Saturday, November 23, 2024

SEMBANG PASAL ARNAB

HAIWAN TERNAKAN ARNAB
khususnya arnab pedaging dinegara kita masih kurang diusahakan tidak seperti penternakan ayam daging, kambing dan haiwan ternakan lain. Ini kerana haiwan arnab yang cantik macam kucing yang dibela dirumah amat disayangi ramai manusia sehingga mereka tidak sanggup menjadikannya sebagai sumber protin yang berkhasiat. Dilaporkan dimana aktiviti peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu didalam unit pengeluaran daging dan juga unit pengeluaran bulu arnab. Sementara ini juga ujud aktiviti penternakan arnap untuk menghasilkan baka. Penternakan untuk pembiakan baka arnab bertujuan untuk menghasilkan baka-baka mengikut baka atau ciri-ciri yang tertentu dan khusus. Ada juga usahawan baka arnab ini hanya ingin menjual stok induk dan juga baka untuk penternakan. Lazimnya kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalui program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya. Kini aktiviti penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit. Pada masa ini diantara beberapa baka arnab yang teah digunakan di Malaysia seperti Baka New Zealand White, Calfornian, Carolina, New Simonare dan juga Sepanyol. Beberapa baka baru yang diperlihara juga mengikut punca mendapatkan induknya. Terdapat perbezaan diantara baka arnab import dengan baka arnab tempatan. Lazimnya penulis blog dapati arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang mengenai penternakan arnab sebagai satu potensi untuk diceburi oleh usahawan tempatan sebagai bahan rujukkan untuk semua.


Bernama laporkan dimana 'Terokai potensi besar ternak arnab pedaging' yamg sesuai di sembangkan. Penternak terutama dalam kalangan golongan muda diseru untuk meneroka potensi besar dalam penternakan arnab pedaging. Apa pun aktiviti penternakan arnab pedaging tidak memerlukan kos tinggi dan sebuah kawasan besar dan lebih mudah dari segi penjagaan. Ternakan arnab pedaging juga memberi pulangan lebih cepat kerana haiwan itu sudah matang dan boleh dipasarkan pada usia seawal tiga bulan. Selalunya arnab induk akan produktif dan ia kerap membiak dengan menghasilkan antara enam hingga 11 ekor anak bagi setiap kelahiran. Dilaporkan harga daging arnab di pasaran juga kompetitif merujuk kepada laporan dalam Seminar Potensi Industri Arnab Pedaging dan Fertigasi Moden untuk Usahawan Muda di Peladang Setiu Agro Resort, Kampung Guntung, Setiu, Terengganu. Daging arnab sangat berkhasiat kerana kurang lemak berpotensi besar untuk menjadi sumber protein alternatif selain ayam, lembu, kambing dan ikan. Pihak Kerajaan menyokong penuh industri penternakan arnab dengan memberi bantuan kewangan, teknikal dan perubatan kepada penternak menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Dilaporkan dimana kerajjan masih sedia membantu terutama di kalangan para usahawan muda ternak arnab.  Penternakan arnab dilihat ia mempunyai pelbagai kelebihan termasuk pusingan ternakan yang singkat dan kos operai dmana kini galakan kepada usahawan muda untuk memperhebat penternakan arnab daging di negara ini. 
Industri itu mempunyai potensi besar walaupun ia bukan komoditi utama negara dimana sejak akhir-akhir ini kadar permintaan terhadap daging arnab semakin meningkat dan ia mampu menjadi alternatif kepada sumber protein selain lembu dan kambing. Penternakan arnab dilihat ia mempunyai pelbagai kelebihan termasuk pusingan ternakan yang singkat, kos operasi lebih rendah dan memberi pulangan yang cepat dan lumayan, Populasi terkini arnab di negara ini dianggarkan berjumlah 33,701 ekor meliputi arnab pedaging dan haiwan kesayangan. Pengeluaran daging arnab secara purata ialah sebanyak 1,000 kilogram (kg) sebulan dengan harga jualan RM35 sekilogram. Berat arnab biasanya antara 1kg hingga 1.6kg seekor dan arnab sudah boleh disembelih pada umur 60 hingga 90 hari. Beberapa penternak masih muda dan berpotensi melalui Skim Agropreneur Muda disediakan bantuan sokongan berbentuk kelengkapan penternakan, infrastruktur dan makanan ternakan berjumlah RM60,000 oleh JPV disamping bantuan induk sebagai jenis pengeluar baka selain merancang membina sebuah rumah sembelih arnab berstatus halal.


Sembang bagaimana isu 'Untung ternak arnab' ada dilaporkan dalam hmetro.com untuk dirujuk. Kisah dari Kuantan, Pahang menyatakan sudah banyak sambutan menggalakkan pelanggan terhadap daging arnab mendorong Mahamad Farizar Mahamad (35 tahun) untuk dia menternak haiwan berkenaan secara komersial di Kampung Seri Fajar, Kuantan yang bermula sebagai hobi dengan memiliki sembilan arnab, kini selepas tiga tahun dia mempunyai lebih 300 ekor haiwan berkenaan jenis pedaging dan hiasan. Dakwanya sifat arnab yang cepat membiak dan tidak mudah dijangkiti penyakit menjadi kelebihan untuk dia terus berjaya didalam dia mengusahakan projek berkenaan. Kini permintaan daging arnab sentiasa bertambah menyebabkan dia tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan tempatan dan luar Pahang malah setiap bulan ladang FM Agro Farm miliknya hanya mampu mengeluarkan kira-kira 100 kilogram (kg). Dia yang kini dudah mempunyai 200 pelanggan tetap yang memerlukan bekalan daging segar serta berempah dan masing-masing memerlukan antara lima hingga 20kg sebulan. Harga daging bertulang RM36 manakala RM47kg bagi daging tanpa tulang. Apa pun dia terpaksa mendapatkan bekalan daging segar daripada beberapa pembekal bagi memenuhi permintaan pengguna. Dia yang mula serius mengusahakan projek ternakan arnab pedaging dan hiasan sejak dua tahun lalu selepas mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Apa pun selain menjual daging segar dia juga membekalkan baka atau anak arnab berumur dua bulan dengan harga antara RM50 hingga RM100 seekor dan permintaan sangat menggalakkan. Terkini dilaporkan dia mampu meraih pendapatan lebih RM3,000 sebulan hasil jualan daging, anak arnab dan induk dewasa.


Menarik kisah dari Kuantan bertajuk '
Pasarkan 100kg daging arnab sebulan' untuk disembangkan. Didakwa dimana bermula sekadar suka-suka dengan membela enam ekor arnab di kawasan rumah namun minat itu kini berkembang menjadi perniagaan sehingga membawa pulangan lumayan. Apa pun melihat kepada potensi dan permintaan terhadap daging dan produk makanan berasaskan daging arnab yang tinggi mendorong Jamelludin Mahadi (40) mengembangkan projek ternakan arnab itu. Dia bersama empat rakan, Mohd Amir Ishak (42), Ramli Ab Rahman dan Mohd Rozi Abdul Rahman mengambil langkah berani bergabung modal untuk memulakan projek ternakan itu walaupun tanpa ilmu dan pengalaman pada awalnya. Projek ternakan arnab pedaging yang diusahakan di bawah syarikat Sinar Bumitech Sdn Bhd bermula Disember 2020 terus berkembang. Kini terdapat 500 ekor arnab di kandang yang diusahakan di Kampung Seberang Balok di sini. Apa pun selain baka arnab pedaging tempatan, mereka turut mempunyai induk jenis Hycole Hibrid dari Perancis yang mampu mencapai berat 7.5 kilogram. Melihat keadaan kandang yang sentiasa dalam keadaan bersih bagi memastikan arnab yang diternak membesar dalam keadaan sihat. Selain menyediakan bekalan daging segar, syarikat ini turut menjual induk, arnab peliharaan, produk berasaskan arnab dan aksesori termasuk sangkar jika ada permintaan. Antara produknya adalah yang sudah sedia dimasak yang dikeluarkan termasuk daging arnab perap, sate dan rendang yang dipasarkan melalui agen yang dilantik. Apa pun harga bagi daging arnab segar yang siap dipotong dan dibungkus antara RM35 hingga RM38 sekilogram manakala daging perap berharga RM35 untuk setengah kilogram. Kini berdasarkan hasil jualan setakat ini usahawan arnab sudah mampu memasarkan kira-kira 100 kilogram (kg) sebulan termasuk daging segar dan produk siap dimasak. Syarikat Sinar Bumitech kini mempunyai dua kandang termasuk satu baru siap dibina yang mampu menempatkan 3,000 ekor arnab pada satu-satu masa.  Di jangkakan sasaran 3,000 ekor arnab itu mampu dicapai menjelang pertengahan tahun hadapan. Apa pun terkini permintaan diterima dari penggemar daging arnab sekitar Kuantan dan luar cukup menggalakkan namun bekalan yang sedia ada masih tidak mampu menampung permintaan sepenuhnya. Mereka mengambil keputusan untuk menambah bekalan secara berperingkat. Mereka juga kini dalam proses pembiakan baka Hycole Hibrid Perancis yang mampu mencapai tempoh matang hanya 2 bulan berbanding tiga bulan bagi baka tempatan dimana usaha itu memerlukan modal agak besar kerana harga seekor arnab baka berkenaan hampir RM1,000. Mereka berharap sekiranya ada bantuan daripada pihak kerajaan untuk kembangkan lagi ternakan arnab ini dan merancang membuka restoran pada masa akan datang. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TERNAKAN ARNAB... APA CARANYA...
BANYAK LAPORAN ....ADA DI MEDIA...
ADA GALAKKAN... SIAPA YANG MULA...
DIKOMERSILKAN... APA KATA ANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(20 Jamadilawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.