Friday, November 26, 2021

BATANG PISANG - INFO KEGUNAANNYA (Part 2)

BATANG PISANG (Musa spp) merupakan diantara bahagian komponen pokok pisang yang selalu ditebang semasa menuai dan kemudian dibiarkan begitu sahaja di kebun. Penulis blog yang banyak membuat tinjauan dikebun pisang mendapati batang pisang yang mana mengandungi banyak air memang lambat proses mereput dan tidak boleh dibakar macam batang pokok kayu. Tidak seperti buah pisang dan daun pisang yang selalu diambil sebagai hasil dari pokok pisang, batang pisang sering dicincang dan dibiarkan dikebun. Buah pisang yang di tuai dengan tandannya akan di pilih apabila telah cukup matang untuk dimakan atau dijual. Biasanya daun pisang digunalan sebagai pembalut atau pelapik makanan yang menambah aroma keenakkan makanan tersebut. Makanan masi lemak diantara yang sering menggunakan daun pisang untuk menambah keenakannya. Makanan seperti ikan bakar memang lebih enak jika dibalut dengan daun pisang didalam foil aluminium. Beberapa jenis kuih tradisional juga dibalut dengan daun pisang seperti kuih koci, pais ikan, naga sari, pulut panggang, kuih talam dan sebagainya. Sebenarnya batang pisang banyak guna antaranya untuk dijadikan makanan ternakan, di buat kerepek, media untuk tanaman keliling rumah, bahan untuk mencuci pinggan mangkuk dan juga bahan sungkupan pelembab tanah. Kepada mereka yang tinggal dibandar atau dikampung yang berminat dengan aktiviti menanam sayur keliling rumah boleh menggunakan batang pisang sebagai media tanaman. Batang pisang yang lembab dan lambat mereput dimana ini membolehkan ia dibuat lubang dan ditanam dengan sayuran berbatang lembut seperti sawi, kailan, kangkung, bayam dan seumpamanya. Tanaman jenis berkayu tidak sesuai kerana tekstur batang pisang yang rapuh. Makanan ternakan dari batang pisang merupakan satu amalan dikalangan penternak ruminan dengan memotong kecil-kecil. Batang pisang ini didakwa apabila dimakan akan memperbaiki sistem pencernaan dan menurunkan haba badan haiwan ternakan. Ada kalangan penternak akan menambah dengan bahan lain yang berkhasiat kedalam makanan batang pisang ini. Artikel pada subuh ini dalam kedinginan pagi saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kegunaan dan khasiat batang pisang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Kegunaan batang pisang yang dilaporkan memberikan manfaat untuk kesihatan agak jarang dilaporkan. Bagaimana pun kini hasil berita viral dimana harga batang pisang telah meninggi dipasaran di negara jiran Indonesia apabila ia dilaporkan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Media Tempo.com menyatakan dimana batang pisang disebut di dunia kesihatan sebagai sumber antioksidan dan antidiabetik. Berikutan dari info tersebut dimana sudah ada usahawan mengumpul dan membeli batang pisang yang kemudiannya diproses menjadi produk kesihatan. Laporan itu mendakwa dimana batang pisang memang amat kaya serat (fiber) dimana ia didakwa mampu merawat masaalah batu ginjal. Dalam pada itu ada laporan dimana air pati dalam batang pisang menyerupai pati tepung sagu dan tepung tapioka dimana ini membolehkan kandungan zat yang cukup tinggi memungkinkan batang pisang dijadikan sebagai alternatif bahan makanan dengan diproses menjadi tepung yang kaya karbohidrat. Dalam kajian yang dilakukan oleh mahasiswa Universiti Muhammadiyah Surakarta yang berjudul “Mbogsang - Inovasi Mie Gedebog Pisang Kaya Serat dan Pencegah Batu dalam Ginjal” dimana batang pisang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan asas dalam pembuatan mee yang dinamakan sebagai 'Mibogsang'. Khasiatnya didalam membantuproses penyembuhan luka akibat luka terbakar dimana ekstrak batang pisang mengandungi tanin, saponin dan bahan flavonoid yang mempunyai peranan tersendiri dalam proses penyembuhan luka. Saponin memiliki aktiviti antiseptik yang membantu dalam proses penyembuhan luka. Flavonoid dari kumpulan bahan flavonol, flavon dan isoflavon didakwa memang mempunyai aktiviti antiinflamasi. Bahan Tanin pula merupakan zat polifenol dari golongan flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan kuat dan juga anti-inflamasi.  . Batang pisang boleh dijadikan sebagai adsorbent untuk menyerap logam manganese dalam air. Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan kadar kepekatan adsorbent pada nilai 0.5% pada waktu kontak rawatan selama 30, 60, 90 dan 120 minit secara berturut-turut mampu dalam menurunkan kadar logam manganese sekitar 2.1703; 2.5923; 3.1207 dan 3.5201 mg/L. Bagaimana pun kajian ini telah dijadikan bahan rujukan berguna dari batang pisang.


Dalam portal berita utusan.com.my melaporkan dimana 'Kertas dinding batang pisang jadi tarikan' dimana berita dari Johor Bahru ini menjadikan seorang usahawan produk eko-pertanian dari Kampung Sinaran Baru, Skudai, Johor Bahru telah berjaya menghasilkan inovasi kertas dinding daripada batang pisang. Dilaporkan apa yang lebih membanggakan dimana produk kertas dinding batang pisang ilham dan ciptaan pemilik Nature Renascent dikenali Asna Nabiha Aziz dimana dia telah berjaya menembusi pasaran di Amerika Syarikat (AS), Korea dan Jepun. Dia bersama pekerjanya melakukan sendiri proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) mencipta kertas dinding daripada batang pisang selepas mendapat inspirasi daripada lawatan eko pelancongan di sekitar negara ASEAN (Sila lihat foto disebelah). Dia mula menghasilkan kertas dinding daripada batang pisang menerusi R&D sendiri sebelum menemui kaedah terbaik bagi memastikan kertas dinding batang pisang ini bukan sahaja tahan lama malah berkualiti dan cantik. Selepas beberapa kali percubaan kini sudah berjaya menghasilkan kertas dinding batang pisang sejak malah sudah ditempah dan dibeli pelanggan dari AS, Korea dan Jepun. Aktiviti membuat dan menyiapkan tempahan pelanggan dijalankan selain bersedia untuk mereka memperkenalkan koleksi sulung kertas dinding batang pisang inovasi kami buat pertama kali kepada umum di Festival Kraf Johor. Asna menerusi Nature Renascent telah memulakan perniagaan menghasilkan produk eko-pertanian daripada bahan buangan dan sisa pertanian terbuang termasuk daun nanas, daun buluh dan terbaru batang pisang sejak 10 tahun lalu. Antara produk dikeluarkan termasuklah kertas nanas, benang dan fabrik daun nanas, kertas batang pisang, kotak tisu dan hantaran daripada batang pisang selain koleksi pelbagai jenis beg daripada fabrik nanas dan batang pisang dengan jenama Palmsy. Pproduk eko pertanian koleksi ‘Palmsy’ keluarannya berjaya memenangi Anugerah Produk Cemerlang di sebuah festival dan pameran produk peringkat antarabangsa di Korea Selatan. Dia bercadang untuk  memperluaskan pasaran produk eko-pertaniannya ke AS dengan bekerjasama dengan agensi pendanaan awam selepas menerima jemputan rakan sekutunya di sana, yang mahu memasarkan produknya secara komersial dan meluas.Dia juga akan membuka sebuah kilang tempahan khas di Johor Bahru bagi membolehkan pelanggan menempah produk eko pertanian yang dimahukan mereka bagi tujuan dipasarkan semula atau tempahan secara pukal daripada agensi atau orang ramai berminat.  Syarikatnya akan mengeluarkan pewarna semula jadi dihasilkan daripada bunga dan tumbuhan selain akan bekerjasama dengan seorang pereka fesyen terkenal di ibu negara bagi tujuan untuk menghasilkan koleksi pakaian daripada fabrik nanas.

Tanaman pisang merupakan tanaman buah tropika yang paling popular ditanam pada banyak negara. Pembaca blog mungkin apabila mendengar pokok pisang akan pasti yang ada terfikir makan bahagian buah pisang sahaja. Bagaimana pun sebenarnya selain buahnya, pisang sendiri memiliki beragam bahagian yang ternyata bermanfaat untuk kehidupan manusia. Antara bahagian tersebut adalah seperti daun pisang, jantung pisang dan juga batang pokok pisang. Artikel ini telah paparkan mengenai kehebatan batang pisang tetapi bab ini akan menjelaskan kehebatan batang pisang yang sangat rendah akan glikemik indeks untuk kesihatan. Didakwa dimana makanan ini baik untuk diambil bagi kumpulan mereka yang menderita diabetes karena tidak akan menyebabkan peningkatan atau lonjakan gula dalam darah yang tinggi. Ini kerana kandungan kalium (K) dan vitamin lainnya di dalam batang pisang didakwa mampu mengubati penyakit jangkitan saluran buah pinggang berikutan dakwaan ia mencegah gejalanya. Mungkin tidak ramai berani mencuba atau tertarik untuk membuat jus dari batang pisang. Sebaiknya pembaca jangan mengerutkan kening dahulu sebab jus dari batang pisang didakwa membantu membersihkan darah dalam badan. Didakwa diaman apabila mengambil jus batang pisang pada pagi hari didakwa keasidan dalam perung menurun. Dilaporkan selain jus ini mampu menurunkan tahap keasdian atau keasaman dalam perut ia juga amat baik untuk meningkatkan pergerakan usus. Batang pisang memang mempunyai kandungan serat tinggi dimana sesiapa yang meminum jus yang terbuat dari bahan ini bermanfaat untuk membuat perut selalu terasa kenyang dimana faktur ini yang baik menurunkan berat badan seseorang. Kepada sesiapa juga pembaca blog yang belum mencuba minuam ini boleh mencubanya. Artikel ini ditulis didalm dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anima gro technology kali ini. Wasallam!!!.
BATANG PISANG... DI BUANG SAHAJA...
KALAU DI PROSES... BANYAK GUNA...
MAKANAN ENAK... GULAI KAWAHNYA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU TAHUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Medan Indah ,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(14 Rabiulakhir 1443H).
Posted from:
Felda Chuping,
Chuping, Perlis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.