Dalam beberapa laporan kajian yang saya rujuk ada dinyatakan dimana herba akar cerita atau hempedu bumi ini didakwa ia merupakan herba paling pahit dalam perubatan tradisional Melayu. Apa pun herba ini Andrographis paniculata dari keluarga Acanthaceae merupakan tumbuhan herba semusim yang digelar 'raja herba pahit'. Pokok hempedu bumi tumbuh menegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 - 90 cm dengan daunnya berbentuk bujur, runcing dihujung dan nipis di pangkal, berwarna hijau tua, licin dan tersusun secara bersilang (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog yang sering membuat tinjauan teknologi kelokasi penanaman herba dahulu dapati dimana batangnya berbentuk segi empat dan berbuku serta mempunyai banyak dahan. Setiap buku dilihat ia mempunyai dua helai daun. Bunganya kecil berwarna ungu yang menghasilkan buah/lenggai memanjang bersaiz antara 25mm panjang 3 mm lebar. Lenggai berwarna hijau muda dan akan bertukar warna perang apabila matang dan akan pecah untuk penyebaran biji benihnya yang berwarna keperangan.
Hempedu bumi dikatakan berasal dari India dan Sri Lanka. Boleh didapati dalam pelbagai habitat, seperti dataran, lereng bukit, kawasan yang baru diteroka untuk dijadikan ladang dan kawasan pedalaman. Selain di negara asalnya dimana herba ini juga banyak ditanam secara meluas di Asia Tenggara serta mudah didapati di tanah gambut. Ianya ditanam bagi tujuan untuk kegunaan perubatan secara tradisional. Keseluruhan tumbuhan seperti daun dan akar digunakan bagi tujuan perubatan untuk merawat jangkitan dan beberapa penyakit. Apa pun bahagian daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daunnya dan mengambil airnya untuk diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daunnya dan meletakkan pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat, yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang memang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Di Utara-Timur India dimana herba ini dikenali sebagai Maha-tikta yang bermaksud ‘raja pahit’ dimana ia ada banyak digunakan dalam perubatan herba Ayurveda yang dikenali sebagai Kalmegh atau pun cara Kalamegha yang bermaksud ‘awan gelap’. Ia juga dikenali sebagai Nila-Vembu dalam bahasa Tamil, yang bermaksud ‘neem dari tanah’, kerana tumbuhan ini walaupun kecil, tetapi mempunyai rasa pahit yang sama kuat seperti pokok neem besar (pokok semambu - Azadirachta indica).

Bagaimana pun di Malaysia herba ini ianya disebut sebagai hempedu bumi atau akar cerita kerana ia adalah salah satu jenis tumbuhan paling pahit yang digunakan dalam perubatan tradisional. Hempedu bumi sering digunakan untuk mencegah dan merawat selesema. Sesetengah orang mendakwa tumbuhan ini menghentikan wabak selesema 1919 di India walaupun ini belum dibuktikan. Tanaman akar cerita atau hempedu bumi juga digunakan untuk pelbagai jenis keadaan lain seperti pencernaan termasuk cirit-birit, sembelit, gas usus, kolik, sakit perut, penyakit kuning dan kerosakan hati akibat ubat-ubatan. Tumbuhan ini juga digunakan untuk jangkitan termasuk kusta, pneumonia, tuberkulosis, gonorea, sifilis, malaria, kolera, leptospirosis, rabies, sinusitis dan HIV/AIDS (hempedu bumi mungkin merangsang sistem imun. Ia boleh meningkatkan jumlah sel darah pada orang yang mempunyai HIV), dan membantu alergi pada kulit termasuk luka, ulser dan gatal-gatal. Dilaporkan ada testimoni dimana sesetengah orang menggunakan herba ini untuk sakit tekak, batuk, tonsil bengkak, bronkitis dan alergi. Ia juga digunakan untuk pengerasan arteri (aterosklerosis) dan pencegahan penyakit jantung serta diabetes. Penggunaan lain termasuk rawatan ular dan gigitan serangga, kehilangan selera makan, masalah buah pinggang (pyelonephritis) serta buasir. Herba ini juga digunakan sebagai agen astringent, pembunuh bakteria, ubat penghilang rasa sakit, meredakan demam dan rawatan untuk cacing. Pengambilan herba ini dianggap selamat jika diambil dengan kadar atau dos tertentu, tepat dan dalam jangka masa pendek. Namun bagi sesetengah orang pengambilan herba ini dalam dos yang tinggi atau jangka panjang mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan seperti hilang selera makan, cirit-birit, muntah, ruam, sakit kepala, hidung berair dan keletihan. Oleh itu adalah dinasihatkan agar pengambilan herba perlulah mendapatkan nasihat dari pakar seperti doktor atau ahli pharmasuatikal terlebih dahulu. Penting agar adalah perlu dihindarkan pengambilan bagi kanak-kanak dan ibu mengandung.
Pada Januari 2022 dilaporkan oleh hmetro.com dimana 'Thailand luluskan penggunaan hempedu bumi untuk rawatan awal Covid-19' adalah perkara yang sesuai dikongsikan kali ini. Berita dari Bangkok, Thailand dipetik menyatakan dimana pihak Kementerian Kesihatan Thailand telah meluluskan penggunaan ekstrak herba untuk rawatan peringkat awal Covid-19. Dipetik dari Bloomberg melaporkan dimana pihak kementerian itu dalam kenyataan dakwa tumbuhan herba Andrographis paniculata (green chiretta) atau hempedu bumi atau akar cerita sudah diuji sebagai rawatan alternatif bagi mengurangkan kesan akibat jangkitan virus ini. Dalam laporan ketika rawatan awal dilakukan dimana ia dapat mengurangkan kos dan memberi kelegaan kepada pesakit, malah ia sudah ditawarkan di lima hospital milik kerajaan dimana ia akan akan diperluaskan. Rawatan herba itu ditawarkan kepada mereka berusia 18 hingga 60 tahun dengan gejala ringan Covid-19, yang mahu mencubanya secara sukarela dan ia perlu diambil dalam tempoh 72 jam selepas jangkitan disahkan. Apa pun selanjutnya pihak kementerian itu berkata dimana ekstrak tumbuhan itu dikenali sebagai 'fah talai jone' dalam kalangan penduduk Thailand dipercayai boleh mencegah jangkitan dan mengurangkan keradangan. Laporan kajian juga mendapati dimana ujian pada manusia menunjukkan keadaan pesakit bertambah baik dalam tempoh tiga hari rawatan tanpa kesan sampingan sekiranya ia diambil segera selepas jangkitan disahkan. Berdasarkan laporan Bangkok Post produk 'fah talai jone' ini mempunyai rasa sangat pahit dan bau yang kurang menyenangkan. Ia dipercayai digunakan dalam rawatan selesema dan sakit tekak sejak beberapa kurun di negara Asia seperti Thailand, China dan India. Satu ketika dahulu didakwa daunnya digunakan untuk menghasilkan teh untuk tujuan bagi menyembuhkan beberapa penyakit namun, ia terlalalu pahit untuk ditelan. Ketika ini dilaporkan dimana herba berkenaan dihasilkan dalam bentuk tablet dan kapsul. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HEMPEDU BUMI...IA SAMA AKAR CERITA...
MUDAH DITANAM... CEPAT HASILNYA...
BANYAK KHASIAT... HERBA BERGUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 110, Hotel Greenland,
Tanjung Malim, Perak,
Malaysia.
(6 Syaaban 1444H).
Updated: 2 Okt 2024.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.