MAKANAN ROTI CANAI atau Roti Prata atau sebagainya merupakan sejenis makanan berasaskan tepong bersama kuahnya yang sangat popular di Malaysia dan kini menjadi makanan ikonik yang mendunia. Bagi penulis blog yang memang sangat suka makan roti canai memang sering menikmatiknya untuk sarapan pagi dan sesekali untuk makan malam juga. Umumnya dimanna roti canai ialah sejenis lempeng leper yang diperbuat daripada doh, biasanya diperbuat daripada tepung, air, dan lemak seperti minyak atau ghee. Ia popular terutama di Malaysia dan juga beberapa negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan juga ada di makan di Thailand. Walau pun sejarah asalnya dimana roti canai dipercayai berasal dari India Selatan dan dibawa masuk ke Asia Tenggara oleh pendatang India tetapi terkini roti canai Malaysia sudah banyak di sesuaikan dengan citarasa orang Malaysia dengan pelbagai nama, menu, resepi dan juga cara menyediakannya. Waalau pun dahulu sejarah dakwa dimana makanan roti canai berasal dari India Selatan yang di bawa masuk oleh para pendatang India membawa roti canai tetapi kini sudah di ubahsuai penyediaannya dan bagaimana sampai kepada cara pengkomersialannya. Apa pun dilaporkan iaitu nama atau perkataan 'roti' adalah bermaksud roti dalam bahasa Sanskrit, manakala 'canai' ia mungkin berasal dari perkataan Tamil dan 'channa' atau dalam bahasa Melayu ia bermaksud 'menguli nipis' seperti dijelaskan. Dalam beberapa tiktok, youtube dan Instagram serta sosmed lain memang banyak di viralkan mengenai makanan roti canai termasuk oleh pelancong asing dari luar negara. Memahami akan ciri-ciri Roti Canai yang dibuat dari bahan tepung gandum, air dan lemak (minyak atau ghee) di adun awal sebelum di canai dan di goreng. Ia mempunyai tekstur yang berlapis-lapis, rangup di luar dan lembut di dalam. Ada banyak jenis roti canai dan paling asas adalah 'Roti Kosong' yang sesuai di makan dengan pelbagai jenis kuah. Di viralkan banyak nama lain untuk roti canai seperti jenis Roti Bawang, Roti Trlur, Roti Jantan, Roti Sarang Burung, Roti Sardin, Roti Cheese, Roti Tisu, Roti Coklat, Roti Pisang, Roti Terbang, Roti Arang dan sebagainya. Biasanya roti canai ini berbentuk bulat dan nipis, tetapi boleh juga dihidangkan dengan pelbagai cara dan ada yang empat segi juga. Setelah di adun, di leperkan dan di canai kemudian ia dimasak di atas kuali leper dengan sedikit minyak atau ghee dan biasanya ditumbuk-tumbuk selepas di gorengnuntuk menghasilkan tekstur berlapis dan lembut. Apa pun umumnya ia akan di hidangkan dengan pelbagi jenis kuah diantaranya jenis kuah kari (Kari Ikan, Kari Ayam, Kari daging) atau dal dan sambal. Ada yang menikmati roti canai dengan gula pasir, lauk ikan, sotong, kari sardin, asam pedas dansebagainya. Sudah lama roti canai adalah hidangan yang sangat popular di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada identiti budaya negara. Ia adalah hidangan yang biasa ditemui di warung mamak, restoren, gerai makanan dan hotel serta banyak di jual di pasar malam dan bazaar ramadan di seluruh Malaysia. Apa pun bagi penulis blog mendapati dimana makanan roti canai sudah ia menjadi simbol perpaduan antara pelbagai kaum dan budaya di Malaysia. Terkini sudah banyak produk roti canai sejuk beku yang boleh didapatkan diseluruh negara. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta dan kisah roti canai untuk ia dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.
Sesuai di bincang akan FAKTA MAKANAN BAGI ROTI CANAI dengan menilai akan nutrisinya terutama peminat segar seperti penulis blog. Apa pun di laporkan dimana jumlah kalori (2 keping) bersama kuah yang berdasarkan Atlas Makanan Edisi kedua iaitu setiap 2 keping roti canai seberat 84gram setiap keping dianggarkan yang ia mempunyai 532 kalori yang terdiri daripada 60.2% karbohidrat, 9.4% protein dan 30.4% lemak.Selain itu, ia mengandungi 22mg kalsium, 2.6mg zat besi, 900mg natrium, 256mg kalium dan tiada kolesterol. Roti Canai diperbuat daripada tepung gandum maka kandungan seratnya adalah sangat sedikit. Kemudian merujuk Jadual Komposisi Makanan (JKM) Malaysia dimana setiap 60ml kuah dal diambil dianggarkan mempunyai 57 kalori di mana kebanyakannya disumbangkan oleh karbohidrat daripada kacang dal dan kentang yang digunakan, juga protein yang terkandung di dalam kacang dal. Peratusan lemak di dalam kuah dal bergantung kepada kuantiti minyak yang digunakan semasa penyediaan kerana secara semulajadinya kacang dal hanya kaya dengan karbohidrat, protein dan serat. Berdasarkan Atlas Makanan Edisi kedua, kari kambing seberat 85g yang mengandungi 2 keping kambing berserta 4 sudu makan kuah dianggarkan mempunyai 173 kalori yang mana 52.5% adalah terdiri daripada lemak. Sepiring kecil kuah kari daging seberat 203 gram yang di dalamnya terdapat 4 ketul daging pula dianggarkan mempunyai 292 kalori. Kesan sampingan pada kesihatan akibat pengambilan yang kerap. Berdasarkan Recommended Nutrient Intake (RNI) for Malaysia 2005, lelaki berumur 19 hingga 29, 30 hingga 59 dan 60 tahun ke atas masing - masing memerlukan 2440, 2460 dan 2010 kalori. Manakala wanita memerlukan kalori yang lebih rendah iaitu 2000 kalori bagi kumpulan umur 19 hingga 29 tahun, 2180 kalori bagi kumpulan umur 30 hingga 59 tahun dan hanya 1780 kalori bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas. Perlu tahu jika sekiranya 2 keping roti canai bersama kuah dal diambil sebagai sarapan pagi ianya dianggarkan telah menyumbangkan 25-40% kalori yang diperlukan di dalam sehari. Kalori yang selebihnya pula akan diambil semasa menikmati makan tengahari, malam dan juga hidangan snek di antara masa makan utama. Kekerapan pengambilan 2 keping roti canai yang mengakibatkan lebihan jumlah tenaga diambil dalam sehari secara tidak langsung boleh menyumbang kepada masalah kesihatan iaitu obesiti. Pada peringkat awal, obesiti boleh menyebabkan seseorang berjalan menjadi sukar, sakit belakang, keletihan, menjejaskan keadaan kulit dan sesak nafas. Jika dibiarkan tanpa rawatan, obesity mempunyai kecenderungan untuk menjadi lebih teruk. Apabila obesiti terlampau (morbid obesity) ianya boleh mendatangkan penyakit-penyakit yang boleh mengancam nyawa. Antara penyakit yang berisiko dihadapi oleh pesakit obesity ialah diabetes jenis II, sakit jantung, tidur berdengkur, tekanan darah tinggi, batu karang, paras kolesterol tinggi, tekanan, kemandulan dan penyakit refluks gastroesofageal atau pedih hulu hati. Apa yang perlu dilakukan untuk membakar jumlah kalori yang terlebih ini dengan lakukan aktiviti fizikal meliputi sebarang pergerakan badan yang menggunakan tenaga seperti bekerja, rekreasi, senaman dan bersukan. Ia boleh dilakukan dengan memilih sebarang aktiviti fizikal yang ringan, sederhana dan berintensiti tinggi yang sesuai dengan keupayaan diri sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari selama 5 hari seminggu. Amalan bersenam secara konsisten boleh meningkatkan paras kolesterol HDL yang juga dikenali sebagai kolesterol baik. Ini akan merendahkan risiko dalam mendapat penyakit jantung. Senaman juga dapat mengawal berat badan, gula darah serta tekanan darah. Contoh aktiviti fizikal ringan yang boleh dilakukan selama 60 minit setiap hari ialah berjalan perlahan, aktiviti regangan badan dan juga berkebun. Sebagai contoh sekiranya berat anda ialah 50kg, anda perlu melakukan aktiviti seperti berjalan selama 22 minit atau berkebun selama 38 minit untuk membakar 100 kalori. Perlu tahu jika jumlah pengambilan yang disarankan dalam seminggu dan tiada saranan pengambilan dalam seminggu memadai menghadkan pengambilannya sekiranya jumlah tenaga yang diambil dalam sehari adalah melebihi daripada saranan RNI Malaysia. Ada beberapa pilihan lain bagi ia menggantikan roti canai dimana setiap 2 keping capati seberat 64gram setiap keping dianggarkan mempunyai hanya 384 kalori iaitu 62.5% karbohidrat, 12.5% protein dan 25% lemak. Selain itu, ia membekalkan 22mg kalsium,3.0mg zat besi, 32mg natrium, 36mg kalium dan tiada vit C serta kolesterol. Capati diperbuat daripada tepung atta yang mengandungi banyak serat. Penulis blog konsgikan juga dimana bagi 2 keping dosai seberat 114gram setiap satu pula, ianya mempunyai 420 kalori yang terdiri daripada 74.3% karbohidrat, 13.3% protein dan 12.4% lemak. Kandungan lain ialah 24mg kalsium, 3mg zat besi, 376mg natrium, 50mg kalium dan tiada vitamin C serta kolesterol. Kandungan proteinnya lebih tinggi kerana dosai diperbuat daripada tepung kacang hitam dan ia juga mengandungi serat. Sebanyakk 2 keping idli seberat 82gram setiap satu mempunyai 212 kalori yang mana 50% lebih rendah daripada kalori 2 keping roti canai. Menu sarapan lain yang lebih sihat ialah roti sandwich, pau stim, mihun sup, bijian oats dan bijirin sarapan pagi yang berserat tinggi dan rendah gula.
Mungkin ramai suka mendengar 'Roti canai dinobatkan roti terbaik di dunia' yang selalu di paparkan dalam media. Apa pun roti canai kegemaran rakyat Malaysia telah dianugerahkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas. Kini makanan roti canai kegemaran rakyat Malaysia telah dianugerahkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas bila pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial rasmi, Instagram milik Tasteatlas pada Ahad. Menerusi carta berkenaan, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia. Roti canai duduki tempat pertama menerusi carta 50 roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas. Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas tetapi sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India. Pada tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu.
Banyak portal berita tempatan dan antarabangsa laporkan bagaimana 'Roti canai terbang' jadi tarikan di Expo 2025 Osaka' dan menjadi kebanggaan Malaysia. Dilaporkan seorang penebar roti canai Muhammad Muiz Ruzaini (24) menunjukkan aksi menebar roti canai terbang di Cafe Pavillion Malaysia sempena Expo Antarabangsa 2025 Osaka. Ia viral dan menjadi tarikan ramai dyang menarik perhatian pengunjung ke Pavilion Malaysia dengan aksi penyediaan yang memukau serta aroma mentega yang memikat selera. Aksi Muhammad Muiz Ruzaini dan Mohamad Zul Imran Zulkifle melambung roti canai tinggi ke udara sambil disertai bau harum mentega yang menyelerakan, berjaya menarik minat pengunjung, malah ada yang sanggup beratur sehingga dua jam, semata-mata untuk merasainya. Penabar roti canai dari Kedah berkata beliau tidak menyangka akan terpilih sebagai sebahagian daripada delegasi Malaysia bagi memperkenalkan keenakan masakan Malaysia di pentas dunia. Apa yang menjadikan pengalaman ini lebih bermakna ialah sambutan hangat daripada ramainya pengunjung dimana ramai yang memuji keenakan roti canai ini dan memberikan maklum balas yang sangat memuaskan, baik dari segi rasa mahupun persembahannya. Kemudian selepas mereka makan, ramai yang datang semula dan berkata 'oishī' (atau enak). Malah, ada yang ulang sampai tujuh kali sambil menambah bahawa kebanyakan pengunjung itu dari Jepun, Korea Selatan dan China. Roti canai yang dimasak segar itu dihidangkan bersama kari ayam dan dhal, dijual pada harga 1,680 yen (RM49.82) setiap set. Jualan harian mencecah antara 1,000 hingga 1,600 keping, menunjukkan popularitinya yang semakin meningkat dalam kalangan pengunjung dari Jepun, Korea Selatan, China dan negara-negara lain. Roti canai ialah roti leper yang digoreng atas kuali leper dan amat popular sebagai hidangan sarapan di Malaysia. Ia diperbuat daripada campuran tepung, air, garam, mentega dan telur. Dohnya diuli dan diuli semula sebelum diregang, dilambung dan diputar di udara, untuk menghasilkan tekstur berlapis yang rangup dan berkerak di luar, tetapi lembut di dalam. Sebelum ini dilaporkan pihak TasteAtlas iaitu sebuah pangkalan data makanan global, telah meletakkan roti canai dalam senarai '100 Makanan Jalanan Terbaik Dunia'. Mohamad Zul adalah seorang lagi penebar roti canai dari Pulau Pinang ada dia menyatakan harapan agar populariti roti canai yang semakin meningkat di Ekspo itu, dapat mengangkat hidangan tersebut ke peta kulinari dunia serta menarik lebih ramai pelancong untuk melawat Malaysia. Ada seorang pelawat dari Jepun, Yoko Yoshinaga, menyifatkan roti canai sebagai 'manis, mempunyai tekstur unik dan sangat ketagih'. Baginya ia kali kedua dapat makan roti canai. Dia yang pernah melawat Malaysia 30 tahun lepas, memuji kemajuan negara dan menyifatkannya sebagai sebuah negara yang aman dan moden. Seorang lagi pelawat Hanako Sekimukai yang mencuba roti canai buat kali pertama, berkata beliau teruja dan kagum dengan rasanya. Dia pernah ke Malaysia sebelum ini, tetapi tidak berkesempatan mencuba roti canai. Kari ayam yang dihidangkan bersama tidak terlalu pedas, menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan dan menambah bahawa persembahan kebudayaan di pavilion tersebut memang ia membangkitkan kenangan manis ketika berada di Malaysia.
Ada kisah sesuai di kongsikan seperti kes 'Abang Roti Canai 50 sen kekalkan harga' yang berlaku di Melaka dimana harga 50 sen ini akan terus dikekalkan walaupun ada pelanggan yang cakap itu harga gila. Dilaporkan peniaga roti canai Mustafa Abd Latif (58) dakwa walaupun dia berdepan situasi sukar dengan kenaikan harga barangan susulan kekurangan bekalan di pasaran namun dia nekad untuk terus kekalkan harga jualan roti canai di warungnya. Dia yang berniaga sejak 11 tahun lalu berkata, harga yang ditawarkan di gerainya bagi roti canai kosong RM0.50 manakala roti telur serta roti planta masing-masing RM1 sekeping masih kekal sejak dulu. Memang tidak dinafikan keuntungan amat nipis apabila harga tepung gandum naik lebih sekali ganda tetapi hajat saya ini semua sedekah buat kedua arwah ibu bapa. Niatnya berniaga bukan mahu kaya asalkan senang kami sekeluarga belanja sudah memadai. Insyaallah apabila kita yakin akan ada rezeki yang memang berniaga di warungnya di Bukit Pulau, Bukit Katil, Melaka. Bapa kepada empat anak itu dakwa ramai dalam kalangan pelanggan tetapnya meminta untuk menaikkan harga jualan roti canai kerana bimbang dia tidak mampu menanggung kos. Baginya susah bagaimana kena harung kerana itu sudah nekad malah saya sendiri pernah lalui tempoh yang sukar suatu masa dulu sehingga hendak makan pun payah. Sebagai peniaga dia tersentuh apabila ada pelanggan yang tidak mampu untuk menjamu keluarga mereka jadi dengan harga sebegini mereka yang tidak berkemampuan boleh sama-sama nikmati. Dia yang turut dikenali dengan panggilan Abang Roti Canai 50 sen berkata, sepanjang dia berniaga juga ini pertama kali berdepan cabaran yang mencabar untuk dapatkan bekalan tepung gandum di pasaran. Kalau dulu hanya perlu ke satu kedai sahaja tetapi kini untuk dapatkan bekalan tepung gandum kena merayau ke beberapa lokasi kalau tidak tiada tepung. Apa pun selain itu kos tepung gandum juga amat tinggi sekiranya dulu hanya bermodalkan kira-kira RM1.40 kini mencecah hampir RM3 sekilogram kerana untuk roti canai hanya dua jenama sahaja digunakannya untuk rasa dan doh yang lembut. Beberapa pihak berkaitan perlu mengambil langkah untuk menyelesaikan isu ini kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga malah pengguna turut terkesan apabila berlaku kenaikan harga. Artikel ini ditulis dalam tiga segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca setia blog anim agro technology yang berusia 16 tahun setiap hari satu artikel di posting. Wasallam!!!...
ASASNYA TEPONG... DI ULI DOHNYA...
DI GORENG RANGUP...ADA KUAHNYA...
MEMANG VIRAL.. DISELURUH DUNIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(11 Muharram 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.