Sunday, May 12, 2019

VARIETI JAGUNG BIJIRIN DI MALAYSIA

PENANAMAN JAGUNG BIJIRIN atau GRAIN CORN (Zea mays) di Malaysia merupakan satu percubaan yang dilakukan semenjak 3 tahun lalu melibatkan beberapa Jabatan, Agensi dan pihak swasta. Usaha menanam jagung bijirin ini merupakan satu langkah untuk menghasilkan sendiri jagung bijian dalam negara untuk dijadikan makanan ternakan terutama ayam. Sejak dahulu lagi jagung bijian ini diimport dari beberapa negara seperti Argentina, Brazil, USA dan beberapa negara lain. Penulis blog membuat rujukkan dengan Jabatan Pertanian dimana direkodkan Malaysia telah mengimport jagung bijian daripada Argentina sebanyak RM1.637 billon, Brazil (RM1.171 billion), USA (RM0.061 billion), Paraguay (RM0.036 billion), Pakistan (RM0.039 billion) dan Perancis (RM0.037 billion) pada tahun tersebut. Kemudian penulis merujuk data pada tahun 2017 dimana dilaporkan sebanyak RM6.22 billion import bahan makanan ternakan dimana RM6.22 billion (4.06 juta metrik tan) dilaporkan sebanyak RM.62 billion (1.7 juta metrik tan) pula adalah terdiri daripada jagung bijian. Sama dengan tahun-tahun sebelumnya diman MAlaysia masih mengimport daripada negara Argentina, Brazil, USA, Paraqguay, Pakistan dan juga Perancis.Ini menjadikan berlaku ketidak seimbangan perdagangan di negara kita kerana ia juga akan menyebabkan pengaliran wang keluar dengan begiru banyak malahan terus meningkat saban tahun. Langkah kerajaan memperkenalkan program penanaman jagung bijian ini bertujuan untum mengurangkan kadar pengimportan bahan makanan ternakan seterusnya untuk kemajuan negara.  Perkara ini adalah respon pihak kerajaan apabila mendapati import bahan makanan ternakan sebenarnya merupakan tertinggi dengan imbangan dagangan makanan negara berjumlah RM18.1 billion pada 2015 dimana sebanyak RM5.6 billion atau 30% adalah import bahan makanan ternakan. Daripada sejumlah RM5.6 billion tersebut dilaporkan sebanyak RM3.1 billion (RM3,100,000,000) atau 3.2 juta metrik tanadalah jumlah import untuk jagung bijirin dan sebanyak RM2.2 billionadalah kacang soya. Ini menunjukkan dimana pengimportan makanan ternakan menyumbang sebanyak satu perempat (1/4) defisit imbangan dagangan makanan pertanian di Malaysia. Subuh ini selepas sahur dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi info mengenai beberapa varieti yang telah ditanam dalam industri pembangunan tanaman jagung bijian di Malaysia untuk anda semua.


Kajian mengenai potensi dan prestasi tanaman jagung biijirin di Malaysia telah dijalankan oleh beberapa pihak antaranya MARDI, Syarikat GWG, Usahawan Swasta, LPP/PPK Johor dan petani lain yang menanam jagung bijian dibawah bimbingan Jabatan Pertanian. Terdapat sekitar 10 - 12 varieti jagung bijian yang ditanam dalam masa percubaan ini yang dijalankan kajian dan pemerhatian oleh ramai pakar dan pembiakbaka tumbuhan untuk melihat akan prestasi dan potensinya. Varieti yang ada diusahakan adalah seperti Pioneer P4546, CP801, CP888, Dexal 798 (MOSANTO), EKS, PASIFIC 339, PHILIPINE, SYGENTA, GWG 333, GWG888, GWG5005 dan beberapa varieti lagi. Bagi MARDI dibuat 8 varieti kajian yang terdiri daripada  Pioneer P4546, CP801, CP888, Dexal 798 (MOSANTO), EKS, PASIFIC 339, PHILIPINE, SYGENTA dimana kajianii dijalankan di MARDI Seberang Perai, MARDI Bachok dan MARDI Serdang dimana data awal (belum publish) telah diperolehi. Data awal yang diperolehi daripada MARDI Bachok menunjukkan varieti Pioneer P4546 memberikan hasil potensi tertinggi iaitu 7,199 kg/ha diikuti dengan varieti Sygenta (6,898 kg/ha) dan Pasific 339 (6,777 kg/ha). Tiga varieti lain mencapai sekitar 5 mt sehektar iaitu CP801 (5,534 kg/ha), CP888 (5,868 kg/ha) dan juga Dexal 798 (5,531 kg/ha). Dua varieti yang hasil potensi rendah adalah Philipine (4,888 kg/ha) dan yang terendah adalah EKS (3,953 kg/ha). Kajian ini dijalankan didalam plot kecil dan kiraan berdasarkan kepada data calculation untuk potensi sehektar.


Bagaimana pun di MARDI Serdang (Zon Tengah) pula data yang dihasilkan berlainan temuannya. Di sini tidak ada varieti yang mempunyai hasil potensi melebiji 6,000 kg sehektar berlainan dengan dilokasi lain. Hanya tiga varieti yang dianalis ada potensi hasil melebihi 5,000 mt/ha iaitu varieti EKS sebanyak 5,488 kg/ha), Varieti CP802 (5,135 kg/ha) dan varieti Sygenta (5,364 kg sehektar). Varieti lain dilihat mempunyai potensi agak sederhana iaiitu varieti Pioneer (4,905 kg/ha), Varieti Pacific 339 (4,641 kg/ha),Varieti Dexal 798 (4,468 kg/ha), Varieti Philipine (4,021 kg/ha) dan, varieti CP801 (4,905 kg/ha). Purata penghasilan jagung bijian di zon tengah ini ini rendah disebabkan kemungkinan oleh banyak faktur seperti cuaca dan jenis tanah selain daripada kesesuaian lokasi. Bagaimana pun di zon utara amat membanggakan penyelidik dimana hasil potensi yang dicatitkan adalah puratanya agak tinggi. Data awal menunjukkan dimana di zon utara di MARDI Seberang Perai mereka mampu menghasilkan potensi melebihi 8,000  kg sehektar diantaranya varieti Pioneer (8,503 kg/ha), varieti CP801 (8,993 kg/ha), varieti EKS (8,790 kg/ha) dan varieti Sygenta (8,696 kg/ha). Tiga varieti lain menghasilkan hasil agak tinggi iaitu varieti Dexal (7,562 kg/ha), varieti  Pacific 339 (7,596 kg/ha) dan varieti Philipine (7,168 kg/ha). Kajiaan awal MARDI menunjukkan dua varieti yang terbaik adalah Varieti Pioneer P4546 dan juga Sygenta dimana mempamer hasil potensi tertinggi dimana hasil tertinggi dicatitakan di MARDI Seberang Perai (8,993 kg/ha) dan Hasil terendah dicatitkan di MARDI Serdang (4,021 kg/ha). Kajian juga menunjukkan hasil yang paling stabil tetapi bukan yang tertinggi adalah Varieti CP888 dimana prestasinya agak baik disemua lokasi. Terdapat interaksi nyata diantara lokasi dan varieti dan juga tanaman di tanah bris.

Dipihak Green Woorld Genetic (GWG) pula mereka membuat kajian dibanyak lokasi seperti di Rawang, Kedah serta beberapa negeri lain yang menggunakan benih mereka.bDalam lamanweb yang ada dinyatakan varieti GWG 111 antara yang ada ditanam diladang mereka dan ladang petani dimana didakwa varieti ini amat mudah tumbuh dan ia merupakan varieti jagung Flint. Dinyatakan dimana bijinya (kernel jagung) varieti ini adalah berwarna agak gelap (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penting syarikat mendakwa dimana hasil potensi varieti  ini mencecah sekitar 8 - 12 metrik tan sehektar (8,000 - 12,000 kg/ha) dimana ia sesuai dituai sekitar 100 hari selepas ditanam iaitu jika ditanam di kawasan tropika seperti di Malaysia dengan cara amalan agronomii terbaik. 


Bagi varieti jagung bijirin GWG333 pula ada ditanam di petak ujian dan juga petak petani. Syarikat mendakwa varieti jagung biririn ini adalah jenis jagung Flint dengan warna kernel oren gelap dan saiz biji berbentuk telinga besar (Sila lihat foto disebelah). Ia sesuai dituai dikawasan tropika dalam masa 100 hari selepas ditanam. Varieti ini mempunyai potensi hasil lebih dari 10 metrik tan sehektar (10,000 kg/ha) dimana ia didakwa mudah dicapai. Varieti inii didakwa antara varieti yang mudah menyesuaikan dengan keadaan (adapatability) dan juga kadar keseragaman yang terbaik.


Varieti lain dari GWG adalah GWG888 yang ada ditanam di petak kajian GWG dan juga peak penanaman petani dibeberapa negeri. Varieti ini menghasilkan biji kekuningan yang padat dan mempunyai hasil yang tinggi. Warna biji jagung bijirin ini adalah kernelnya berwarna oren (Sila lihat foto disebelah). Jenis iini boleh dituai kering pada umur 100 hari selepas tanam dikawasan tropika. Varieti ini juga didakwa mempunyai potensi hasil sebanyak 10 mt sehektar (10,000 kg/ha) daripada dakwaan syarikat. Ia didakwa juga sangat toleran kepada serangan penyakit karah daun (leaf blight).  Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
JAGUNG BIJIAN DITANAM...APA VARIETINYA...
SUDAH ADA KAJIAN...AWAL TEMUANNYA...
VARIETI CP888...TERBAIK KEPURUSANNYA...
HASIL TERTINGGI...PIONEER DAN SYGENTA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.