Kumbang tanduk (atau Kumbang Badak) adalah sejenis kumbang besar yang terkenal dengan tanduknya yang menonjol, terutamanya pada jantan dimana ia akan digunakan untuk berlawan semasa ia mengawan. Spesies popularnya termasuk Spesis Atlas Beetle (Chalcosoma atlas) dan Spesis Rhinoceros Beetle (Oryctes rhinoceros) yang merupakan sejenis serangga perosak serius bagi tanaman kelapa dan juga tanaman kelapa sawit yang akan menyerang pada bahagian batang dan pucuknya. Bagi penulis blig yang seelalu membuat tinjauan ke projek tanaman kelapa tajaan Jabatan Pertanian di seluruh negara mendapati jika kumbang ini tidak berbahaya kepada manusia tetapi kaki tajamnya boleh mencalarkan kulit dan kumbang ini penting dalam kitaran semula bahan-bahan organik didalam kebun. Apa pun mudah untuk mengenali spesis kumbang tanduk dimana ciri utamanya adalah ia mempunyai tanduk berada di kepalanya bagi jenis kumbang jantan mempunyai tanduk melengkung atau berbentuk 'Y' manakala bagi kumbang betina ia hanya mempunyai satu tonjolan kecil. Saiz kumbang tanduk boleh mencapai saiz besar (25-130 mm) dimana ia juga bergantung kepada spesies. Apa put diet bagi kumbang tanduk adalah ia akan memakan tumbuhan reput terutamanya batang pokok palma seperti pokok kelapa dan sebagainya dan tanaman kelapa sawit. Apa pun kitaran hidupnya dimana pada fasa larva (ulat) ia suka hidup hidup di dalam batang reput dan bertukar menjadi kumbang dewasa kemudiannya dan terbang mencari pucuk pokok kelapa dan seumpamanya. Ia akan merosakkan pada bahagian pucuk pokok kelapa yang baru di tanam dan menjadi ancaman serius pertumbuhan pokok kelapa tersebut dan mesti segera di kawal dengan pelbagai cara. Uniknya kumbang ini boleh mengeluarkan bunyi khas apabila terancam dan berpura-pura mati untuk mengelakkan dari serangan pemangsa. Apa pun faktanya dimana spesis Kumbang Tanduk Atlas (Chalcosoma atlas) lepih popular dan lebih dikenali kerana saiznya yang sangat besar dan rupa pada tanduknya yang kompleks dan sering ditemui di Asia Tenggara. Bagi spesis Kumbang Tanduk Badak (Oryctes rhinoceros) pula ia adalah jenis serangga penting bagi kelapa sawit dimana badannya dilihat ia berwarna coklat gelap atau hitam dan ciri tanduknya melengkung ke belakang. Dalam aspek kepentingannya dalam ekosistem dimana secara semula jadi walau pun dijadikan kategori serangga perosak tetapi sebenarnya ia dapat membantu mengitar semula bahan organik hutan. Bagi petani dimana kumbang tanduk dianggap perosak utama kerana kerosakan yang boleh ditimbulkannya pada pokok kelapa dan sawit dimana kawalannya mesti dibuat sebelum kesan teruk berlaku.
Lazimnya kumbang tanduk dewasa di habitat liar akan memakan tumbuhan seperti daun, buah, nektar dan getah pokok manakala larvanya pula memakan bahan organik reput seperti batang pokok reput (terutamanya jenos pokok kelpa atau kelapa sawit), pada kompos atau najis ternakan yang menjadi sumber makanan utama larva kumbang tanduk semasa peringkat awal kehidupan. Apa pun yang pasti adalah dimana makanan bagi larva kumbang tanduk adalah semua bahan organik sedang mereput seperti pada longgokan batang sawit, daun dan sisa tumbuhan lain yang dalam proses mereput. Lokasi seperti pada longgokan kompos dan sisa tumbuhan yang reput juga selalu ada larva kumbang tanduk untuk merjadikan ia berfungsi sebagai agen pereputan yang cekap. Uniknya ada kalanya pada najis ternakan dan juga longgokan najis haiwan ternakan juga menjadi makanan larva untuk ia tinggal didalamnya. Umumnya kumbang dewasa lebih suka makanan berasaskan tumbuhan (daun, buah, getah) dan juga larvanya akan memakan bahan organik yang sedang mereput sebagai sumber nutrisi utama mereka. Disebabkan kumbang tanduk adalan serangga perosak dan ancaman kepada tanaman pokok kelapa dan sawit maka kawalan kumbang tanduk melibatkan pelbagai cara dan kaedah pelu di lakukan. Antaranya adalah kaedah mekanikal dilakukan dengan cara membuang tempat pembiakannya, kaedah biologi iaitu dengan menggunakan kulat jenis Metarhizium anisopliae atau virus) dan boleh gunakan kaedah perangkap feromon yang memerangkap kumbang jantan. Kaedah seperti mengamalan amalan agronomi sanitasi ladang yang bersih mampu bagi tujuab mengurangkan tempat pembiakan kumbang ini terutamanya pada pokok kelapa dan sawit muda yang berumur dibawah tiga tahun. Kaedah ini adalah bertujuan membunuh larva dan kumbang dewasa di peringkat awal lagi untuk melindungi pokok daripada kerosakan serangan pada bahagian umbutnya. Cara kawalan mekanikal dimana dikebun kelapa atau sawiy perlu pastikan tunggul lama atau batang kelapa busuk di musnahkan bagi dapat mempercepatkan lagi proses pereputan atau mesti mengurangkan lokasi tempat pembiakan kumbang tanduk. Pastikan membersihkan ladang dimana kawasan kebun bersih daripada pelepah reput, batang mati dan bahan reput lain yang jadi tempat pembiakannya juga. Boleh lakukan aktiviti pemusnahan larva seperti membuat lantai pembiakan (seperti segiempat 1m x 1m) dan bubuh dengan najis (seperti tahi ayam, tahi lembu atau habuk kelapa) dimana kumbang tanduk akan masuk kedalamnya dan kemudian ia ditangkap dan musnahkan larva yang muncul.Kaedah kawalan biologi yang mesra alam iaitu dengan cara gunakan sejenis kulat Metarhizium anisopliae yang boleh ia disembur larutan kulat ini (bentuk serbuk atau butiran) pada tempat pembiakan dimana kulat ini akan menjangkiti dan membunuh larva serta kumbang. Memasang Perangkap Feromon iaitu gunakan feromon (seperti ethyl 4-methyl octanoate) untuk menarik kumbang dewasa ke perangkap dengan kadar satu perangkap biasanya untuk 2 hektar. Ada laporan kajian dimana cara penggunaan kulat Metarhizium anisopliae sangat berkesan dan mesra alam dan ia mampu membunuh kumbang pada semua peringkat (larva, pupa, dewasa) dan merebak dalam populasi kumbang. Kombinasi kaedah ini memastikan kawalan yang efektif terhadap serangan kumbang tanduk pada pokok kelapa dan sawit.
Kumbang tanduk (biasanya jenis Oryctes rhinoceros) adalah merupakan serangga perosak utama dalam kebun sawit dan kelapa iaitu terutama pada fasa belum matang dan juga selepas matang, terutamanya bila berlaku aktiviti penanaman semula. Dilaporkan dimana kumbang tanduk boleh merosakkan pokok sawit muda jika kawalan dibuat lewat dimanaada kaedah dan pencegahan awal perlu dilakukan sebagai langkah kawalan yang praktikal dan sesuai untuk diamalkan dalam kerja ladang harian. Kaedah serangan dimana kumbang dewasa menebuk masuk ke pucuk dan melambatkan pertumbuhan pokok dan kesannya pokok sawit di bawah 4 tahun paling mudah terjejas dan bahagian batang jadi reput, tunggul lama dan sisa organik ialah tempat pembiakan utama. Perlu di bersihkan ladang dari awal dan elakkan longgokan besar dan boleh gunakan cara perangkap feromon untuk tangkap kumbang sebelum bertelur. Kaedah kawalan biologi seperti Metarhizium membantu membunuh larva dan terbaik di syorkan menggabungkan akan kesemua kaedah dan pantau pokok muda secara berkala Kawalan yang berkesan bermula dengan kebersihan ladang dan pemantauan berterusan. Persoalan kenapa kumbang tanduk boleh menyerang tanaman di kebun sawit bukan jadi rahsia lagi. Ini kerana kebun sawit Belum Matang (anak benih sawit sehingga umur ± 3 tahun) diancam bila ada tunggul dan bahan sedang reput di kebun semasa proses penanaman semula sawit. Tinggul batang ini biasanya tinggalkan dan menjadi bahan organik reput yang akan menjadi tempat pembiakan kumbang tanduk. Dalam kes lain dimana pada bahagian lembut pokok sawit muda menyebabkan kumbang tanduk suka menyerang pucuk muda (crown) yang lembut dan ini menyebabkan kematian pucuknya dan proses pertumbuhan terbantut atau pokok tersebut akan mati. Pokok muda belum mempunyai sistem pertahanan yang kuat dimana isu ini akan menjadikannya lebih terdedah diserang kumbang tanduk. Bagi kes kebun sawit yang sudah dewasa atau mtang pula akan terancam serangan kumbang tanduk jika ada kawasan kebun yang buat tanaman semula berhampiran dimana ancaman kumbang boleh berpindah dan menyerang pokok dewasa. Akan berlku keadaan serangan pada pelepah dimana kadang-kadang kumbang menyerang pelepah sawit yang telah ianya dipotong atau rosak terutama jika pengurusan ladang kurang kemas. Kumbang tanduk menyerang kebun sawit kerana kehadiran bahan reput dan kelembutan pokok muda disana dan keadaan ladang kelapa sawit yang matang yang terdedah jika berada dekat dengan kawasan tanam semula perlu di periksa selalu kehadirannya. Apa pun kaedah pendekatan bersepadu (IPM atau Integrated Pest Management) seperti penggunaan feromon, kawalan biologi, pengurusan tunggul dan amalan budaya adalah kaedah terbaik untuk kawalan berkesan. Semuga tulisan ini memberikan ilmu kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.