam jeli, sirap, jem atau penyedap masakan kerana ciri aromanya yang unik dan menambah slera makan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.....





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.