Mungkin kalangan pembaca blog ramai yang tidak ada pengalaman makan dan memasak beras perang. Apa pun cara penyedian beras perang dimana sebaiknya sebelum memasak beras perang, ianya perlu dicuci dengan air bersih lalu direndam selama 30 minit sebelum dimasak. Tujuan rendaman adalah untuk menjadikan nasi beras perang lebih lembut dan cepat masak. Apa pun kemudian, beras tersebut akan dimasak dengan kuantiti air yang lebih banyak berbanding dengan air beras putih biasa. Apabila air telah mulai kering, ini memberikan petunjuk bawa nasi telah separuh masak lalu ditoskan airnya. Bagi pembaca blog ini yang ingin membuatkan nasi beras perang ini lebih masak disyorkan agar ianya perlu dikukus bagi membuatkan nasi tersebut lebih lembut. Setelah dikukus bagaimana [in di galakkan agar jangan biarkan nasi ditutup dengan penutup terlalu lama kerana wap yang terdapat dipentutup periuk akan membuatkan nasi itu menjadi lebih lembik. Sebaiknya dimana semasa memasak boleh menggunakan api sederhana supaya nanti hasilnya nasi masak lebih sekata atau seragam dan ini melambatkan kehilangan air atau air cepat kering tetapi nasi belum masak sepenuhnya. Dalam pada itu juga perlu di kacau nasi yang telah dikukus dengan perlahan supaya tekstur nasi lembut dan masak. Hidangkan ketika panas dengan juadah yang bersesuaian. Sebenarnya juadah nasi dagang yang popular di masyarakat negeri Terengganu juga dahulu ada yang disediakan dengan menggunakan beras perang sebagai beras utama juadah ini. Ianya mempunyai rasa yang sangat sedap dan enak dinikmati bersama gulai ikan tongkol. Nasi dagang kebanyakannya di komersilkan dengan beras premium yang di campur sedikit pulut atau menggunakan beras khas untuk nasi dagang yang ada banyak di tanam di Thailand.
Banyak kajian dan dakwaan jika Beras Perang adalah ia baik untuk kesihatan seperti di laporkan oleh pakar kesihatan. Pertama di dakwa jika memakan beras perang akan Mengurangkan risiko kanser kolon sebab beras perang mengandungi kandungan zat mineral yang berguna untuk mengurangkan risiko kanser kolon. Kandungan selenium dan fenol yang terkandung di dalam setiap butir beras perang mampu menjadikan sistem penghadaman tubuh manusia lebih baik. Kandungan serat ini membantu kolon menjalankan proses pencernaan lebih efektif dan berkesan. Najis dari proses penyahtinjaan juga lebih lembut dan mengatasi masalah sembelit. Kedua dimana kehebatannya adalah ia mampu Mencegah penyakit jantung dan mengurangkan kolestrol. Hasil kajian dari ramai para penyelidik mengenai khasiat beras perang mendapati dimana pengambilan beras perang dalam diet mampu mencegah penyakit jantung dan mengurangkan kolestrol dalam badan. Dilaporkan yang lapisan tisu disekeliling beras mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang bertindak meningkatkan tekanan darah. Kandungan serat dalam beras perang juga akan melarutkan sel sel lemak yang akan menempel di dinding perut, jantung dan hati. Kehebatan khasiat ke 3 dimana ia mampu untuk Menstabilkan gula dalam darah. Bagi pesakit dietbetis (kencing manis) yang memakan beras perang domana selalunya kadar penghadaman karbohidrat menjadi lebih perlahan mengakibatkan pentstabilan kandungan gula dalam darah. Pengeluaran gula dalam darah dikawal oleh kandungan glicemic index yang rendah di dalam beras perang. Dilaporkan walaupun beras perang kaya dengan pelbagai nutrisi berguna kepada kesihatan jantung, mengatasi masalah obesiti dan kadar kandungan gula di dalam darah namun masih ramai masyarakat yang tidak peka mengenai khasiat dan manfaat kesihatan yang terkandung di dalam beras perang. Walau pun ada dakwaan dimana beras perang tidak popular di Asia kerana diangap beras kemiskinan tetapi kini semakin moden keparcayaan tersebut berkurangan. Kalau satu masa dahulu di kebanyakan negara Asia seperti China, Jepun dan Asia Tenggara ada mitos dimana beras perang dikaitkan dengan kemiskinan dan kekurangan dimana ia jarang dimakan kecuali untuk orang sakit dan juga mangsa peperangan. Sejarah beras perang juga dikaitkan dengan zaman kemiskinan dan kekurangan makanan ketika zaman penjajahan dan peperangan yang melanda Tanah Melayu suatu masa dahulu. Kes catuan beras oleh pihak penjajah menyebabkan penduduk Tanah Melayu ketika itu hanya makan apabila perlu sahaja. Ketika itu hanya beras perang dan tumbuh-tumbuhan kampung (ubi kayu) sahaja sumber makanan yang ada. Oleh itu perlu di fahami jika beras perang adalah sinonim dengan zaman kesusahan dan darurat masa dulu. Kini beras yang dianggap sebagai beras golongan bawahan adalah lebih mahal daripada beras putih. Dengan teknologi terkini penyelidik dapat mengenal pasti khasiat yang terkandung dalam beras perang. Apa pun beras perang tidak menjadi budaya pemakanan bagi masyarakat Asia Tenggara terutama Malaysia, Indonesia dan Singapura tetapi didakwa masyarakat Timur Tengah menjadikan beras perang dalam masakan nasi biryani, nasi arab dan pelbagai lagi. Kini ianya pernah disajikan dengan masakan rempah kambing atau daging lembu bersama juadah yang lain.
Apa yang sesuai di kongsikan adalah kisah bagaimana cara-cara untuk menghasilkan beras perang. Beras perang merupakan beras yang tidak dikisar atau dikisar separuh dan dianggap sebagai biji bijian semulajadi yang lengkap. Ia mempunyai rasa kekacang, bersifat kenyal dan melekit apabila dimasak tetapi ianya cepat menjadi tengik. Dilaporkan dimana cara menghasilkan beras perang terjadi apabila lapisan paling luar kulit padi diproses yang mana ia berbeza dengan proses penghasilan beras putih dimana lapisan sekam dan germ dikupas meninggalkan endosperm (butir beras putih) yang mempunyai kanji. Kedua kedua jenis beras mempunyai jumlah kalori, karbohidrat dan protein yang hampir sama tetapi proses penghasilan beras yang berbeza. Proses penghasilan beras perang tidak serumit proses penghasilan beras putih. Proses penghasilan beras perang dimulakan dengan butir padi dimasukkan ke dalam mesin pengilingan dan pengelupasan kulit luar atau sekam lalu dibiarkan tanpa mengalami proses pengilatan seperti yang dialami untuk menghasilkan beras putih. Proses pengelupasan kulit luar padi akan menghasilkan butir beras yang berwarna coklat atau perang. Beras perang yang dihasilkan berbentuk lonjong, panjang atau pendek dan selaput bran yang mengandungi zat makanan dikekalkan lalu dipek atau dibungkus untuk dipasarkan. Beras perang itu dikatakan sangat berkhasiat dan kaya dengan kandungan nutrisi zat yang tinggi kerana ianya hanya mengalami proses pengelupasan kulit sekam sahaja. Maka kandungan zat atau mineral yang terhilang adalah sedikit. Dalam portal seperti hmetro.com di laporkan fakta 'Kelebihan nasi Gaba' yang sesuai di jadikan bahan rujukkan. Dilaporkan yang majoriti daripada kita di Asia mengambil sekurang-kurangnya satu hidangan nasi setiap hari sebagai melengkapkan diet harian. Beras putih boleh dianggap pilihan kebanyakan orang. Ada juga yang memilih beras perang, namun jumlahnya tidaklah ramai. Salah satu alasan mengapa beras perang jarang menjadi pilihan, kerana sukarnya untuk mendapatkan rasa tepat berbanding nasi putih. Realitinya, beras perang mengandungi lebih banyak manfaat serta khasiat. Sebutir beras perang tersimpan nutrisi, serat, protein, magnesium dan zink. Kelebihan ini menjadikan beras perang mudah dan ini membuatkan kita merasa cepat kenyang. Sebenarnya, beras perang tidak melalui proses yang rumit. Ia mungkin tidak dikisar atau separuh kisar, menjadikan setiap butirnya memiliki rasa sedikit berkacang, lebih kenyal, kaya dengan khasiat, serat serta nutrien penting yang diperlukan tubuh. Di Korea jenis nasi Gaba lebih menarik perhatian penduduk Korea. Apa pun jika menyebut nasi gaba di Malaysia, tentu ramai yang terpinga-pinga. Walaupun nasi Gaba sudah wujud lama dulu, namun ia baru mencapai populariti sejak akhir-akhir ini. Apa pun di Korea secara tradisinya proses percambahan beras perang mengambil masa sehingga 20 jam. Ia perlu direndam dalam air bersuhu 30 hingga 40 darjah Celsius dan dibilas beberapa kali bagi mengelakkan nasi berbau. Kini di KOrea di perkenaljan jenis periuk serba guna Cuckoo seperti Q10, WHITE1010, HN10 dan M10, hanya satu sentuhan diperlukan untuk percambahan beras selama dua jam sebelum seterunya terhasilnya nasi Gaba. Dilaporkan yang nasi ini lebih lazat dari nasi putih dan lebih berkhasiat daripada nasi beras perang (Sila lihat foto paling bawah sekali). Ia diperkaya dengan asid gamma aminobutirik (Gaba), vitamin B1, B6 dan E, kalsium, magnesium, potasium, serat diet dan banyak lagi manfaat kesihatan lain. Didakwa jika dibandingkan dengan nasi putih, nasi Gaba memiliki 10 kali ganda Gaba, tiga kali ganda vitamin B1 dan empat kali lebih kaya dengan vitamin E. Kelebihan ini membolehkan nasi ini membantu merendahkan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, tekanan dan tahap kolestrol, serta memperbaiki sistem penghadaman serta kesihatan minda. Selain keupayaan memasak nasi Gaba jenis periuk serba guna itu dilengkapi empat teknologi pintar utama iaitu algoritma pintar, memasak menggunakan tekanan, teknologi pemanasan serta teknologi saduran bagi membantu menyediakan kediaman sihat buat setiap keluarga. Semua ciri canggih itu bukan saja menggalakkan masyarakatnya menukar gaya hidup lebih sihat dan pintar tetapi turut memberi lebih manfaat jangka panjang untuk keluarga. Kini, Cuckoo Malaysia turut memperkenalkan pelan pemilikan bagi penyediaan juadah dengan mudah hanya daripada RM40 sebulan. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam....!
SANGAT BERKHASIAT... DI DAKWA...
KURANG DI GEMARI...DI LUAR SANA...
UNTUK KESIHATAN... BOLEH CUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tmn Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(3 Safar 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.