Thursday, November 27, 2025

ALGA DAN KUALITI AIR

TUMBUHAN ALGA (Algae) merupakan sejenis tumbuhan yang hidup hidup di dalam air ataau dikawasan yang lembap berair. Walau bagaimanapun didakwa dimana kenyataan ini tidak sepenuhnya benar apabila dilaporkan alga dapat hidup dan berkembang biak juga dalam keadaan pelbagai keadaan habitat yang sesuai. Penulis blog anim agro technology dapati dimana lazimnya struktur alga sangat berbeza dimana ianya boleh berada dalam keadaan bersel tunggal, kolonial atau multiselular. Saiz tumbuhan alga berbeza dari beberapa mikron sehingga sebesar 30 meter. Secara keseluruhan ada terdapat kira-kira 30,000 spesies alga di alam semula jadi didunia ini. Ia merupakan sejenis tumbuhan paling kuno di muka bumi dan juga ditemui dalam sedimen yang terbentuk dari tiga hingga satu bilion tahun yang lalu. Perkara ini adalah disebabkan oleh mereka ampu beradaptasi dengan suasana bumi dimana ada kedapatan oksigen, matahari dan air. Dalam jangka masa panjang lazimnya tumbuhan alga telah mampu menyesuaikan dengan keadaan kewujudan perubahan habitat persekitaran yang paling luar biasa. Kebanyakan alga boleh berada atau tinggal di lautan, sungai, sungai, paya atau rawa dan paling utama adalah keadaan habitat di mana terdapat air. Walau bagaimanapun kebanyakan spesis alga terdapat juga di permukaan tanah, di atas batu, di salji, mata air panas, air masin (air di mana kepekatan garam mencapai 300 gram seliter air). Paling unik dimana alga juga berada pada badan haiwan. Beruang kutub biasanya mempunyai rambut yang agak berongga dimana di dalamnya ada alga jenis Chlorella vulgaris didapati hidup di sana dan ini kmenjadikan beruang tersebut seakan diwarnakan dengan warna hijau pada badan beruang tersebut. Kehidupan semua jenis tumbuhan alga ini sangat berkait rapat dengan air walau pun tumbuhan lazimnya dapat bertoleransi dengan kekeringan atau kemarau atau dalam keadaan beku asalkan keberadaan air memang penting untuk kehidupan tumbuhan termasuk alga. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi maklumat mengenai beberapa fakta penting habitat tumbuhan alga dan kaitannya dengan kualiti air untuk ianya dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Tumbuhan alga dilaporkan amat berkait dengan kualiti air dihabitatnya dimana dilaporkan faktor Kemasinan Air  (salinity) dan mineral adalah faktor penghalang pertumbuhan alga dan juga pertumbuhan serta pengedaran alga. Alga masih hidup di dalam keadaan kualiti air yang sangat berbeza sama ada dari jenis air masin (saline water) dengan kadar kandungan garam sekitar 40 - 347 gram/liter atau air bermineral (biasanya kandungan mineral tidak melebihi 0.5 g /liter). Walaupun pada hakikatnya tumbuhan alga ini memang  secara amnya mampu bertoleransi garam yang luas akan tetapi beberapa spesis masih hidup beradaptasi dengan nilai kemasinan tertentu. Terdapat beberapa spesies alga euryaline yang boleh wujud pada saliniti yang berbeza. Faktur kualiti air berkait dengan Keasidan Air (Water Acidity) juga perlu dibincang didalam artikel ini. Keasidan air juga merupakan faktor yang akan menghalang pertumbuhan alga dilapangan. Rintangan taksonomi alga memang berbeza kepada perubahan keasidan (pH) asama dnegan kadar perubahan dalam kemasinan dalam air dihabitatnya. Sesetengah spesis alga hanya hidup di perairan alkali (alkaline water - nilai pH tinggi) serta ada spesis yang mampu hidup dalam kualiti Air Berasid (pada nilai pH yang rendah). Bagaimana pun alga akan tumbuh dengan optima pada keasidan tanah yang sederhana (pH5.5 - pH 6.5) sama dengan keperluan tumbuhan pokok dan tanaman lain.


Dalam membincangan habitat dan kualiti air bagi tumbuhan alga pastinya k
ehadiran dalam persekitaran unsur makro-nutrien dan mikro-nutrien merupakan komponen penting dalam badan alga adalah memang penting untuk keamatan perkembangan mereka. Unsur-unsur sebatiannya yang berkaitan dengan macro-elements diperlukan oleh organisma dalam jumlah yang agak besar. Unsur seperti Nitrogen (N) dan Phosforus (P) adalah yang paling penting disamping unsur lain seperti Kalium (K), Kalsium (Ca), Sulfur (S) dan unsur Magnesium (Mg) memang perlua ada didalam air dan habitatnya. Unsur nutrien mikro  diperlukan untuk tumbuh-tumbuhan dalam kuantiti yang sangat sedikit tetapi keperluannya adalah sangat penting untuk pertumbuhan alga dan tumbuhan hijau lain. Unsur ini penting dalam beberama enzim penting untuk pertumuhan alga juga.  Bahan mineral lain yang diperlukan untuk alga hidup dengan subur seperti zat Besi (Fe), Manganese (Mn), Zink (Zn), Tembaga (Cu), Boron (B), Silikon (Si), Molibdenum (Mb), Klorin (Cl), Vanadium (Vn) dan Kobalt (Co). Apa pun berlainan spesis alga memerlukan nutrien dan mineral yang berlainan juga. Alda jenis Diatom dilaporkan memerlukan sejumlah besar silikon yang digunakan untuk membina kulit keras luarnya dan jika berlaku kekurangan 'silikon shell' diatom menjadi nipis dan lembut. Dilaporkan dimana didalam hampir kesemua ekosistem air tawar dan laut dimana faktor penghadaman adalah berpunca dari kadar kepekatan nitrat dan fosfat dalam air. Dalam sumber air tawar dengan kadar kandungan karbonat (carbonate) yang rendah maka kadar kepekatan garam kalsium dan sesetengah yang lain boleh dianggap sebagai faktor yang menghalang dan menganggu pertumbuhan alga. Cahaya (light) diperlukan untuk kehidupan alga sebagai sumber tenaga tindak balas fotokimia dan sebagai pengatur pertumbuhan alga. Sama ada cahaya yang tersedia dalam habitat iitu  banyak atau kurang ianya boleh menjadi punca gangguan serius dalam pertumbuhan alga. Dilaporkan iaitu cahaya juga merupakan faktor yang akan menghalang pertumbuhan apabila berlaku pencahayaan terlalu tinggi atau terlalu rendah. Taburan alga di dalam habitatnya selalu ditentukan oleh kehadiran cahaya yang diperlukan untuk proses fotosintesis Lapisan air pada habitat organisme 'foto-autotrofik' dipanggil zon euphotik sementara di laut pula ada zon euphotik pada kedalaman 60 meter dan ada kalanya mencapai kedalaman 120 meter. malahan pula adal alga mampu hidup dalam perairan laut yang mempunyai kedalaman sehingga 140 meter walau pun ketelusan cahaya amat kurang didapati. Kelainan berlau mengenai kehadiran cahaya dii tasek sekitar 10 - 15 meter dan dikawasan tasuk glacier (salji) sehingga edalaman 20 - 30 meter. Nilai optimum pencahayaan untuk pelbagai jenis alga berbeza secara meluas. Keberadaan cahaya mmembantu dalam proses mengeluarkan heliophilic dan heliophobic algae. Ganggang heliofilik (fotophilus) untuk kehidupan normal memerlukan sejumlah besar cahaya dan ianya termasuk majoriti alga biru-hijau dan sejumlah besar alga hijau pada musim panas dipermukaan air. Alga Heliophobic (mengelakkan cahaya terang) biasanya disesuaikan dengan keadaan cahaya yang rendah.  

Keadaan alga yang mempunyai bahagian yang berbeza juga adalah bergantung kepada jenis  komposisi pigmen fotosensitif tertentu dimana kesannya adalah dimana aktiviti fotosintesis maksimum berkait dengan jangkapanjang gelombang cahaya yang berlainan. Bagi tumbuhan alga yang berada dalam habitat akuatik selalunya pergerakan air memainkan peranan yang besar kerana jisim air menyediakan kemasukan nutrien dan penghapusan produk sisa alga. Alga mempunyai tahap kestabilan pada keadaan suhu yang sangat jau  bilainya dimana ada sesetengah spesies alga yang boleh wujud dikedua keadaan amat panas dan amat sejuk. Alga juga boleh dibezakan daripada jenis Eurythermal yang wujud dalam julat suhu yang luas (alga hijau - Oedogoniales) yag mana ia berfilamen dan Jenis Stenotermik disesuaikan dengan suhu panas melampau. Stenotermik merupakan jenis alga cryophilic yang hanya tumbuh pada suhu berhampiran dengan 0 ° C dan alga termophilic yang tidak boleh wujud pada suhu di bawah 30°C panasnya. Suhu menentukan taburan geografi alga yang tumbuh di persekitaran akuatik.  Keberadaan alga berkait dengan komposisi ekosistem yang disebabkan oleh aktiviti penting organisma lain dikelaskan sebagai faktor biotik. Biasanya alga ekosistem bertindak sebagai pengeluar bahan organik dimana antara perkara yang menganggu kehadirnan alga adalah keberadaan haiwan yang memakan alga dilapangan. Alga memang mempunyai kesan yang signifikan terhadap ekosistem semulajadi yang mana ia akan menjadikan faktor antropogenik sangat penting untuk pertumbuhan alga. Menyediakan infra terusan dan membina takungan oleh manusia adalah sama dengan mencipta habitat baru untuk organisma akuatik. Dilaporkan dari kajian saintis dimana apabila berlaku pelepasan air kencing sering yang tinggi kandngan amonia akan mengakibatkan kekurangan komposisi spesis dan kematian alga atau pertumbuhan beberapa spesis alga tertentu. Pertumbuhan alga menjadi tidak terkawal dalam takungan akibat perlepasan bahan bioorganik didalamnya. Penggunaan beberapa jenis alga didalam merawat kualiti air masih terus diaktifkan dikawasan tertentu dengan teknologi diubahsuai. Semuga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
NAMANYA ALGA... BANYAK JENISNYA...
PERLUKAN AIR... KEHIDUPANNYA..
NUTRIEN MAKRO.. MIKRO DIGUNA...
PELBAGAI SUHU... ADAPTASI SEMUA..


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Syawal 1442H).
Dikemaskini pada 19 RabiulAkhir 1447H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.