Tuesday, October 14, 2025

FAKTA MENARIK KELAPA KOMENG

ISU KELAPA KOMENG
adalah kejadian dimana buah kelapa rosak dengan tiada isi air didalamnnya dan ia selalunya akan bersaiz kecil, kerdil atau tidak membesar seperti kelapa biasa dimana tidak ada nilai ekonomi. Bagi penulis blog yang sejak kecil dulu sudah mendengar iatilah 'komeng' yang juga boleh membawa maksud 'sedikit' atau 'sangat kecil' atau 'sangat sedikit' berkait dengan sifat yang ada pada buah tersebut. Umum juga di fahamkan jika istilah ' buah kecil atau kerdil' ini sebagai 'Buah Kelapa komeng' iaitu ciri yang merujuk kepada kelapa yang saiznya tidak membesar dimana ia boleh beralku di sebabkan oleh faktur baka pokok atau keadaan tumbesaran yang tidak normal atau faktur lain seperti amalan agronomi dan iklim juga. Paling mudah dengan memetik setandan kelapa dan di belah dimana kesemua buah kelapa yang di belah tidak ada air didalamnya dan tidak asa isi daging putih didalamnya atau ia sudah 'komeng'. Di dalam dunia Melayu nusantara dimana uniknya sifat kelapa yang rosak ini dan tidak ikut seperti kelapa normal sudah di ambil menjadi 
satu lagi peribahasa Melayu yang bermaksud buah kelapa dari tandan Kelapa (Cocos nucifera) yang telah rosak buahnya. Terdapat peribahasa iaitu 'Satu Tandan Kelapa ada yang Komeng' itu maksudnya dalam satu keluarga yang mempunyai ramai anak tidak semuanya jadi baik dan akan ada yang akan jadi kurang baik diantara mereka. Pokok kelapa juga merupakan sejenis tumbuhan pelbagai guna dari keluarga Arecaceae (Dulu dalam keluarga Palmae) yang mana ia ada gelaran 'pokok seribu guna' apabila bahagian batang, bunga, mayang, pelepah, batang, daun, buah, tempurong, sabut, air kelapa dan banyak lagi boleh digunakan didalam masyarakat. Pokok kelapa yang di tanam juga akan mengelyarkan nektar pada bahagian bunganya semasa proses pendebungaan (selalunya pendebungaan adalah secara semulajadi) atau secara pendebungaan silang. Bunga kelapa menghasilkan nektar yang akan di ambil serangga termasuk lebah dan kelulut di jadikan Madu Lebah. Pokok kelapa juga akan menghasilkan air nira yang kemudian ia di jadikan pelbagai produk lain. Tanaman kelapa mampu hasilkan air kelapa muda, sabut ( dijadikan cocoapeat), Santan Kelapa, Gula Melaka, Tuak, Jambatan Batang Buloh, Ketupat, Penyapu Lidi adalah diantara hasilan pokok kelapa. Tanaman kelapa di Malaysia manjadi satu tanaman industri yang di tanam secara besar-besaran oleh estet swasta atau kecil-kecilan oleh petani biasa. Terdapat seluas lebih dari 67,596 hektar tanaman kelapa pada tahun 2024 di Malaysia dengan jumlah pengelurannya sebanyak 629,900 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan 2025, Jabatan Pertanian Malaysia). Tanaman kelapa paling luas berada di Sabah (seluas 19,066 ha) diikuti dengan Johor (11,043 ha) diikuti dengan Sarawak (10,110 ha). Malaysia mengimport biji kelapa tua dari negara Indonesia bernilai RM245.7 juta (US$58.04 juta) setahun dengan jumlahnya sebanyak 280.6 juta metrik tan dan kebanyakannya melalui pelabuhan Batu Pahat. Jumlah ini menjadikan Malaysia sebagai salah satu pengimport kelapa terbesar di dunia daipada negara Indonesia yang di gubakan untuk di proses oleh sekitar 25 buah kilang memproses buah kelapa di Malaysia. Artikel subuh yang sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas beberapa fakta menarik mengenai kelapa komeng untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Isu dan fakta mengenai '
Kelapa Komeng' walau pun ia agak jarang berlaku merupakan satu kejadian biasa yang perlu di hadapi penanam kelapa di Malaysia. Isu ini merupakan perkara yang boleh berlaku pada beberapa tandan dalam sepokok atau beberapa biji buah didalam setandan kelapa. Agak kurang di bincangkan atau di biat kajian apakah punca boleh berlakunya kelapa komeng dan bolehkah amalan agronomi dijalankan bagi mengatasi masaalah tersebut juga kurang di ketahui. Bagi penulis blog isu ini tidak menjadi masaalah dengan mencari ilmu pengetahuan mengenai pengurusan tanam kelapa dari sumber yang betul dan belajar dari guru yang berpengalaman. Pokok Kelapa di kategorikan sebagai tanaman yang mudah diuruskan dengan syarat ia mempunyai ilmu pengetahuan teknikal, modal yang mencukupi , bilangan pekerja yang cukup dan Amalan Pertanian Baik (APB). Pengawalan musuh seperti serangga perosak, haiwan perosak dan penyakit (disebabkan oleh Kulat dan Bakteria) perlu dilaksanakan bagi mengelakan banyak Kelapa Komeng. Paling asas adalah pastiman menanam kelapa dengan cara menggunakan benih yang di jamin dan berkualiti. Jika cuba ambil benih dari kelapa tua (bukan hibrid) pastikan pokok induk adalah bukan dari pokok yang mana ada buah yang komeng. Ini kerana faktur baka akan membawa potensi besar jika benihnya di ambil dan di tanam. Buah Kelapa yang baik mempunyai bentuk dan warna kulit yang licin sama ada dal bentuk Kelapa Muda atau Kelapa Tua. Biasanya Kelapa Muda mempunyai kulit berwarna hijau, permukaan kulit licin dan apabila di digoncang kita akan mendengar ada air didalamnya. Begitu juga dengan kelapa tua yang dipetik atau gugur sendiri mempunyai kulit berwarna coklat gelap dan licin serta ada kedengaran kocakan air didalamnya. Kelapa yang baik apabila di belah dua maka akan mengandungi air kelapa, lapisan isi kelapa berwarna putih dan kadang-kadang ada 'Kentos' (Dalam bahasa jawa maksudnya tombong kelapa yang hendak tumbuh). Buah kelapa ini juga berat serta mempunyai susunan sabut yang rapi susunannya.


Bagi penulis b;og percaya jika insiden kes k
elapa komeng pula sama ada kelapa muda atau kelapa tua adalah buah kelapa yang rosak disebabkan oleh isu kerosakan fizikal mahu pun kerosakan mekanikal. Paling mudah hendak mengenal kelapa komeng adalah dengan melihat ciri-ciri fizikal seperti bentuk yang tidak sama, warna berlainan, terdapat rekahan jelas pada kulit kelapa atau ada lubang pada kelapa. Jika di ambil sebiji dan di goncang kita tidak akan mendengar adanya 'air kelapa' didalamnya (Maknanya tiada air kelapa - kosong). Buahnya adalah ringan dan kadang-kadang mengeluarkan bau busuk apabila di belah. Buah kelapa komeng dalam satu tandan kelapa yang baru dipetik agak sukar dikenali dari bawah pokok sebelum memetik hasil. Apabila tandan kelapa diturunkan dan dibuat penggredan baru kita kenal yang mana satu kelapa komeng untuk diasingkan. Pekebun Kelapa dan Peraih Kelapa yang biasa dengan kerja ini bagi mereka amat mudah mengenalinya. Kadar keujudan kelapa komeng dalam satu kawasan kebun adalah bergantung kepada umur pokok, kadar infestasi, pengurusan kebun, jenis kelapa dan sebagainya. Kebun kelapa yang mempunyai banyak pokok kelapa tua yang tidak pernah dibaja, tidak di uruskan dengan baik dan terbiar dalam semak berpotensi ujud banyak kelapa komeng. Ini kerana pokok tersebut kekurangan nutrien penting bagi pokok kelapa terutama baja NPK dan lain-lain unsur mikro nutrien yang diperlukan pokok. Semasa proses pendebungaan kadang-kadang berlaku serangan oleh kulat yang menyebabkan proses pembentukkan buah terbantut dan akibatnya buah akan rosak dan ianya akan berpenyakit. Kekurangan nutrien akan menyebabkan pembentukan tempurung , sabut dan komosisi air dalam kelapa tidak normal. Akibatnya buah kelapa akan menjadi kelapa komeng. Serangan oleh Tupai dan Monyet juga pada buah kelapa menyebabkan buah rosak dan komeng.


Kisah buah kelapa di Malaysia tidak pernah lepas dalam media tempatan. Ada isu dimana 'Kelapa melawas punca harga santan naik mendadak' berlaku dan ia ada sedikit kaitan dengan ujudnya kelapa komeng. Sering di laporkan jika harga santan dijangka selalu akan meningkat menjelang Ramadan susulan harga kelapa di pasaran yang tidak menentu sehingga mencecah RM3 sebiji. Hasil tinjauan Harian Metro di Pasar Basah Datuk Keramat, KL mendapati santan dijual pada harga RM8.00 sekilogram, manakala kelapa parut pula dijual RM10.00 sekilogram dan RM3.50 sebiji. Rata-rata peniaga santan mengakui terpaksa menaikkan harga jualan berikutan bekalan kelapa tempatan yang tidak stabil ketika ini, selain berlaku peningkatan harga kelapa biji. Bagi Azhar Ishak dakwa jika kini harga sebiji kelapa sebelum ini adalah sekitar RM2.20, namun kini meningkat 70 sen kepada RM3 sebiji. Harganya naik sedikit demi sedikit bermula Disember tahun lalu bergantung kepada pembekal dimana ia bermula naik 20 sen sebiji dan ia kemudian 20 sen lagi dan terbaru 30 sen pula menjadikan harganya sudah naik sebanyak 70 sen daripada sebelumnya. Kalau santan kelapa dulu dijual santan kelapa dengan harga RM7.00 sekilogram akan tetapi terpaksa naikkan harga kepada RM8.00 bagi menampung peningkatan kos terbabit. Pada waktu tertentu memang bekalan kelapa juga tidak banyak dimana dia kini cuma boleh dapat 1,000 biji kelapa bagi setiap empat hari daripada pembekal dari Bagan Datuk, Perak dan Sabak Bernam. Isu kekurangan bekalan komoditi itu terjadi akibat musim kelapa melawas iaitu keadaan putik kelapa gugur dari tandan disebabkan cuaca ekstrem sama ada panas melampau atau hujan lebat. Ia berlaku apabila putik gugur dimana kemudian jumlah buah atau bilangan hasil buah pun berkurangann apa lagi kalau ada kes banyak buah kelapa komeng berlaku. Di Malaysia apa yang penulis blog tahu fakta iaitu Tanaman Kelapa kebiasaan melawas antara Disember sehingga awal Februari setiap tahun. Apa pun isu kekurangan bekalan kelapa tempatan akan berdepan masalah kekurangan bekalan kelapa hingga menjejaskan perniagaan industri santan kelapa di pasaran. Kalau sebelum ini penjual santan kelapa boleh mendapatkan sekitar 7,000 biji kelapa daripada peraih dari Bagan Datuk dan Kuala Selangor dalam tempoh seminggu namun apa yang berlaku sekarang jumlah itu sudah menurun sekitar 4,000 saja. Bagaimana pun bilaa bekalan kelapa biji sudah sedikit makan penjual memang susah untuk dapat pusingan modal, ditambah lagi harga kelapa sama saja walaupun saiz yang kita terima ada besar, ada juga kecil. Di laporkan dimana pada kebiasaannya peniaga santan akan perlukan dua atau tiga biji kelapa untuk hasilkan satu kilogram santan dimana jumlah keuntungannya tidak besar mana. Pernah berlaku insiden dimana dalam tempoh sebulan, tiba-tiba pembekal nyatakan dimana harga kelapa kampung naik dan menyebabkan harga di pasar akan hadapi masalah untuk terangkan kepada pelanggan sebab ada keadaan jika mereka hendak jual mahal pun kasihan kepada pelanggan tetapnya  juga. Kajian menunjukkan jika jumlah permintaan santan ketika bulan Ramadan adalah berbeza dengan lebih tinggi. Apa yang berlaku selalunya pada minggu pertama puasa iaitu jumlah permintaan terhadap santan boleh dikatakan lengang.  Namun, pada pertengahan puasa iaitu permintaan terhadap santan akan meningkat naik kerana orang sudah mula berniaga lemang dan pada ketika itu diperlukan bekalan yang banyak sehingga hari terakhir sebelum raya. Penjual dan pengguna berharap bekalan kelapa di pasaran dapat untuk distabilkan semula supaya tiada lagi kenaikan harga kos. Semuga tulisan artikel ini mampu jadi bahan rujukkan semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalla!!.
KELAPA KOMENG.... KEJADIAN BIASA....
BUAH ROSAK... MEMANG TIADA HARGA...
PERIKSA PUNCA.... INDUK BUANG SAJA....
DI MALAYSIA... ADA DICIPTA PERIBAHASA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(20 RabiulAkgir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.