Sunday, May 26, 2019

AIR MATA KUCING - ENAK DAN BERKHASIAT

MINUMAN AIR MATA KUCING merupakan sejenis minuman yang memang popular di Malaysia sejak zaman dahulu lagi. Terdapat berbagai resepi minuman air mata kucing ini daripada resepi yang dipopularkan oleh kaum Cina dengan jualan ditepi dikereta tolak tepi jalan sehingga kepada resepi moden dengan dihidangkan direstoren berbintang, hotel-hotel dan juga pasaraya. Penulis blog memang amat suka minuman air mata kucing tradisional dan sering membuatnya sendiri dirumah setelah membeli bahan-bahan membuatnya daripada kedai singseh atau kedai ubat tradisional Cina. Biasanya ada dua jenis buah mata kucing kecing yang dijual iaitu Mata Kucing Kering berwarna Kuning dan juga Mata Kucing Kering Berwarna Hitam. Satu paket dijual dengan harga RM3.00 - RM5.00 bergantung kepada kualiti dan jenuanya. Memang mudah untuk mendapatkannya di kedai ubat diseluruh negara. Buah mata kucing kering ini juga sebenarnya adalah isi Buah Longan (Dimocarpus longan) yang matang dan isinya dikeluarkan dan dikeringkan. Dari sudut lain penulis blog dapati minuman ini digemari oleh semua kaum di Malaysia kerna keenakannya dan khasiatnya dimana memang sebagai sebuah negara yang memiliki budaya pemakanan yang harmoni dan pelbagai maka menu kegemaran rakyat Malaysia kini sudah terkenal di serata dunia. Apabila kita memiliki pelbagai jenis ragam dan budaya maka ia sinonim juga dengan warna-warni makanan. Ini meletakkan negara kita sebagai syurga makanan. Sebagai contoh dari ikon sarapan Asia seperti Nasi Lemak yang pernah tersenarai sebagai ‘Sarapan Berkhasiat’ oleh majalah TIME hingga ke segelas air mata kucing yang sejuk dan ‘kaw’. Dalam senarai makanan ikon tidak keetinggalan adalah Minuman Air Mata Kucing dimana ia kini tersenarai sebagai 50 minuman terlazat di dunia. Air mata kucing mana ia lazimnya anda akan jumpa di pasar malam kini telah dijadikan minuman bertaraf popular. Segelas air mata kucing hanya serendah RM1.20 di sesetangah tempat dengan ada mempunyai rasa yang manis dan sekali sekala akan dirasai sedikit hangit itu pasti dapat menghilangkan dahaga. Bagi setiap gelas atau cawan plastik yang anda beli pasti akan disertakan dengan 2 atau 3 ketul buah longan (Sila lihat foto diatas). Terkini oleh kerana kelazatan minuman rakyat ini sejak dari dulu lagi portal berita antarabangsa CNN Travel telah menyenaraikan air mata kucing Malaysia sebagai antara 50 jenis minuman yang terlazat di dunia. Artikel petang Sabtu ini setelah berehat menonton filem Hindustan di TV3 cerita oleh Shah Rukh Khan saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai minuman air mata kucing yang enak, berkhasiat dan mudah disediakan untuk bacaan dan rujukkan anda semua.


Dalam artikel CNN Travel mereka telah antara lain menyebut ”Minuman rakyat dengan formula unggul dan sangat lazat” telah menjadikan air mata kucing sebagai salah satu minuman tempatan pilihan rakyat dan sangat murah di Malaysia. Dalam artikel CNN travel itu juga turut menyenaraikan Cendol Indonesia dan Teh Ais Thailand sebagai minuman tempatan terlazat di dunia.
Minuman ringkas yang anda boleh buat sendiri di rumah. Biasanya air berwarna coklat pekat tetapi jernih itu dihasilkan dengan buah longan kering, buah lo han dan gula batu. Bahan-bahan bagi menghasilkan air mata kucing ini sangat mudah untuk diperolehi. Dari segi sejarah dilaporkan dimana minuman yang mula dipopularkan oleh masyarakat Cina itu sebenarnya tidak sukar dibuat sendiri di rumah. Hanya dengan mereneh campuran bahan-bahan seperti buah longan kering, buah lohan dan gula batu mengikut selera dan air selama hampir sejam. Jadi bagi anda yang ingin mencuba buat sendiri air mata kucing seperti di pasar malam kami sediakan resepi air mata kucing sedap untuk anda. Penulis blog sentisa ada stok untuk minuman ini dirumah kerana ia mudah disediakan dan menyegarkan. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah buah longan kering secukupnya, 1 buku gula Melaka, 2 buku gula batu, Gula mengikut tahap kemanisan, Air secukupnya dan juga daun pandan di simpul untuk tambah aromanya. Cara Penyediaannya dengan membasuh dahulu buah longan kering hingga bersih dan kemudian ia dimasukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana.  Masukkan pula gula Melaka dan gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat. Kemudian dimasukkan dengan bahan perasa gula dan ia sudah siap untuk dihidangkan dalam kurang 15 minit sahaja. Sesuai diminum panaa (kegemaran penulis blog) atau diminum sejuk dengan air batu (Kegemaran ahli keluarga lain).



Pada saya minuman air mata kucing ini masih banyak orang yang belum cuba taau tidak mengetahuinya. Mungkin dikalangan orang Islam apabila minuman ini dijual dan disediakan orang bukan Islam maka ia tidak mahu meminumnya. Ternyata minuman air mata kucing adalah sejenis minuman enak dan berkhasiat yang diberikan oleh orang Malaysia dimana di Indonesia mungkin dipanggil Air Minuman Buah Kelengkeng (Buah Longan). Di China buah ini juga dipanggil sebagai Long Yan Rou yang bermakna ''mata naga yang tajam''. Buah longan merupakan tanaman yang natif dari Asia Tengara. Minuman air mata kucing yang komersil dan lebih berkhasiat ini terdari dari buah longan kering yang dicampur dengan buah lo han kuo, buah kundur, gula, dan air. Lo han kuo berasal dari Cina dan juga Lo Han Kuo. Tanaman Lo Han Kuo merupakan jenis tanaman dari jenis yang menjalar atau merambat. Buah kundur pula adalah buah yang sering ditanam dinegara kita dan biasanya juga digunakan untuk bahan masakan sayuran air. Air mata kucing ini mudah dijumpai di Malaysia, Singapura, Filipina dan ada juga di Thailand serta Indonesia dimana ada masyarakat kaum Cina ramai. Bagaimana pun kekesemua negara ia mempunyai resepi dan khasiat serta rasa yang hampir sama. Cuma yang berbeza adalah harga minuman tersebut mengukut harga pasaran tempatan. 


Minuman air mata kucing ini mempunyai banyak khasiat seperti didakwa ia boleh menurunkan panas dalam badan, mampu untuk mengurangkan kes batuk dan dapat mengeluarkan kahak serta mengembalikan tenaga peminumnya. Di negara Cina itu sendiri minuman ini banyak di minum untuk dijadikan ubatan tradisional. Airnya yang coklat panas dengan ada isinya dan aroma khusus juga membolehkan seseorang itu juga boleh cepat sembuh dari demam panas (Sila lihat foto disebelah). Air mata kucing juga memiliki manfaat sebagai antioksidan serta antivirus sehingga dapat dimanfaatkan untuk merawat diabetes, kanser dan juga penyakit kardiovaskular lainnya. Buah longan kering ini  juga dikenal sebagai salah satu penghasil tenaga cekap dan bole meningkatkan stamina sebab ia kaya dengan protein, glukosa, lemak dan asid tartaric. Pada kita membuat sendiri jika ada bahan dan masa mat mudah dilakukan akan tetapi kalau tidak mahu buat boleh mendapatkanna=ya dibeberala lokasi strategik dikawasan bandar. Kalau di Melaka di sepanjang Jalan Bendahara memang ada benyak gerai yang menjual air mata kucing. Malahan di hadapan Ibupejabat JKR Melaka di Jalan Taming Sari da sebuah restoran dinamakan Restoren Mata Kucing yang popular dahulu. Air mata kucing yang ada di pasar malam akan berwarna coklat pekat atau kehitaman. Ini adalah kerana ia diperbuat daripada buah longan yang dah dikeringkan.


Khasiat Air Mata Kucing memang sudah turun temurun di percayai mampu menyembuhkan beberapa masaalah kesihatan di negara China. Di negara kita Malaysia kini disebut air mata kucing yang dibuat dari isi buah longan kering menjadi ikon yang mempunyai banyak khasiat yang bisa menyembuhkan beberapa penyakit. Buah longan atau di negara kita menyebutnya sebagai buah mata kucing (memang berlainan dengan buah mata kucing tempatan - Sila klik disini dan Sila klik disini). Pokok Mata Kucing Tempatan (Dimocarpus longan) adalah dari jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan batang mampu mencapai ketinggian 20-30 meter. Batangnya berwarna coklat dan berkayu keras dan boleh dijadikan kayu balak apabila berumur lebih 50 tahun. Daunya berwarna hijau gelap berukuran 18-25 cm panjang dengan susunan bersilang. Bunga mata kucing seperti juga pokok longan terbit di bahagian hujung dahan dengan jambak yang banyak berwarna kuning kecoklatan. Terdapat Bunga Jantan, Bunga Betina dan Bunga Hermaprodit pada pokok mata kucing. Lazimnya hanya bunga hermaprodite sahaja yang akan membentuk buah. Pendebungaan dijalankan oleh serangga seperti semut, lalat dan juga angin. Buah Mata Kucing bersaiz kecil dengan warna kulit coklat dan kadang-kadang ada bintik-bintik kekuningan cerah. Jika di kupas kulitnya sebahagian akan kelihatan biji yang besar didalamnya seperti 'MATA KUCING' dengan lapisan isi yang jernih dan manis. Saiz buah 1.5-2 cm ukurlilit dengan bentuk bulat atau sedikit bujur bergantung kepada spesis. Akar pokok adalah akar tunjang yang sangat kuat. Berbeza sedikit dengan dari China ia dipanggil long yan rou yang berarti mata naga yang tajam. 


Khasiat Air Mata Kucing ini adalah jenis minuman ini mempunyai khasiat yang boleh menurunkan panas dalam badan, mengurangkan batuk dan dapat ianya mengeluarkan kahak serta mampu untuk mengembalikan lagi tenaga. Bila diminum setiap hari maka khasiat dari air mata kucing ini akan semakin boleh kita rasakan. Di China sendiri air buah ini banyak sekali diambil untuk dijadikan ubat tradisional. Semakin pesatnya perkembangan teknologi makanan dan perubatan maka sekarang ini buah ini banyak dibuat di dalam bentuk sirap serta banyak dieksport ke Eropah. Apa yang penting dimana biji mata kucing ini memiliki kandungan phenolic seperti unsur Corilagin. Dilaporkan dimana Asid Gallic dan Asid ellagic berguna sebagai antioksidan. Daun dari pokok mata kucing ini kaya akan kandungan quercetin dan quercitrin yang mempunyai sifat antioksidan dan sebagai antivirus. Ia didakwa mampu merawat kes diabetes, kanser, serta penyakit kardiovaskular lainnya. Bijinya juga kaya dengan bahan tannin, saponin dan lemak dimana ia juga banyak digunakan untuk membuat shampoo serta untuk mengatasi kes berpeluh yang berlebihan. Biji mata kucing ini juga banyak dipakai guna menghentikan pendarahan. Dalam pada itu secara tradisional isi daging buahnya banyak juga digunakan sebagai ubat sakit perut, menyembuhkan demam, menawarkan racun serta mampu untuk pembunuh cacing di perut. Air rebusan dari isi buah mata kucing yang dikeringkan bisa digunakan sebagai penyegar dan juga obat untuk masaalah lelah yang kronik, insomnia, lemah dan nafsu makan yang menurun. Buah longan dikenal juga sebagai salah satu penghasil tenaga yang baik serta ia mampu untuk meningkatkan stamina sebab kaya akan kandungan protein, glukosa, lemak, serta asid tartaric. Maka dari itu buah mata kucing ini juga baik untuk dimakan oleh ibu-ibu hamil yang lemah ataupun pasca melahirkan akan tetapi jangan sampai ambil yang berlebihan. Khasiat air mata kucing lainnya yang boleh diambil seharian bagi mencegah anemia, rambut yang cepat beruban serta didakwa mampu untuk menyembuhkan penyakit lainnya. Semuga artikal ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AIR MATA KUCING... POPULAR DIMALAYSIA...
BUAH LONGAN KERING... ITU BAHAN UTAMA...
MUDAH DISEDIAKAN... BERKHASIAT DIANYA...
BACA ARTIKEL... INGIN MEMINUMNYA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bkt Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(21 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.