Thursday, November 21, 2024

BAGAIMANA VANILLA CEPAT BERBUAH?

TANAMAN VANILLA
(Vanilla fragrans) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang berasal dari Amerika Tengah dan Mexico dan kawasan Tropika lain di Asia. Baru-baru ini ada beberapa laporan media mengenai ada usahawan yang menanam pokok vanilla di Pahang dan mendapat banyak respon pembaca. Pada penulis blog ada beberapa orang yang penanam pokok vanilla ini memang cukup berani berisiko dan diharap mereka akan berjaya membangunkan tanaman vanilla di Malaysia. Pada penulis blog apabila menyebut vanilla rupanya ia terdapat lebih 20,000 spesis didalam keluarga orkid diseluroh dunia dimana tumbuhan orkid ada yang tumbuh sebagai pokok, renek, herba, parasitk dan sebagainya. Pengeluaran vanilla dunia adalah sekitar 7,508 metrik tan setahun dengan 50% dari jumlah pengeluaran adalah di Indonesia sebagai pengeluar vanilla terbanyak didunia. Pengeluaran vanilla juga daripada Madagascar (1,587 mt) dan China (1,385 mt). Negara lain yang ada menanam vanila adalah Kepulauan Seychelles, Fiji, Tahiti, Mexico, Malawi, Grenada dan Sri Lanka dimana dilapor ia kebanyakannya adalah negara berpulau (Islands). Vanilla perlukan iklim yang tinggi kelembaban, suhu tinggi, kurang hujan pada musim berbuah dengan keperluan hujan antara 2,000 -2,500 setahun. Penanaman vanilla di negara kita pernah dipromosikan oleh beberapa syarikat swasta dan juga terdapat agensi kerajaan yang membuat kajian kesesuaian tanaman, varieti dan amalan teknologi. Dalam pada itu penanaman pokok vanilla bagaimana pun kurang berjaya disebabkan oleh kurang minat daripada petani, teknologi yang kurang pasti, kesesuaian amalan pengurusan tanaman, varieti yang kurang sesuai dan ketidaktentuan pasaran. Walau pun pernah diujudkan sistem pasaran kontrak (Contract Farming) dalam usaha untuk memajukan tanaman vanilla tetapi ianya masih gagal. Tanaman vanila memerlukan lindungan cahaya antara 30-50% seperti ditanam dibawah struktur naungan dengan jaring hitam. Jadi persekitaran di kebun kelapa dewasa sesuai untuknya. Jarak tanaman yang disyorkan untuk vanila sebagai tanaman selingan di kebun kelapa ialah 1.5 m di antara baris dan 1.0 - 1.5 m di antara pokok dalam baris. Dengan jarak ini kepadatan tanaman ialah 3,300 - 5,000 pokok /hektar. Bagi memulakan tanaman vanila, tapak perlu dibersihkan daripada pelbagai pokok-pokok besar yang tidak sesuai. Penanaman mula dimulakan dengan membina batas selebar 60 cm x tinggi 30 cm. Pada bahagian batas akan disediakan lubang untuk penanaman pokok tumpang atau pelindung. Biasanya pokok baja (glyceridia) ditanam kerana ketinggian 4-5 kaki sesuai sebagai pokok tumpang atau pelindung sebelum tanaman vanila ditanam. Lubang penanaman vanila adalah diposisi sebelah timur dengan keluasan dan kedalaman bersesuaian dengan saiz anak pokok. Jarak antara lubang untuk tanaman vanila dan pokok tumpang adalah 10-15 cm. Artikel tengahari Sabtu ini dirumh Melaka saya meneulis dalam "Anim Agro Technology" mengenaiteknologi bagaimana cara sesuai dilakukan kepada tanaman vanilla agar ia cepat berbuah untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Merujuk beberapa bahan kajian teknikal bagaimana cara amalan agronomi betul sehingga membolehkan tanaman vanilla cepat berbuah dari negara jiran. Berbalik kepada penanaman vanilla dari negara Indonesia jenis vanila (
Vanilla planifola) adalah salah tanaman yang mampu untuk menghasilkan buah vanilla (pod atau polong) yang memiliki aroma harum dan manis. Tanaman vanilla ini memilik bentuk buah penghasilkan bijinya didalam 'pod' yang berbentuk menyerupai lengai kacang. tanaman vanilla dilporkan sesuai untuk hidup di iklim tropika dengan jumlah curahan hujan 1,000 sampai 3,000 mm setahun dan suhu udara optimal sekitar 20 - 25 darjah Celcius. Selain itu perlu akan kelembapan udara sekitar 60 - 80% dan ketinggian kawasan penanaman diantara 300 - 800 meter dari paras laut (mdpl). Tanah yang sesuai digunakan sebagai media tanam vanilla ini disyorkan jenis yang yang gembur, liat berpasir dan berkerikil, mudah menyerap air dengan nilai pH tanah sekitar pH5.7 sampai pH7.0. Tanaman vanilla memerlukan tiang kayu atau konkrit dipasang menegak sebagai tempat pokok vanilla ini menjalar. Tiang ini dikampong tradisional di Indonesia ada yang dibuat dari buluh yang diikatkan pada pokok yang berhubungan diantara satu dengan pokok yang lain. Apa pun kini cara menanam di Malaysia sudah moden menggunakan tiang kayu konkrit yang kukuh atau tiang besi yang dilekatkan dengan sabut kelapa disekelilingnya sama seperti kaedah menanam bunga anggerik atau bunga orkid. Dilaporkan dimana kandungan khasiat atau nutrisi vanilla sangat tinggi kandungan serat, mineral, vitamin A, B, E. Selain aromanya yang dapat digunakan sebagai bahan mampu meningkatkan citarasa makanan dan selera makan, aroma vanilla juga dijadikan sebagai 'ubat penenang' yang dicampurkan kedalam essential oil. Selain itu dalam vanilla juga perlu diketahui akan terdapat fakta dari beberapa kajian yang menyatakan bahawa dengan mengambil bahan vanilla secara rutin dipercayai dimana ia akan dapat mengatasi dan menghindari masaalah tekanan berat (depression) seseorang dengan baik. Disebebkan dimana dalam vanilla ia mempunyai bahan iaitu antioksidan tinggi maka sesiapa mengambilnya akan dapat menghindari penyakit kanser. Manfaat lainnya hasil kajian dilaporkan disebabkan oleh kandungan Vitamin E yang tinggi maka ia dapat membuat kulitnya menjadi lebih ketat dan ini akan menjadi lebih awet muda. 


Persiapan kawasan untuk menanam vanilla yang mana ia merupakan salah satu jenis tanaman tropika sehingga sangat sesuai adalah perlukan bajet cukup dan lokasi sesuai. Terkini ada kaedah penanaman vanilla di Malaysia yang menggunakan kaedah moden dimana ia di usahakan didalam rumah khas berbumbung, lantai simen, tiang khas dan bahan media cocopeat serta sistem pengairan moden. Tanaman vanilla memerlukan naungan kerana ia tudak tumbuh dengan baik dibawah sinaran matahari langsung atau terdedah dengan hujan lebat (terutama semasa pokok berbunga). Pilih kawasan yang rata dan di tabur dengan batu chipping atau ada sesetengah petani yang menyimen konkrit lantai. Kemudian dipasang kerangka untuk di pasang bumbung dengan netting hitam di bahagian atas dan tepinya dan dipasang pintu keluar masuk. Sebaiknya ada sambungan bekalan eletrik untuk sistem pencahayaan, alat pam air bagi siraman dan sebagainya di lokasi tanaman vanilla. Paling penting adalah menyediakan tiangnya dimana beberapa batang besi membuat bangunan di ikat sebagai tiang sebekum di curah simen ditenganya atau dibubuh batu chipping ditengahnya (Sila lihat foto disebelah). Di sekeliling tiang pula akan di pasang dengan sabut kelapa dengan kukuh. Anakbenih vanilla di tanam di bahagian bawah tiang dan diajar untuk menjalar keatas. Pastikan selalu di buat penyiraman, pembajaan, kawalan rumpai, pendebungaan dan lenuaian dengan sistematik. Di negara Indonesia disyorakan agar pemilihan tapak penanaman vanilla ini di kawasan kebun yang ada
 pencahayaan cukup namun tidak terlalu panas. Jika ingin menanam vanilla disekitar pekarangan rumah perlu diperiksa kadar kelembapan serta tekstur tanahnya. Tanah yang baik bagi pertumbuhan vanilla adalah tanah yang agak lembap dengan tekstur yang gembur. Sebelum menanam sebaiknya jika keadaan tanah kurang gembur ataupun kering maka perlu dilakukan kerja penggemburan serta memberi baja organik dan menyiramnya dengan sedikit air agar tekstur serta kelembapannya sesuai ditanam. Petani boleh menggunakan baja tahi ayam atau kompos agar tanahnya subur dan ia tak mengubah tekstur tanah. Jika tempat tapak tanaman vanila agak panas maka petani di Indonesia ini akan menanam beberapa jenis tumbuhan yang dapat tumbuh tinggi agar udara ada naungan dan di sekitar jadi lebih sejuk. Penyediaan abak benih vanilla keratan (cutting) atau dalam polibeg iaitu dengan membeli dari pembekal yang sudah diperiksa kualiti dan varietinya sebelum itu. Mungkin jika ada yang ingin menanam dengan bijibenih maka pilihlah biji vanili yang sudah tua dan dijemur terlebih dahulu. Akan tetapi menggunakan biji vanilla sebagai bahan tanaman agak susah menjaga dan peratus kejayaannya dan ia akan memakan waktu lebih lama. Maka sebaiknya membeli benih keratan sahaja yang berkualiti. Periksa setiap keratan benih vanilla ini tidak cacat atau rosak dan sesuai ditanam. Panjang keratan anakbenih vanilla sekitar 30 - 40 cm.  


Menjaga tanaman vanilla perlukan jadual pengurusan yang betul. Aktiviti p
enyiraman tanaman vanili merupakan langkah penting dalam merawat tanaman vanilla. Tanaman vanilla ini harus disiram secara rutin agar memiliki buah yang berkualiti. Perhatikan terlebih dahulu kondisi tanah pada lokasi tanaman dimana aktivit penyiraman dilakukan sesuai tahap kekeringan tanah. Usahakan tanah tidak terlalu kering namun juga tidak terlalu basah. Pada masa menyiram tanaman vanilla perlu disesuaikan drngan keadaan cuaca. Jika sedang hujan maka hanya perlu menyiramnya sekali sahaj atau tidak perlu menyiram lagi sebaliknya disiram 2 kali sehari dalam keadaan cuaca normal. Penjagaan tanaman vanilla meliputi kerja mengawal rumpai, berikan sungkupan, latihan menjalarkan pokok, pemangkasan dan pembajaan serta kawalan musuh dan penyakit. Kawalan rumpai dilakukan sebulan sekali dan pada musim kemarau tidak diperlukan membuang rumpai. Lakunan cabut rumput dengan dibuat di sekitar akar tanaman iaitu dilakukan dengan tangan dan berhati-hati agar akar pokok vanilla tidak rosak..Tanaman vanili tidak tahan keadaan yang kering sehingga diperlukan sungkupan khas atau bahan organik lain di musim panas. Sebaiknya bagi dapat mengatasi bahaya genangan air sebaiknya perlu dibuat parit-parit kecil untuk pengaliran air di sekitar tanaman vanilla yang mudah rosak jika tenggelam air. Pengaliran air ini akan selalunya mempergiatkan lagi proses pertumbuhan tanaman dan mempercepatkan pengeluaran bunga atau buah sehingga mutu buah akan lebih baik. Kerja menimbun tanah dipangkal pokok vanilla sangat digalakkan agar tumbesaran lebih baik tetapi awas agar tidak merisakkan sistem pengakaran pokok vanilla. Ukuran busut (mounting) ini perlu dipertahankan dengan cara mengikis tanah di sekitarnya dan krmudian tahan topsoil ini di kumpulkan di perdu pokok vanilla. Semasa petani melakukan kegiatan di kebun diusahakan pastikan dia tidak melukakan bahagian tanaman vanila ini. Menjelang musim sebaiknya diperbaiki sistem saliran di kebun agar tidak berlaku kes air bertakung dan tanaman tidak digenangi air. Amalan agronomi [enting lain termasuk Aktiviti Pemangkasan tanaman vanila dimana ia termasuk membentuk percabangan dengan memotong 15 cm bahagian hujung tanaman vanila yang sudah dilengkungkan dan ditinggalkan hanya tiga cabang yang baik untuk dipelihara. Tanaman vanila pada umumnya mulai berbunga pada umur 24 - 36 bulan setelah ditanam. Bgsimsns pun lszimnys pengeluaran bunga ini perlu untuk ia dirangsang terlebih dahulu dengan cara pemangkasan. Apabila hendak menuai perlu di potong 2 atau 3 ruas pucuk tanaman menjelang musim berbunga (dua sampai empat bulan sebelumnya) dimmana cara melakukannya juga melalui pemotongan pucuk setelah berbunga untuk menyempurnakan pembuahan. Proses pemangkasan peremajaan tanaman pokok vanilla boleh dilakukan segera setelah tanaman selesai dituai dimana caranya dengan memotong cabang-cabang yang telah selesai berbuah. Ini juga merupakan teknik sesuai untuk merangsang keluarnya tunas baru. Dengan demikian tanaman vanilla sudah menjadi remaja semula dan berpotensi untuk kembali tumbuh seterusnya dengan baik.


Amalan agronomi lain adalah Pembajaan Vanilla dimana kaedah terbaik adalah pengurusan pembajaan secara organik.  Pembajaan tanaman vanila sebaiknya dilakukan secara organik dengan kaedah memberikan baja organik sesuai seperti baja tahi haiwan lembu, kambing ayam dan baja kompos lain yang sesuai. Jika menggunakan najsi lembu atau tinja kambing maka sebaiknya kadar sesuai diberikan adalah  sebanyak 5 hingga 10 kg sepokok iaitu diberikan semasa pada peringkat awal dan akhir musim hujan. Bagaimana pun jika kekurangan baja organik semulajadi maka kaedah pembajaan sesuai ditambah dengan baja jenis bukan oragnik seperti semburan terus kepada daun atau di bubuh diatas permukaan tanah tanaman vanilla. Pemberian baja dun sesui di berikan secara semburan (foliar fertilizer) yang diamalkan agar diberikan setiap satu hingga dua minggu sekali. Apa pun ia perlu disesuaikan menyembur baja daun pada musim hujan kerana akan berlaku pembaziran sahaja. Apa pun baja butir seperti nbaja NPK sesuai di bubuh pada awal pagi semasa musim hujan agar cepat diambil oleh akar tumbuhan. Baja ini juga sesuai di bubu pada waktu petang semasa cuaca tidak hujan dengan kadar disyorkan adalah 
8 -10 gram per liter air tergantung keadaan tanaman vanlilla tersebut. Amalan memberi baja melalui tanah sesuai dijalankan sejak pada awal penanaman atau semasa akhir musim hujan. Pemberian baja ini dilakukan dengan di tabur secara merata disekeliling pokok vanilla diman akemudiannya akar vanila ini kemudian ditutup dengan lapisan tanah. Dos pemberian baja bagi sepokok tanaman vanilla yang berumur kurang dari dua tahun adalah sebanyak antara 20 -40 gram Baja UREA, 35 - 70 gram baja TSP dan sebanyak 40 - 80 gram baja KCl untuk selama satu tahun. Disyorkan pula bagi tanaman vanilla yang berumur lebih dari dua tahun maka kadar atau dos baja diberikan adalah sebanyak 40 - 80 gram baja UREA, 70 -140 gram baja TSP dan 80 - 160 gram baja KCl bagi tempoh setahun. Apa pun selalunya penuianan vanilla ini dilakukan apabila dilihat pod vanilla sudah matang dimana selalunya mengambil masa selama 2 - 3 tahun selepas di tanam dan dijaga baik. Kajian menyatakan dimana jangkamasa menuai tanaman vanilla selaluny dalam masa selama 3 bulan. 


Dalam laporan media bertajuk ''
Potensi Eksport dengan Harga Jutaan, Petani Temanggung Kembali Budidaya Vanili'' sesuai di kongsikan seperti dalam liputan6.com. Di Tamanggung, Jawa Tengah dimana dilaporkan dimana pihak kerajaan dan swasta dimana mendorong petani untuk mengembangkan industri penanaman vanilla kerana potensi pasaran eksport komoditi ini masih terbuka dan harganya menjanjikan agak mahal. Seorang pengusaha bernama  Tommy yang telah mengeksport produk vanila sejak 2016 kini mendakwa kawasan Temanggung amat sesuai untuk dikembangkan lagi tanaman vanila. Dilaporkan pengeksportan vanilla dari Indonesia masih sangat kecil iaitu cuma sekitar 5% dari jumlah permintaan sedia ada. Selama ini dia mengeksport vanilla paling banyak ke USA diikuti oleh negara seperti Perancis, Jerman, Rusia, Spanyol dan Belanda. Asalnya ada dirancang untuk mengeksport vanilla ke Jepun dan Thailand akan tetapi pasaran Eropah sangat besar. Syarikatnya dilaporkan mampu untuk mengeksport vanilla sebanyak 10 metrik tan dimana bekalan diperolehi daripada selurug Indonesia. Antara lokasi yang ada membekalkan buah vanilla termaduk bekalan dari kawasan Nusa Tenggara Timur (NTT), Sulavesi, Sumatera dan juga dari Papua. Bagaimana pun terkini dilaporkan bekalan vanilla ini paling masih banyak adalah vanilla dari Sulawesi dan NTT. Ia disebebkan dimana para petani di duaa lokasi tersebut sangat konsisten dimana walau pun harga dipasaran untuk vanilla jatu (atau murah) akan tetapi mereka tetap menanamnya sedangan para [etani dari kawasan lain sudah menebang atau membuangnya dan menanam tanaman lain yang lebih cepat memberikan nilai pulangan serta menguntungkan. Merujuk kepada akhbar tersebut dilaporkan dimana harga vanili pernah jatuh pada tahun 2003-2004 dimana nilai vanili kering waktu itu hanya dihargai Rp30,000 per kilogram (RM9.17/kg) sehingga banyak petani enggan menanamnya. Namun begitu kemudian dilaporkan dimana pada tahun 2016-2017 dilaporkan harga vanila sudah naik tinggi (booming) di mana harga vanila yang masih dipetik basah mencapai Rp700 ribu per kilogram (RM214/kg). Kini dalam tiga tahun terakhir dilaporkan harga vanilla cenderung stabil dimana harga vanilla kering adalah sekitar Rp1 juta (RM305.60) hingga Rp1.5 juta (RM458.50) sekilogram. Kemudian tanaman dan hasil vanila menjadi salah satu lambang kebangaan atau logo Kabupaten Temanggung sebab sejak lama Temanggung pusat bagi menghasilkan pod vanilla. Berlaku turun-naik keluasan penanaman vanilla di kawasan ini disebabkan faktur harga. Semuga artikel  ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN VANILLA... LUAS DI INDONESIA...
TANAMAN DIJAGA...3 TAHUN ADA BUAHNYA...
HARGA TIDAK MENENTU...PENENTU UTAMA...
MEMBACA ARTIKEL...MENARIK FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Syaaban 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.