Pada masa ini plastik sudah menjadi bahan yang mudah di dapatkan dan ada di semua rumah sebagai bahan penting. Apa pun bagi penulis blog dimana bahan plastik menawarkan lebih daripada 1,000 jenis produk plastik yang berbeza fungsinya dan bentuknya samaada dalam bentuk lembaran plastik, rod, tiub, filem, resin, profil dan sebagainya. Ada beribu-ribu makanan yang kini dibingkus dengan menggunakan bahan plastik termasuk pembungkusan minyak masak. Ada jenama minyak masak yang di bungkus dengan botol plastik 5 kg dan ada juga minyak masa murah 1 kg yang di bungkus dengan plastik jenis lembut (Sila lihat foto disebelah). Apa pun kebanyakkan plastik pembungkus minyak masak ini akan di buang kedalam tong sampah yang akan di pungut oleh lori sampah bagi kawasan perumahan di kawasan kerajaan tempatan atau di buang diatas tanah di kawasan kampong tradisional. Antara produk paling mudah dibungkus dengan plastik adalah 'Ais Krim Malaysia' dimana peminat akan mengigit pembungkus plastik untuk dapat menikmati ais krim tradisional ini. Penulis blog kongsikan bagaimana sejarah penciptaan produk bahan plastik jenis Polistirena dan PVC. Dilaporkan dimana selepas Perang Dunia Pertama telah berlaku peningkatan dalam teknologi kimia yang membawa kepada letupan dalam bentuk plastik baharu. Antara contoh terawal dalam penghasilan produk plastik baru ialah Produk Polistirena (PS) dan juga produk Polivinil klorida (PVC) yang dibangunkan oleh IG Farben dari Jerman. Polistirena ialah plastik tegar, rapuh, dujual dengan harga murah yang telah digunakan untuk tujuan membuat kit model plastik dan sebagainya. Apa pun produk ini menjadi asas untuk salah satu plastik "berbuih" yang paling popular iaitu selalu dikenali nama buih Stirena atau Styrofoam. Plastik buih boleh disintesis dalam bentuk 'sel terbuka' di mana gelembung buih saling berkait ysng dilihat ia seperti dalam span penyerap. Apa pun selalunya jenis 'sel tertutup' sebenarnya dimana semua buih adalah berbeza sama ada berbentuk belon kecil, penebat buih dan peranti pengapungan. Pada akhir 1950-an dilaporkan dimana produk plastik Stirena Berimpak Tinggi telah diperkenalkan dan produk ini tidak rapuh. Ia mendapati banyak kegunaan semasa sebagai bahan papan tanda, dulang, patung dan barang baharu. Produk PVC pula memang gak terkanal di gunakan di Malaysia untuk pembungkus makanan terutama di gerai dan pasar malam. Ia dilaporkan mempunyai rantai sisi yang menggabungkan atom klorin iaitu bahan asas yang membentuk ikatan yang kuat. PVC dalam bentuk biasa adalah bercirikan aspek kaku, kuat, tahan panas dan cuaca dimana ia kini digunakan untuk membuat paip, longkang, tepi rumah, penutup untuk komputer dan peralatan elektronik lain. PVC juga boleh dilembutkan dengan pemprosesan kimia dimana selalunya dalam bentuk ini ia kini digunakan untuk pembalut mengecut, pembungkusan makanan dan peralatan hujan.
Termasuk dalam produk plastik yang ramai tahu adalah NYLON atau 'nilon' dimana ia di perkenalkan sekitar tahun 1930. Produk ini dikenali sebagai Poliamida (PA) atau biasanya ia lebih dikenali dengan nama dagangannya nilon. Nylon ialah gentian sintetik tulen yang pertama dimana ia juga telah diperkenalkan oleh syarikat DuPont Corporation di Pameran Dunia 1939 di New York City. Pada tahun 1927 pihak DuPont telah berjaya memulakan projek pembangunan rahsia yang dinamakan Fiber66 dimana projek ini adalah di bawah arahan ahli kimia Harvard Wallace Carothers dan pengarah jabatan kimia Elmer Keizer Bolton. Carothers telah diupah untuk melakukan satu penyelidikan tulen dimana dia berusaha untuk memahami struktur molekul dan sifat fizikal bahan baru itu. Dia juga seterusnya mengambil beberapa langkah pertama dalam reka bentuk molekul bahan. Kerja kajiannya membawa kepada penemuan gentian nilon sintetik yang sangat kuat tetapi juga sangat fleksibel. Produk pertama adalah untuk bulu bagi produk berus gigi dan kemudian di kaji target sebenar Du Pont ialah pengeluaran sutera dari nylon seperti kajian membuat stokin sutera. Saintis ini berjaya mensintesis beberapa jenis poliamida yang berbeza termasuk poliamida 6.6 dan 4.6 serta poliester. DuPont berjaya mensintesis dan membangunkan proses perindustrian untuk pembuatan pukal nilon. Mania nilon terhenti secara tiba-tiba pada penghujung tahun 1941 apabila Amerika Syarikat memasuki Perang Dunia II dimana sejumlah besar payung terjun untuk penerbang dan pasukan payung terjun berjaya dihasilkan. Selepas perang tamat dimana pihak DuPont kembali menjual nilon kepada orang ramai yang digilai pada tahun 1946 yang mengakibatkan kegilaan yang lebih besar. Bagaimana pun kempen ini juga mencetuskan apa yang dipanggil 'rusuhan nilon'. Produk Plastik Nylon masih kekal sebagai plastik penting sehingga kini dan masih relevan dalam banyak industri dimana ia adalah tidak hanya untuk digunakan dalam fabrik sahaja. Dalam bentuk pukal selalunya nylon adalah tahan haus walau pun ada gangguan diresapi minyak dimana kehebatan bahan ini sehingga ada teknologi untuk membina gear, bearing, aci sesendal dan kerana rintangan haba yang baik didalam dunia automobil. Produk ini juga semakin kerap digunakan didalam aktiviti membuat produk mekanikal.
Plastik jenis Polimethyl Metakrilat (PMMA) atau ia lebih dikenali sebagai akrilik Plexiglass. Walaupun akrilik kini terkenal dengan penggunaannya dalam industri cat dan gentian sintetik iaitu seperti bulu palsu atau dalam bentuk pukal diman ia sebenarnya sangat keras dan lebih telus daripada kaca. Produk ini selalunya ada dijual sebagai pengganti kaca di bawah nama dagangan seperti Acrylite , Perspex, Plexiglas dan Lucite. Bahan ini digunakan untuk membina kanopi pesawat semasa perang dimana penggunaan ini selalunya dijadikan sebagai papan tanda bercahaya besar seperti yang digunakan di hadapan kedai atau bangunan strategik. Plastik jenis Polietilena (PE) adalah jenis plastik yang memang popular di kalangan pengguna. Ia juga selalu dipanggil sebagai 'politena' yang mana ia ditemui pada tahun 1933 oleh Reginald Gibson dan Eric Fawcett diSyarikan terkenal masa itu iaitu British Imperial Chemical Industri (ICI). Dilaporkan dimana produk bahan ini kemudian menjadi dua bentuk iaitu penulis blog pun selalu gunakan iaitu Polietilena Ketumpatan Rendah (LDPE) dan Polietilena Ketumpatan Tinggi (HDPE). PE adalah jens produk plastik yang murah, fleksibel, tahan lama dan tahan bahan kimia. LDPE digunakan untuk membuat filem dan bahan pembungkusan, manakala HDPE digunakan untuk bekas, paip air atau sistem pengairan ladang pertanian dan kelengkapan bagi industri automotif. Walaupun PE mempunyai rintangan yang rendah terhadap serangan kimia adalah didapati kemudiannya bekas PE boleh dibuat lebih teguh atau kuat dengan mendedahkannya kepada gas fluorin. Bahan ini juga yang mengubah suai lapisan permukaan bekas menjadi polifluoroetilena yang lebih keras. Produk seterusnya adalah Polipropilena (PP) iaitu produk yang mana ia ditemui pada awal 1950-an oleh Giulio Natta. Bahan polipropilena adalah dicipta secara berasingan kira-kira sembilan kali. Polipropilena adalah serupa dengan produk yang dicipta sebelumnya iaitu polietilena dimana kisnya adalah rendah tetapi produk ini jauh lebih teguh. Ia digunakan dalam banyak produk daripada produk botol plastik kepada permaidani kepada perabot plastik dan dilaporkan memang meluas digunakan dalam kereta. Produk plastik seterusnya adalah jenis Poliuretana (PU) telah dicipta oleh Friedrich Bayer & Company pada tahun 1937 dan akan mula digunakan selepas perang bagi produk tilam, pelapik perabot dan juga sebagai penebat haba. Ia juga merupakan salah satu bshsn komponen (dalam bentuk tidak ditiup) spandeks gentian. Seterusnya adalah produk Epoxy (Epoksi) yang dicipta pada tahun 1939 dimana bahan ini adalah kelas plastik termoset yang membentuk pautan silang dan menyembuhkan apabila agen pemangkin atau pengeras. Masa itu ia digunakan secara meluas untuk salutan, pelekat dan bahan komposit. Komposit yang menggunakan epoksi sebagai matriks termasuk plastik bertetulang kaca di mana unsur strukturnya adalah gentian kaca yang hasilkan 'komposit karbon-epoksi'. Gentian kaca kini sering digunakan untuk membina bot sukan dimana bahan komposit karbon-epoksi adalah elemen struktur yang semakin penting dalam pesawat, kerana ia ringan, kuat dan tahan haba.
Jenis plastik lain adalah dinamakan sebagai PET, PETE, PETG , PET-P (polietilena tereftalat) yaang dicipta oleh dua ahli kimia bernama Rex Whinfield dan James Dickson di Persatuan Pencetak Calico di Manchester, England. Mereka berjaya membangunkan polyethylene terephthalate (PET atau PETE) pada tahun 1941 menggunakan gentian sintetik pada era selepas perang dan kemudian dinamakan poliester, dacron dan Terylene. PET kurang telap gas berbanding plastik kos rendah lain dan begitu juga bahan sangat popular untuk membuat botol Coca-Cola dan minuman berkarbonat lain. Kini di Malaysia penggunaan PET ini sangat meluas dan ada dimana-mana sahaja diman pengkarbonan adalah cenderung menyerang plastik lain. Dalam pada itu ia meluas digunakan untuk minuman berasid seperti jus buah-buahan atau sayur-sayuran. PET juga kuat dan tahan lesak dan sering ia digunakan untuk membuat bahagian mekanikal, dulang makanan dan berjenis-jenis barangan lain. Dshulu memang dilaporkan yang filem PET digunakan sebagai asas untuk industri pita rakaman. Produk plastik seterusnya adalah jenis PTFE (polytetrafluoroethylene) (aka Teflon®) yang selalu ada di mana sahaja. Ia adalah salah satu plastik paling mengagumkan yang digunakan dalam perang dimana bahan utaanya adalah Polytetrafluoroethylene (PTFE) atau lebih dikenali sebagai 'Teflon'. Bahan ini boleh didepositkan pada permukaan logam sebagai salutan pelindung kalis calar dan tahan kakisan, geseran rendah. Jika ada lapisan permukaan polifluoroetilena yang dicipta dengan mendedahkan bekas polietilena kepada gas fluorin adalah sangat serupa dengan Teflon. Seorang ahli kimia DuPont bernama Roy Plunkett menemui Teflon secara tidak sengaja pada tahun 1938. Semasa perang pernah ia digunakan dalam proses resapan gas untuk menapis uranium untuk bom atom, kerana proses itu sangat menghakis. Menjelang awal 1960-an, kuali tahan lekatan Teflon mendapat permintaan. Produk Polikarbonat atau Lexan ialah polikarbonat berimpak tinggi yang pada asalnya dibangunkan oleh General Electric. Makrolon® dan Tuffak ialah nama dagang plastik polikarbonat berimpak tinggi yang dibuat oleh Plaskolite. Akhir sekali ada jenis plastik yang dinamakan Plastik Biodegradasi (Boleh Kompos). Banyak kajian telah dilakukan ke atas plastik terbiodegradasi yang terurai dengan pendedahan kepada cahaya matahari (seperti jenis sinaran ultra ungu), air atau kelembapan, bakteria, enzim, lelasan angin dan beberapa kejadian perosak tikus atau serangan serangga turut disertakan. Prodiukk plastik ada bebagai bentuk biodegradasi atau degradasi alam sekitar. Adalah jelas beberapa mod degradasi ini hanya akan dapat berfungsi jika plastik terdedah di permukaan, manakala mod lain hanya akan berkesan jika keadaan tertentu wujud dalam sistem pelupusan sampah atau pengkomposan. Serbuk kanji telah dicampur dengan plastik sebagai pengisi untuk membolehkan ia merosot dengan lebih mudah, tetapi ia masih tidak membawa kepada kerosakan lengkap plastik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BOTOL PLASTIK...PEMBUNGKUS JUGA...
MENJADI MASAALAH...SELURUH DUNIA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Syawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.