DURIAN CREPE adalah sejenis pencuci mulut atau snek yang popular di Malaysia dimana disukai terutamanya di kalangan penggemar durian. Ia terdiri daripada isi durian yang dicampur dengan krim segar dimana produk ini ia kemudian perlu dibalut dengan kulit crepe yang nipis dan lembut. Penulis blog memang suka makan durian crepe dan juga durian goreng ketika musim durian. Sebenarnya Durian Crepe merupakan satu produk yang disediakan berasaskan buah durian yang semakin popular di Malaysia dan ia kini boleh disamakan dengan 'Pancake Durian' iaitu sejenis makanan ringan berupa puree atau isi buah durian yang disalut dengan kulit (lempeng) tepung. Kalau dulu ia hanya banyak di sediakan semasa musim buah durian banyak tetapi kini mudah membelinya dari produk durian crepe sejukbeku yang ada di jual di pasaraya, pasar tani dan pasar mlam. Selain dari makanan unik ini ia sesuai di jadikan makanan jenis pencuci mulut yang popular di Malaysiasebab ia menggabungkan rasa durian tempatan dengan teknik pembuatan crepe dari Perancis. Ia terdiri daripada lapisan nipis crepe yang diisi dengan pes durian yang lazat, kemudian digulung dengan kemas dan dihias dengan serbuk gula. Sesuai di gelai sebagai makanan pencuci mulut sebab ia bukanlah dari kumpulan jenis makanan berat akan tetapi boleh dikelaskan kepada makanan snek atau sesuai sebagai hidangan penutup. Perlu di ketahui jika ia menggunakan bahan asas isi durian sebagai komponen utama yang telah diproses menjadi puree atau sudah ia dicampur dengan krim. Mengguakan pembalut yang lazimnya adalah dari jeni 'Kulit crepe' dimana ia adalah crepe nipis dan lembut digunakan untuk membungkus isi durian. Apa pun paling penting adalah mengenai citarasa crepe durian yang kaya dan manis dan dipadankan dengan kelembutan crepe dan krim. Selain makanan ini sesuai di nikmati untuk di makan seisi keluarga sebenarnya produk durian cree sejukbeku kini amat sesuai di jadikan hadiah atau buahtangan kepada penerima yang suka makan buah durian. Memang enak makan durian crepe jika di hadiahkan dari kawan-kawan apa lagi kalau ianya di buat sediri oleh mereka di musim durian. Pasti semua orang suka memakannya apa lagi kanak-kanak yang suka durian. Artikel pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai durian crepe untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.
Membuat sendiri produk makanan durian crepe ini memang mudah asalkan ada bahan mencukupi, imlu membuatnya dan juga minat membuatnya. Sebenarnya bahan-bahan yang di perlukan ialah tepung gandum, telur, susu, mentega cair, garam, isi durian dan serbuk gula. Cara penyediaan bermula dengan cara membancuh adunan crepe menggunakan tepung, telur, susu dan mentega. Kemudian boleh di tuangkan adunan ke dalam kuali leper dan masak sehingga keemasan. Setelah sejuk ianya boleh letakkan isi durian dan gulung dengan rapi. Penulis blog kongsikan resepi membuat Makanan Durian Crepe dimana bahan-bahan terdiri daripada beberapa ulas isi durian, Non-dairy whipping cream, 1/2 cawan susu lembu full cream*, 3/4 cawan air*, 3 sudu besar tepung gandum*, 3 sudu besar tepung ubi*, 1.5 sudu besar tepung jagung*, 1 sudu kecil pewarna kuning*, 1 biji telur dan 1 biji kuning telur*, Secubit garam*, 1 sk esen vanila*, 1 sudu besar gula halus* dan juga perlukan 1 sudu besar minyak masak*. Apa pun cara membuat durian crepeMix whipping cream sehingga kental (tidak jatuh jika terlangkupkan mangkuk). Pertama dipanaskan susu full cream sehingga suam sahaja. Whisk semua bahan bertanda '*' sehingga sebati dan kemudian ia perlu dibiarkan adunan crepe selama 10 minit. Seterusnya di panaskan minyak di dalam kuali dan di lenggang sekejap. Seterusnya apabila kulit dah sejuk maka ia boleh letakkan whipping cream dan isi durian. Kemudian di lipat dan sejukkan selama beberapa jam sebelum ia di keluarkan semula untuk di nimati atau dihidangkan. Sebagai panduan mudah boleh membuat Durian Crepe sebanyak 20 Biji bagi disediakan untuk sendiri dan keluarga. Bahan-bahan disediakan adalah 4 sudu tepung gandum, 2 sudu tepung ubi, 1 sudu tepung jagung, 1 sudu tepung kastard, 1 sudu gula, 1/2 cawan susu cair, 200ml air, 1 biji telur, 1 sudu minyak masak, 1 sudu esen vanila dan juga bahan pewarna kuning. Sediakan juga bahan-bahan pengisian durian cere terdiri daripada Non-dairy whipping cream. Cara buat durian crepe dengan mencampurkan semua bahan di atas, kacau dan tapis. Kalau rasa pekat boleh tambah air. Sapu kuali dengan minyak, curahkan adunan dan masak. Perlu dibiarkan dalam beberapa minit sehingga nampak tepung masak. Mix whipping cream sehingga kental dan kemudian di masukkan whipping cream dan isi durian di atas crepe dan boleh lipatkan. Sesuai di masukkan dalam peti sejuk seba ia lebih enak dimakan.
Menarik dalam portal hmetro.com kisah bagaimana 'Durian Crepe AT tembus ke China' untuk disembangkan. Pihak ATCC Holdings Sdn Bhd berada di landasan kukuh melebarkan sayapnya di seluruh Malaysia dan luar negara disokong dengan pembukaan kilang berkapasiti lebih besar menjelang tahun depan. Apa pun dakwa Pengarah Urusannya, Abdul Razak Osman berkata, pihaknya memperuntukkan perbelanjaan modal (Capex) RM2 juta bagi membuka kilang baharu yang beroperasi sepenuhnya secara automatik bagi menghasilkan Durian Crepe AT (Antara Terbaik). Kini di bawah ATCC Holdings terdapat dua lagi syarikat lain yang beroperasi iaitu AT Fruits (M) Sdn Bhd dan ATCC Bakery & Trading. Produk Durian Crepe AT kini semakin mendapat sambutan. Sebelum ini, kami sebenarnya menjual kek cawan (cupcake) dengan membuka kios di pasar raya besar Aeon. Ia selari misi dan visi kami untuk menjadi jenama pastri pilihan seisi keluarga di seluruh Malaysia dan peringkat antarabangsa, pilihan syarikat mengetengahkan produk durian crepe membuahkan hasil. Kini Durian Crepe AT berada di rangkaian AEON, Petronas, Petron, Shell, Caltex, Jaya Grocer, Giant, Mercato, Cold Storage, Lesong Mart, MBG Fruits, Express Mart KLIA dan Air Asia Farm terpilih. Kini pihaknya menggunakan konsep peti sejuk beku khas (freezer) yang menempatkan Durian Crepe AT dan setakat ini terdapat 548 unit sudah ada di seluruh negara. Syarikat menyasarkan penggunaan 1,000 freezer menjelang akhir tahun ini dan 4,000 unit ditempatkan di lokasi terpilih menjelang 2025. Menurut Pengurus Operasinya, Nur Hidayu Hilmi berkata, menerusi operasi kilang baharu, ia mampu menghasilkan 2,000 pek durian crepe sejam. Starikat ini menggunakan Durian D24 asli dan Durian Crepe AT dijual pada harga hanya RM10 (empat keping). Mereka merancang menembusi pasaran China dan Australia sekiranya rentas sempadan dibenarkan, manakala pasaran di Malaysia kami bekerjasama dengan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) di bawah program Business In Transformation (BIT) bagi membantu melahirkan usahawan tempatan.
Kisah lain bertajuk 'Sasar buka 500 cawangan durian crepe dalam tiga tahun' dilaporkan oleh sinarharian,com yang sesuai di kongsikan. Kisah dari Kepala Batas dimana pengusaha iaitu Azirawaty yang bijak memanfaatkan bantuan AIM untuk terus mengembangkan jenama Royale Marbeles. Berdasarkan kepada pengalaman berniaga selama hampir dua dekad banyak mematangkan Azirawaty (48) terutama ketika berdepan pelbagai cabaran dan rintangan dalam dunia berkenaan. Dia pernah mengusahakan perniagaan spa, ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun memilih untuk 'terjun' ke dalam dunia perniagaan makanan iaitu durian crepe di bawah jenama Royale Marbeles sejak lapan tahun lalu. Apa pun selain durian crepe dia yang lebih mesra disapa sebagai Kak Zira berkata turut menghasilkan kuih tart nanas dalam bentuk premium sebagai produk sampingan dan membantu memasarkan produk-produk setempat yang dihasilkan oleh rakan usahawan lain. Apa yang membezakan produk durian crepe kami dengan produk lain di pasaran ialah, kami hanya menggunakan durian asli jenis D24 yang digabungkan dengan ramuan royal custard tersendiri. Durian crepe dan tart nenas kami juga telah mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM. Dilaporkan setakat ini, produk berkenaan menerima sambutan yang sangat baik dan kini sudah dipasarkan di hampir 30 lokasi, termasuk di beberapa stesen minyak terutaa di utara Semenanjung. Nenek kepada seorang cucu itu memberitahu, ketika ini, dia mampu menghasilkan sehingga 300 pek durian crepe sehari dengan bantuan antara enam hingga lapan orang pekerja selain mempunyai tiga atau empat pembekal durian tetap sepanjang tahun. Sasarannya ialah untuk melihat produk durian crepe berjenama Royale Marbeles ini dikenali di seluruh Semenanjung sebelum dipasarkan hingga ke Sabah Sarawak. Pada masa yang sama, kami juga menyasarkan untuk membuka sehingga 500 cawangan yang sah dalam masa tiga tahun ini dimana sambutan yang diterima terhadap produk tart nanas juga agak memberangsangkan ketika ini. Pihak AIM adalah antara agensi (pinjaman kewangan) terawal yang banyak membantu saya dalam memajukan produk dan sebagainya. Jumlah pinjaman yang diterima untuk memajukan perniagaan ini telah mencecah RM100,000. Produknya diijual dalam bentuk pek atau kotak, Royale Marbeles juga boleh didapati dalam bentuk balang iaitu durian crepe berperisa keju dan durian crepe campuran dalam empat perisa berbeza iaitu blueberry, nutella, oreo dan strawberi pada harga berpatutan.
Menarik kes dimana 'Durian asli atau crepe? Banyak sebab raja buah jadi pilihan terbaik berbanding pencuci mulut' sesuai di kongsikan. Ada laporan menyatakan jika memakan isi durian asli adalah pilihan lebih nutrisi berbanding crepe. Dalam portal mstar dilaporkan jika buah durian yang dikenali sebagai raja buah bukan sahaja menawarkan rasa unik tetapi juga pelbagai manfaat kesihatan. Jika pembaca blog ini mencari pilihan lebih padat nutrien dan semula jadi dimana durian asli adalah pilihan lebih baik berbanding yang sudah diproses dan diolah menjadi pencuci mulut seperti durian crepe. Merujuk kepada hasilkajian oleh pihak Public Health Malaysia dimana isi durian mengandungi gula semula jadi dan lemak sihat yang mana ia menjadikannya sumber tenaga yang lebih seimbang. Ia juga kaya dengan vitamin C dan mineral seperti potasium yang penting untuk kesihatan tubuh. Sebaliknya makanan seperti produk durian crepe mengandungi kalori, gula dan lemak yang lebih tinggi terutamanya disebabkan oleh tambahan krim putar dan adunan crepe dimana di katakan yang durian crepe juga merupakan pilihan kurang sihat. Ini menjadikan pencuci mulut durian crepe pilihan yang kurang sihat jika anda ingin menjaga pengambilan nutrien. Memilih durian asli membantu anda mendapatkan semua kebaikan semula jadi berbanding durian crepe yang tinggi dengan kandungan lemak sehingga boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan dan masalah kesihatan lain jika diambil berlebihan. Jadi, jika anda ingin menikmati kebaikan durian sepenuhnya maka pilihlah durian asli. Ia adalah pilihan yang lebih sihat, penuh dengan nutrien dan memberikan manfaat lebih baik untuk tubuh pembaca blog semua. Semuga tuliesan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MUDAH DI BUAT.. DURIAN ASASNYA...
BOLEH DI BELI... DI PASARAYA JUGA...
SEKALI MAKAN... SELALU NAK CUBA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Muharam 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.