BUAH KUNDANG (Boues macrophylla) merupakan sejenis buah nadir yang natif dikawasan Asia Tenggara dari keluarga Anacardiaceae. Pokok buah kundang ini juga mempunyai kaitan dengan pokok buah mangga. Buah ini lebih dikenali dengan nama 'Ma-Praang' atau 'Ma-Yong' di Thailand dan dikomersilkan dinegara tersebut sehingga mereka mampu mengekspot ke negara kita apabila musim buah tersebut tiba. Buah ini juga dipanggil dengan 'Marian Plum' atau 'Plum Mango' dalam Bahasa Inggeris. Dalam bahasa Indonesia buah ini dipanggil sebagai 'Gandaria' atau 'Jatake'. Saya yang berasal dari Muar tidak hairan akan buah kundang dimana kampong saya adalah berdekatan dengan Pekan Kundang Ulu dan juga satu Kampung Kundang di Kesang. Kemungkinan kedua-dua lokasi tersebut diberi nama 'Kundang' mungkin disebabkan oleh keujudan banyak pokok kundang dahulu. Dari segi topografi didapati memang banyak pokok buah kundang liar disepanjang Sungai Muar dimana ia asalnya akan tumbuh secara semulajadi. Buah ini mempunyai warna kuning oren yang sangat kuat dan ramai orang melihatnya akan telan air liur apabila berada dipokok atau dijuan di pasar. Kajian yang saya buat mendapati buah kundang telah banyak ianya sudah dikomersilkan di Thailand dan Indonesia tetapi agak kurang di Malaysia. Hingga kini Jabatan Pertanian tiada maklumat rasmi mengenai keluasan dan pengeluaran hasil dari buah kundang direkodkan dimana-mana. Apa itu Buah Kundang?. Kundang juga dikenali sebagai Kemior, Setar atau juga Rembunia. Apa pun mengenali ciri-cirinya dimana ia adalah buah bersaiz kecil berbentuk bujur atau bulat yang berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi kuning atau jingga apabila matang. Dilihat yang isinya berwarna oren dan mempunyai rasa manis bercampur masam dan ini bergantung pada varietinya. Kajian mendapati jika nilai permakanan atau nutrisi buah kundang ia kaya dengan serat, Vitamin A dan Vitamin C, serta mempunyai kandungan serat yang tinggi. Buah kundang matang boleh dimakan segar bersama kulitnya. Buah yang muda pula enak dicampur dalam sambal belacan, rojak, atau dijadikan jeruk. Daun muda pokok kundang juga boleh dimakan sebagai ulam. Ada beberapa jenis (dua jenis) pokok kundang berdasarkan ukuran daunnya iaitu pokok Kundang Daun Kecil (juga dikenali sebagai pokok rumenia atau pokok setar dengan nama saintifiknya (Bouea oppositifolia) dan pokok Kundang Daun Besar (Bouea macrophylla). Penulis blog dapati jika pokok buah kundang di Malaysia dikategorikan sebagai buah nadir yang jarang ditemui di Malaysia tetapi du Thailand ia ditanam secara komersil dan menonjolkan varieti yang lebih baik dan manis. Artikel malam ini saya sembang dengan cara menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai buah Kundang untuk bahan rujukkan untuk dibaca semua.
Di laporkan yang buah kundang, buah setar, temia, rembunia atau nama saintifiknya Bouea macrophylla dari keluarga Anacardiaceae merupakan tumbuhan asal Malaysia dan di kebanyakan negara Asia. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Ma Prang (Thailand), ramania atau gandaria (Indonesia), mayun thee (Burma) dan thanh tra (Vietnam). Bila melihat pokoknya yang berkanopi besar yang boleh mencecah ketinggian sehingga 18 meter. Tumbuhan ini boleh dibiakkan dengan cara menggunakan biji benih atau cantuman mata tunas. Pembiakan menggunakan biji benih selalunya ia akan memakan masa 6-8 tahun untuk berbuah dan 4-5 tahun saja jika dibiak menggunakan mata tunas. Bagi penulis blog dapati jika ia tergolong dalam kategori buah nadir yang jarang ditemui lagi di Malaysia akan tetapi berbeza bagi negara Thailand yang telah mula mengomersilkan buah ini dengan mana petani disana menonjolkan varieti yang lebih baik dan manis. Khasiat buah kundang sudah di buat kajian antaranya adalah ia mampu sebagai Makanan Pencegah Kanser disebabkan rasanya yang masam. Buah kundang kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan yang terbaik yang mampu untuk mencegah kanser serta mengelakkan sel-sel kulit menjadi rosak. Buah ini uga mampu Mengurangkan Simptom Demam juag berpunca dari kandungan Vitamin C yang terdapat pada buah kundang juga dapat mengurangkan kesan akibat demam seperti loya, sakit-sakit badan dan selsema. ia juga dilaporkan akan Mengurangkan Risiko Sakit Jantung yang disebabkan buah ini mengandungi antioksidan yang tinggi, buah ini dapat memelihara kesihatan jantung dengan mengembangkan saluran darah untuk menjauhkan penyakit atherosclerosis. BUah ini baik di gunakan sebagai Ubat Sakit Kepala yang diamalkan secara perubatan tradisional dengan cara mengmbil daunnya dan tumbuk lumat. Kemudian perlu tepekkan dikepala seperti menampal koyok untuk akhirnya dapat mengurangkan rasa kesakitan sebelum mendapat rawatan dari pakar yang bertauliah. Buah kundang juga mampu untuk Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi sebab selalunya apa-apa sahaja makanan yang memberi kebaikan kepada jantung, automatik makanan tersebut baik untuk tekanan darah dengan memberi bukaan (pengembangan yang baik) kepada salur darah dan dapag mengurangkan tekanan darah tinggi. Disebabkan rasanya yang masam, buah kundang tinggi dengan vitamin C. Ternyata buah kundang mempunyai banyak khasiat bukan sahaja dari buahnya sahaja, malahan termasuk juga daun dan tangkai. Pucuk daun kundang yang masih muda dan berwarna ungu boleh dijadikan ulam-ulaman.
Merujuk kepada portal sinarharian.com dan risalah Jabatan Pertanian Malaysia menyatakan dimana buah kundang, setar, temia, rembunia dari keluarga Anacardiaceae merupakan tumbuhan asal Malaysia dan dikebanyakan negara Asia. Pokoknya berkanopi besar boleh mencecah ketinggian hingga 18 meter. Ia boleh dibiak menggunakan biji benih atau cantuman mata tunas. Pembiakan menggunakan biji benih memakan masa enam hingga lapan tahun untuk berbuah dan empat hingga lima tahun jika dibiak menggunakan mata tunas. Buahnya yang berbentuk bulat dan lonjong itu berwarna hijau ketika muda dan bertukar warna kuning apabila matang (Sila lihat foto disebelah). Apa yang pasti buah kundang tergolong dalam kategori buah nadir yang jarang ditemui lagi di Malaysia. Berbeza di Thailand buah tersebut mula dikomersilkan dengan menonjolkan variasi yang lebih baik dan manis. Buah kundang kaya dengan serat dan berjus. Ia boleh dimakan segar bersama kulitnya apabila matang yang mana rasanya masam-masam manis bergantung pada jenis. Buah yang muda juga boleh dimakan segar, tetapi agak masam dan enak dicampur dengan sambal belacan, ditambah dalam rojak atau dijadikan jeruk. Daun muda pokok buah kundang kadangkala dijadikan ulam. Ironinya, buah kundang kaya dengan kandungan Vitamin A, C dan serat. Kajian menyatakan jika diantara khasiat sampingan ialah ia sesuai dijadikan makanan pencegah kanser sebab ia kaya dengan Vitamin C yang merupakan antioksidan terbaik membantu mencegah kanser dan mengelakkan sel-sel kulit menjadi rosak. Selain itu, ia membantu mengurangkan simptom demam seperti loya, sakit-sakit badan dan selesema. Buah kudang dilaporkan ia juga mampu mengurangkan risiko sakit jantung sebab kandungan antioksidan yang tinggi membantu memelihara kesihatan jantung dengan mengembangkan saluran darah untuk mencegah penyakit Arherosclerosis. Sesuai juga di jadikan rawatan untuk mengubati sakit kepala secara tradisional iaitu memgambil daunnya ditumbuk lumat dan ditepekkan pada dahi seperti koyok untuk membantu mengurangkan kesakitan. Ia dilaporkan mengurangkan tekanan darah tinggi apabila kajian mendapati apa sahaja makanan baik untuk jantung automatik, juga ideal buat tekanan darah dengan memberi bukaan salur darah, sekaligus membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Memang akan kecur air liur melihat perkongsian warganet di media sosial apabila buah kundang dimakan dengan pelbagai cara mengikut cita rasa masing-masing.
Ramai mereka yang pemberani makan makanan masam akan membeli buah kundang tempatan yang masam tetapi kini sudah ada spesis buah kundang yang rasanya manis ada dijual. Buah kundang yang diimport dari Thailand selalunya adalah Manis. Buah kundang juga di panggil sebagai buah setar, temia, rembunia atau nama saintifiknya Bouea macrophylla dari family Anacardiaceae merupakan tumbuhan asal Malaysia dan di kebanyakan negara Asia. Buah kundang juga dikenali juga dengan pelbagai nama seperti Ma Prang (Thailand), ramania atau gandaria (Indonesia), mayun thee (Burma) dan thanh tra (Vietnam). Pokok buah kundang berkanopi besar yang boleh mencecah ketinggian sehingga 18 meter. Tumbuhan ini ia boleh dibiak menggunakan biji benih atau cantuman mata tunas. Pembiakan menggunakan biji benih memakan masa 6-8 tahun untuk berbuah dan 4-5 tahun jika dibiak menggunakan mata tunas. Buah kundang berbentuk bulat hingga lonjong berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada warna kuning atau orange apabila matang. Buah kundang kaya dengan serat dan berjus dan dimakan segar bersama kulitnya sekali apabila matang dengan rasa masam-masam manis bergantung kepada varieti. Buah yang muda juga digemari dan dimakan segar tetapi agak masam, namun lebih enak dicampur dengan sambal belacan, ditambah dalam rojak atau dijadikan jeruk. Daun muda pokok buah kundang juga boleh dijadikan ulam. Buah kundang berukuran 3-4 cm dan terdapat satu biji yang berwarna purple atau disebut warna ‘biru biji kundang’ yang juga boleh dimakan. Buah kundang dilaporkan ia sangat kaya dengan kandungan Vitamin A, C dan serat. Apa yang pasti buah kundang tergolong dalam kategori buah nadir yang jarang ditemui lagi kini di Malaysia, tetapi bagi negara Thailand buah ini telah mula dikomersilkan dengan cara seperti menonjolkan varieti yang lebih baik dan manis. Beberapa kajian makmal menyatakan jika komposisi nutrisi permakanan buah kundang bagi seberat 100 g terdiri daripada zat seperti Karbohidrat (11.3 gram), Lemak (0.02 - 0.04 gram), Protin (0.04 - 0.1 gram), Kalcium (6 - 9 mg), Posporus (4 - 11 mg), zat Besi (0.3 mg), Vitamin A (72 IU), Vitamin B1 (0.03 - 0.1 mg), Vitamin B2 (0.03-0.05 mg), Niacin (0.3-0.5 mg) dan juga zat Vitamin C (75 mg). Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...BUAH KUNDANG... MENGIURKAN SEMUA... BILA ADA MUSIM... DI JUAL MAHAL JUGA....
DI MALAYSIA KURANG TANAM... KENAPA...
DI THAILAND KOMERSIL...DI EKSPORT JUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Rabiulawal 1447H).
SELAMAT HARI MALAYSIA TAHUN 2025!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.