Monday, November 17, 2025

MENGKUDU OH MENGKUDU (Part 2)

POKOK BUAH MENGKUDU
(Morinda citrifolia Linn) adalah sejenis tumbuhan yang banyak kegunaannya dalam perubatan tradisional dan juga sebagai makanan. Ia mempunyai daun, buah, dan akar yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, senggugut, ulser, dan masalah kulit. Pucuk mudanya juga boleh dimakan sebagai ulam atau dimasak, manakala buahnya yang masak boleh dijadikan jus untuk kesihatan secara keseluruhan. Bagi penulis blog tahu memang tidak asing kerana ada program menanam pokok mengkudu dan ada menanamnya yang viral semasa bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Mersing dan Daerah Segamat dahulu. Tanaman mengkudu merupakan tanaman tahunan (perenial) yang berbentuk perdu dengan ketinggian pokok diantara 3 - 8 meter dengan mempunyai jenis batang tanaman keras dan berkayu. Pokok mengkudu tumbuh merimbun dengan naik ke atas serta mempunyai banyak cabang dan ranting. Cabangnya tumbuh dengan cara mendatar dengan arah keluar kanopi tanaman dimana pada bahagian hujungnya ada berbuah. Daun pokok mengkudu adalah termasuk sebagai daun tunggal, terdiri atas satu helai daun setiap satu tangkai daun (petiolus). Bentuk daun adalah lonjong dengan ukuran panjang antara 10 - 40 cm dan lebar antara 15-17 cm dimana ia bergantung tahap kesuburan tanaman. Pada permukaan daun bahagian atas selalunya penulis blog dapati ia berwarna hijau kilat tetapi sebaliknya pada bahagian bawah warnanya adalah hijau agak pucat. Marfologi tangkai daun adalah pendek dan melekat pada ranting atau cabang secara berselang-seli atau berpasangan (paired). Apabila diteliti didapati umumnya semakin subur pertumbuhan tanaman maka semakin rimbun dan besar ukuran daunnya. Pokok mengkudu pernah menjadi tanaman popular satu ketika dahulu apabia buah mengkudu didakwa mampu didalam menyembuhkan banyak penyakit termasuk mampu bagi membunuh sel kanser melalui produk munuman 'Jus Noni'. Jus ini mampu mencapai harga runcit yang tinggi dipasaran pada masa itu menyebabkan ramai petani yang berusaha untuk menanamnya. Bagaimana pun semasa artikel ini ditulis kegilaan untuk penanaman pokok mengkudu sudah tidak kedengaran lagi seperti sekitar tahun 2000 dahulu. Artikel malam ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi mengenai beberapa fakta tambahan mengenai pokok dan buah mengkudu dan kehebatan khasiat tanaman ini untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dilaporkan sudah ada banyak kajian oleh saintis seluruh dunia dan di Malaysia mengenai khasiat dan manafaat Buah Mengkudu. Walau pun sesiapa juga kali pertama melihat buah ini dan tidak suka akan bentuk penampilannya yang kurang 'menggoda', ternyata banyak manfaat buah mengkudu atau nama saintifiknya Morinda citrifolia untuk kesihatan yang mungkin kita tidak pernah tahu. Bagi peulis blog dimana semasa di kampung dulu sebalah mata pun tak pandang akan buah ini yang tumbuh meliar dan buahnya gigur di kawasan sekolah rendah. Bagaimana pin pokok dan buah mengkudu sudah viral pada tahun 2000 apabila semua orang ingin menanam dan gaakan oleh kerajaan melalui Jabatan Pertania untuk penanaman pokok mengkudu di berikan bantuan. Sebelum ini ada selalu melihat dimana kalau ada pun pokok ini ditanam dan berbuah ianya akan dibiar bergelimpangan membusuk di tanah begitu sahaja. Apa pun mungkin juga buah hijau kekuningan apabila masak yang eksotik bersaiz kentang itu sendiri tidak menarik perhatian disebabkan ianya akan mengeluarkan bau yang sedikit tajam. Kesannya adalah hanya segelintir daripada kita memanfaatkannya dengan menjadikannya jus atau suplemen makanan yang sudah diusahakan oleh pengusaha kecil. Kalau dibiarkan diatas pokok dan buah ini masak kemudian ia akan jatuh ketanah (Sila lihat foto disebelah) dimana membusuk dan tidak di pedulikan pada masa dulu sebab buah segar rasanya tidak di sukai orang ramai.


Beberapa pakar dari dunia Barat dilaporkan mereka sudah banyak menghasilkan ubatan daripada tumbuhan anugerah tuhan ini bagi mendapatkan 1,001 manfaatnya.Di Malaysia usaha penyelidik dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang berusaha keras untuk meneroka khasiat buah mengkudu tidak kurang hebatnya. Kemudian penulis blog yang masih bertugas masa itu iaitu pada tahun 2008 pihak FRIM telah mengkaji potensi buah mengkudu ini yang dapat menurunkan kandungan gula atau glukosa dalam darah. Kemudian pada tahun 2010 pula mereka menyelidik potensi buah mengkudu di dalam melindungi organ hati atau hepar. Apa pun dilaporkan kajian-kajian ini dijalankan bersama dengan ketua projek, Dr Nik Musa’adah Mustapha yang juga merupakan Pegawai Penyelidik Senior, FRIM. Pegawai Penyelidik, Bahagian Hasilan Semula Jadi FRIM, Abdul Rashid Li berkata, hasil kajian dijalankan, kandungan sebatian polisakarida atau serat larut air tinggi di dalam buah mengkudu. Kajian mendapati semasa menganalisa, sebatian polisakarida larut air ini diasingkan daripada buah mengkudu dan didapati sangat berpotensi menurunkan kandungan gula atau glukosa dalam darah tikus-tikus makmal yang diaruhkan diabetes ke paras normal dalam tempoh dua minggu rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan tikus-tikus diaruhkan diabetes yang lain. Sebatian polisakarida larut air mengkudu juga didapati berpotensi melindungi organ hati tikus-tikus makmal yang diberi dos berlebihan parasetamol. Kemudian daripada penyelidikan itu, didapati juga buah mengkudu mengandungi kandungan protein larut air tinggi. Protein ini berjaya diekstrak daripada mengkudu dan diuji potensinya sebagai ejen peningkat tenaga atau prestasi. Apa pun melalui ujian renang paksa atau force swim test, tikus makmal yang diberi protein larut air menunjukkan masa atau tempoh renangan lebih panjang berbanding kumpulan tikus yang tidak diberi apa-apa. Polisakarida larut air buah mengkudu juga menunjukkan aktiviti peningkat prestasi setelah ujian renangan paksa dijalankan.


Penulis blog pernah merujuk pakar dari FRIM mengenai isu agar pengguna tidak mengambil jus mengkudu secara berlebihan. Dalam mesyuarat teknikal bersama mereka diantara FRIM, Jabatan Pertanian dan MARDI di nyatakan dibuat susulan hasil penyelidikan sebatian polisakarida mengkudu sebagai ejen menurunkan kandungan gula dalam darah dan FRIM mempatenkannya dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 30 Ogos 2010 dengan tajuk A Medicinal Composition. Apa pun kemudian hak untuk menghasilkan sebatian polisakarida pada skala pandu telah diberikan kepada sebuah syarikat di bawah Program FRIM-MTDC. Kemudian sebatian polisakarida mengkudu ini juga telah digunakan sebagai bahan utama penghasilan biskut kesihatan jenama Le’Natura di mana produk ini terdapat di pasar raya besar seluruh negara. Ada penjelasan bagaimana sekiranya pengguna mahu memanfaatkan buah ini jika hendak dibuat sendiri dimana FRIM ada mnyarankan agar buah ini diproses di dalam bentuk jus daripada buah masak yang segar. Memandangkan rasa dan bau jus buah mengkudu tidak berapa menyenangkan, disarankan juga jus buah mengkudu tersebut dicampurkan bersama jus buah lain yang mempunyai rasa lebih lazat dan bau menyenangkan. Pengguna perlu berjaga-jaga sebab di sebalik tinggi dengan sebatian makanan makronutrien iaitu polisakarida dan protein, buah mengkudu juga mengandungi sebatian-sebatian antinutrien seperti anthraquinone, iridoid dan sterol tumbuhan. Walaupun kuantiti sebatian ini kecil iaitu kurang satu peratus di dalam buah tersebut, tetapi dikhuatiri sebatian-sebatian antinutrien ini boleh memberi kesan kepada buah pinggang dan organ hati jika ia diambil di dalam kuantiti terlalu tinggi," terangnya yang turut menyarankan penggunaan buah ini tidak diambil pada kuantiti yang terlampau banyak. beberapa laporan kajian dakwa ada 10 manfaat kesihatan jus mengkudu dan mengapa ia baik untuk pembaca blog anim agro technology untuk di fahami. Khasiatnya termasuk kemampuannya untuk merawat artritis, mampu menurunkan risiko gout, meningkatkan tenaga, membantu melembapkan kulit, melawan penuaan dan merawat kerengsaan kulit kepala. Palaing ketara kemampuannya untuk mengelakkan kanserm, meningkatkan kekebalan jangkitan, mengurangkan stres dan mampu untuk merawat demam. Bagi penulis blog yang sudah ujirasa buah mengkudu segar dan minum jus mengkudu komersil dimana selalunya jus mengkudu mempunyai bau tengik dimana sebaiknya ia perli di campurkannya dengan jus nanas atau sesuatu yang kuat untuk menutupi rasa, memudahkan ia untuk diminum. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang dis yorkan di baca kesemuanya. Senuga artikel tulisan kali i ni memberi maklumat berguna sebagai bahan rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK MENGKUDU...APAKAH GUNANYA...
PERNAH VIRAL...RAMAI MENANAMNYA...
BANYAK KHASIAT....PELBAGAI KAJIANNYA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMUNYA DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Jamadilawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.