Wednesday, May 1, 2019

TERUNG DAYAK SISTEM FERTIGASI

TERUNG DAYAK DIBAWAH SPH?... Itu merupakan satu teknologi tanaman terung dayak yang selama ini hanya ditanam sebagai tanaman keliling rumah dan hanya segelintir sahaja menanam terung asam ini secara komersil. Hasil tinjauan penulis blog di TKPM Rampangi, Kuching, Sarawak didapati ada peserta yang menanam terung dayak secara ferrigasi dibawah Struktur Kalis Serangga (SKS) di projek ini dan dilaporkan sebagai amat berjaya. Memang tidak ramai yang pernah mencuba menanam terung kelas ke 3 ini dan diangkat sebagai terung kelas tersendiri apabia ianya ditanam dengan teknologi moden (fertigation system). Apa yang penulis blog periksa dimana Terung Dayak (Solanum lasiocarpun Duna) tidak diketahui asal usulnya tetapi terung ini hidup liar di Asia Tenggara, Papua New Guinea dan Amerika Selatan. Terung Dayak mempunyai buah yang sangat masam dan digunakan sebagai sayuran. Terung ini juga digunakan dalam masakkan kari dan di Thailand terung dayak dimasak sebagai "nam prek". Rujukan saya juga mendapati terung dayak di masak dengan nasi di Indonesia yang akan melembutkan nasi dan menambahkan perisa nasi tersebut. Rujukkan penulis blog daripada buku PROSEA : The Plant resources of Asean vegetables mendapati kandungan setiap 100 g terung dayak mempunyai nilai pemakanan air (89g), protin (1.4 g), lemak (1 g), Serat (1.5 g), Ca (13 mg) dan tenaga sebanyak 168 kJ. Buah ini juga mengandungi bahan kimia iaitu solanine iaitu alkoloid yang kurang beracun berfungsi seperti bahan saponin dalam darah. Kemasaman yang terdapat pada terung dayak menyebabkan kita tidak boleh makan mentah atau segar selepas dipetik. Artikel malam ini  dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai penanaman terung dayak yang ditanam didalam rumah kalis serangga dengan sistem fertigasi yang boleh dijadikan bahan rujukkan semua.

Terung Dayak adalah tumbuhan renek (shrubs) naik menegak dengan banyak cabang dan mempu capai ketinggian sehingga 1 meter. Batangnya berwarna hijau dan agak berbulu dan bertukar separa keras dengan warna hijau coklat. Daun berwarna hijau berbentuk ovate dengan ukuran 5 - 40 cm panjang x 3-40 cm lebar serta biasanya ada 4-6 penjuru tajam agak berbulu. Bunga nya mempunyai 5 kelopak berwarna putih dan bahagian tengah yang kekuningan. Buah terung dayak berbentuk bulat atau bulat leper, berwarnna hijau ketika muda bertukar kepada kuning oren kemerahan apabila cukup matang. Saiz sebiji terung antara 5-6 cm ukurlilit x 7-8 cm panjang. Satu tangkai mempunyai purata antara 1-2 biji buah. Buah yang terlalu masak jika tidak dipetik akan gugur. Penanaman pokok terung dayak didalam rumah SPH atau SKS dengan sistem fertigasi memerlukan amalan agronomi yang diubahsuai. Penggunaan media tanaman cocopeat didalam polibeg dipasang dengan sistem pembajaan fertigasi sama dengan amalan fertigasi lain. Setiap polibeg diisikan dengan satu benih tanaman dan dibiarkan membesar (Ada juga petani meletakkan dua pokok dalam satu polibeg). Pertumbuhan awal pokok terung dayak dengan cara fertigasi memang cepat membesar berbanding dengan kaedah konvensional.

Dalam sektor pertanian kini penggunaan teknologi pintar seperti Internet of Things (IoT) dalam aktiviti pertanian berupaya memajukan lagi sektor pertanian di Sarawak. Ini dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr. Sabariah Putit berkata Kerajaan Sarawak kini sedang giat membangunkan sektor pertanian berasaskan teknologi digital ketika melawat TKPM Rampangi yang ada menanam Melon, Terung Dayak dan juga Cili Geronong. Dakwanya dengan penggunaan teknologi ini ia akan memberi peluang dan platform kepada masyarakat terutama kumpulan petani untuk memajukan diri dan sektor pertanian negeri. Dalam pada itu beliau nyatakan dimana satu perlima daripada tanah di Sarawak adalah bermasalah tetapi masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan teknologi seperti di TKPM Rampangi yang tanahnya adalah jenis Tanah Masam Asid Sulfat. Apabila tanah yang tidak subur tidak lagi menjadi isu dalam sektor pertanian sebab itu kita dapat lihat di negara maju seperti Australia misalnya dimana mereka dapat menanam apa sahaja jenis tanaman dengan teknologi. Ini dinyatakan ketika lawatan dan demonstrasi IoT di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi. Selain demonstrasi penggunaan IoT dalam pertanian apa turut diadakan aktiviti pameran penanaman sayur-sayuran di bawah struktur perlindungan hujan, fertigasi, sistem proses produk berasaskan cili geronong dan terung dayak.

Dalam laporan lain seksyen penyelidikan mengkaji tanaman terung dayak atau terung asam ini telah dijalankan oleh Jabatan Pertanian Sarawak (ARC) dimana satu pusingan tanaman boleh memberikan purata pendapatan kasar sebanyak RM32,000 dengan pendapatan bersih sebanyak RM6,323 daripada sebanyak 16,000 kg hasil terung dayak dijual dengan harga RM2.00 sekilogram dalam keadaan penanaman konvensional. Kini dengan penanaman terung dayak didalam SKS dan cara penanaman fertigasi ia mampu memberikan pendapatan kasar dan bersih hampir 1.6 kali ganda. Ini kerana hasil terung dayak yang ditanam dengan kaedah ini mampu dijual dengan harga lebih baik iaitu sekitar RM6.00 - RM8.00 sekilogram. Ini kerana hasil terung dayak dari TKPM ini dibuat penggredan, pembungkusan dan juga perlabelan yang lebih menarik dan boleh diterima pengguna. Penelitian yang dijalankan dimana hasil dituai didalam SKS paling rendah adalah 16,000 kg semusim akan tetapi mampu mencecah 23,000 kg dengan harga jualan mampu mencecah kepada RM10,000 sepusingan (sehektar) atau pendapatan kasar menjadi RM160,000 jika semuanya berjalan baik. Apa yang unik kerana penanaman terung dayak sesuai dijalankan dua kali setahun bergantung kepada cara penggurusan. Kini Jabatan Pertanian Sarawak mempromosikan varieti 'TERUNG MAS' yang telah dikenalpasti sebagai varieti terbaik untuk dikomersilkan. Buah terung dayak selain daripada dimasak dan dijadikan sayuran sebenarnya boleh diproses menjadi lebih daripada 15 produk lain. ANtaranya seperti Jus, Jem, Kek, Halwa, Buah Terung Dayak Kering, Slices, Ais Kerim, Sambal Pedas dan juga Ais Lollies serta produk lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anima gro technology kali ini. Wasallam!!!..
TERUNG DAYAK... TERUNG ASAM SAMA...
DALAM STRUKTUR.. DITANAM CARANYA...
HASIL BERKUALITI... TINGKATKAN HARGA...
MEMBACA BLOG... KINI INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2402, Pullman Hotel,
Miri, Sarawak,
Malaysia.
(25 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.