Dalam beberapa portal dari Indonesia di rujuk keterangan iaitu 'Cara Menanam Indigofera' yang sesuai di rujuk. Dilaporkan dimana cara menanam indigofera tidaklah mudah untuk pemulaannya terutama dalam hal cara menyemai benih indigofera. Cara menyemai bijibenih indigofera seringkali ramai gagal. Akan tetapi, sebagai salah satu bahan pakan ternakan yang sedang 'hits' di Indonesia dimana ia perlu untuk dicuba sebab tanaman seperti Indigofera banyak dimanfaatkan sebagai sumber pakan ternak sebab ia banyak mengandungi bahan fosforan, nitrogen dan kalium. Dilaporkan sejarah awal dimana tanaman tersebut dibawa oleh orang Eropah dan ia adalah sejenis tanaman ini sangat mudah beradaptasi sehingga sesuai tumbuh dengan baik di kawasan tropika seperti Malaysia dan Indonesia. Antara kelebihan tersebut banyak masyarakat lokal kini ingin mengetahui cara menanam indigofera tersebut. Apa pun cara menanam indigofera ini banyak diminati terutama oleh para peternak ruminan sebab selain banyak manfaat yang ada dimana tanaman ini juga tidak memerlukan cara menjaga dan amalan agronomi yang ekstra. Paling awal penting dalam aktiviti pemilihan biji atau benih unggul yang boleh dilakukan dengan cara semian dari biji (seeds). Cara ini lebih disukai oleh kebanyakkan petani indigofera kerana ia akan menghasilkan akar yang lebih kuat, usia tanaman lebih lama dan ukuran tanamannya lebih besar. Cara pembibitan melalui biji tersebut adalah dengan memilih pokok induk inigofera yang berukuran besar, matang dan telah menghasilkan lengai buah (didalamnya ada biji) seperti foto paling bawajh sekali. Untuk ciri-ciri biji benih unggul biasanya tanaman ini memiliki daun yang lebat. Sebaiknya diambil biji dari buah yang berwarna kehitaman dan di jemur hingga buah tersebut mengering dan pecah untuk keluarkan bijinya. Ambil polibeg lalu isi menggunakan media semaian dimana biji benih indigofera ditanam dengan jarak sesuai dan di kedalaman 2 cm. Apabila biji bercambah maka proses penyiraman sudah boleh dilakukan agar pertumbuhannya lebih cepat. Media tanaman indigofera secara konvensional boleh disediakan dengan cara gunakan tanah campuran dimana perlu dilakukan penggemburan tanah. Ia penting bagi mencegah berlaku isu tergenangnya air sehingga menyebabkan anakbenih lebih cepat rosak atau membusuk. Perlu di gemburkan tanah menggunakan cangkul atau mesin traktor dalam kebun yang sudah bertanam dengan membuat perparitan kecil atau alur tanam memanjang persis seperti alur tanaman cili. Jarak antara batas tanaman disesuaikan dimana dibuat lubang tanaman dan di bibuh baja asas. Bubuuh jug agar tanaman lebih cepat tumbuh dengan baja lain seperti UREA, NPK, TSP dan ZA. Ramai petani yang gunakan baja NPK 15:15:15 iaitu sebagai baja tambahannya dengan komposisi baja orhganik berbanding baja NPK pada kadar 30:1 atau 50:1 bergantung kepad akeadaan tanah. Apabila semaian benih sudah 1.5 bulan maka sudah boleh dipindahkan ke media tanam yang telah disiapkan dengan membuat lubang diatas batas sedalam 15-20 cm dan jarak tanaman 30 x 50 cm. Patikan menyiran setelah menanam Indigofera agar pertumbuhan daun dan batang lebih cepat terjadi. Penyiraman sesuai dalam masa awalan 10 - 14 hari sekali. Namun pada musim hujan lebih baik penyiraman dihentikan dulu. Kawalan rumpai perlu ianya dilakukan agar nutrisi tidak diambil rumpai dan oleh tanaman liar yang mengganggu di sekitarnya. Kawalan rumpai minima di buat sebulan sekali tetapi INGAT JANGAN gunakan racun rumpai sama sekali sebab pokok indigifera akan mati. Berikan baja susulan mengikut jadual dimana tanah yang subur kadang kali tidak perlukan baja tambahan. Penanaman pokok indigifera BOLEH GAGAL diatas banyak sebab. Punca utma adalah oleh faktur cuaca sebab terlalu banyak hujan atau pokok tidak disiram diawal penanaman semasa kemarau. Disyorkan di sembur dengan baja foliar di peringkat awal penanaman agar proses pertumbuhan lebih cepat. Petani perlu menjaga tanaman indigofera dengan baik sehingga ia boleh di tuai hasilnya. Dalam satu laporan di lapangan dimana kos beli bijibenih sekitar Rp 10,000 sementara benih keratan pula adalah sekitar Rp120,000. APa pun dipasaran terbuka dimana harga benih indigofera 250 gram yang berisi sekitar 38,000 biji benih berharga Rp 200,000 sementara biji benih yang di jamin kemasannya paket seberat 50 gram berharga sekitar Rp 40,000. Paket lebih kecil bijibenih indigofera paket seberat 10 gram dijual Rp 10,000. Harga pasaran benih dalam bentuk keratan batang (stek) adalah sekitar Rp 15.000 semantara harga benih indigofera yang ada jaminan kualiti super dalam paket 15 gram berharga Rp 10,000.
Dalam ke lain dilaporkan dimana 'Ia Mudah beradaptasi, tanaman bebas serangan Perosak' adalah ciri penting bagi tanaman indigofera. Mengusahakan tanaman jenis indigofera didakwa ia cukup mudah kerana tanaman ini juga tergolong mudah dalam ia beradaptasi dalam keadaan sekitar yang kering dan basah. Bagaimana pun aktiviti penyiraman di peringkat awal penanaman adalah penting dilakukan dan rutin pemberian baja sekurang-kurangnya 6 bulan sekali mesti dilakukan. Sebaiknya menggunakan jenis baja organik yang berasal dari tahi kambing dengan kadar mencukupi dan pastikan tanaman indigofera ini mendapat sinaran cahaya matahari 100% bagi proses fotosintesis yang maksima. Dilaporkan tanaman ini memang ia tidak di sukai oleh perosak serangga dan penyakit seperti tanaman jenis lain. Bagaimana pun aktiviti CANTASAN (pruning) mesti di lakukan secara rutin agar ia tidak terlalu tinggi dan sukar di jaga. Pembiakan tanaman ini boleh menggunakan benih dari keratan batang atau semaian bijibenih (dari biji yang matang). Bagi keratan batang sebaiknya diambil dari pokok induk berusia setahun dengan batang dipotong sekitar 15-20 cm dan ia dicucuk kedalam media tanaman yang berisi campuran tanah, sekam dan baja organik dengan perbandingan 1:1:1. Jika menanam menggunakan biji benih maka mesti biji ini dikeluarkan dari buah yang sudah kering. Kemudian siram dengan air panas bertujuan agar biji ini mudah pecah dan mengembang. Biji indigofera ini juga harus direndam selama 3 hari dengan air hangat sehingga normal dan kemudian ia disemai di atas kapas basah dengan penutup. Apabila biji ini bercambah dnan tumbuh akar dan tunas maka ia dipindahkan kedalam polibeg dengan media semaian campuran tanah, sekam dan baja organik atau mudah guna cocopeat. Ia disiram secara teratur sehari sekali dan berikan cukup sinaran matahari agar pertumbuhan tanaman dapat maksimal. Apa pun pokok dari sumber biji dilaporkan ia lebih cepat tumbuh berbanding dengan benih keratan. Apabila pokok ini sudah berumur dua bulan maka aktiviti pembajaan perlu ditambah dengan sedikit baja urea untuk merangsang pertumbuhan tanaman agar lebih cepat tumbuh. Penuaian dilakukan dengan memotong dahan yang banyak daun hijau dan diberikan terus kepada ternakan atau di buat silaj atau dibuat serbuk tepong (powder) yang sesuai di simpan lama untuk ternakan.
Dalam portal lain hnews.id.com bertajuk 'Khofifah Ungkap Keuntungan Tanaman Indigofera' dari Jawa Timur yang berjaya menanam Indigofera untuk makanan embu, kambing , kerbau dan juga ternakan ayam serta ikan tawar. Didakwa dimana kadar kandungan protinnya antara 28 - 32% yang sesuai sebagai makanan ternakannya. Perkara ini disampaikan oleh Gubernur Jawa Timur Khofifah Indar Parawansa melalui akun media sosial Instagram pribadinya baru-baru ini. Khofifah mengatakan cara tanamnya sederhana dengan menyemaikan bijinya untuk dijadikan anakbenih dalam polibag. Dia juga menyebut tanaman indigofera mulai dituai dalammasa 6 bulan iaitu dengan cara di pangkas bahagian ranting daunya dimana ia di lakukan setiap 2 bulan sekali. Jarak tanamannya kalau untuk pagar boleh sekitar 20 cm antara pokok dan jika dikomersilkan jarak idealnya adalah 1.5m x 1.5m sehingga kepadatan tanaman mencapai sekitar 4,500 pokok sehektar. Rekod penghasilan sekitar 12 mt sekali tuaian dimana anggaran harga daun basah adalah sekitar Rp500 dan jika tuaian sebanyak 12 mt maka dia dapat sebanyak Rp6 juta setiap 2 bulan sekali. Selalunya dalam setahun dia mampu menuai sekitar 5 - 6 kali tuanan menjanjikan oulangan kasar sekitar Rp30 - Rp36 juta. Selalunya dia akan mencampurkan dengan daun ubi keledek dilayukan atau rumput jenis lain sebab daun Indigofera mengandungi bahan protin tinggi. Ada kaedah lain dimana dia menanam indigofera ini berkonsepkan 'Tanaman Pagar' sahaja iaitu bercampur dengan jenis tanaman seperti buah-buahan (buah manggis, duku, rambutan dsb)lain dan tanaman kontan. Bagaimana pun bagi merek ayang ada ternakan sendiri di galakkan agar menenam secara monokrop dengan komersial. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.