Sunday, February 1, 2026

BULOH OH BULOH! - APA YANG MENARIK

BULUH (Bamboo)
atau Bambu merupakan salah satu dari sumber Hasil Hutan Bukan Kayu (HHBK) yang penting di Malaysia dan berpotensi besar untuk dikomersialkan. Penulis blog merujuk laporan antarabangsa dimana negara China kini yang menguasai sumber hutan bukan kayu menjadikan buluh antara salah satu eksport penting yang mampu menyumbang ekonomi negara mereka sebanyak 70% daripada pasaran eksport dunia bernilai USD39 billion setahun. Perkara ini juga tidak terkecuali bagi negara kita Malaysia jika ada lebih banyak kajian dilakukan sebelum ini menjadikan bahawa sumber hasil hutan bukan kayu seperti buluh adalah di antara penyumbang ekonomi negara yang signifikan. Pada penulis blog juga percaya dimana potensi industri buluh di Malaysia masih belum lagi ianya diteroka secara meluas dan ia dinilai masih berada ditakuk lama. Penulis blog berfikir dimana diantara faktor yang menjadi halangan industri buluh tidak dibangunkan secara meluas sebelum ini kerana Malaysia masih lagi berdepan dengan cabaran memajukan tanaman perladangan lain iaitu Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah (Hevea braziliensis), Buah-buahan dan juga sayurans serta tanaman makanan yang lain. Walau pun masih lagi kekurangan bahan mentah selain tidak mempunyai ladang buluh yang besar seperti sawit dan getah untuk dibangunkan dan dieksport tetapi potensi tanaman buluh tidak boleh diketepikan. Dalam pada itu dilihat dimana industri buluh hanya digunakan secara tradisional sejak turun-temurun tanpa ke arah evolusi industri buluh yang lebih hebat dan lebih komersial. Malaysia juga pada penulis blog dimana masih tidak memiliki teknologi yang canggih untuk membangunkan industri buluh tempatan. Tambahan pula ramai rakyat Malaysia melihat industri buluh masih lagi kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengusaha industri perkayuan selain kekurangan kesedaran dan juga ilmu pengetahuan yang luas berhubung dengan potensi buluh yang mampu untuk dikomersialkan. Di Malaysia apa yang penulis blog rujuk dari KPPK dimana jumlah eksport industri buluh mengalami kadar penurunan tiga tahun berturut-turut dari tahun 2018 hingga 2020 apabila mencatatkan RM9.97 juta, RM 9.16 juta dan RM 8.28 juta. Bahkan apabila dianalisa dimana industri buluh di Malaysia masih dianggap masih jauh terkebelakang dan tidak dibangunkan secara serius apabila nilai pasaran dunia industri buluh ialah USD$68 bilion (RM295 bilion) pada 2018 (Sumber: MTIB, 2021). Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fkta dan kisah bagi industi buluh tempatan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Media laporkan kisah mengenai buloh bertajuk 'Kaji menebus guna 420,000 hektar ladang getah untuk tanam buluh' yang di nyatakan oleh YB Menteri Perladangan dan Komoditi menarik di kongsikan. Kerajaan sedang melihat keperluan menebus guna 420,000 hektar ladang getah terbiar untuk dijadikan ladang buluh yang mempunyai nilai komersial tinggi di pasaran dunia. Cadangan dan langkah itu jika direalisasikan berupaya memberi nilai tambah kepada ekonomi dan pendapatan negara pada masa depan selain meningkatkan penyertaan Malaysia dalam pasaran komoditi berkenaan. Industri buluh dianggarkan bernilai US$70.6 bilion pada 2023 dan dijangka meningkat kepada kira-kira US$100 billion pada 2028. Di Malaysia ada ladang getah kita ada kira-kira 1.1 juta hektar diman seluas 420,000 hektar tidak ditoreh atau diusahakan atas beberapa faktor seperti kes ramai pengusaha telah berumur (tua), manakala anak-anak mereka juga sudah memasuki universiti dan memiliki ijazah atau sebagainya, sekali gus menyebabkan ladang tersebut tidak diusahakan. Ada ada dua cara untuk manfaatkan tanah tersebut iaitu dengan memanggil sektor swasta untuk buat penggabungan bagi kita teroka semula getah atau kalau tidak mahu tanam getah kita bagi kepada pemain industri perabot untuk usahakan tanaman buluh sebab tanaman buluh memang ia senang dijaga. Kajian dapati terdapat pelabur luar yang menyatakan minat untuk menceburi industri buluh di Malaysia namun ada beberapa kekangan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum Malaysia mampu menjadi platform untuk industri tersebut. Diantara punca kekangan utama dalam pengkomersialan buluh secara besar-besaran adalah isu tanah yang terhad, di mana keluasan tanah yang diperlukan untuk mana-mana inisiatif komersial haruslah tidak kurang daripada 2,000 hektar. Industri buluh pada masa ini juga dikendalikan secara kecil-kecilan di mana lebih 90 peratus pengusaha industri buluh terlibat dalam penghasilan kraf tangan yang dianggap berskala kecil.


Berlainan kisah dari Muar, Johor apabila 'Buluh lemang 500 rumpun' ditanam secara komersil oleh usahawan muda. Usahawan dari Parit Jawa, Muar, Johor memanafaatkan kawasan berpaya di ladang pertanian miliknya memberi idea kepada usahawan untuk menanam pokok buluh lemang. Bari rakan fb saya iaitu  Mohd Radzi dakwa dia menanam pokok buluh lemang itu dalam keluasan 0.4 hektar secara berpusat di ladangnya sejak tiga tahun lalu. Makanan lemang adalah makanan tradisi masyarakat luar Johor dan menerusi perkahwinan campur dari negeri lain seperti Perak dan Pahang menyebabkan penduduk Johor turut meminati makanan tradisional berkenaan. Mereka turut membakar lemang pada musim perayaan akan tetapi berhadapan kesukaran mendapatkan bekalan buluh lemang. Perkara ini adalah pencetus idea saya kepada menanam pokok berkenaan yang kini jumlahnya sebanyak 500 rumpun di kebunnya. Selalunya satu batang buluh lemang ada lapan ruas dan setiap satu ruas harganya RM2 dijual semasa hampir perayaan. Dakwanya pada satu rumpun dianggarkan terdapat 100 batang pokok buluh lemang dimana tanaman ini boleh dituai dalam tempoh dua tahun lagi bagi memenuhi jumlah permintaan masyarakat sekitar Muar. Masih kurang b
ekalan nuluh lemang dari Muar dimana dia boleh menjualnya pada harga rendah berbanding buluh lemang dari negeri lain bila hasilnya keluar kelak sebab kos pengangkutan rendah dan cara ini secara tidak langsung boleh membantu dialam cara mengurangkan beban pengguna. Kini pokok buluh lemang sesuai ditanam di kawasan berpaya kerana ia jenis tanaman lasak dan penjagaan sangat minimum. Penggunaan baja adalah ketika permulaan tanaman dan disusuli pada setiap enam bulan sekali. Kerja menebang pokok buluh lemang pula hanya dilakukan setahun sekali iaitu ketika musim perayaan dimana sebenanrya dia membeli benih buluh lemang dari Taiping, Perak kerana di negeri itu terdapat ramai pembekal benih berkenaan. Ada terdapat tiga jenis benih buluh lemang iaitu menggunakan biji yang disemai, keratan dan umbi (rebung). Walaupun ketika ini dia menjadi penanam buluh lemang antara pertama yang terbesar di daerah Muar, tetapi turut mengajar usahawan pertanian lain untuk meneroka tanaman itu kerana permintaannya tinggi.


Kerajaan perlu bangunkan industri buluh di Malaysia sebab 'B
uluh mampu jadi industri baharu berpotensi tinggi di Malaysia' dimasa akan datang. Kemppen dalam menggalakkan perladangan buluh sebagai industri baharu berpotensi tinggi yang mampu menjadi pemacu ekonomi negara pada masa hadapan. Pihak  Kementerian terlibat menyatakan jika nilai eksport buluh dunia semakin berkembang apabila diunjurkan meningkat daripada AS$70.78 bilion (RM299.43 bilion) pada 2024 kepada AS$74.26 bilion (RM314.16 bilion) tahun 2025. Apa pun peluang tersebut wajar dimanfaatkan Malaysia kerana buluh mempunyai kelebihan tersendiri dengan lebih 70 spesies termasuk 45 spesies tempatan. Buluh Malaysia istimewa kerana kadar pertumbuhan pantas, ujud kekuatan mekanikal dan daya tahannya yang baik. Ia berpotensi besar menyokong industri perkayuan selain mampu menjana hasil baharu melalui pelbagai sektor termasuk papan, perabot, pembinaan, tekstil, makanan, arang dan kraftangan. Kenyataan rasmi ini disempurnakan semasa Majlis Perasmian World Bamboo Day (WBD) Malaysia 2025 di Model Ladang Buluh, Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC) di Hulu Terengganu. Umumnya industri perkayuan menyumbang RM22.92 bilion kepada sektor agrikomoditi negara pada tahun lalu dengan eksport produk buluh bernilai RM18.91 juta. Kini walaupun sedikit menurun berbanding 2023 tetapi jumlah permintaan global terhadap produk berasaskan buluh menunjukkan prospek positif. Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) terus memperkukuh usaha pembangunan industri buluh menerusi penyelidikan, latihan, inovasi teknologi, penghasilan produk bernilai tambah dan penglibatan komuniti luar bandar. Selain pembangunan berskala besar, kerajaan turut melaksanakan Projek Pembangunan Community Farming Buluh (PPCFB) yang melibatkan 135.4 hektar ladang buluh dengan insentif anak pokok, baja dan latihan kepada peserta. Usaha ini penting untuk memastikan manfaat industri buluh turut dinikmati masyarakat akar.


Di Sarawak kerajaan negeri nyatakan '
PUSAKA sasar sekurang-kurangnya 30,000 hektar untuk penanaman buluh menjelang 2030' seperti kenyataan  oleh Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA). Menurut  Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sehingga April 2025, lebih kurang 4,900 hektar kawasan telah ditanam dengan buluh oleh 17 syarikat komersial bersama 200 peserta daripada komuniti. Hasil buluh ini penting sebagai sumber alternatif bahan mentah, justeru PUSAKA menggorak langkah dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada tahun lepas bersama Malaysian Community Care Foundation Resources Sdn Bhd, Bintulu Port Holdings Berhad, Pertama Ferroalloys Sdn Bhd serta Bintulu Development Authority (BDA). MoU itu bagi menyasarkan kawasan penanaman buluh seluas 10,000 hektar dengan beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa telah menunjukkan minat untuk melabur dalam industri hiliran bagi menghasilkan high value product berasaskan buluh seperti kertas tisu, bahan pembungkusan, tekstil dan biochar.  Sarawak turut berbangga untuk mempelopori biodiversiti dan sumber asli kemampanan melalui pengarusperdanaan dengan kerjasama Program Pembangunan Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP). Bekas kawasan pembalakan di Sarawak bakal dibangunkan menjadi ladang buluh, khusus bagi menampung keperluan bekalan sumber asas bagi menggerakkan industri perabot barasaskan tumbuhan itu.
Ketika ini beberapa kawasan pembalakan yang sudah tidak diusahakan lagi dikenalpasti sesuai untuk tujuan berkenaan. Cadangan penanaman buluh secara besar-besaran akan menghentikan penggantungan kepada balak untuk dapat ia menampung keperluan industri perabot negeri ini. Produk perabot berasaskan buluh semakin mendapat perhatian ketika ini dan berpotensi untuk menembusi pasaran eksport. Kini Sarawak masih bergantung kepada bekalan buluh liar untuk menghasilkan produk perabot.


Program pengeluaran benih buluh di Sarawak antara yang patut di contohi apabila dilaporkan '
Sarawak hasilkan sejuta anak benih buluh hingga 2027' oleh pihak PUSAKA. Menurut Pengurus Besar PUSAKA, Datuk Hashim Bojet projek ini bagi memastikan bekalan benih buluh dapat menampung keperluan penggerak industri di negeri itu. Penanaman spesies buluh bernilai tinggi untuk pasaran eksport kini menjadi fokus utama PUSAKA berikutan masa depan industri perkayuan Sarawak tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada hasil balak. Ada tiga tiga tapak semaian kini beroperasi bagi memastikan sumber benih buluh berkualiti dan mencukupi untuk keperluan iaitu tanaman di 18,000 hektar ladang buluh komersial yang dirancang di seluruh Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang. Tapak semaian di Sabal, Simunjan dirancang agar ia mampu membekalkan sejumlah 45,000 benih buluh setahun untuk keperluan komersial dan komuniti wilayah selatan Sarawak. Ada juga Tapak Semaian Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah dengan kapasiti 450,000 benih buluh setahun diwujudkan bagi menampung keperluan perladangan komersial dan komuniti di wilayah tengah. Ketiga di Tapak semaian Niah pula dengan kapasiti 150,000 anak benih akan dibangunkan di wilayah utara. PUSAKA turut merancang membangunkan dua lagi tapak semaian di Bintulu dan Lawas yang masing-masing mampu menghasilkan 10,000 anak benih buluh setahun. Pengeluaran anak benih buluh dalam kuantiti besar itu selaras dengan usaha Sarawak meneroka industri berasaskan buluh. Diantara penghasilan produk papan panel buluh, industri berasaskan arang buluh seperti bio-char, farmaseutikal, kosmetik serta tekstil, industri makanan dan industri kraftangan. Bagi memastikan potensi industri buluh dapat dikomersilkan dengan lebih terancang dan berdaya saing, PUSAKA turut membangunkan tapak projek perintis tanaman buluh di Sabal, Simunjan. Kawasan seluas 25 hektar kini sudah ditanam dengan lima spesies buluh tempatan dan tujuh spesies buluh import komersial. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN BULOH... MASIH DI BANGUNKAN...
NEGERI SARAWAK... SIDAH DI RANCANGKAN...
GETAH TERBIAR... TANAM BULOH CADANGAN...
PERLU DII KEMPAN... AGAR ADA KEJAYAAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bukit Beruang, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Jamadilawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.