Tuesday, May 21, 2019

MENANAM KACANG HIJAU - BAGAIMANA?

TANAMAN KACANG HIJAU (Vigna radiata) merupakan sejenis tanaman penting dari keluarga Fabaceae (dulu Leguminaceae) yang penting dibeberapa negara tetapi bukan di Malaysia. Dalam kehidupan harian kita di Malaysia memang keperluan kacang hijau tidak pernah lepas dari kehidupan kita seharian apalagi sejak kecil kita sering dihidangkan dengan makanan seperti bubur kacang, bubur duria, pelbagai jenis kuih yang dibuat dari kacang hijau dan tidak ketinggalan adalah makanan Sayur Taugeh. Di Sekolah rendah pula dahulu ada mata pelajaran biologi atau sains pertanian dimana anak murid diajar mencambahkan biji kacang hijau didalam kelas persekolahan. Kacang Hijau atau dipanggil Mung Bean' mempunyai banyak jenis dan varieti. Tanaman Kacang Hijau di Malaysia boleh dikatakan tidak ada dilakukan dan kacang hijau yang ada di negara kita kebanyakannya adalah diimport dari luar negara. Apa pun lawatan penulis blog di Pulau Jawa, Indonesia dan Ke Yangoon, Myanmar dapat peluang belajar bagaimana aktiviti menanam kacang hijau dilakukan disana. Mereka menanam kacang hijau sebagai tanaman selingan selepas menanam padi dikawasan sama sebagai pendapatan tambahan. Walau pun hasil penuaian kacang hijau di kedua-dua negara ini apa yang penulis blog lihat agakk tinggi akan tetapi harga ladang masih rendah berbanding dengan tanaman kekacang lain. Kelebihan penanaman kacang hijau di kawasan sawah adalah untuk mengurangkan serangan penyakit tanaman padi selain daripada meningkatkan kesuburan tanah akibat oengikatan baja unsur Nitrojen (N) didalam tanah oleh akar pokok kacang hijau (Nitrogen Fixation). Potensi menanam kacang hijau di Malaysia perlu digalakkan sama seperti juga aktiviti penanaman padi dengan menggunakan varieti sesuai dan amalan pakej amalan teknologi yang disesuaikan. Bagaimana pun dilaporkan kos pengeluaran satu tan kacang hijau dalam negara hampir dua kali ganda lebih tinggi daripada kos satu tan dengan kacang hijau import. Artikel subuuh ini bagaimana pun dedahkan dalam ''Anim Agro Tzechnology'' cara penanaman kacang hijau untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Menanam kacang hijau memerlukan ilmu pengetahuan asas selain daripada tanah kebun sesuai dan biji benih daripada varieti sesuai. Tanah gembur dan subur seperti tanah jenis liat dengan bahan organik yang banyak adalah sesuai untuk penanaman kacang hijau (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun paling penting adalah kawasan kebun mempunyai sistem saliran baik dan cukup bekalan air sepanjang musim. Ada juga kawasan tanah jenis gambut juga yangsesuai ditanam dengan kacang hijau akan tetapi perlukan kaedah pengurusan terutama pambejaan yang khusus bagi hasil optima. Kawasan tanah sebaiknya di bajak atau di rotor dengan baik dan dinaikan batas pada kawasan yang khusus (jika perlu). Tanah yang baik untuk penanaman kacang hijau adalah jenis tanah yang mengandung pH diantara pH5.,8 - pH7  bagaimana pun pailing optima adalah tanah dengan pH 6.7 dimana kerja-kerja pengapuran dilakukan semasa penyediaan tanah untuk dapatkan pH yang ideal. Pastikan kawasan tanaman mempunyai sistem pengairan baik walau pun tanaman ini tidak boleh hidup didalam keadaan air bertakung (water logging) dimana saliran amat perlu. Lazimnya petani didua negara tersebut akan menanam kacang hijau selapas musim padi iaitu pada musim kemarau kemarau yang merupakan musim yang paling sesuai untuk menanam tanaman kacang hijau.

Seperti tanaman bijian lain, kacang hijau boleh ditanam menggunakan biji benih (seeds). Pemilihan benih yang baik merupakan salah satu faktor penting untuk menentukan kualiti penghasilan kacang hijau (di Indonesia dipanggil sebagai kacang kedelai) itu sendiri. Selain mendapatkan kualiti hasil yang baik lazimnya pemilihan kualiti benih yang baik akan mempermudahkan petani mengendalikan tanaman kacang hijau tersebut. Kepelbagaian varieti benih kacang hijau cukup banyak dimana ada bberapa varieti popular terkenal di negara jiran Indonesia seperti varieti Merak, Nuri, Wallet, Gelatik dan lainnya. Biasanya amalan penanaman kacang hijau ini benihnya akan di ikonkulasi dahulu bertujuan bagi membolehkan biji benih tersebut dapat diadaptasi dengan dicampur benih dengan bahan Bakteria Rhizobium. Cara dengan mengaulkan biji benih dengan rhizobium agar apabila ditanam ia akan meningkatkan pengujudan bintil akar dimana ia akan membantu mengikat N dalam tanah yang menyuburkan tanah. Tanah yang sudah disediakan dibuat lubang penanaman dengan jarak 40 cm x 20 cm untuk varieti kacang hijau bercabang dan jarak 30 cm x 10 cm untuk varieti kacang hijau tidak bercabang. Lazimnya setiap lubang penanaman dimasukkan 3-4 butir bijii benih (Sila lihat foto disebelah). Amalan petani biasanya akan membubuh pada setiap lubang tersebut dengan sedikit baja organik dan juga baja urea. Kemudian kubang tanaman akan ditutup dengan tanahbertujuan agar ia tidak rosak diserang perosak dan penyakit semasa peringkat awal penanaman.

Program pembajaan tanaman kacang hijau perlu dilakukan mengikut jadual agar kadar pertumbuhan berjalan dengan baik. Selepas 2 minggu menanam perlu ditambah baja organik atau ada yang melakukannya setiap minggu. Perlu di ketahui bahawa pembajaan semasa pokok kacang hijau berbunga adalah berbeza dari peringkat vegetatif. Lazimnya ia dilakukan menggunakan kaedah sempuran dengan urea atau baja foliar bagi menggalakan pembentukkan isi buah didalam lengai yang penoh. Kegagalan dalam cara semburan kepada setiap pokok peringkat ini membolehkan pengisian biji kacang setiap lengai penghasilannya baik. Sepanjang penanaman penting dijaga cara pengairan diana ia perlu dilakukan jika tidak terjadi hujan selama seminggu. Ia adalah bertujuan agar tanaman kacang hijau tidak mengalami kekeringan dan menghindari kacang hijau tidak berkualiti.  Sebaiknya jika seminggu tidak hujan maka sebaiknya tidak melakukan pengairan pada kacang hijau untuk menghindari kelebihan air. Pengairan boleh dilakukan semasa peringkat pertumbuhan biji atau semasat kacang hijau sudah mulai bercambah. Kerja membuang rumpai sangat penting didalam menanam kacang tanah kerana tumbuhan ini kalah dengan sebarang jenis rumpai dikebun. Buang rumpai kerana ia akan bersaing makanan, air, ruang dan paling tidak diingini adalah ia merupakan perimah kepada perosak kacang hijau. Kerja-kerja mengawl rumpai sebaiknya dilakuan semasa  tanah mengering dan tidak menampakkan bunganya. Kerja ini sesuai dilakukan 2 -  3 kali sebelum tanaman kacang hijau berbunga.

Tanaman kacang hijau sama dengan tanaman dari keluarga Fabaceae yang lain terdedah kepada serangan perosak dan penyakit. Amalan kawalan perlu dilakukan sepanjang masa penanaman dengan mencegah kehadiran serangga perosakdan patogen penyebab penyakit. Sebaik sahaja memasukkan iji dalam lubang penanaman lazimnya dibubuuh racun Azordin atau Agrothion (di Indonesia) iaitu untuk membasmi Lalat Kacang (Ophiomya phaseoli). Lalat Kacang hidup pada pelbagai jenis kekacang seperti Kacang Hijau, Kacang Soya dan sebagainya yang bertelur dalam 4-8 kelompok atau sebanyak 200 biji telur (Sila lihat foto disebelah). Telur menetas dalam masa 3 hari dan larvanya akan menjadikan daun dan lengaii dijadikan makanan selama 20 hari yang merosakkan kualiti. Bagi elakkan serangan bintik daun akibat serangan kulat disembur racun kulat seperti Benlate atau serupa dengannya mengikut jadual semburan yang betul. Tanaman kacang hijau boleh dituai selapas 75 - 100 hari selepas ditanam (3 bulan lamanya) saa dengan jangkamasa tanaman padi biasa. Bagaimana pun bagi mendapatkan kualiti biji kacang hijau yang baik maka penuaian dijalankan lebih lama lagi sekitar 100 - 110 hari dimana pokok agak kering. Tanda tanaman kacang hijau boleh dituai apabila dilihat daunnya sudah mulai mengkuning, Buah Lengai  Kacang berwarna gelap atau menghitam dan buah lengai ini sudah kelihatan retak -retak atau botak (tiada bulu lagi). Penuaian dilakukan dengan cara manual atau menggunakan alat jentera sesuai. Lengai ini akan dikumpulkan dan dibawa kepusat peleraian bijinya dengan kulit dan hasil kacang hijau ini akan dikeringkan, digredkan dan dibungkus sebelum penyimpanan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM KACANG HIJAU... BAGAIMANA...
TANAH DISEDIAKAN... PERLU DIBAJA...
LEPAS 100 HARI... MENUAILAH KITA...
PELBAGAI GUNA... BANYAK KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preciint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.