Sunday, January 11, 2026

POKOK MATOA BOLEH TANAM?

POKOK BUAH MATOA
(Pometia pinnata) atau buah tiga rasa mula agak kuran dikenali tetapi ia kini sudah mendapat tempat di hati pengusaha tanaman buah-buahan di Malaysia dan ini khususnya dibeberapa negeri seperti di Negeri Johor, Melaka, Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan. Pokok daripada keluarga Sapidaceae ini unik kerana ia masih kurang popular sebab ada yang kata ia adalah buah Nadir. Dikalangan orang di Malaysia kurang kenal buah Matoa atau Buah Kasai akan tetapi sudah popular di negara jiran Indonesia dan beberapa negara tropika lain didunia. Pokok ini natif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia yang tumbuh dikawasan tepi sungai dan ada dikawasan Asia Pasifik. Tumbuhan ini juga adalah spesis pokok kayu keras tropika yang besar juga dikenali dengan nama lain sebagai Matoa, Pokok Taun, Laichi Pulau dan Tava. Ada dilaporkan sesetangah orang tempatan Malaysia yang memanggilnya sebagai Buah Kristal dan Buah Kasai. Pokok matoa adalah sejenis pokok hutan yang menghasilkan buah yang rasanya unik, seperti gabungan longan, rambutan, dan sedikit durian. Buahnya yang matang mempunyai kulit keras berwarna gelap dan isinya yang lutsinar dan kenyal. Pokok ini asli di Asia Tenggara dan tumbuh subur di kawasan yang mempunyai curah hujan tinggi. Ciri-ciri pokok dan buahnya dimana pokok matoa boleh tumbuh tinggi, kadang-kadang mencapai 40 meter. Buahnya mempunyai rasa manis yang unik dan kadang-kadang disebut buah 'ada 
3 rasa' kerana gabungan rasa yang berbeza. Isi buahnya berwarna lutsinar dan kenyal, seperti rambutan atau longan. Apabila matang dilihat yang kulitnya berwarna hijau gelap, kemerahan atau ungu kehitaman. Pokok matoa boleh mengeluarkan hasil dalam masa 2 hingga 4 tahun jika dijaga dengan baik.Ia biasanya berbuah sekali setahun. Khasiat bagi buah matoa dilaporkan ia amat kaya dengan vitamin C dan E. Kajian menunjukkan ia mungkin mempunyai khasiat lain seperti membantu mengawal tekanan darah tinggi dan bersifat antibiotik. Pokok matoa ini memerlukan tanah yang kering dan lapisan tanah yang tebal dan sesuai untuk kawasan yang mempunyai curah hujan yang tinggi. Walaupun kurang dikenali di Malaysia namun bagi penulis blog potensi tanaman matoa ini ia semakin popular dan boleh didapati ada di tanam iaitu  
di beberapa kawasan yang penulis blog pernah buat tinjauan. Artikel petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Tehnology" saya kupas mengenai potensi menanam pokok buah matoa untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Penulis blog berpeluang melihat sendiri akan pokok matoa yang ditanam di Melaka dimana ia telah dikomersilkan. Ditanya mengapa menanam pokok Matoa kepada pengusaha tersebut dinyatakan dimana dari segi pengurusan tanaman didakwa pokok Matoa mudah dijaga dan diuruskan. Benih boleh ditanam daripada biji matoa yang disemai dalam semaian sehingga ia sesuai untuk dipindahkan. Lazimnya pokok buah matoa ini sesuai dengan cuaca Malaysia dan boleh dimajukan. Pokok ini juga memang perlukan cuaca yang ada hujan dan panas dengan sinaran cahaya matahari yang banyak. Ada yang dakwa dimana rasa buah matoa ini seakan memberikan kombinasi rasa diantara buah durian dengan rambutan atau buah laici sehinggakan ia diberi gelaran sebagai 'Buah 3 Rasa'. Ia memang manis rasanya dari isinya yang masak. Daripada beberapa temuan dilaporkan pokok matoa akan berbuah dalam masa 3-4 tahun sahaja selepas ditanam dengan penjagaan yang baik. uah Matoa adalah salah satu jenis buah yang popular di negara jiran Indonesia. Di Malaysia bagaimana pun ia lebih dikenali sebagai Buah Kasai atau Buah Terajang. Buah Kasai agak mudah dijumpai di Sepanjang Sungai Pahang dan di Sibu, Sarawak. Di negara jiran Indonesia pula buah ini popular dibeberapa lokasi seperti di Papua, Maluku iaitu di kawasan Indonesia Timur. Pokok ini mempunyai akar tunjang dengan mampu tumbuh dengan ketinggian 20 - 40 meter dan diameter batang sehingga maksima akan dapat mencapai 100 cm. Pokok ini berbunga sekali dalam setahun iaitu antara bulan Julai hingga bulan Oktober dengan masa buah untuk matang sekitar 4 bulan. Tumbuhan ini perlukan curahan hujan tinggi dan perlukan banyak cahaya matahari. Dilaporkan di Papua mereka memiliki dua jenis Buah Matoa dikenali sebagai Matoa Kelapa dan Matoa Papeda. Perkara yang membezakan kedua jenis ini adalah tekstur buahnya dimana untuk Matoa Kelapa buahnya kenyal dan padat seperti buah rambutan sedangkan Matoa Papeda memiliki tekstur buah yang mana isi daging lebih lengket dan lembek. Walau pun ada yang kata bentuk buah Matoa kelihatan seperti buah pinang akan tetapi apabila dikopek ia berbeza sama sekali isinya. 


Buah matoa ini mempunyai kulit keras berwarna hijau, merah dan hitam dengan bentuk bulat lonjong dengan panjang sekitar 5 - 6 cm. Buah masak memberikan citarasa manis dan wangi seperti kombinasi diantara buah rambutan, longan dan laici. Memang didakwa selain mempunyai rasa yang enak didapati buah matoa pun memiliki khasiat yang cukup banyak. Ini kerana kandungan vitamin C dalam buah matoa ini mampu meningkatkan tahap ketahanan tubuh yang lemah dan berfungsi meningkatkan antioksidan yang mampu untuk mencegah kanser. Buah matoa juga mengandungi vitamin E yang berguna sebagai agen untuk menghilangkan tekanan (stress), meningkatkan kesuburan dan meminimakan potensi dari terkena Sakit Jantung. Namun demikian juga perlu diingat dimana ada kandungan glukos dalam buah matoa juga cukup tinggi dimana jika dimakan buah matoa terlalu banyak akan boleh menyebabkan pening kepala atau pun sehingga ketahap mabuk.


Potensi menanam pokok buah Matoa menggunakan benih yang diambil daripada bijinya yang telah matang. Biasanya sebelum petani hendak memulakan penanaman buah matoa sebaiknya disediakan benih yang berkualiti dahulu. Jadinya pilih biji buah matoa yang berasal dari buah matoa matang dan sihat semasa diperiksa. Petani perlu mengambil biji matoa yang matang dengan jumlah mencukupi untuk penanaman. Ia kemudian bersihkan di bawah air yang mengalir. Semasa merendam biji buah matoa di dalam air pastiak dalam jangkamasa kurang lebih selama 15-30 minit. Biji matoa yang berkualiti biasanya perlu ditandakan dengan ianya terdiri dari biji benih yang temggelam dalam air. Semai biji dalam bekas yang ada media tanaman sesuai dalam tapak semaian atau dalam polibeg. Menyemai dalam polibeg memudahkan proses mengali dan menanam diladang. Sediakan jadual menyemai dan jadual penanaman yang sesuai. Menyediakan lubang penanaman buah matoa sebaiknya dengan kaedah menggali lubang tanaman dicampur baja asas seperti baja organik, baja MOP, Baja Urea dan juga kapur yang sangat baik untuk tingkatkan pertumbuhan benih matoa. Ketika baja serta tanaman galian hal yang demikian bisa dicampur menjadi satu. Benih matoa yang berukran setinggi antara 40-50 cm sesuai untuk ditanam dikebun. Segala amalan agronomi penanaman benih matoa dilakukan dengan hati-hati dengan teliti dan tidak merosakkan polibeg dan bahagian akarnya. Benih Matoa yang sudah ditanam dikebun masih perlu dipelihara dengan beteul dan sistematik. Benih matoa tersebut perlu diberikan baja setiap 2 bulan sekali untuk menrengsang pertumbuhannya. Pokok yang ditanam dari benih apabila berumur 2 tahun tumbuh sekitar ketinggian 1.5 - 2.0 meter. Penjagaan tanam pokok Matoa Sistem pemeliharaan buah matoa ini sangatlah mudah dimana apabila pokok matoa sudah mulai berbunga bermakna ia menghasilkan bunga dan buahnya akan dapat dimakan dalam jangka waktu 2-3 bulan kemudian.
 


Dalam 
pada itu untuk mengelakkan daripada serangan serangga perosak buahmatang maka pokok ini akan dipasang jaring. Ada juga petani yang akan terus membungkus buahnya dengan plastik agar terselamat walau pun akan beremungkinan jika jika dibungkus dengan beg plastik akan menyebabkan buahnya akan menjadi lebih cepat jadi busuk. Ada juga petani percaya jika membalut dengan beg plastik akan mempercepatkan proses buah cepat matang sedia untuk dipetik. Kawalan rumpai dan pembajaan mengikut jadual membolehkan tanaman buah matoa akan tumbuh subur dan lebih cepat berbuah. Tanaman buah matoa akan cepat menuai apabila semua amalan agronomi dipatuhi. Pokok matoa akan berbuah apabilat usianya sekitar 4-5 tahun. Pokok yang ditanam dari biji benih buat pertama kali menghasilkan buah walau pun pada peringkat awal ia agak rendah penghasilan buahnya. Pokok muda yang baru belajar berbuah mampu untuk menghasilkan buah sekitar 5 kg sepokok dan akan meningkat apabila pokok lebih lama dijaga dengan baik. Semasa muda lazimnya pokok matoa ini masih rendah ia boleh dipetik gunakan tangan atau ada petani akan menggunakan galah pendek atau galah aluminum. Buah yang masak ini dikumpulkan dan ianya mesti dibersihkan sebelum dijual. Buah ini enak dimakan semasa ia segar dan penyimpanan boleh dalam peti sejuk dengan kawalan suhu yang sesuai. Buah yang diikat pada tangkainya atau tercerai dari tangkainya mempunyai nilai jualan yang berlainan. Semuga anda semua mendapat info terbaik daripada penulisan ini dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!....
BUAH MATOA... RAMAI TIDAK KENALNYA.

MUFH DI TANAM...BENIH DARI SEMAIAN...
PUNYAI 3 RASA...LAICI DAN  RAMBUTAN...
ADA POTENSI... BAHI DI KOMERSILKAN ...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, 
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Jamadilawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.