'NANGCHEM' adalah ringkasan nama bagi buah 'Nangka Chempedak' yang masih kurang di kenali atau masih belum dikomersilkan di Malaysia. BUAH NANGCHEM. (Artocarpus chempeden) pada penulis blog adalah merupakan sejenis buah yang amat jarang dijumpai dan di kenali di negara ini. Apa pun daripada tinjauan peribadi penulis di Taman Selangor Fruit Valley di Bestari Jaya, Selangor dan tinjauan di Jelebu , Negeri Sembilan kali ini mendapati rupanya buah ini adalah gabungan diantara buah Nangka (Nang) dan Buah Cempedak (Chem) yang berpotensi baik untuk dikomersilkan. Daripada tinjauan yang dibuat ada diberitahu dimana hanya ada beberapa pengusaha sahaja yang ada menanam buah nangchem dengan serius. Antara yang terkini penulis blog membuat tinjauan sebuah dusun di Jelebu dimana petani ini telah menanam lebih 10 ekar tanaman nangchem secara monokrop. Pengusaha dusun durian Musang King yang hebat ini menyatakan dimana dia sudah mempunyai lebih 50 ekar dusun Musang King (MK) dan 7 ekar tanaman nanas Jambul Mas A18 dan terkini csudah pun berubah selera untuk dia menanam Nangchem pula. Tinjauan penulis kepada usahawan ini menyatakan dimana slain daripada buah nangchem akan dijadikan produk baru dimana dia juga akan membawa pelancong untuk menikmati buah nangchem bersama durian Musang King ke dusunnya melalui pendekatan Agrotourism. Penulis blog sebelum ini ada juga membuat rujukan teknikal dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan mendapati buah Nangchem ini rupanya lebih popular di negeri Sarawak dan telah pun ada dilaporkan dalam media tempatan. Sebelum ini saya ada menulis mengenai 'Buah Cempedak Durian' dimana ia telah mula dipromosikan di Pameran MAHA 2010 dan dilaporkan luas ditanam di Perak dimana anda boleh membaca dengan pautan berikut (Sila klik disini). Apa pun dalam masa selama12 tahun ini potensi penanaman jenis buah 'Cempedak Durian' kurang mendapat sambutan dimana ia masih kurang dikomersilkan kerana buahnya kecil dan hanya baunya sahaja yang kuat seakan buah durian. Dalam membuat penelitian dimana penulis blog dapati buah nangchem ini bagaimana pun telah didaftarkan didalam Senarai Variieti Buah-buahan Nasional di Jabatan Pertanian dengan kod pendaftaran CH40 sebagai buah cempedak (Artocarpus chempeden Spreng) oleh pemiliknya bernama Bana anak Jaoang. Buah ini juga diberikan nama Rh Bana yang mana ditanam di Ladang Kontak Nangchem, Bintulu, Sarawak dimana ia telah berjaya didaftarkan pada 20 March 2017. Apa pun didalam deskripsi mengenai pokok Nangchem dinyatakan sebagai pokoknya mempunyai tabiat pertumbuhan pokok adalah mengembang. Pokok seperti pokok nangka. Ketinggian pokok didakwa boleh mencapai 30-60 kaki. Buah Nangchem pula dimana berbentuk Oblong. Purata panjang 45cm dengan lebar daun 55 - 60 kaki. Berat boleh matang boleh mencapai hingga 5-7 kg dimana ia juga mempunyai isi bewarna kuning, Tekstur, rasa dan bentuk lebih menyerupai isi cempedak. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis maklumat mengenai buah nangchem setelah membuat tinjauan dikebun nangchem komersil yang baru ditanam di Jelebu untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Pemilik dusun komersial AT (ringkasan namanya) ini nyatakan dimana menanam durian Musang King yang sudah berbuah memang menguntungkan. Bagaimana pun dia kini ingin mempelbagaikan tanamannya dengan menanam nanas dan terkini sudah menanam pokok nangchem secara komersil. Tanah berbukit yang dibeli hasil daripada jualan buah durian seluas 10 ekar sudah ditanam secara berperingkat-peringkat kerana anakbenih yang ada juga adalah diterima secara berperingkat. Anakbenih nangchem yang diperolehi daripada pembekal yang ada sijil SPBT (Skim Pengesahan Benih Tanaman) diperolehi dengan harga diantara RM10 - RM15 sepokok. AT nyatakan dia mula berminat menanam nangchem secara komersil setelah mendapat maklumat daripada beberapa rakannya yang ada menanam sedikit pokok nangchem didusunnya dan ada membaca tulisan dalam blog ini. Di berani melabur untuk menanam pokok nangchem secara komersil kerana percaya bahawa buah nangchem kelak akan diminati ramai jika dapat dikeluarkan secara komersil dan bekalan yang konsistent. Amalan agronomi yang dilakukan terhadap tanamn pokok durian Musang King yang mampu berbuah dua musim setahun akan digunapakai untuk pokok nangchem yang mana mungkin boleh berbuah sepanjang tahun. Dijangka dengan amalan teknologi menggunakan kombinasi baja foliar, baja sebatian kimia, baja organik dan sistem pengairan sempurna pokok nangchem diladangnya akan berhasil dalam masa hanya 2.5 - 3 tahun sahaja. Pokok nangka adalah sejenis tumbuhan yang cepat membesar apa lagi jika mendapat rawatan amalan agronomi yang optima.
Daripada tinjauan penulis blog yang dilakukan sebelum ini dibeberapa kebun mengenai ciri pada pokok dan buah yang didakwa merupakan hibrid atau kacukan daripada pokok nangka dengan pokok cempedak ini memang agak unik. Ia dilihat sebagai menyamai pokok nangka atau pokok cempedak pada tabiat pertumbuhan dan juga amalan agronominya. Bentuk daun, batang dan buahnya juga agak sukar untuk ianya dibezakan dengan pokok nangka dan juga cempedak. Anak benih pokok nangchem agak sukar untuk dikebalpasti dengan matakasar kecuali bertanya kepada pihak yang menjualnya dan ada sijil SPBT. Harga abakbenih pokok nangchem ini bagaimana pun ada dijual dibeberapa premis nurseri dan sebaiknya cuba dapatkan yang tulin sahaja dengan membuat beberapa penjelasan termasuk sijil SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman) jika ada. Penyediaan lubang tanaman sama dengan cara meanam nangka dan diberikan penjagaan yang sama dengan tanaman nangka atau cempedak. Baja asas bagi pertumbuhan awal seperti baja organik, NPK 15:15:15 diberikan mengikut kadar disyorkan. Apabila pokok sudah matang diberikan baja buah NPK12:12:17:2 TE, baja organik dan sebolehnya baja foliar diberi dan ia perlu dipastikan agar tanaman pokok nangchem monokrop mempunyai sistem pengairan dan saliran terbaik. Beberapa petani yang sudah berjaya mengeluarkan hasil ada menyatakan dimana pokok ini didakwa akan mula berbuah setelah 3-4 tahun ditanam jika dijaga dengan cara biasa tetapi jika diberikan penjagaan intensif akan lebih cepat berbuah. Menurut AT di Jelebu dimana dia akan pastikan dimana pokok nanchem dikebunnya akan berbuat dalam masa 2.5-3 tahun sahaja. Tanamannya kini sudah berumur setahun paling lama ditanam.
Penulis blog yang sudah beberapa kali ada ujirasa buah nangchem mellihat dari segi rasaa, aromaa dan keenakannya. Dilihat dimana bentuk ulasnya ada dua iaitu seakan ulas isi buah nangka (besar dan agak kental) dan ada yang seakan ulas buah cempedak (kecil dan lembut). Penulis blog dapati isi buah nangchem yang cukup masak rasanya memang manis dengan ada aroma nangka serta mempunyai aroma cempedak yang kuat (Sila anda lihat foto disebelah). Daripada penilaian dari segi ukuran melalui Brixmeter didapati tahap kemanisan bervariasi daripada sekitar 10 - 16 darjah brix mungkin akibat tahap kematangan yang berlainan. Diteliti lagi dari segi bentuk variasi ada yang warnanya ia seakan buah nangka dan ada variasi daripada rasa kemanisannya dan kelembutan isinya yang agak keras sedikit dengan warna kuning cerah seakan buah nangka bervariasi. Bagaimana pun bagi ulas lain pula variasinya seakan seperti cempedak mempunyai tekstur yang lembut, berwarna kuning oren dan sangat manis serta ada aroma wangi cempedak yang kuat. Penulis blog berpendapat kestabilan pokok nangchem yang ditanam ada yang belum stabil diperiksa dari ciri buahnya disebabkan oleh banyak kemungkinan terutama buah dari pokok masih agak muda. Buah daripada pokok matang berumur lapan(8) tahun keatas mungkin menghasilkan ciri buah nangchem yang lebih stabil. Masih ada laporan dimana penanaman nangshem ada risiko yang berpunca dari sumber benih, pengurusan tanaman dan juga faktur persekitaran lain. Pengalaman penulis blog yang membuat tinjauan beberapa projek tanaman nangka dan cempedak di Johor, Pahang dan Melaka mendapati berlaku situasi dimana pokok yang mengeluarkan buah adalah pokok dari tunas pokok penanti *lazimny dari biji) dan bukan dari tunas cantuman yang dibiakkan. Penulis blog sering berikan khidmat nasehat teknikal hasil penelitian dan kajian sendiri dibeberapa projek ini dimana potensi pokok penanti adalah lebih dominan tumbuh cergas dan menjadi pokok kemudian adalah sangat tinggi. Petani perlu sentiasa mengawasi keadaan ini agar hanya tunas dari cantuman sahaja yang berjaya menjadi pokok kelak. Penulis blog positif dengan potensi penanaman nangchem secara komersil sebagai salah satu pilihan didalam industri buah-buahan negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HUBRID CEMPEDAK... DAN NANGKA...
DITANAM KOMERSIAL... SUDAH ADA...
PENULIS SUKA.. SUDAH PUN UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Air Kerohm
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(10 Jamadilakhir 1444H).
Posted from
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor (April 2024).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.