Tuesday, May 28, 2019

KELAPA SAWIT DAN TEKNOLOGI DRONE

KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) adalah tanaman utama di Malaysia pada masakini dimana ramai saintis ingin menggunakan Teknologi Drone sebagai langkah bijak. Teknologi Drone yang merupakan teknologi canggih membolehkan UAV ini diterbangkan untuk pelbagai tujuan terutama didalam membantu survei dari udara dan potensi melakukan kerja-kerja pengurusan ladang dimasa depan.  Kelapa sawit terdiri daripada famili Arecaceae (Dulu famili Palmae) yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit adalah berasal dari Afrika (Elaeis guineensis) adalah jenis yang berasal dari Afrika Barat di antara Angola dan Gambia. Sementara itu Kelapa Sawit Amerika (Elaeis oleifera) pula adalah berasal dari Amerika Tengah atau pun Amerika Selatan. Terdapat seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2012 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975. Pada masa ini Negeri Sabah merupakan kawasan utama tanaman sawit di Malaysia (1.362 juta ha atau 29.7%) diikuti dengan Sarawak (0.840 juta hektar atau 16.6% ) dan Johor (0.712 juta hektar atau 15.32%). Negeri paling kecil mempunyai tanaman kelapa sawit adalah di Pulau Pinang iaitu cuma 14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan tersebut seluas 2.807 juta hektar kelapa sawit ditanam oleh pihak estet swasta (59.8%) sementara 20.2% dimajukan oleh Skim Kerajaan (FELDA - 675,167 ha, RISDA- 80,262 dan FELCRA- 160,832) , 321,947 hektar (7,1%) oleh Skim Kerajaan Negeri dan bakinya seluas 540,194 hektar (12.98%) oleh pekebun kecil. Nilai buah segar industri kelapa sawit Malaysia sekitar RM 4.6 billion dengan nilai pasaran produk berasaskan ekspot sebanyak RM 36.110 billion. Terdapat seramai 451,000 orang yang terlibat dengan industri kelapa sawit dengan sebanyak 1,264 buah perladangan (estet). Statistik menunjukkan pada masa ini ujud sebanyak 444 buah kilang memproses buah kelapa sawit dan beratus-ratus kilang atau syarikan yang memproses hasilan daripada industri kelapa sawit di Malaysia. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  mengenai teknologi penggunaan drone dalam pengurusan untuk tanaman kelapa sawit dan teknologi lain yang berkaitan dengannya.

Dalam ladang kelapa sawit bolehkan menggunakan teknologi potong kelapa sawit guna dron laser?. Ini yang dicuna oleh Pembantu Penyelidik Kambyan Network, J Kiirthan dimana dia sedang melakukan pemeriksaan sebelum menunjukkan demonstrasi pemotongan kelapa sawit menggunakan dron Airborne Laser Cutter ALC MK1 (Sila lihat foto disebelah). Ia dilakukan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ’19) edisi ke-15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Kedah. Pada masa ini penggunaan dron sahaja menjadi keperluan dalam sektor pertahanan dan keselamatan, namun fungsinya mampu melangkau sehingga ke aspek pengkomersialan.  Terkini, inovatif dron akan membantu pula bidang pertanian khususnya perusahaan komoditi kelapa sawit dalam meningkatkan hasil pengeluaran membabitkan teknologi robotik. Inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan oleh konsortium teknologi Kambyan Network Sdn. Bhd. yang menggunakan teknik laser itu, bakal menjadi kenyataan apabila projek perintis pemotongan buah kelapa sawit akan dilaksanakan di sebuah ladang seluas 323.7 hektar di Tanjung Malim, Perak. Dron Airborne Laser Cutter ALC MK1 yang dibangunkan syarikat itu penuh dengan ciri-ciri unik termasuk keupayaan mengenal pasti buah yang sudah boleh dipetik. Pengarah Eksekutif Kumpulan Kambyan Network dakwa pemotongan buah kelapa sawit dengan menggunakan dron itu secara tidak langsung mampu mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga buruh asing. Sebenarnya pertanian digital ini merangkumi semua jenis pertanian, tetapi kami mahu memberi tumpuan kepada ladang kelapa sawit dahulu kerana impaknya yang tinggi dan besar kepada negara. Mereka (pengusaha) ada masalah kekurangan tenaga kerja, masalah tidak boleh mengumpul hasil kelapa sawit dalam masa yang pendek dan mutu yang tidak begitu jitu. Jadi, penggunaan dron ini diharap mampu mengurangkan kekangan itu. Sehingga kini sebanyak 50 unit dron akan dihasilkan dalam tempoh dua tahun yang mampu menampung kerja-kerja pemotongan di ladang kelapa sawit berkeluasan 2,000 hektar.  

Khidmat teknologi dron amat praktikan didalam membuat survei aset kelapa sawit. Perkembangan estet kelapa sawit dari awal penanamannya hingga sekarang memang boleh dikatakan cukup signifikan. Sebagai negara pengeluar kelapa sawit besar di dunia Malaysia memiliki banyak ladang kelapa sawit dengan penghasilannya menjadi komoditi eksport negara yang amat besar mencecah billion ringgit setiap tahun. Pembukaan kawasan baru dan penanamaman semula ladang sawit berlaku setiap tahun dimana ia memerlukan teknologi lebih canggih dimasa hadapan untuk melakukan pengutipan data. Pemilik estet kelapa sawit perlu teliti dengan apa yang berlaku agar ianya tidak merugikan pemilik estet. Teknologi drone kini amat selesa dan cekap didalam melakukan kerja-kerja survei diestet dengan cepat, tepat dan data yang sangat signidfikan untuk digunakan (Sila lihat foto disebelah). Survei aset merupakan kegiatan yang perlu dilakukan secara rutin oleh estet kelapa sawit dimana ini membolehkan perubahan aset tanaman setiap tahun seperti menilai kelapa sawit dapat dilihat dari seberapa banyak jumlah pokok tanaman tersebut. Penggunaan teknologi pemetaan dengan menggunakan dron kini dikira memang mempunyai beberapa kelebihan, salah satunya adalah ketepatan didalam mengira tanaman dan aset yang ada. Jika dibandingkan dengan kaedah konvesional menggunakan pekerja ladang untuk mengira pokok mungkin untuk kawasan luas lebih 5,000 ekar mengambil masa lebih sebulan. Teknologi drone hanya mengambil masa kurang 3 hari untuk menerbangkan dron bagi megutip data dan foto udara dan kurang dari 5 hari untuk menganalsia data dalam sistem dengan lebih tepat. Dalam survei aset ini akan mendapat maklumat lengkap seperti susunan pokok, peta blok tanaman, peta kontour, peta sesusu, peta guna tanah, bilangan pokok yang hidup atau sudah diserang penyakit dan juga aspek kesuburan pokok bagi pengesyoran pembajaan mengikut pengkhususan pokok yang rosak.

Ada potensi memotong buah kelapa sawit menggunakan dron. Itu laporan artikel bertajuk ''Pertanian digital guna drone potong buah kelapa sawit'' yang dianggap perkara dan inovasi baru. Jika selama ini drone hanya digunakan untuk mengambil gambar dan rakaman viceo tetapi kini penggunaan drone boleh dimanfaatkan dalam pertanian digital bagi pemotongan buah kelapa sawit. Kini sebuah syarikat tempatan telah berjaya mencetuskan idea inovatif yang menyaksikan gadget itu digunakan untuk tujuan pertanian. Drone yang dihasilkan oleh syarikat itu direka bentuk untuk mentransformasi dan memodenkan industri kelapa sawit atau lebih tepat lagi pertanian digital. Yuvarajoo berkata bahawa syarikatnya mendapati bahawa sebilangan besar penduduk tempatan terutama belia tidak suka bekerja dalam sektor pertanian dan sebab itulah syarikat berkenaan berjaya mengubah fungsi drone dalam usaha untuk menambah nilai dalam sektor berkenaan. Mereka mendapati bahawa mereka yang bekerja dalam industri minyak sawit menerima gaji yang rendah walaupun melakukan kerja dengan keras walaupun kerja itu berbahaya. Ini mendorong kami untuk mencetuskan idea bagi memodenkan sektor tersebut kerana kami percaya ini akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi dan membolehkan pekerja mendapat gaji yang lebih baik. Bagaimana drone itu berfungsi dijelaskan terdapat pelbagai drone mempunyai fungsi masing-masing itiu drone sensor, drone penuaian, drone pemetik dan drone pengangkut yang akan digunakan di kawasan perladangan. Drone sensor akan mengumpulkan data mengenai kawasan perladangan, drone penuaian akan memotong buah sawit, drone pemetik akan mengumpulkan data dan drone pengangkut berupaya memindahkan sehingga 250 kg buah sawit ke kilang. Apa yang lebih menarik dimana para petani dapat menilai proses tersebut melalui aplikasi dikenali “Manusia”, singkatan bagi “Man using intelligence application”, yang dibangunkan oleh syarikat tersebut. Melalui aplikasi itu didakwa para petani dapat melihat proses yang dirakamkan oleh drone termasuk melihat rakaman dari atas pokok. Petani boleh menentukan keadaan kesihatan pokok dan sama ada buah sawit telah masak atau sebaliknya. Aktiviti memperluaskan penggunaan drone meliputi sektor lain seperti minyak dan gas, aeroangkasa dan pembuatan. 

Bolehkan minyak kelapa sawit ganti minyak hitam kereta?Jika anda masih ragu-ragu didakwa seorang lelaki juga dipercayai dari negeri ini telah berjaya membuktikannya. Malah dia dikatakan telah lama menggunakan minyak masak kelapa sawit itu bagi menggantikan minyak hitam kenderaan tanpa sebarang masalah. Namun sebelum ini pun sudah ramai golongan ‘berani’ menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit itu sebagai alternatif kepada minyak hitam yang harganya mencecah ratusan ringgit. Dalam satu klip video pendek berdurasi seminit 30 saat itu yang tular di laman-laman sosial, dia kelihatan sedang mengisi satu jenama minyak masak ke dalam enjin kereta miliknya. Melalui perbualan dengan seorang lagi lelaki, dia menyatakan telah menggunakan keretanya itu untuk berulang-alik antara Alor Setar ke Baling serta ke lokasi lain. “Lama dah pakai (guna) tak pernah ada masalah... Daripada ampa (kamu) dok pakai minyak yang beratus-beratus (ringgit) tu buat apa. Pada akhir video tersebut, lelaki tersebut turut menghidupkan enjin keretanya tanpa sebarang masalah, sekali gus menyarankan rakannya itu agar turut cuba menggunakan minyak kelapa sawit sebagai pengganti minyak untuk kenderaan.  Sementara itu menerusi laman web kereta.info, seorang bekas jurutera sebuah syarikat di Jepun, Hisyam Abdullah berkata, minyak masak merupakan minyak paling sintetik tetapi tidak ramai yang mengetahuinya. Dia menggunakan minyak masak sebagai pelincir untuk enjin kereta Proton Iswara dimana selepas lebih setahun menggunakannya dia mendapati tiada kesan negatif atau kerosakan berlaku pada kereta. Mungkin sekarang sudah tiba masanya kajian lanjut terhadap minyak kelapa sawit untuk digunakan pada kenderaan dilakukan sebagai langkah alternatif dalam usaha menggantikan pelincir yang mahal dan tidak mesra alam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!..
TEKNOLOGI DRON... SUDAH DICUBA...
PELBAGAI USAHA.... PELBAGAI CARA...
LADANG SAWIT... LUAS KAWASANNYA...
RAMAI MENUNGGU... PENGGUNAANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka, Malaysia.
(18 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.