Sunday, March 1, 2026

BURUNG PIPIT DAN FAKTANYA


BURUNG PIPIT
adalah sejenis burung kecil pemakan biji-bijian (terutamanya biji padi) yang biasa ditemui dalam kumpulan di kawasan sawah dan sekitar kampung. Spesies popular seperti Pipit Pinang atau dikenali sebagai 'Scaly-breasted munia' yang mempunyai corak dada bersisik dan Pipit Haji yang warna kepala putih dan badannya coklat (Sila lihat foto diatas sekali). Burung pipit lazimnya ia aktif membiak, hidup berkumpulan dan membina sarang berbentuk bulat daripada rumput kering di pokok rimbun diatas pokok yang banyak dahan dan kanopi. Penulis blog memang tidak asing dengan burung pipit sebab pernah membelanya di kampong zaman remaja dulu dan ada menangkpnya di kawasan sawah kepunyaan bapa di Sawah Ring, Muar masa itu. Memunyai burung pipit zaman itu sekitar tahun 1970'an diman ia menjadi kebangaan kalangan remaja di kampong. Mudah mencari lokasi pipit yang memakan biji-bijian terutamanya padi dan rumput liar. Habitat bagi pipit adalah dikawasan pertanian, sawah padi dan kawasan belukar di kampung. Pipit liar ia lazimnya hidup dalam kumpulan (berkelompok) dan sering dianggap perosak tanaman padi dimana pesawah akan memasang patung 'Orang-orang' dan tin minyak tanah di ikat tali panjang di gantung dan ditarik tali mengejutkn burung pipit dan terbang lari (tetapi ia akan datang balik) sewaktu padi masak menguning. Burung ini memainkan peranan penting dalam ekosistem dan juga sering dibela oleh peminat burung kerana warnanya. Bagi penulis blog dimana burung pipit merujuk kepada kumpulan burung kecil daripada keluarga Estrildidae yang mempunyai paruh pendek dan tebal untuk memakan bijirin. Ia biasanya hanya bergerak secara berpasangan semasa musim pembiakan. Dilaporkan di Malaysia ada beberapa jenis burung pipit liar seperti jenis  Pipit Uban yang mempunyai kepala berwarna putih dan menyukai kawasan paya. Kedua adalah Jenis Pipit Pinang (Scaly-breasted Munia) yang dikenali dengan corak sisik pada bahagian dada. Ketiga adalah JenisPipit Jawa (Java Sparrow) yang merupakan jenis yang sering dijadikan haiwan peliharaan kerana rupa parasnya. Selain itu ada Jenis Pipit Rumah, Jenis Pipit 
Raya, Jenis Pipit Kepala Hitam, Jenis Pipit Uban atau Pipit Haji (Lonchura maja) dan Jenis Pipit Padi (Lonchura leucogastra). Cara pembiakan burung ini membiak dengan cara bertelur dalam sarang yang biasanya berbentuk bulat atau kubah. Artikel subuh ini selapas bersahur saya mrnulis dalm "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting burung pipit unruk bahan rujukkan semua.


Kalangan ramaja di kampong zaman dulu dan kalangan peminat burung masa kini melakukan t
angkapan burung pipit merujuk kepada aktiviti menangkap burung kecil ini yang biasanya spesies dari keluarga Estrildidae (seperti jenis pipit ubanpadi atau jenis pipit kepala hitam). Burung pipit bagi pesawah adalah ia sering dianggap perosak di kawasan dengan memakan biji padi masak dalam jumlah banyak jika kumpulan burung ini banyak dan berulang datang sehingga pesawah akan mengalami kerugian besar. Biasanya cara tangkap burung pipit dengan menggunakan perangkap tradisional atau jaring. Menangkap burung kecil dari keluarga Estrildidae seperti burung pipit rumah atau pipit padi dimana aktiviti ini biasanya dilakukan atas beberapa sebab pertama adalah untuk tujuan mengawal ancaman haiwan perosak burung pipit yan memakan biji padi. Pesawah juga sering menangkap burung pipit kerana mereka dianggap sebagai haiean hama yang memakan hasil tanaman padi. Ada pula sesetengah orang menangkapnya menggunakan jaring atau perangkap untuk dipelihara sebagai burung kicau atau burung hiasan sebagai aktiviti santai atau hobi atau di jual juga. Ada kalangan orang yang melakukan aktiviti penyelamatan dimana mereka menangkap burung yang tercedera atau terperangkap dalam rumah untuk dilepaskan semula selepas ia dirawat. Apa yang penulis blog tahu dimana kaedah biasa yang digunakan adalah dengan Memasang Jaring (Netting) iaitu jaring halus yang dipasang di kawasan sawah atau tempat burung selalu ia berkumpul. Kedua akan di gunakan Perangkap Burung (Bird Trap) seperti menggunakan sangkar khas dengan umpan bijirin. Paling unik dan penulis blog pernah lakukan adalah menangkap Dengan Tangan dimana dalam kes tertentu yang burung lemah atau cedera atau jinak boleh ditangkap terus dengan tangan. Perlu waspada sebab ada sesetengah spesies burung (tidak bagi burung pipit) yang mungkin ianya dilindungi di bawah undang-undang hidupan liar tempatan.  


Keberadaan burung pipit terutamanya ia adalah berguna dalam ekosistem sebagai pemakan bijirin dan serangga kecil dimana perkara ini ia akan membantu mengawal populasi perosak di sawah. Selain itu kalangan peminat burung dimana bunyi kicauan merdunya digunakan untuk terapi dalam cara mengurangkan stres dan hobi memelihara burung. Walaupun dianggap perosak padi tetaoi dilaporkan ia juga berperanan penting dalam rantaian makanan. Faedah burung pipit di dalam ekosistem sawah padi termasuk ia akan memakan bijirin dan serangga perosak dimana walaupun sering dianggap perosak padi kerana jumlahnya yang banyak. burung ini dilaporkan bagus untuk kesihatan mental sebab bunyi kicauan yang merdu dapat mengurangkan tahap stres dan memberi ketenangan. Raman ada pipelihara sebagai burung hiasan atau sebagai hobi atau untuk keseronokan mendengar kicauannya yang di beri makan serta minuman sert rawatan khusus. Dalam dunia kitaran semulajadi dimana burung ipit juga penting menjadi sumber makanan kepada pemangsa yang lebih besar seperti burung helang dan ular dimana ia sekali gus mengekalkan keseimbangan alam. Dalam masyarakat Melayu, burung pipit sering dikaitkan dengan peribahasa lama seperti 'Pipit sama pipit, enggang sama enggang' yang melambangkan darjat atau kedudukan sosial seseorang dalam masyarakat. Cara perubatan tradisional dimana ada sesetengah kepercayaan masyarakat kampong (terutamanya di Indonesia) menganggap daging atau telur burung pipit mempunyai khasiat kesihatan tertentu seperti meningkatkan tenaga atau memperbaiki gairah seksual. Penulis blog tersenyum bila ada orang keliru dengan istilah seperti kes antara 'Burung pipit' dengan 'Terung pipit' sebab terung pipit adalah tumbuhan (ulam) yang sering digunakan dalam masakan. Aspek g
angguan burung pipit secara utamanya merujuk kepada serangan perosak tanaman iaitu terutamanya padi, yang boleh memusnahkan hasil tuaian secara besar-besaran. Ia juga melibatkan risiko kematian burung termasuk secara mendadak akibat perubahan cuaca, keracunan kena racun atau punca pipit kelaparan. Ancaman pipit sebagai perosak utama yang menyerang padi ketika masak susu hingga masak kuning akan mengakibatkan kerugian hasil yang signifikan. Bil berlaku ledakan populasi burung pipit memang ia boleh mengganggu keseimbangan ekosistem dengan ia menyebabkan gangguan kepada tanaman dan pendaptan petani. Pernah di laporkan berlaku fenomena burung pipit mati secara berkumpulan yang mana ia dikaitkan dengan faktor cuaca ekstrem (peralihan musim), kekurangan makanan (kelaparan) atau kesan racun daripada termakan rcun ki,ia. Cara tradidional mengawak pipit dengan kaedah ara petani mengatasi gangguan ini termasuklah menggunakan tali rafia, orang-orangan sawah, membunyikan bising, atau menanam tumbuhan berwarna mencolok seperti bunga matahari di pematang sawah untuk menakutkan burung.


Penulis blog tertarikk membuat tinjauan mengenai h
arga burung pipit di Malaysia bergantung kepada spesies dan di mana ia dibeli dimana bermula daripada harga serendah beberapa ringgit sehingga ratusan ringgit bagi baka pipiy hiasan. Dalam tinjauan di laporkan bahi jenis Pipit Biasa (masih liar) biasanya dijual paling murah adalah sekitar RM4.50 hingga RM30.00 seekor mengikut pasaran tempatan seperti di Pudu atau melalui komuniti peminat burung (Sila lihat foto disebelah). Kes ini ia berlinan dengan Jenis Pipit Hiasan (Finch) iitu spesies yang dikacuk atau diimport mempunyai nilai yang lebih tinggi dimana Pipit Anak dijual sekitar RM150 - RM200 seekor tetapi bagi burung sama dewasa in di jual boleh mencecah RM400 h- RM600 sepasang. Bagi Jenis Pipit Putih harganya ia boleh mencapai RM600 - RM800 sepasang kerana warnanya yang unik. Dalam pada itu bagi Jenis Pipit Gouldian Finch dengn warna khusus seperti kuning dan biru mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan lebih mahal sehingga ribuan ringgit. Agak unik idea bagaimana burung pipit biasanya dimasak secara goreng garing (crispy) atau dibuat sambal bagi mereka yang menggemari rasa pedas. Di kongsikan  cara penyediaan asas untuk Resepi Burung Pipit Goreng Kunyit dimana bahan disediakan adalah Burung pipit (dibersihkan bulu dan isi perut), garam dan serbuk kunyit, bawang putih (ditumbuk), halia (ditumbuk) dan juga cili padi. Cara memasak dengan memerap daging pipit yang digaul burung yang telah dibersihkan dengan garam, kunyit, bawang putih, dan halia. Perap selama 15–30 minit supaya rasa meresap ke dalam tulang. Kemudian ia di gorang dengan memanaskan minyak yang banyak. Goreng burung sehingga benar-benar garing (crispy) agar tulangnya boleh dimakan sekali. Jika mahu lebih beraroma ditumis bawang besar dan cili padi dan ia kemudian masukkan burung yang telah digoreng tadi. Disebabkan saiznya yang kecil maka burung pipit perlu digoreng dengan api sederhana supaya masak sekata tanpa hangus.


Dikongsikan kisah dari mediaprima bertajuk '
Si pipit bersuara lantang' dimana seekor pipit Bangla menjadi ibu tumpang untuk mengeramkan telur Black Throat Singging Fitch menrik perhatian ramai. Ada seorang penternak tegar Black Throat Singging Finch tempatan, Wan Mohd Azrulwadi yang mana dia mengakui kini memiliki sepuluh pasang burung berkenaan sejak lima tahun lalu dengan membelinya daripada pembaka dari Thailand pada harga kira-kira RM1,500 sepasang. Apa pun didakw kini harga burung berkenaan semakin meningkat memandangkan kos import yang tinggi sekiranya membelinya dari pembaka luar negara. Sebenarnya dari luaran sekali imbas kita lihat burung ini sama seperti burung pipit rumah atau tree sparrow yang biasa didapati di Malaysia. Namun, bagi peminat burung biasanya mereka dapat membezakan Black Throat Singging Finch dengan pipit rumah dari segi alunan kicauannya. Apa pun dia yang lebih mesra disapa Azrul nyatakan bagi peminat tempatan mereka boleh memilikinya sama ada daripada pembaka tempatan atau negara jiran seperti di Thailand dan Singapura. Cara untuk membezakan jantina Black Throat Singging Finch adalah dari segi kekuatan kicauannya apabila si jantan lebih kuat berbunyi dan pelbagai alunan suara berbanding si betina. Burung jenis Black Throat Singging Finch yang berusia lapan bulan boleh dikira matang dan sesuai untuk disatukan dengan pasangannya. Biasanya dia akan meletakkan sangkar si jantan dan betina berhampiran. Jika Black Throat Singging Finch jantan menyuap makan dan diterima si betina, maksudnya pasangan itu sesuai untuk diletakkan di dalam sangkar yang sama dan ia yang mengambil masa menetas kira-kira 15 hari untuk menetas. Ia adalah jenis burung yang tidak boleh diletakkan di dalam sangkar yang sama kerana unggas itu berpotensi untuk bergaduh. Apabila pasangan itu sudah disatukan di dalam sangkar, pembaka biasanya akan mula meletakkan rumput-rumput kering di dalam sangkar berkenaan. Selain itu, tulang sotong juga akan diletakkan di dalam sangkar untuk mengetahui sama ada si betina sudah sampai masa untuk bertelur atau sebaliknya. Jika si betina mula makan tulang sotong, itu menandakan burung betina sudah bersedia untuk bertelur. Jika sudah matang dan hendak bertelur, Black Throat Singging Finch akan mula membuat sarang daripada rumput kering dan kapas yang diletakkan di dalam sangkar berkenaan. Sebaik sahaja si ibu mengeluarkan telur, burung Pipit Bagla betina akan menjadi ibu tumbang bagi mengeram telur berkenaan. Bagaimanapun, Black Throat Singging Finch tidak pandai menjaga anak kerana si ibu berpotensi untuk mencampakkan anakknya keluar dari sangkar.


Jenis yang dibuat Black Throat Singging Fitch betina di dalam sangkar dimana dia akan menggunakan khidmat ibu tumpang supaya anak-anak yang sudah menetas tidak mati dibunuh ibu sendiri. Dakwanya Burung Black Throat Singging Finch amat mudah untuk dijaga kerana ia hanya memakan bijiran khas untuk burung yang dijual di kedai haiwan peliharaan dan sayur-sayuran seperti pak choy dan petola. Aspek kos penjagaan burung ini tidaklah begitu mahal dan saya membelanjakan kira-kira RM80 sebulan bagi tujuan membeli  makanan.  Penjagaannya juga agak mudah dengan hanya memberi makanan yang mencukupi dan seminggu sekali disemburkan sedikit air untuk memandikan Black Throat Singging Finch. Ciri-ciri luaran burung ini tidaklah begitu mempunyai nilai estetika kecantikan yang tinggi, namun sebaik sahaja ia mengalunkan suara lunaknya, harga sepasang induk bagi bersaiz kurang lima inci boleh dikatakan mencecah RM3,000. Malah harganya boleh mencecah RM5,000 untuk tujuan pertandingan dan ia mampu meningkat sekiranya si pembeli mengetahui potensi Black Throat Singging Finch. Jangka hayatnya pula antara 10 hingga 15 tahun. Bagaimanapun, bagi peminat unggas itu, harga yang dijual kadang-kala mengikut tawaran si pembeli itu sendiri kerana mereka mempunyai penilaian yang subjektif. 
Semuga tulisan artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG PIPIT...BANYAK JENISNYA...
PIPIT HAJI CANTIK...HITAM PUN ADA...
MEMAKAN PADI... ANCAMAN UTAMA...
DI MASAK GARING...BERKHASIAT IA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Ramadan 1447H).
Bersamaan 1 Mac 2026.