Thursday, January 15, 2026

BAJA 'AB' DAN FAKTANYA

BAJA 'AB'
ialah nama di berikan bagi sejenis baja kimia iaitu berbentuk cecair dari dua komponen nutrien (A dan B) yang dibungkus berasingan untuk membekalkan nutrien lengkap kepada tanaman. Baja AB sangat popular di gunakan petani  terutamanya untuk sistem tanaman secara hidroponik dan cata tanam sistem fertigasi. Sebenarnya ada kepentingan teknikal dimana komponen A dan B tidak boleh dicampur terus kerana akan mendatangkan mendakan (kekurangan elemen) dimana kemudian ia dibancuh dengan air secara berasingan sebelum dicampur untuk kegunaan tanaman didalam cara menyediakan nutrien makro dan nutrien mikro penting untuk pertumbuhan tanaman dengan lebih sihat dan cekap. Secara umumnya dimana komponen Baja AB terdiri dari Jenis Baja A iaitu ia mengandungi nutrien utama seperti Kalsium (Ca) dan nutrien mikro seperti Ferum (Fe). Seterusnya Jenis 
Baja B pula ia mengandungi nutrien penting lain seperti Fosforus (P), Magnesium (Mg), Kalium (K) serta unsur surih lain seperti Manganese (Mn), Zink (Zn) dan beberapa lagi. Dipasaran dimana selalunya Baja AB adalah baja dua komponen (Set A dan juga Set B) yang digunakan untuk tanaman tertentu dan disesuaikan dengan umur pokok, varieti, jenis tanaman dan sebagainya. Baja AB amaat relevan dengan sistem Tanaman Secara Hidroponik dan Sistem Fertigasi dimana bahan ini juga ia perlu dibancuh berasingan dengan air bersih dalam dua tong berbeza untuk elak mendakan dan mesti dikacau sebati dan kemudian ia dibiarkan stabil sebelum digunakan untuk bekalkan nutrisi lengkap kepada pokok iaitu komponen nutrien seperti unsur NPK, Kalsium, Magnesium dan lain-lain. Apa [un perlu di jelaskan jika Baja AB ia adalah baja larutan pekat yang dibahagi kepada dua bahagian iaitu Set A (contohnya Kalsium Nitrat) dan Set B (contohnya sebatian fosfat dan sulfat + unsur surih lain) dimana kedua-dua set mengandungi nutrien penting (zat makro dan zat mikro) yang diperlukan pokok tetapi tidak boleh dicampur terus kerana akan berlaku isu mendakan (akan menjadi pepejal) dan tidak dapat diserap pokok. Baja AB boleh di beli bahan asas dan di buat sendiri untuk lebih menjimatkan dan dapat liputan lebih luas dan diubahsuai komponen nutriennya akan tetapi bagi pengguna kecil-kecilan sebaiknya membeli sahaja baja AB yang ada di jual di pasaran. Artikel petang Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai baja AB untuk di jadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Ada banyak kursus bagaimana cara 
membuat Baja AB sama ada berbentuk kursus formal atau kursus secara atas talian dengan menonton Youtube, tiktok dan membaca artikel dalam blog. Cara dalam membuat baja AB ada beberapa peringkat dan proses selain memerlukan bahan asas, peralatan khusus dan juga kemahiran serta ketepatan lokasi. Pertama adalah bagaimana cara membuat Larutan Stok Baja AB mudah yang mana sesiapa belajar teori dan latihan amali atau hands-on pasti boleh membuatnya sendiri. Paling mudah dimana perlu disediakan dua tong berasingan seperti saiz tong 10L atau 20L) untuk diisikan dengan set baja Set A dan baja Set B. Kemudian disikan dengan air bersih separuh penuh ke dalam setiap tong. Bagi membancuj baja Set A caranya adalah dengan memasukkan semua bahan baja A (serbuk baja A) terus ke dalam tong A dan kemudian mesti dikacau sehingga sebati dan tiada butiran di dasar tong lagi. Sama juga dengan cara membancuh Baja Set B iaitu dengan memasukkan iaitu semua bahan baja Set B ke dalam tong B dan mesti juga ia di kacau menggunakan kayu yang berlainan sehingga sebati. Kemudian perlu di tambah air bersih lagi sehingga mencapai isipadu penuh dimana sebagai contoh untuk tong 10L atau 20L isipadunya dan dikacau sekali lagi. Perlu lakukan proses penstabilan iaitu dengan menutup bekas tong tersebut dengan kemas dan membiarkan larutan stok sehingga ia akan jadi stabil selama 24 jam sebelum digunakan untuk tanaman. Apa pun disyorkan dimana cara menggunakan Baja AB sebagai baja yang penting agar jangan pernah campur larutan stok A dan B terus kedalam tong dan terus digunakan tanpa ada proses penstabilan dan mesti di campurkan dengan dua tong berasingan. Baja Baja AB dilaporkan adalah baja cecair lengkap untuk tanaman, kelebihannya ia membekalkan nutrien seimbang, mudah diserap, cepat bertindak dimana ia sering digunakan untuk tanaman secara hidroponik atau untuk sistem fertigasi) dimana ia boleh digunakan semburan daun (foliar), namun kekurangannya ia memerlukan sukatan tepat, mudah tercemar jika tercampur salah, memerlukan ilmu dan juga pengetahuan dan mungkin kos sebenar adalah dijangka ia akan lebih mahal daripada cara menggunakan baja kimia biasa. Apa pun kelebihan Baja AB dilaporkan ia mampu memberikan nutrien lengkap dimana ia mengandungi unsur makro dan mikro yang seimbang untuk keperluan pokok. Baja ini boleh bertindak cepat iaitu ia dalam bentuk cecair dimana ini memudahkan penyerapan nutrien oleh akar atau daun. Baja ini adalah fleksibel dimana ia boleh digunakan untuk sistem hidroponik, fertigasi atau semburan pada daun (foliar). Ia boleh juga mengurangkan risiko berlebihan sebab sukatan boleh disesuaikan mengikut peringkat umur tanaman, masa, mengurangkan risiko rosak akar berbanding baja kimia granul. Kekurangan Baja AB adalah ia perlu cara sukatan tepat sebab jika ada kesalahan sukatan atau campuran A dan  B boleh merosakkan tanaman (terlalu pekat atau tidak seimbang), Akan ada isu kesan pencemaran sebab bila ia dicampur salah (set baja A dan set baja B tercampur sebelum dilarutkan) kesannya ia akan 'tergumpal' dan tidak dapat digunakan. Pengguna perlu ada ilmu pengethuan dan perlu kemahiran serta peralatan yang lengkap dimana ilmu tentang dos dan jenis nutrien mengikut tanaman berbanding baja kimia asas sudah di ketahui. Apa pun memag kos awal ia mungkin lebih mahal pada mulanya berbanding baja kimia biasa akan tetapi kos jangka panjang bergantung kepada penggunaan.  Bagi penulis blog baja AB sangat berkesan untuk dapatkan pertumbuhan optimum kerana ia membekalkan nutrien secara seimbang dan pantas, tetapi memerlukan penjagaan dan pemahaman yang lebih teliti semasa penggunaan.


Beberapa sebab mengapa perlu gunakan baja AB adalah aspek k
elebihannya mampu berikan jumlah nutrien lengkap kepada tanaman serta memberikan semua nutrisi yang diperlukan pokok dalam kadar seimbang. Cara-cara penggunaan adalah mudah dimana ia sangat sesuai untuk sistem tanpa tanah (hidroponik, fertigasi) dan juga boleh disembur (semburan baja foliar) atau terus disiram kepokok. Jika ia di gunakan dengan betul maka ia akan membantu pertumbuhan lebih subur, menghasilkan buah, bunga dan sayuran lebih lebat kepada petani. Cara penggunaan adalah dengan membancuh pati dimana dibancuh Pati A (dengan air) dan Pati B (dengan air) secara berasingan mengikut nisbah yang disarankan (contohnya 100L Pati A + 100L Pati B). Cara mencampur adalah dengan mengambil kuantiti Pati A dan Pati B yang telah dibancuh dan ia kemudian dicampurkan ke dalam tangki air baja mengikut nisbah yang diperlukan (contoh 100L Pati A + 100L Pati B = 200L baja siap). Apabila siap makam cara mengguna adalah dengan menyiram atau semburkan pada tanaman. Baja AB juga dikenali sebagai Baja XY seringkali digunakan dalam teknologi tanaman tanpa tanah seperti sistem fertigasi dan hidroponik kerana media tanamannya iaitu cocopeat atau rockwool yang seringkali digunakan dalam teknologi tersebut tidak terkandung kandungan nutrien berbanding yang ada di tanah campuran. Oleh itu, baja AB wajib digunakan kerana kandungan nutriennya yang lengkap. Namun baja AB ini ia juga boleh digunakan untuk tanaman di batas. Baja AB adalah sejenis baja kimia akan tetapi ia adalah selamat untuk digunakan pada pokok berbanding racun serangga kimia dimana baja AB adalah hasil campuran pelbagai baja tunggal yang dicampurkan dengan jumlah tertentu sehingga mampu ia membentuk baja AB yang lengkap. Setiap baja A dan baja B mempunyai unsur-unsur yang berbeza. Contohnya bagi jenis baja A terdiri daripada campuran Kalsium nitrat dan Ferum EDTA. Manakala bagi baja B terdiri daripada campuran Kalium nitrat, Mono-kalium hidrogen fosfat, Magnesium sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natrium molibdat. Baja A dan Baja B apabila ia dalam bentuk pati yang pekat atau butiran, tidak boleh sama sekali dicampurkan dan perlulah disimpan di tong yang berasingan kerana akan menyebabkan kehilangan unsur fosforus akibat daripada kesan tindak balas kimia. Baja AB lengkap dengan 12 unsur makro dan mikro nutrien yang diperlukan oleh tanaman dan ia membekalkan zat yang mencukupi untuk tumbesaran pokok yang sihat dan kuat. Oleh itu, tidak perlu lagi menggunakan baja buah bagi sayuran jenis berbuah. Apa pun baja AB dijual dalam bentuk serbuk atau butiran atau pati cecair. Bagi bentuk serbuk, ia perlu dilarutkan terlebih dahulu untuk dijadikan sebagai pati, kemudian dicampurkan dengan air mengikut nisbah tertentu untuk digunakan bagi tanaman mengikut keperluan dan usia pokok. Contohnya, apabila usia tanaman meningkat, kepekatan baja AB juga turut meningkat. Baja AB yang tersedia dalam bentuk cecair adalah dalam bentuk yang mudah diserap oleh pokok iaitu dalam bentuk ion yang bercas positif dan negatif dimana kesan penggunaan baja AB adalah sangat cepat dan menyuburkan pokok. Dilaporkan jika baja AB terdiri daripada pelbagai jenis warna bergantung kepada sebatian dan campuran yang digunakan. Kebiasaannya, baja A berwarna kuning kerana terkandung unsur Ferum, manakala baja B berwarna biru kerana terkandung unsur kuprum. Ada juga yang berwarna putih bergantung kepada syarikat pengeluar masing-masing dimana selalunya baja AB diberikan kepada pokok sama ada dalam bentuk pengairan akar atau secara semburan foliar, bergantung kepada formulasi baja yang digunakan oleh setiap pengeluar. Setiap pengeluar baja AB mempunyai formulasi campuran baja yang berbeza-beza dimana kaedah dan cara penggunaannya juga berbeza bergantung kepada pengeluar. Kadar kepekatan nutrien bagi baja AB boleh diukur dengan menggunakan EC meter (unit: microsiemen) atau TDS meter (unit: ppm). Kebanyakan pengguna di Malaysia menggunakan bacaan EC akan tetapi boleh juga menggunakan bacaan TDS, cuma perlu ditukar ukuran unitnya untuk mendapatkan bacaan EC. Sebaiknya stok baja A dan B perlulah disimpan di tempat teduh dan berbumbung untuk menjaga kualitinya dimana baja AB yang disimpan di tong yang berasingan hendaklah dikacau terlebih dahulu sebelum penggunaannya supaya tidak terjadi mendakan putih dan untuk penyerapan ion yang ianya lebih berkesan.


Dalam membuat tinjauan mengenai fakta harga set baja AB di Malaysia ia adalah berbeza-beza bergantung kepada kuantiti dan jenama, lazimnya bermula dari RM5.80 untuk set pati kecil hingga lebih RM150.00 untuk set pukal 25kg. mengambil contoh Harga Baja AB dimana ia ada dijual di premis kedai pertanian atau kini sudah boleh di beli secara atas talian dengan ada banyak jenama. Beberapa contoh harga untuk set baja AB (pati atau cecair sedia guna) yang terdapat di pasaran Malaysia terutamanya melalui peruncit dalam talian seperti Lazada dan Shopee seperti iklan dimana bagi Set Pati Baja AB (500ml A + 500ml B) ada dijual semurah sekitar RM5.80 hingga RM9.80 bagi satu set (dua botol) dimana didakwa set ini menghasilkan jumlah larutan baja yang banyak apabila dicairkan. Ada juga Set Cecair Baja AB dengan ka[asiti 2 Liter (1L A + 1L B) yang guna jenama lain di jual dengan harga sekitar RM9.80 hingga RM21.00 seperti jenama AB Leafy Hydroponics Fertilizer menawarkan pilihan dalam julat ini. Dalam tinjauan lain di laporkan bagi Set Cecair Baja AB 4 Liter (2L A + 2L B) dengan jenama RapidGrow pula ia ada menawarkan set ini pada harga sekitar RM26.90 satu set. Ada juga iklan Set Pati Baja AB Pukal (25kg) iaitu set besar baja AB dijual untuk fertigasi berskala besar berharga sekitar RM149.95 dimana set ini mengandungi komponen A dan B dalam bentuk serbuk atau pekat untuk dibancuh sendiri. Harga ini adalah anggaran dan mungkin berbeza antara lokasi pembelian, jenama, jumlah di beli, jenis formulasi (serbuk, cecair atau butiran/granule) dan jumlah di beli. Baja AB mamang semua tahu akan kegunaanya. Ia adalah sejenis baja cecair yang digunakan kebiasaannya untuk tujuan tanaman secara fertigasi atau hidroponik oleh industri namun akibat keberkesanan dan mudahnya menggunakan baja AB maka dilaporkan ada kalangan yang berkebun secara hobi pun turut tidak lari menggunakannya. Apa yang paling menarik dimana ia bukan sekadar untuk kegunaan tanaman sayuran kini nampaknya ada juga pengguna yang akan mereka menggunakannya pada tanaman berbunga. Wujudnya nama baja AB ini disebabkan oleh setiap satu baja mempunyai unsur yang berbeza. Dan setiap unsur tak boleh bercampur. Kalau dicampurkan ketika ia masih dalam bentuk butiran atau cecair pati, baja tadi akan kekurangan salah satu elemen penting yang diperlukan oleh tanaman. Kiranya baja tadi akan gagal fungsinya. Perlu di ketahui fakta bahawa baja AB ini adalah baja organik sebab ia adalah terdiri daripada baja kimia namun ia tidak beracun seperti racun serangga perosak. Disebabkan kandungan baja yang berbeza maka terhasillah warna nya ada yang biru, kuning, putih dan lain-lain. Cara penggunaan dan bancuhan baja AB yang dijual dalam bentuk butiran atau cecair juga perlu di fahami pengguna. Kebiasaanya baja AB dalam bentuk butiran ia perlu di larutkan untuk menjadi pati. Dari pati tadi baru kemudian ia dicampur bersama air mengikut nisbah tertentu untuk digunakan pada tanaman. Ada beberapa tip pemberian baja fertigasi dimana untuk mengelakkan berlaku pembaziran melalui larut lesap maka sebaiknya diberi lebih kerap dengan kadar yang kurang, bagi banyak baja AB pada waktu pagi kerana pokok lebih aktif pada waktu pagi. Tips lain adlah kadar kepekatan baja adalah lebih rendah pada musim kering akan tetapi sebaliknya tinggi pada musim lembab atau musim hujan sebab akan ada kemasukan air terutama kepada tanaman sistem fertigasi atau hidroponik terbuka (tiada APH). Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna untuk rujukkan pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
BAJA 'AB'...APAKAH BENDANYA...
JENIS A... UNSUR Ca DAN Fe ADA...
JENIS B... DICAMPURKAN SAHAJA...
POKOK SIHAT... BAJA TERSEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Rejab 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.