Peranan kerajaan  memainkan  peranan kritikal di semua peringkat sehingga ke akar  umbi didalam usaha untuk mampu meningkatan  sektor  pertanian yang perlu diperhebatkan.  Masyarakat Malaysia juga  hendaklah  memberikan  sinergi  yang  tinggi  dan  menggembleng  tenaga  bagi dapat  menjayakan  target  negara seperti satu peribahasa 'bagai  aur  dengan  tebing' dimana ia mestui terus bersaa. Pihak pengusaha  tanaman, ternkan, ternakair dan industri asas tani (pemprosesan makanan) serta sektor perkhidmatan pertanian (agriculture service) semestinya boleh berganding bahu dengan bajet sedia ada dan bajet swasta didalam memacu sektor pertanian dan kecukupan makanan. Setiap tahun kerajaan melalui pelbagai kementerian dan pihak swasata juga menyediakan bajet besar didalam pembangunan sektor pertanian negara. Tujuan penyediaan bajet tahunan ini adalah untuk keperluan  menghasilkan bahan makanan yang mencukupi, selamat dimakan serta berkualiti.  Kerajaan  telah  memperuntukkan  berjuta-juta  ringgit  untuk petani dan juga pengusaha-pengusaha pelbagai komoditi seperti  tanaman, ternakan, ternakair, industri pemprosesan makanan dan juga sekktor perkhidmatan pertanian. Sebaiknya semua para  pengusaha  perlu  menggunakan  peluang  ini  dengan  sebaik  mungkin. Jika dapat dilaksanakan dengan baik maka ianya akan dapat  mengurangkan  beban  pengusaha sektor pertanian termsik sektor tanaman  bagi  menampung  kos  keperluan  tanaman  yang  memerlukan  beribu-ribu  ringgit  seperti  baja  dan  racun  serangga.  Kerajaan  juga selama ini ada memberikan  baja  berkualiti  kepada  pengusaha  tanaman  dan  petani  secara  percuma terutama didalam sektor penanaman padi. Tanaman padi di Malaysia yang mempu menampung sehingga 70% kadar saraan sendiri (Self sufficiency level - SSL) terus menerima pelbagai insentif seperti insentif baja padi, insentif racun, insentif meratakan tanah sawah, insentif harga padi, insentif kualiti padi dan sebagainya.
Di Malaysia masih ramai kalangan dari rakyatnya yang masih bergantung hidup kepada sektor pertanian terutama kalangan pekebun kecil tanaman kelapa sawit, ggetah, pesawah padi, penanam buah-buahan, penanam sayuran, pemprosesan makanan dan banyak lagi. Apa pun memang bidang  pertanian  ini  juga sudah  mengambil  bahagian  dalam  sumber  pendapatan  hidup mereka terutama mereka yang tingga di kawasan Rancangan Tanah FELDA, FELCRA, Ladang GLC dan juga dikawasan kampong tradisional. Walau pun ada sebahagian kalangan pengusaha pertanian dimana jumlah pendapatan mereka ada yang kini  setanding  dengan jumlah  pendapatan  individu  yang  berkerjaya di dalam bidang lain (Perindustrian atau perkhidmatan) akan tetapi ianya ahak jarang di war-warkan. Dalam mengambil contoh dimana jika satu ruas  tebu  mungkin  mencecah  dua  ringgit dimana serumpun  tebu  terdapat  10  ruas maka sudah pasti  serumpun  itu  bernilai RM20.00.  Pengusaha  tebu  akan  mendapat  keuntungan  yang  lebih  semasa  bulan  Ramadhan  iaitu  bulan  puasa  kerana  permintaan  orang  ramai untuk jus air tebu meningkat masa ini Tebu  boleh  dijadikan  sebagai  sumber  minuman  yang  menarik  minat  masyarakat sama ada disediakan sebagai minuman segar atau di botolkan dan disejukbekukan.  Pendapatan  seorang  penanam dan penjual tebu  tentu  dapat  raih RM20,000 atau  lebih  dalam setiap musim penanaman. Jika umur tebu ini mengambil masa 3-6 bulan maka sudah tentu purata pendapatan bulanannya mencecah RM4,000 - RM5,000 sebulan. Jika dikira maka sewajarnya akan lebih ramai kalangan orang muda yang tertarik untuk ereka dapat menceburi bidang pertanian secara komersial. memang ada insentif kepada poplongan muda untuk menceburi bidang pertanian kerana memang ada disediakan latihan, kurusus dan khidmat nasihat teknikal penanaman tebu selain daripada insentif bantuan kewangan dan barangan input daripada pihak berwajib. Pendek kata industri pertanian di Malaysia memang amat baik untuk golongan muda berecimpong didalamnya.
Semenjak 2020 sehingga kini 2023 dimana kos bahan input pertanian terutama kos untuk membeli baja kimia dan racun kimia semakin meningkat seingga lebih 150% daripada harga sebelumnya. Peperangan Rusia-Ukraine dan bencana alam diseluruh dunia dilaporkan memyebabkan berlaku kenaikan kos bahan input dan kos bahan makanan diseluruh dunia. Pengusaha pertanian perlu terun mendapatkan teknologi terbaik yang sesuai dengan bajet dan menghasilkan produk makanan yang berkualiti serta sesuai dengan harga dipasaran untuk menjamin pendapatan seimbang. Ada juga syor untuk menggunakan baja  organik diaplikasikan dalam  menghasilkan  hasil  tanaman  yang  segar.  Dilaporkan dengan kombinasi penggunaan baja kimia dengan penggunaan  baja  organik ianya akan dapat  mengeluarkan  hasil  pertanian  yang  berkualiti  dan  segar dengan kos lebih rendah.  Meninjau dari aspek aktiviti penanaman  sayur-sayuran  yang  menjadi salah satu aktiviti penting penghasilan sayur dimana Malaysia mampu mengeluarkan sayuran untuk kegunaan sendiri dan juga untuk dieksport ke negara jiran. Kalangan pengguna tempatan masih memerlukan sayuran yang segar dan terjamin selamat yang ada dijual di pasar basah, asar tani, pasar malam, pasaraya dan kedai-kedai runcit setiap hari. Penanam sayuran di Malaysia hendaklah  menghasilkan sayuran segar yang berkualiti serta sebaiknya mendapat persijilan MyGAP atau pun persijilan MyOrganik daripada Jabatan Pertanian Malaysia.  Persijilan ini menjamin bahawa produk tersebut telah mengikut prosedur pel=rladangan baik untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Dala pada itu para petani yang berjaya mendapatkan GLOBALGAP sudah boleh memasarkan produk mereka ke pasaran antarabangsa terutama dikalangan negara-negara maju. Kini dikalangan masyarakat  Cina,  Jepun  dan  masyarakat  Asia  yang  lain mereka dipercayai  telah  membuat  baja  kompos  sejak  dahalu  lagi.  Baja  kompos  terhasil  apabila  bahan  organik  mereput  dan  terurai  kepada  bahan  yang  kaya  dengan  nutrien  yang  dipanggil  ‘humus’  melalui  haba  dan  respirasi  yang  dilakukan  oleh  organisma  tanah  seperti  bakteria,  cacing  dan  kulat.  Baja  kompos  mempunyai  peranan  yang  penting  bagi  tanah,  ia  berupaya  meningkatkan  dan  mempertahankan  kesuburan  sifat  kimia,  fizik  dan  biologi  dalam  tanah  tersebut.  Baja  kompos  juga  dapat  memperbaiki  struktur  dan  lapisan  tanah.  Walau  bagaimanapun,  hasil  dari  pemerhatian,  penggunaan  baja  kompos  dalam  bidang  pertanian  pada  masa  kini  masih  lagi  pada  tahap  skala  kecil.  Hal  ini  demikian  kerana  nutrien  yang  dibekalkan  baja  kompos  tidak  setanding  dengan  baja  kimia.  Maka,  baja  organik  harus  diguna  oleh  pengusaha-pengusaha  dalam  mengusahakan  tanaman  agar  hasilnya  bermutu  tinggi.
Kebanyakan kawasan tanah pertanian di Malaysia mempunyai kemudahan bagi mengadalah sistem pengairan yang lengkap. Tanah juga subur dan sesuai untuk bercucuk tanam dimana ia juga telah diperkuatkan lagi dengan sejarah penjajahan British di Tanah Melayu. Selain daripada menjadi tempat yang strategik dimana salah satu faktor yang menarik minat penjajah untuk menakluk Tanah Melayu ialah tanah yang subur dan kekayaan bahan mentah. Petempatan yang lengkap dengan pengairan juga kini terlibat dalam industri pertanian. Mengambil contoh dari Sungai Petani, Kedah dimana kalangan penduduk tempatan menggunakan kemudahan pengairan seperti tali air untuk penanaman padi. Dengan adanya kemudahan pengairan, sektor pertaniaan negara akan lebih stabil dan juga hasil pertanian dapat mencukupi keperluan rakyat. Kemudahan pengairan ini juga dapat menyumbang sedikit sebanyak peluang penduduk tempatan untuk menjana pendapatan dengan wujudnya sumber protein. Misalnya, penternakan ikan air tawar seperti ikan patin. Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah seratus lapan puluh ringgit sekilogram. Pengairan juga dapat mengatasi masalah kekurangan air hujan apatah lagi musim kemarau serta keadaan cuaca yang tidak menentu. Semua individu pasti tahu cuaca di Malaysia sememangnya cuaca panas dan hujan sahaja kerana faktor lokasi iaitu berdekatan dengan garisan Khatulistiwa. Terkini dengan kemudahan ini maka aktiviti penanaman dua jenis tanaman atau lebih dapat diusahakan serta tapak pertanian boleh diperluaskan. Ilmu itu penting untuk kemajuan dalam kehidupan bertamadun kerana ilmu itu umpama pelita yang menerangi kegelapan hidup kita. Ilmu perlu dituntut sebagai bekalan di hari muka. Ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian juga merupakan penyebab peningkatan dalam sektor pertanian.
Pada  masa  ini dilaporkan memang sudah  wujud  institusi  yang  mendedahkan  ilmu  penanaman  atau  pengusahaan  dalam  bidang  pertanian  kepada  anak  watan  pewaris  bangsa.  Hal  ini  demikian  kerana  remaja-remaja  dapat  mewarisi  sistem  pertanian  yang  berkualiti  untuk  masa  akan  datang.  Tamsilnya,  Institut  Pertanian  Sabah.  Matlamat  institusi  ini  ialah  untuk  memberi  latihan  pertanian  bagi  melahirkan  Juruteknik  Pertanian  supaya  dapat  memenuhi  keperluan  tenaga  pekerja  mahir  di  sektor  awam  dan  swasta.  Seterusnya,  mereka  juga  akan  memberi  latihan  kemahiran  dan  pengkhususan  kepada  pelajar  untuk  mewujudkan  bakal  usahawan  pertanian.  Institusi  pertanian  seperti  ini  bukan  sahaja  di  Sabah  dan  Sarawak  tetapi  terdapat  Institut  Pertanian  Tropika  iaitu  di  Universiti  Putra  Malaysia.  Latihan  pertanian  juga  diberi  kepada  masyarakat  melalui  kursus-kursus  yang  terbuka.  Jelaslah  bahawa  industri  pertanian  ini  dapat  ditingkatkan  mutunya  dan  menjadi  maju  dengan  usaha  semua  pihak.  Tidak  dapat  dinafikan  bahawa  Kementerian  Pertanian  dan  sektor  swasta  perlu  menjalankan  penyelidikan  dan  pembangunan  (R&D)  terhadap  sektor   pertanian  kita.  Jurusan  Pertanian  di  Pusat  Pengajian  Tinggi  (IPT)  dan  pakar  pertanian  perlu  berkomitmen  untuk  mengkaji  penggunaan  ilmu   sains  dan  teknologi  dalam  sektor  pertanian  dan  penternakan.  Mereka  hendak  memastikan  bahawa  industri  hilir  dalam  pertanian  dapat  dimajukan  untuk   meningkatkan  pendapatan  kaum  petani  seperti  lada  dapat  dijadikan  sos  cili,  ubat pelangsing  dan  ubat  kesakitan  sendi.  Sengkuang  telah  diproses  sebagai  bahan  kosmetik   dan  sebagainya.   Hal  ini  selaras  dengan  peribahasa  Melayu,  “di  mana  ada  kemahuan,  di  situ  ada  jalan.”  Pegawai  Kementerian  Pertanian  terutamanya  MARDI  (Institut Penyelidikan  dan  Kemajuan  Pertanian  Malaysia)  sewajarnya  menawarkan  bengkel  atau  kursus  untuk  memberikan   khidmat  nasihat    serta  membekalkan  baka  benih  yang  bermutu  kepada  petani  kita  untuk  menggunakan  bioteknologi  yang  canggih. Apa pun sebagai  menggulung  segala  yang  telah  diperkatakan  di  atas,  sektor  pertanian  mempunyai  asas  yang  kukuh  dan  potensi  yang  baik  serta  prospek  yang  cerah  untuk  dimajukan.  Kita  harus  menggunakan  segala  kepakaran  yang  ada  untuk  memajukan  bidang  ini  demi  kestabilan  ekonomi  negara.  Rakyat  Malaysia  pertu  berfikiran  terbuka  dan  positif  terhadap  potensi  sektor  ini.  Kita  juga  wajar  menjadikan  kejayaan  negara-negara  maju  khususnya  Jepun  yang  telah  berjaya  menguasai  sektor  perindustrian  tetapi  dalam  masa  yang  sama  terus  membangunkan  bidang  pertanian  untuk  kesejahteraan  hidup  rakyatnya  bak  kata  peribahasa  Melayu,  “yang  baik  jadikan  teladan,  yang  buruk  jadikan  sempadan”. Semug atulisan ini memberi satu karangan terbaik kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BANYAK FAKTA... SEMUA ADA DI JELASKAN...
KEPADA PELAJAR... HADAPI PEPERIKSAAN...
SILA DIBACA... DAN KEMUDIAN DI FAHAMKAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 RabiulAkhir 1445H).








No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.